i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Friday, August 26, 2011

Nikmat Sakit


Bismillahirrahmannirrahim...assalammualaikum w.b.t...



simple jek entry ni...ade sedikit sedih hari ni sebab last day prkatikum..dan xleh nk ckp byk sgt sebab xberapa nak sihat...tp xpe...ana akan teruskan perjuangan hidup ini selagi ada daya..dan syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana berikan kesakitan ini...semoga ianya menjadi penghapus dosa2ku yang lalu kerana:

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Semoga keluhan ini dpt ana atasi...

"Ya Allah..Kau pinjamkanlah sedikit kekuatanMu buatku Ya Rabb..AMIN..."

Thursday, August 25, 2011

Selamatkah Selamat Hari Raya anda??

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..Alhamdulillah diberi kudrat dan kekuatan utk terus menaip entry..Alhamdulillah Ya Allah..Baiklah..tgk tajuk 2...stp tahun msti sebut "SELAMAT HARI RAYA!!" kn?tp cuba fikir..adakah hari raya kita pd tahun ni SELAMAT??

erm..merujuk pd maksud selamat di sini adalah dr segi amalan la..yela..time Ramadhan,mmg semua orang berpusu2 utk beribadat..tetapi lain pulak jadinya semasa menjelang Hari Raya..orang lain kejar Lailatul Qadar,tp org kita?? belum puasa,tp dh psg lagu raya..wah..nk nmpk meriah kononnya..tp amalan kita??meriahkah di sisi Allah??ha..check balik yek...



erm..baiklah..ana akan listkan antara kesalahan-kesalahan yang biasanya orang buat semasa Hari Raya ialah..jeng3!! :

✿~Seronok sangat nak Solat Sunat Hari Raya smpai Solat Subuh pon terbabas..

✿~Minta maaf bermusim..mcm ayat2 bdk2 skang "xpe..ari raya t aku mintak maaf"..dan mmg sgt excited nak mintak maaf gan sanak saudara..tp batas2 xnk jaga..semua orang nak d salamnya smpai lupa mana 1 muhrim dan mana 1 bukan..

✿~Makan berlebihan..Hari Raya,kompem la mknn ade mcm2 jenis kn..rendang,ketupat,kuih muih..mmg rambang mata..

✿~Bermegah2 dgn hiasan dan persiapan hari raya..nk raya jek beli sofa baru..yg lama letak la mana2..smpai penuh umah jd mcm COURT MAMORT..huhu..

✿~Bertabarruj secara berlebihan..ha..yg ni dituju khas buat si hawa yang cantik molek...smpai kdg2 tgk fesyen skang ni,bangunan sekolah pon dia nk letak atas kepala..cmne??hihi..

✿~menonton tv terlalu khusyuk..yela..almaklum la..rancangan hari raya mmg sgt2 best la..mcm2 adoo(astro)..smpai lupe nak ziarah saudara mara...

✿~melayan tetamu smpai tinggal solat...Nauzubillah..yg ni kena jaga deh..solat itu TIANG AGAMA.. Kalau bijak dan berhikmah,ajak sekali tetamu solat jemaah..baru mabrur ^_^


✿~Mercun!! bunga api!! BAHAYA!!! kalau nk sgt main,g main kt medan perang sne yek..baru mencabar..ni dok bom bang bom bang!! cian tau org lain..kalau ade baby kecik lg kesian...so..beringt yek..kalau nk main sgt,main la mercun yg pom2 2..hihi..(yg 2 jek ana reti main..baling jek meletup..xpyh bubuh api..^_^)


✿~ha...last but not least...PUASA ENAM~!! yg ni kne la kejar..sbb nya,org yg berpuasa pd bln ramadhan dan puasa 6 pd bulan syawal, dia diibaratkan berpuasa selama setahun...Masya'Allah..byk gnjaran Allah bg..tp 2 la..kita ni kdg2 terlalu seronok sgt g open house,mkn sne,mkn sini..smpai dah 30 Syawal dah..dah miss nk puasa 6..cmne??


------------------------------------------------------

ha..2 jek setakat ni,t kalau nk tmbah ape2 leh la share yek (^_^) bg semua umat Islam..jgn lupe zakat fitrahnya yekk~ ^_~

"Seseorang yang bersabar dan istiqamah mengekalkan amalan soleh selepas Ramadhan,membuktikan penerimaan Allah terhadap amalannya. Manakala jika seseorang memilih jalan maksiat selepas Ramadhan, maka ia membuktikan kehinaan dan penolakan Allah terhadap amalannya.."

wallahua'lam bissawab~

Wednesday, August 24, 2011

Cinta Ramadhan..


(cinta setelah nikah (^_^) mesti best dpt beribadat bersama2~)

Soalan : Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu. Tapi tak tau rindu pada siapa!

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus : PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG
HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR..!

--------------------------------------------------------------------------------

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

sumber:i love Islam
---------------------------------------------------------------------------------

"Ya Allah,aku sungguh mencintaiMu Ya Allah.Jauhiku dari cinta duniawi dan cinta-cinta yang boleh membunuhku dan melupaiMu. Aku sungguh benar takut akan azabMu dan aku sangat takut seandainya aku menyebabkan seseorang dimasukkan ke dalam neraka yang menjadi tempat tercampaknya hamba-hambaMu yang ingkar..Ya Allah,aku yakin Ya Allah..dengan mencintaiMu,aku akan menemui pencintaMu yang juga mendambakan cinta kepadaMu agar terpelihara kasih suci kami sehingga ke syurga.

Ya Allah,seandainya diciptakan Adam buatku di dunia,aku bermohon kau jadikanlah aku Ratu dalam kalangan bidadari2nya di syurga..Seandainya tidak kutemui dia di dunia,Maka Kau Maha Tahu akan itu Ya Allah..temukan kami di syurgaMu yang kekal abadi Ya Rabb... Amin..Ya Rabbal Alamin..HANYA DENGAN ALLAH AKU BERMOHON...

Tuesday, August 23, 2011

Maafkan ana...



Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..Salam Ramadhan Kareem..erm..entry utk kali ini adalah sesuatu yg semua org kena buat..begitu juga dgn ana..di sini,ana ingin memohon 1001 malah mungkin lebih dari itu kemaafan dari semua orang..seandainya ana ada melakukan khilaf sepanjang pertemuan dan perkenalan ana dengan orang2 berkenaan yg berada di dunia ni..ha..termasuklah sahabat2 blog pon sama deh..mana la tau kn,tulisan dan kata2 ana ni ada membuatkan org terasa ati atau rasa cm xbest jek kn..maaf deh..halalkan segala2nya..sebab mungkin ana ade terambil atau sengaja nk ambil gambar2 kt mana2 blog ke wbsite ke kn..huhu..maaf lg sekali yek..dan utk semua..kalau silap2 semua org 2 jgn risau deh..ana maafkan lamo doh...hehe..xde simpan2 dlm hati ke..dlm peti...huhu..semoga Allah membantu kita dlm mencari redhaNya...wallahua'lam bissawab...
(nanti ade masa,ana mintak maaf lg deh..^_^)

as salam...seandainya selamanya adalah Ramadhan.....

Monday, August 22, 2011

cool saje~Insya'Allah....


Bismillahirrahmannirrahim..assalammualaikum..erm..last2 Ramadhan ni byk jugak happen..so..just chill out..ilek jek ok..sabau2..anggap xde ape2 berlaku..hihi ^_^

ape2 pon..arini,kerana ketidaksedapan perasaan,,hbis dapur mak bersih~clean and clear smpai mak kata.."DAH2 LA 2 KEMAS.."..^_^

Oh..tp actually bukan nk ckp sal feeling sgt pon..nk share zikir yg byk memberi kekuatan pd ana...bila ana rasa cm sedih,nk marah,feeling cm goyang2 jek,ana baca zikir ni..

yela..kdg2 kita ni cpt sgt nk rasa bukan2,padahal bukan apa2 sgt pon..kecik jek ujian 2 Allah bg..td pon kerana perasaan2 xelok ni la ana cm xde mood jek nk msuk kelas..so,sepanjang jln menuju ke kelas 2 zikir la sikit mintak diberi kekuatan...ha..nk tau x ape??aha...



sejak2 ni,Alhamdulillah Allah duga mcm2..dan dgn zikir ini ana rasa semakin tenang,dpt kawal perasaan ana..mudah2an istiqamah~

oh yek..ade 1 kisah nk share akan Kebesaran Allah kn..semalam ana anta adik ana ke asrama,so..abah ni drive sgt2 laju..maka,ana mula lah terasa ala2 mabuk hawaiii la dlm kereta 2.. kritikal sungguh dlm kereta 2..smpai mcm2 gaya ana buat utk relaks,jgn smpai muntah..dan silap jugak masa 2 ana membaca dalam kereta,ha..tambah la mabuk kn...tp dgn zikir "LA HAWLA WALA QUWWATA ILLAH BILLAH sambil berniat "YA ALLAH..KAU PINJAMKANLAH KEKUATANMU KEPADA HAMBAMU INI YA ALLAH"...

Jeng3!! kerana Kekuatan yang Allah pinjamkan 2,ana x jadik muntah dah..tp,adik ana kt sebelah ana muntah2 dlm keta..cian dia..dan dlm kereta kami start memprotes cara abah drive yg sungguh membahayakan...Alhamdulillah la panjang umur kn..boleh taip entry ni..hihi..k la..2 jek~

Selamat Beramal dan beriktikaf ^_^

as salam....

Saturday, August 20, 2011

Ya Allah...


Bismillahirrahmannirrahim...Assalammualaikum...erm..sekadar luahan....



apabila kita berkehendakkan sesuatu,lebih2 lagi sesuatu yang baik semata2 redha Allah,akan ada banyak ujian dan dugaan yang datang dari pelbagai segi...dan paling kuat adalah dalam kalangan orang terdekat..Allahurabbi..keinginan ana untuk melakukan sesuatu menjadi sesuatu yang salah pada mereka..harapan ana kini hanya pada Allah...seandainya Allah izinkan.....

dan 1 perkara yang bermain laju di minda ana adalah pengharapan dan doa...
"semoga ana dikurniakan seorang suami yang mana akan membawa ana bersama2 ke jalan redhaNya..ana nak ikut ke mana sahaja suami ana pergi untuk beribadat..amalan ana sangat sedikit, iman ana sangat tipis...Semoga Allah permudahkan segala2Nya..."

dan kekesalan ana juga adalah pada sikap ana sendiri..walaupun tiada suara yang tinggi dan kasar seolah2 membantah,tetapi ati ana sungguh marah...dan tidak sepatutnya ana marah..Ya Allah..ampuni hambaMu ini Ya Rabb...padaMu hamba berserah diri......

La Tahzan..Innallaha Maa'na...wallahua'lam bissawab...

Sahabat hingga ke hari akhirat


Bismillahirrahmannirrahim...Assalammualaikum w.b.t..Alhamdulillah..mcm lama x update blog..tp syukur la..masih diberikan kudrat dan diizin Allah utk terus menaip...dan sebenar2 kesyukuran utk nikmat Fasa Ramadhan ke-3 skrg ni...Subhanallah..kalau kalian perasan,arini cuaca sgt2 redup..xpanas,xsejuk...smpai la skrg ni..tenang jek ana rasa...dan ana akan sntiasa merindui perasaan sebagaimana arini..perasan apakah??hanya Allah yang tahu..

baiklah..bila sebut bulan Ramadhan,sesuatu yang sangat2 istimewa yang sepatutnya tidak terpisah dari manusia adalah Kalam Suci Allah~AL-QURAN yang mana memiliki seribu satu keajaiban milikNya..keutamaannya melebihi semua kitab dan ucapan..segala jawapan telah Allah jawab di dalam Al-Quran..sebab itu kadang kala,bila kita berasa sgt2 susah dan sedih..just open Quran,and u will find the answer...Allah will show u the way...SUBHANALLAH..




Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:" Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah,maka baginya satu kebaikan. Dan setiap satu kebaikan akan dibalas dengan 10 kali ganda." (Riwayat al-Tirmizi)


Sayidina Uthman bin Affan berkata: " Kalau hati kita bersih, kita tidak akan pernah kenyang daripada al-Quran. Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca mashaf al-Quran padanya." (Riwayat al-Baihaqi dalam Sh'ab al-Iman)


SUBHANALLAH....dan yang paling ana kagum, Imam Syafi'i mengkhatamkan al-Quran pada bulan Ramadhan sebanyak 60 kali. Pada bulan2 lain adalah sebanyak 30 kali...SUBHANALLAH2...Dan ini amat dikagumi oleh ulama2 lain sehinggakan sesiapa yang memiliki iman di hati,pasti iri kepada tokoh tersebut sepertimana Imam Abu Bakar yang cuba meniru amalan Imam Syafi'i utk khatam al-Quran.Tetapi beliau hanya mampu khatam 59 kali al-Quran pada bulan Ramadhan...Subhanallah..

erm..cuba kita aju balik soalan kt diri kita..adakah pernah kita terasa nak khatam al-Quran banyak2 kali sepertimana ulama2 tersebut?? adakah kita mengamati Ramadhan dgn menjadikan al-Quran sebagai sahabat akrab kita? tepuk dada..tanya iman...

and always remember...semua sahabat yg ada di dunia ini xkn mampu mensyafaatkan kita di akhirat..tetapi..its different with Kalamullah...AL-QURAN..kerana...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat kelak. Puasa akan berkata: " Wahai Rabb, aku telah menahannya daripada makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya." Al-Quran pula berkata: "Aku telah mencegahnya daripada tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya." Kemudian Baginda bersabda lagi:"Maka kedua-duanya diperkenankan memberi syafaat." (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim)


wallahua'lam bissawab..assalammualaikum...
(Sumber:Solusi 34)

Tuesday, August 16, 2011

Sultan Muhammad Al-Fateh


Bismillahirrahmannirrahim...
Assalammualaikum w.b.t...

ati ana sgt sebak pd pagi ni...bukan kerana orang yang ana pernah jumpa..tetapi kerana namanya "Sultan Muhammad Al-Fateh"...peribadinya...Subhanallah...
takkan pernah kita akan jumpa orang sepertinya..


(Sultan Muhammad Al-Fateh)

kata Rasulullah ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

dan orang yang diperkatakan oleh Rasulullah itu adalah~SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH~
Namanya dah disebut2 sebelum 800 tahun kelahirannya...Ya Allah..Subhanallah...

sehinggakan dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW. YA ALLAH....SUBHANALLAH....


(Kota Constantinople)
Menitis air mata ini mengkhabarkan betapa hebatnya beliau...Subhanallah....

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.


ALLAH...SUBHANALLAH...

banyak sebenarnya penceritaan mengenai kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh akan kepimpinannya...
utk rujukan, sahabat2 bolehlah pergi ke http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1794-sultan-muhammad-al-fateh.html..

(sahabat2 boleh terus membaca mengenai keperibadian, kepimpinan beliau..SUBHANALLAH..)

Cukup indah...akan adakah pemuda yang menjadi pemimpin sebegini pada zaman ini?

(tambah kagum beliau baru berumur 19 tahun ketika menjadi Raja...Allah....)

~sama2 mendapat manfaat sahabat2~AS SALAM...

Monday, August 15, 2011

Astaghfirullah alazim...



Bismillahirrahmannirrahim...

assalammualaikum sahabat semua....

ringkas entry utk ari ini...

entah kenapa dgn ati ana...
memikirkan sesuatu yang bukan sepatutnya...
tidak selayaknya utk ana...

Ya Allah...ampuni hambaMu...
Jauhiku dari perasaan itu lagi Ya Allah...
Biarlah cinta ini tersimpul rapi buat yang hak....




maksudnya:

Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.

Ya Allah..lindungi hatiku.....

Sunday, August 14, 2011

Kereta Idaman? ade ke? ^_^

Bismillahirrahmannirrahim..
Assalammualaikum w.b.t...
hehe..mlm ni kita sembang2 deh..(byk sembang cik azila ni..huhu)

tadi kan,ana dan mak gan abah melawat adik yg kt asrama..


(adik ana,Azizul Sahman,pelajar SPM 2011)

pahtu dengar la berkata encik abah dgn puan emak di dalam perjalanan:

encik abah : Ling..tgk 2..mercedes 2..keluaran baru..
puan mak: ohw..cantik kan..
(abah diam jek..focus kononnyer memandu..)


5mt kemudian...

puan mak:bang2~!! yg ni kereta baru ke??
encik abah: eh..xla...dah lama dh 2..honda lama...
puan mak: ohw...

*memang sepanjang2 perjalanan,depa dua ni asik borak psl kereta jek...

ana d belakang hanya berkata2 di dalam ati sambil tersenyum melihat teletah pasangan suami isteri tersebut:




ati ana: mesti aku dh kawen t mcm ni..huhu...

hehe..nk tau x kenapa ati ana berkata demikian??huhu...
malu nk ckp..tp jujur la....
ana ni..memang xtahu nama2 kereta sgt..
kalau setakat kancil,mercedes,proton 2 ana pndai la..tp bila dh org tye..

"eh!! 2 proton ape ar??"

ha..susah 2 ana nk jwb..kalau takat waja,wira 2 ana ok lg..kalau dh msuk mcm2 mmg ana xtahu..huhu..(jd..tlong bg pilihan ABCD utk ana jwb yek..hehe)

pernah jugak kt sekolah budak2 tye psl kereta,ana ckp "myvi"..dieorg ckp.."savvy la ckgu.."

hahaha..malu jek ek??
tp 2 la antara kelemahan ana..motor pon mcm 2 jugak..
ana cuma tahu ex5 (paling pro ni..hehe) smpai moto ana pon ana xtahu apa jenamanya...2 pon adik ana yg bgtau...huhu..

ana memang xtahu..serius..
sebab 2..kalau kawan2 ckp psl kereta impian,ana mmg senyap jela..
pd ana,kancil dh ok kot..huhu..
ana bukanlah seorang yg terlalu demand,pd ana,kalau dh ade kereta 2,Alhamdulillah..
sebab...ana ni,jenis org yg tahu naik kereta,duduk...eh!! dh sampai...^_^ huhu~

bila amik lesen kereta ni,kn kt tmpt memandu 2 semua gune kereta kancil kn...
kt umh ana ade kembara, ana ckp gan abang ana..
"kancil kt tmpt memandu 2 best la.." (gaya mcm ade jual jek kereta kancil kt sekolah memandu kn..huhu)

hihi...^_____________^

jadinyer..utk kereta ana d masa akan dtg,kalau ana kena beli time praktikal,ana akan serahkan urusan membeli kpd yg pakar seperti abah,abang2,sedara mara ana la..mcm moto jugak..depa beli,ana pakai..huhu...
tapi..kalau ana membeli kereta selepas berkahwin,mungkin ana akan serahkan kpd suami ana utk memilih...
yg penting,ianya memudahkan..xterlalu membebankan...Insya'Allah..
dan semoga..suami ana xpenat nak layan ana yg sure akan tye mcm2 soalan psl kereta t..

peace ^_^v ASSALAMMUALAIKUM~

Saturday, August 13, 2011

Penyakit Hati


BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..

