i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Saturday, April 30, 2011

SAYA CUMA INGIN IKHLAS


Bismillahirrahmannirrahim pembuka kata..
dan Assalammualaikum sebagai salam sejahtera..
semoga redha Allah sentiasa ada..
IKHLAS

Ikhlas ialah : " melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."

why the new topic is about IKHLAS?
erm..im trying my best to be IKHLAS SEIKHLAS IKHLASNYA..
ALLAH SANGAT MENGETAHUI SEGENAP MILIKNYA DI DUNIA DAN TERMASUKLAH SEKECIL2 HAL DI DALAM HATI SAYA...
macam2 berlaku hari ini dan ntah la...
biarlah rasa ini dipendam dan biarlah saya ikhlas semata2 kerana Allah..
kadang2 terasa sangat jahat kerana memiliki perasaan macam ni..

sememangnya orang mengatakan yang ianya lumrah kerana saya adalah wanita..
tapi..biarlah...hanya kepada ALLAH saya serahkan pengharapan..

FITRAH MANUSIA....
DAN FITRAH MANUSIA JUGA ADALAH MENGHAMBAKAN DIRI KEPADA ALLAH..
dan Allah mengkehendaki saya untuk kembali kepadaNya..
akan datang....memang ia akan hadir mngikut apa yang dah tercatat di Luth Mahfuz..

IKHLAS dan INSYALLAH saya akan REDHA..
Seandainya ini yang dikehendaki Allah..
So,kena lah terima...
saya tidak mahukan apa2 balasan di kemudian hari dari seseorang atau sesiapa..
biarlah Allah yang tunjukkan suatu hari nanti...
kerana DIA MAHA MENGETAHUI...

Saya terlalu leka dan terlalu gembira mungkin...

Ya Allah...aku ingin lebih dekat denganMu...
aku ingin sangat dekat denganMu...

~aku ingin mencintaiMu setulusnya~

Thursday, April 28, 2011

Hak Seorang Isteri


~BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM DAN ASSALAMMUALAIKUM W.B.T~

alhamdulillah..ade entry baru dey..(^_^)

tadi dalam phone ade cakap pasal suami isteri..
la ni tibe2 cam nak kaji jek kan..mana la tau ade sape2 yang nak kawen ke ade niat nak kawen ke kan..ha..jgn main2 ek..kne tau bab2 munakahad ni..penting sgt2~!! <~nmpk x tanda seru?ha...baca dey...(^_~)

------------------------------

Menurut istilah hak ialah sesuatu yang dapat dipunyai atau dikuasai, baik yang berupa benda mahupun yang berupa wewenang dan kewajipan ialah sesuatu yang perlu diberikan, baik yang berupa benda mahupun yang berupa perbuatan.(syafii.1995.273) Firman Allah s.w.t :


Ertinya: “dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana” (al-baqarah:228)

HAK-HAK ISTERI

1- HAK MENDAPAT MAHAR

Mahar adalah suatu pemberian wajib dari suami kepada isterinya dengan sebab berkahwin. Ia merupakan hak mutlak isteri. Tidak boleh diambil sesuka hati oleh suami melainkan dengan keredhaan dan izin isterinya. Suami juga boleh berhutang mahar dengan isteri tetapi perlu dilunaskan sebagaimana orang yang berhutang. Banyak sedikitnya mahar itu bergantung kepada kerelaan atau kemahuan isteri. Firman Allah:

Ertinya: “berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita yang kamu kahwini sebagai pemberian penuh kerelaan, kemudian jika mereka menyerahkan kepadamu sebahagian dari maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik akibatnya” (an-Nisa’:4)

Di dalam hadith Nabi s.a.w ade menerangkan barangan yang boleh dijadikan mahar seperti duit, cincin,kasut,pakaian,makanan atau bahan,memerdekakan hamba dan....yg paling saya rasa bermakna adalah MENGHAFAL AL-QURAN...barakah taw..

~AKU NIKAHI KAMU DENGAN AL QURAN SEBAGAI MAHAR...wah..cam best...hihi..

2. NAFKAH- ZAHIR & BATIN

NAFKAH ZAHIR

Sudah menjadi ketetapan agama bahawa suami wajib memberikan belanja untuk makan,minum dan tempat tinggal isteri sesuai dengan kemampuannya. Firman Allah s.w.t:

Ertinya:” hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya”.(al-Talaq:7)

Ertinya: dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: “saya datang kepada Rasulullah s.a.w lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami? Sabdanya: “berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R Abu Dawud)

Ayat-ayat dan hadith di atas menjelaskan bahawa setiap suami bertanggungjawab memberi makanan, pakaian kepada isterinya sesuai dengan kemampuannya. Suami tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya lebih buruk daripada apa yang dimakan dan dipakai suaminya. Begitu juga kadar makan dan pakai yang menjadi hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya. Di dalam hal ini isteri tidak boleh meminta sesuatu yang di luar kemampuan suaminya. Akan tetapi sekiranya suami mampu memberikannya lebih tetapi tidak diberikan maka dalam situasi ini isteri dibenarkan mengambil harta suaminya seperti sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: “dari aisyah r.a berkata: sesungguhnya Hindun datang kepada rasulullah lalu berkata: “wahai Rasulullah< Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untukku dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya”. Lalu Baginda bersabda: “ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar”. (H.R Bukhary dan Muslim)

Hadith ini menegaskan bahawa islam membenarkan bagi isteri mengambil harta suaminya sekadar untuk keperluan dirinya dan anak-anak, jika suaminya mempunyai harta yang cukup tetapi tidak memberikan haknya mengikut kemampuannya. Jika suami yang bakhil di cela oleh agama dan dibenarkan bagi isterinya mengambil tambahan dari harta suaminya tanpa pengetahuannya, maka lebih berdosalah lagi suami yang tidak memberi nafkah isterinya. Sudah tentu perbuatan itu tela melanggari hak isteri yang telah ditetapkan oleh syariat islam. Isteri boleh memberi peringatan terhadap suami yang mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah samada mahu memberi belanja atau menceraikannya.