AS SALAM SEMUA~ ^_^
Baiklah..saya xkn berceloteh panjang utk entry kali ni..nk berbuka dah,ade lg sejam..so..baca deh~ ^_^



3 JENIS PENYAKIT DALAM HATI:

Hasad
Riak
Ujub

*Kalau 3 ini xdapat diatasi,memang susah nak cover yang lain..

Maksud:
✿Hasad - merasa susah apabila Allah berikan nikmat kepada hambaNya yang lain.
- sakit hati apabila orang lain banyak ilmu.
- senang hati apabila nikmat orang lain hilang.
contoh:
" e...sakitnya ati aku tgk si bedah ni!! bley plak pkwe dia ensem dr pkwe aku..e..stress aku!! "

✿Riak - membuat sesuatu yang bila ada orang lain, baru dia buat, ingin menunjuk-nunjuk
- syirik yang tersembunyi, rasa seronok apabila dipuja dan dipuji

contoh:
"alamak!! si Syamsul ni ade la!! ishk!! nk mengaji la...biar dia nampak t dia puji aku..hehe~ "

✿Ujub - sukar dikesan penyakit ujub ini, ianya merupakan sifat sombong, suka diperhatikan
- tidak suka apabila dikutuk, bila ditegur,dia tidak dapat terima teguran itu

contoh:
"amboii..cantiknya aku ni...dh slim dh sikit.."

dan ada 5 TIPS MENGATASI PENYAKIT HATI:

pertama:

Bila nampak seorang budak kecil berkatalah:
" Budak kecil ini lebih baik daripadaku kerana dia tidak membuat maksiat sebanyak mana yang telah aku lakukan...sedangkan aku yang telah tua,tentu aku sudah banyak melakukan maksiat kepada Allah lebih banyak daripadanya.."

kedua:

Bila melihat seorang tua berkatalah:
"dia lebih banyak beribadat dari aku..aku ini masih muda dan baru nak beramal.."

ketiga:

Bila melihat orang alim katakanlah sebegini:

" dia telah diberikan ilmu yang mana aku tidak tahu, dan dia telah sampaikannya apa yang aku tidak sampaikan, bagaimnana aku ini harus sama dengannya..."

keempat:

Bila melihat orang yang jahil,katakanlah begini:
"orang ini melakukan maksiat kerana kejahilannya, sedangkan aku melakukan kejahilan di dalam keadaan aku tahu akan dosanya...


*orang yang jahil jika membuat maksiat akan mendapat 1 DOSA, tetapi orang yang tahu akan dosanya akan mendapat 2 DOSA di atas kejahatan yang dilakukannya..wallahua'lam bissawab..

kelima:

Bila melihat orang kafir, berkatalah di dalam hatimu sebegini:
" walaupun dia adalah seorang yang kafir,tetapi berkemungkinan dia akan terselamat dari akhirat kerana NIKMAT ISLAM yang Allah berikan, tetapi aku takut berkemungkinan aku akan mati dalam kesesatan/ kekafiran...Nauzubillah...




JADI RAKAN2..SENTIASALAH BERDOA AGAR KITA SEMUA DIMATIKAN DALAM HUSNUL KHATIMAH DAN HATI DALAM IMAN DAN ISLAM...wallahua'lam bissawab....as salam...

KES-KES TERAWIH..


ASSALAMMUALAIKUM W.B.T..
Selamat petang semua..^_^
mcm mne keadaan semua sekarang??lapar?HAUS??
hehe..jgn risau..semua sama kn..kita semua sedang menahan lapar dan dahaga..xde beza pon..
miskin ke kaya ke tua ke muda,semua yg beragama Islam sedang berjuang meneruskan puasa masing2..
tp..ha..jgn terkejut ada pulak manusia2 yg sewajibnya berpuasa,tp xpuasa...Nauzubillah...

ok2..xnk cite psl org xpuasa,tp nk cite sket psl kesilapan wanita2 ketika ke masjid utk berterawih..



erm..bila cerita psl wanita,tentu sekali tentang AURAT...

bila pergi terawih,memang ramai sgt org yg berpusu2 pergi terawih..SUBHANALLAH..
SEMOGA SETIAP HARI ADALAH RAMADHAN KAN...SUBHANALLAH...^_^

Baiklah..kita pergi kepada kes2 di masjid yek bagi wanita :

----------------------------------------

kes 1:
pergi terawih,tetapi memakai baju tidur (kelawar) yg jarang,singkat,lengan pendek...mmg xcukup syarat...erm..memang la pakai telekung,tp..kenapa perlu diselak telekung itu wahai wanita2 sekalian jika dh tahu ianya tidak menutup aurat?ha..better x pyh pakai la..lgpon mmg xsesuai..pakai molek sikit deh...^_^

kes 2:
atas cntik,putih,litup tertutup..tp syg...kaki yg cntik kelihatan di situ..didedahkan buat xsepatutnya...kenapakah?? xpe..t pinjam stoking anak2 sekolah yek...^_^

kes 3:
semua cukup..stoking,baju,telekung semua cukup..100% la org kata complete...tp jeng3~!! bila nek motor....ALLAHURABBI...Diselak kain sampai ke betis..dh nmpk dh...cmne???so..jaga2 deh...

kes 4:
masuk masjid,ok...Alhamdulillah..sbb ade niat nk g masjid berterawih...tp...ALLAHURABBI...jagalah kata2mu wahai wanita...siap bergosip plak..Allah..cmne 2??


-----------------------

ok..2 antaranya sebenarnya,tp ana rasa,itu yg kebanyakkan kes2 yg berlaku di masjid..kalau bukan ramadhan pon rasanya ini jugak yg dilakukan...agak2 kenapa maslh ini boleh berlaku??

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL~!!
AS SALAM....

Friday, August 12, 2011

Malu~


ASSALAMMUALAIKUM W.B.T
Alhamdulillah..syukran sbb membaca entry ni yek...
ALLAH...
sebenarnya nk luah sket malam ni..
erm..bukan apa..xhbis rasa malu utk mlm ni...
Allah..byk sungguh dugaan nk berterawih..
cumanya yg xleh nk lupa td la..

sedang elok melangkah nk masuk masjid ni tiba2 terasa cm ade org tarik2 plak kain telekung ni..

dlm ati pun mula berkata:
"YA ALLAH~!! SAPE PULAK TARIK NI TELEKUNG NI..."


Rupa2nya...hehe...

"TELEKUNG TERSANGKUT KT BASIKAL daaa.."



ALLAH...malunyer~~huhu,...

dan akibat malu yg teramat,nk masuk ke kawasan sembahyang wanita ni,ana xjumpa mana lubang nak masuk..huhu....(kalut betul..huhu)

dan kemudian,byk la dugaan ketika nk bersolat...Allahurabbi...(yg ni xleh bgtau yek..secret...huhu)

taraa~!! ha..2 jek nk bgtau...
hehe..actually nk bgtau pasal kesalahan2 kita kt masjid,tp mcm lewat dh ni..
so,Insya'Allah ana akan post esok yek..
dh..tido molek deh awok 2..
FI AMANILLAH...

ASSALAMMUALAIKUM.....

Thursday, August 11, 2011

DIAM TANDA SETUJU...♥

ASSALAMMUALAIKUM (^_^)
ALHAMDULILLAH...ana masih diberikan peluang oleh Allah utk merasai segala nikmatNya..SUBHANALLAH...

erm...mcm mne puasa selama beberapa hari ni?ok x?ade sape2 x selama berpuasa ni tibe2 perut xleh nk adjust ke,ade mslh penghadaman ke..ha..mesti ade kn2..mintak doa ea semoga sistem dlm perut 2 diperbaiki dan dapat digunakan kembali dgn baik..mudah2an yek~ ^_^

ok..arini yek sahabat2 ana..kita akan belajar bab nikah...ewah...senyum leborr semua..^____________^

erm..actually tajuk simple,yg mana sekadar perkongsian yg kita kne tahu..sebab selalu org tua2 yg ckp benda ni "diam 2 tanda setuju" kn.kn??tp actually..ana bru tahu...ada dlm hadith rupanya benda ni...takjub kn?? SUBHANALLAH...

JOM MEH TGK MEH..ana amik ni dr sahabat blog dr FB
nya.. http://adminskss.blogspot.com/

OK..JOM BACA EA...^_^

--------------------------------

Diam Tanda Setuju...


Terjemahan Sahih Muslim

Kitab : KITAB NIKAH

Bab Persetujuan Janda Untuk Berkahwin Ialah Dengan Kata Kata Yang Diucapkan Olehnya Manakala Gadis Pula Memadai Dengan Diam


2543. Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jangan mengahwinkan seorang perempuan janda sehinggalah diminta persetujuan serta mengadakan perbincangan dan jangan mengahwinkan seorang gadis sehinggalah diminta persetujuannya.

Para sahabat bertanya: Bagaimana hendak mengetahui persetujuan seorang gadis.

Baginda menjawab: Dia DIAM.

2544. Hadis Saidatina Aisyah r.a:
Aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang seorang jariah yang akan dikahwinkan oleh keluarganya adakah perlu meminta keizinan serta persetujuan atau tidak perlu?

Lalu Rasulullah s.a.w memberitahu kepada Aisyah: Ya! Hendaklah diminta persetujuannya.

Saidatina Aisyah menyambung lagi: Aku memberitahu lagi kepada Baginda bahawa jariah itu seorang pemalu.

Rasulullah s.a.w memberitahu PERSETUJUANnya sekarang ialah DIAM.


------------------------

hehe..indah kn??
so..bagi wanita2 yg dilamar 2..xpyh la dok melompat YAHOO~!!! bila dh ade yg dtg menyunting 2..
cukuplah sekadar diam...hihi..
tp jgn buat muka sedih plak kn..cm pelik plak kalau diam,setuju,tp buat muka seposen,dua posen..hehe..

malu kn penyejuk utk suami...kn...^__________^

sama2 mendapat ilmu...as salam....

Wednesday, August 10, 2011

BERUBAH~!!


(comel kn kartun ni..^_^ )

ASSALAMMUALAIKUM CINTA~!! ^_^
(wah..cinta 2 mksudnyer kpd semua yek..tolong jgn perasan..hehe)

nk BERUBAH~!! nak BERUBAH~!!
^^,

ALHAMDULILLAH..diberi kesempatan oleh Allah utk memperbaiki diri..
ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH...^_^
Terasa bernafas seperti biasa setelah jatuh ke dalam gaung (perumpamaan)
hehe~cm nk senyum jek arini..nape ek?Ek??

actually xde ape2..ana sedang berfikir positif di atas teguran2 dan perkongsian rakan2 ana...
syukran2 semua..ana akan teruskan perjuangan ini...^_^

dan YANG TERUTAMA~to my BELOVED LOVE ever after~~The Greatest ONE~ALLAH...♥♥

ALHAMDULILLAH..TQ ALLAH~♥

dan utk arini,ana akan start komen atau tinggalkan jejak ke 10 blog bertuah..hehe..

YEAH~!! SELAMAT BERJUANG SEMUA~!! ^_^

as salam...

Monday, August 8, 2011

BETOL KE XBOLEH MASUK MASJID???KOMPEM??



as salam...
hehe..tajuknya mcm ganas jek kan..huhu..takut plak ana bila membaca..(ye ke tkut??huhu)
tp bukan apa..cuma nak menarik minat kalian membaca..(ha..tertarik x??huhu..)

baiklah..entry kali ini adalah berkenaan dgn WANITA HAID yang mana tidak dibenarkan masuk ke masjid..

mesti pernah dgr persoalan2 berbunyi begini:
----------------------------------------


SITUASI 1:

"aik?xkn xleh masuk masjid?? kalau perempuan nak menikah,tiba2 dtg bulan..xkn nk batal nikah kat masjid??"

SITUASI 2:
"ye ke xboleh..dulu2 ustaz ckp boleh jek..yela..zaman dulu mana ada pelapik/pad/modes (malu plak..huhu) nak pakai mcm zaman skang kn? boleh la..asalkan x menitik kan darahnya kn.kn..."


SITUASI 3:
"tapi...aritu saya tgk tv..ade ustazah 2 kata boleh..ha..mana 1 nk dengo ni??argghhh...pening2..." (ni agak over yek...huhu)

---------------------------------------

baiklah...

Firman Allah Taala bermaksud:
Janganlah kamu mendekati solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu perkatakan dan berjunub melainkan melintas sahaja sehinggalah kamu mandi janabah.
(Suran an-Nisa: ayat 43).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Aku tidak menghalalkan masjid bagi orang yang haid dan berjunub.
(Riwayat Abu Daud).


------------------------------------------

nampak??jelas kn di situ bahawa wanita yg di dalam haid/ orang yang berjunub yang belum mandi hadas, TIDAK BOLEH MASUK KE MASJID..Kalau area2 sekitar 2 kalau nak melintas ke boleh...

JAWAPAN SITUASI 1:
bagi hal berkaitan menikah 2,boleh jek kn kalau menikah kat umah..kalau agak2 nk sgt kat masjid kn..biar pengantin lelaki yg akad kat dalam..yg pompuan duk la kat luar gate masjid..bentang tikar kat luar nu...xpon duk atas lori ke hias cntik2...huhu..

JAWAPAN SITUASI 2:
erm..xdenyer nk menitik ke menumpah ke ape yek semua..persoalannya skang ini adalah kita perlu menjaga kesucian rumah Allah...kalau la...rumah anda di masuki oleh seseorang lelaki yg gila yg xmndi setahun??erm..xpon..di masuki org yg dalam keadaan berdarah2,terluka ke kn..dia duduk kt sofa umah anda selamba badak jek..ha..cmne?? (huhu...) 2 ibarat jek..hehe..

JAWAPAN SITUASI 3:
mana arahan yg lebih tinggi dan patut kita ikut??ustazah 2 ke Allah?? erm..mungkin pd pendapat kalian kena ikut jumhur ulama' kn?tp..rata2/majoriti ulama' pon ckp HARAM hukumnya..so..jgn ikut deh...ikut yg Nabi pesan sebelum baginda wafat iaitu "“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. "

~wallahua'lam...sama2 mendapat manfaat...

Sunday, August 7, 2011

Baik Ulama, Baik Umara, Baiklah Ummah

ehem2!! ASSALAMMUALAIKUM.. ^_^
ALHAMDULILLAH utk segala nikmat pada hari ni dan sebelum2nya...

baiklah..kita go through kpd topik atas nu:

BAIK ULAMA,BAIK UMARA,BAIKLAH UMMAH~

ha..apakah maksud ULAMA??

ULAMA' adalah seseornang yg memiliki ilmu agama yang tinggi dan mengamalkannya..dan tugas ulama' ini adalah membimbing umat Islam..contohnya Tok Kenali..ha..mesti kenal kn??

UMARA pulak ape ek??sape tau??

ha...UMARA ni adalah pemimpin..seseorang yang berkuasa memimpin..erm...leh diibaratkn sebagai Raja,Sultan,Perdana Menteri..ha..2 la umara..

UMMAH pulak??

UMMAH pula ialah kita semua la..org yg dipimpin..iaitu masyarakat..

erm..agak2 terfikir x kenapa ana post pasal ni??
sebab pertama adalah ana tertarik dengan Topik di dalam majalan SOLUSI edisi baru ni...MENARIK...menurut pembacaan ana di dalam solusi ni..tertulis di situ bahawa:

Dunia ialah kepala segala kejahatan.

"Imam al-Ghazali telah mengingatkan bahawa seseorang tidak akan dapat menjadi hamba Allah dengan sebenarnya jika masih mencintai dunia. Di dalam al-Quran pula, Allah ada berfirman yang bermaksud " Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan." (Surah al-An'am 6:32)

jadinyer..dua kesinambungan itu tadi iaitu:

UMARA yg memiliki harta dan kuasa. Manakala Ulama' pula memiliki ilmu agama dan kekuatan jiwa. Jika semua kekuatan ini digabungkan utk Islam, tentu ia akan menjadi satu medan atau kuasa besar yang mampu membangkitkan UMMAH..


Zaman kita ni skrg ni..sgt jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan zaman kegemilangan Islam terdahulu..dulu kita ada Maharaja Najashi, Khalifah Umar Abdul Aziz dan ramai lagi..kalau UMARA ni terlebih salah guna kuasa..ha..jadi la mcm golongan UMARA yg bersultan di mata,bertuhan di hati seperti Firaun,Namrud dan lain2..Nauzubillah..erm..telah ada teladan yg baik..tetapi ikutan itu tiada pada masa kini..ALLAHURABBI...

ha..cuma ana mcm solute la dgn Sultan Kelantan..ana suka tgk baginda..cara baginda..dekat dgn rakyat dan low profile..dan baru2 ni,ada pulak buat majlis khatam beramai2 bersama2 pemuda Kelantan kat Istana..Masyallah..hebat kn? sepatutnya kena ada majlis2 sebegini kat semua negeri.. baru lah UMMAH semakin membangun dgn ISLAM..kn? Insya'Allah...


(DI MANAKAH MUJAHID2 SEBEGINI KINI??)

erm..
zaman yg serba maju kini telah menyebabkan ana terasa sgt sedih dgn ummah kini..ana adalah seorang guru praktikal..dan ALLAH telah tunjukkan pelbagai jenis ragam pelajar di sekolah..memang ianya sangat kecil dan tidak menyeluruh..tetapi,itu pun telah mencerminkn keruntuhan akhlak dan agama dalam kalangan masyarakat hari ini..tp xpela..sedikit dugaan buat ana utk terus berdakwah.. mudah2an Allah memberikan kita semua ilham dalam membentuk dan menegur UMMAH..Insya'Allah...

*ana bukan pengubah..ana hanya penyampai..Allah adalah Pemilik Segala-galanya.. Hanya padaNya hamba berserah....

AS SALAM....

Friday, August 5, 2011

Rapuhnya Hati ini...Tabahlah Hawa....


Bismillahirrahmannirrahim...
Assalammualaikum sahabat ana sekalian..
Alhamdulillah ana diizinkan Allah untuk terus mencoret..
selesai pada pagi ini ana mengajar walaupun agak terlewat ke kelas disebabkan hal tertentu..

Baiklah...
ana ingin bercerita mengenai hati...

KENAPA DENGAN HATI??

Manusia itu memiliki hati dan perasaan manusiawi...
dan tentu sahaja perasaan yg lazim disebut adalah CINTA,KASIH,SAYANG...

Ya..ianya benar...
rasa cinta itu tentu sahaja ada di dalam hati setiap manusia..
begitu juga dengan ana..seorang wanita yg sgt kecil,kerdil di dunia..
Seberapa rapuhnya hati ana,hanya Allah yg tahu...

kadang kala,bila bersama dengan org yg ana SUKA..
ana sengaja bersikap acuh tidak acuh melayannya...
ana sengaja bersikap agak kasar dengannya..
bertindak agak NORMAL di hadapannya seolah-olah tiada apa yg ada di hati ana..
bila ditanya KENAPA?
ana cuma kata..."XDE APA2..ANA OK JEK..."
"DAH BIASA DAH..."

Kata2 CINTA begitu mahal utk diungkapkan..
Biarlah ana berkata di dalam hati ana dan biarlah Allah yg tahu ati ana..
Kadang kala,bila ana terasa nk "msg" dia..ana akan taip msg tersebut...
tp..JARANG SEKALI ANA TEKAN BUTANG "SEND"...
ana akan padam kembali...
mengambil wudhuk,mengaji atau solat...
biarlah curahan hati ini lebih didengar dan diketahui oleh Allah..

ana juga tahu yg mungkin bukan dia pemilik hati ini..
Bila Allah mentakdirkan sesuatu buatnya..maka itulah yang TERBAIK...
Bila dia gembira,ana juga turut gembira di atas kegembiraannya..
di setiap doa ana,ana akan doakan yg terbaik utknya...
Mudah2an Allah perkenankan...
Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segenap hati hamba2Nya...SUBHANALLAH...

ATI WANITA ITU SANGAT RAPUH..

ianya tipis ibarat tisu..
ditiup angin ianya terbang...
dibasahi air ianya akan basah...


KENAPA WANITA ITU SANGAT SENSITIF??

ianya sudah memang begitu...

--------------------------------

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci manakala wanita sebaliknya.

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati..dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang..

sumber:http://adminskss.blogspot.com/2011/03/hawa-dijadikan-ketika-adam-as-tidur.html


------------------------
panjang artikel ana hari ini...
maaf seandainya terlihat kecacatan hati ana..
Semoga Allah melindungi hati ana...

AS SALAM...

*maaf..ana xtahu kenapa ana xleh bubuh link kt sini..xtahu apa problemnya..jd kalau nk tahu psl artikel kt dlm ni..boleh rujuk laman web tersebut yek..sama2 mndpt mnfaat...Fi Amanillah...

Thursday, August 4, 2011

KERANA ALLAH..



as salam...apa khabar imanmu sekalian??
Alhamdulillah..berkat Agungnya redha dan izin Allah,ana masih mampu bernafas pada hari ini..
erm...(tgh sedut udara ni..huhu) ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..
arini kn..mcm biasa la..ana merempit ke sekolah..huhu..
ana mulakan perjalanan dgn doa dan sepanjang atas motor 2 ana membaca 10x Al-Fatihah (sebab selepas solat,ketika doa 2 ana x baca al-Fatihah 7x seperti biasa..sebab dh lewat nk ke sekolah)
kemudian..ana teruskan membaca KALIMAH AGUNG MEMUJINYA:



SubhanAllahi Wabihamdihi, SubhanAllahil Azim

dan ALHAMDULILLAH...kerana dh lewat kn..dan kerana AGUNGNYA ALLAH...Perjalanan ana ke sekolah sgt2 mudah..ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...nk tau x mudah mcm mne??^_^

biasanya perjalanan ke sekolah mengambil masa lebih kurang 20mt (kelajuan biasa)..kalau rempit sikit dlm 15mt la (up sket 60-80km/1j) tp arini ana bwk 60km/1j jek..dlm masa kurang 15mt ana dh smpai sekolah..ALLAHUAKBAR...nk tau x kenapa laju jek sampai??

hehe..kerana ALLAH..

biasanya jalan akan agak jem..tp arini dgn kuasa ALLAH, .clean jek jalan..dh mcm jalan 2 ana puyer..huhu...HEBAT KAN ALLAH?? ALHAMDULILLAH...SUBHANALLAH...

percaya x??erm..kena PERCAYA taw!! sebab...

DUNIA INI ADALAH MILIK ALLAH..BILA ALLAH BERKEHENDAKKAN SESUATU..MAKA DGN KUASANYA SAHAJA IANYA AKAN BERLAKU.."KUN FAYAKUN"~


SUBHANALLAH...^_^

Tuesday, August 2, 2011

Pekerja Buruh??amboiii~^_^~

Bismillahirrahmannirrahim..assalammualaikum semua sahabat ana..

arini,ramai guru-guru di sekolah bertanya tentang KES kami MENGECAT SEKOLAH..
GEMPAK kan?hihihi.. (gempak sgt nih...perkara yg bukan semua guru nk buat kn..hehe)

actually, pihak sekolah mahukan kami memberi sedikit sumbangan la sbg ingatan buat sekolah kami SMK DATO ONN..Tapi..2 la..last minit kn..tenaga kami diperlukan utk mengecat..maka...inilah kerja kami~JENG3!!!

GENG MENGECAT SEKOLAH~~


pada awalnya ana ni mmg jenis redha jek..
tp bila dh ada kata2 dr pelbagai pihak,mula la penyakit ati dtg...
ASTAGHFIRULLAH ALAZIM...tapi apa2 pon ALHAMDULILLAH!!
ALLAH ITU SENTIASA ADA~

yg pnting KENA JAUHI PENYAKIT ATI!!
t korg semua jd guru prktikal,kena sentiasa redha dan patuh stp perintah selagi ianya tidak melanggar hukum2 syarak...SEMOGA BERJAYA!! (^_^)

~~GAMBAR-GAMBAR~UPLOAD-UPLOAD~~






(geng guru praktikal..meriah mereka ni..hihi)


(antara pelajar yg dtg menceriakan hari kami..huhu)

Ha..ni jela rasanya bukti2 kami sebagai PEKERJA BURUH yek..ramai sgt nk tgk..maka,ana post la...

as salam..selamat beribadah~(^_^)

Monday, August 1, 2011

SELAMAT BERPUASA!!! (^_^)

ASSALAMMUALAIKUM!! (^_^)
macam terlewat ke nk wish "SELAMAT BERPUASA"??
hehe..selagi ada Ramadhan kn..so,xdela lewat sgt kn..

mcm mne ibadat kalian di bulan ini?
puasa x??ha...jgn xpuasa yek kerana...

Umat Islam telah ijmak (bersepakat) atau sekata atas wajibnya puasa Ramadhan lantaran ia merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan telah termaklum kewajipannya dalam agama. Mengingkari kefarduannya adalah kafir dan terkeluar daripada Islam..

(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat Dato' Ismail Kamus,Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid)


dan paling penting SURUHAN ALLAH..Maka,laksanakan suruhan Allah sebenar2nya...
dan lakukanlah ibadah sebaiknya pada bulan ini seolah-olah ia merupakan Ramadhan terakhir buat kita semua..

byk sgt ibadah yg boleh kita lakukan pada bulan Ramadhan ini..REBUTLAH PELUANG ini yek kawan-kawan!!

lastly...video hasil kerja sepupu ana..pelakon semua sepupu sepapat ana..SAKSIKANLAH..huhu...




*ambil mesej pd video ni yek..bukan sekadar mengkritik..SELAMAT BERPUASA!!(^_^)

Ada Apa Dengan Cinta..


as salam..Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk melayari 1 Ramadhan pada tahun ini..Alhamdulillah..syukur ana panjatkan kepada Ya Rabbi..Selamat Berpuasa yek semua..

erm..berbalik kepada tajuk entry "Ada Apa Dengan Cinta"..

pelik x tiba2 ana nk mengepost entry cmni??

eh..xpelik ek??huhu..

yela..lumrah atau fitrah kn cinta itu diciptakan..

ana terbaca 1 komen FB dr sahabat ana yg d dlm proses utk berhijrah mcm ana juga..

mencari cinta Ya Rabbi~SUBHANALLAH...


Tapi..bila tgh on the way nk berubah 2, dia merasa sgt sukar utk melupakan cintanya kpd seseorg..iaitu KEKASIH HATINYA...2 la dugaan paling berat padanya sebab terdapat gangguan di situ d dlm proses dia mencari cinta Allah..so..cmne yek??

erm..ana tiada sebarang penyelesaian d dlm masalah ini..tetapi sekadar perkongsian...
yela..ana juga pernah merasai cinta dan dlm proses berhijrah 2,mmg kita di dalam 1 jalan yg mana Allah hadirkn byk sgt dugaan supaya kita ni kukuh dan istiqamah dgn keputusan kita..

tp..Alhamdulillah kerana semasa ana nk berhijrah 2,ana ni mcm d buang feeling nk bercinta dgn "orang itu"..nk jumpa dia pon ana xnk sebenarnya..sebab ana tahu kelemahan ana dan kelemahan "dia"..rasa cinta dan sayang itu hanya Allah yg tahu...Subhanallah..Allah Maha Tahu akan segala hal..nk lari mana pon xleh..nk sembunyikan rasa ni,Allah....xperlu la yek..sebab mcm mne kita sembunyikan apa yg ada d dlm ati kita,Allah tetap tahu...Hebat kn Allah? ALLAHUAKBAR~

Tapi...sentiasa ingat!! kita sememangnya tidak mampu menolak rasa cinta..tetapi kita PERLU KAWAL rasa itu.. D dlm setiap solat,sentiasalah berdoa agar dikuatkan hati utk terus berdiri di jalan Allah..jgn pernah goyah..perbanyakkan solat sunat,mengaji,berzikir..dan paling penting REDHA dgn setiap apa yg telah tercatat di Luth Mahfuz~

apa sahaja yg Allah tetapkan,pasti akan terjadi...Seandainya benar dia tercipta buat kita,Allah akan dekatkan hati kita dgn caraNya..seandainya bukan..berdoalah agar Allah memberikan ketenangan dgn setiap ketentuanNya...wallahua'lam..

dan ana terbaca ayat yg sungguh indah pd ana menerangkan sejumlah besar ati ana terhadap seseorang :

Imam al-Qurtubi menyebutkan bahawa malaikat bertanya Nabi Adam: “Adakah engkau mencintai Hawa?” Nabi Adam menjawab: “Ya.” Kemudian malaikat bertanya pula kepada Hawa: “Adakah engkau mencintai Adam?” Dia menjawab: “Tidak.” Sedangkan perasaan cinta di dalam hatinya terhadap Nabi Adam adalah berkali ganda lebih besar berbanding cinta Adam terhadapnya. .

see?? xpe..kita simpan ati kita ni dulu yek wahai Hawa..smpai masa nanti,kalau jodoh dh ada depan mata..ha..luahkanlah...kerana sememangnya fitrah wanita adalah menjadi penenang buat sang Adam... SUBHANALLAH~(^_^)


"Rasa cinta itu biarlah Allah yang tahu sebanyak manakah ia..di dalam setiap doa,tatkala rindu menerpa,redakan kerinduan itu dgn bacaan Agungnya Al-Fatihah..biarlah rindu itu Allah titipkan buatnya..ianya lumrah seandainya rindu hadir secara tiba2..menangislah kerana takut kehilangan cinta Allah..jgn pernah cinta makhluk melebihi batasan hati..jagalah ia..kawallah ia dgn iman..Allah sebaik-baik penolong..wallahualam.."



Ya Allah. Jika aku bukanlah sebahagian dari tulang rusuknya maka janganlah biarkan ku rindukan kehadirannya. Janganlah biarkan kulabuhkan hatiku di hatinya. Kikislah pesonanya dari pelupuk mata. Dan usirlah dia dari relung hati ini.


CARILAH CINTA ALLAH,NESCAYA KAMU AKAN MENEMUI CINTA
PENCINTANYA


(entry pasal puasa t ana post yek..tgh crik ilham..huhu)