Menurut Imam Syafie kadar nafkah makanan yang wajib itu adalah mengikut keadaan suami. Maka jika suami itu orang kaya, nafkah isteri yang diwajibkan ialah dua cupak makanan setiap hari, suami yang miskin satu cupak dan suami yang sederhana satu cupak setengah.(Wahbah Zuhayliy.1985.798)

NAFKAH BATIN

Ertinya: isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat becucuk tanammu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang beriman. (al-Baqarah:223)

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka dengan sebaik-baiknya....”

Dalam Islam isteri boleh menolak hajat atau keinginan suaminya untuk bersetubuh dengan syarat ia mestilah dalam keadaan darurat atau keuzuran seperti semasa haid, nifas, sedang dalam ihram dan sebagainya. Bagaimanapun pengertian mengenai darurat dan keuzuran bukan setakat itu, banyak lagi perkara lain yang perlu difahami setiap suami. Misalnya jika isteri mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan isteri tidak berupaya melayan kehendak seks suami, ia juga ditakrifkan sebagai darurat. Begitu juga jika isteri berada dalam keletihan yang amat sangat, penolakan berkenaan dirujuk kepada isteri yang dalam tertekan, runsing, mengantuk yang teramat sangat dan keletihan yang amat sangat sehingga meyebabkan isteri berkenaan tidak berkeupayaan melayani kehendak seks suaminya dengan baik, ia juga dibolehkan. Lebih-lebih lagi bagi isteri yang bekerja, tujuannya untuk membantu suaminya sendiri dalam soal kewangan.

Akan tetapi isteri perlu faham, jika mereka menolak hajat suaminya, ia mestilah ditolak dengan cara yang baik dan mestilah dijelaskan dengan sejelas dan sebaiknya sebab-sebab itu kepada suaminya, sehingga suaminya boleh memahami dan bertolak ansur dengannya.

Terdapat juga sesetengah suami yang sanggup menggunakan kekerasan atau paksaan ke atas isterinya untuk melakukan hubungan jenis demi memuaskan nafsunya sendiri dengan menafikan terus hak isteri , walaupun isteri berada dalam keadaan tidak bersedia dan sudah pun menolak hajatnya dengan baik. Dalam keadaan seperti ini, jika suami tidak memahaminya, isteri boleh membawanya ke mahkamah dan mahkamah pasti akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Namun begitu pangertian nafkah batin bukanlah berkisar perlakuan seksual semata-mata. Seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah batin, selain seks berkongsi masalah, mendengar luahan isteri, berbual dan bermesra serta mendidik ajaran agama terhadap isteri juga termasuk dalam definisi nafkah batin.

3- KOMUNIKASI YANG BAIK

Membina komunikasi yang baik sesama suami isteri adalah dituntut di dalam Islam. Suami harus berlaku adil kepada isteri, dan isteri juga haruslah berlaku adil terhadap suami. Komunikasi yang baik terhadap isteri termasuklah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. Ini bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yanglembut dan mudah terguris hatinya. Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadith Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w:

dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut jelas menerangkan cara komunikasi yang berkesan terhadap wanita.Perlakuan kasar kepada isteri mencakupi ucapan yang menyakitkan atau tindakan yang menyakitkan fizikalnya. Bentuk tindakan yang menyakitkan perasaan isteri misalnya mencari-cari kesilapan isteri, mengkhianati isteri, menganggu ketenangan isteri malam hari misalnya dengan pulang lewat malam dari berpoya-poya atau bermain atau bersembang-sembang di luar hanya memenuhi seleranya sendiri tanpa memerhatikan kepentingan isteri. Tindakan seperti ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w, sabda Baginda:


Ertinya: dari Jabir: Nabi s.a.w melarang suami mengetuk pintu keluarganya pada malam hari, melarang berkhianat kepada mereka atau mencari-cari kesalahan mereka. (H.R Muslim)

Seorang suami yang baik akan sentiasa menghormati dan melayani isteri dengan baik dan bersabar dengan tingkah laku isterinya yang mungkin tidak disukainya. Firman Allah:

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

Jika suami tidak menyenangi salah satu sifat isterinya hal tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk berlaku kasar kepada isterinya, bahkan suami hendaklah berpandangan adil dengan melihat sifat-sifat isterinya yang disenangi sehingga dapat mendorong dirinya untuk tidak berlaku kasar dalam menghadapi perangai isterinya.

Dalam hal ini eloklah kita menghayati sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri: “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.” Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya. Berkata lelaki tersebut: “wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin. Maka Umar al-Khattab memjawab: “wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku. Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”. (Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178).

Terdapat juga suami yang melakukan kekasaran kepada isteri secara fizikal misalnya memukul isteri. Memukul isteri dibenarkan selama pukulan itu bersifat pengajaran dan tidak menimbulkan rasa sakit yang membahayakan diri isteri. Hal ini disebutkan di dalam hadith berikut:


Ertinya:” ...dan janganlah kamu pukul mereka dan menghina mereka”

Kerana itu walaupun suami bermaksud memberi pengajaran kepada isteri namun dia tetap bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan keamanan isteri. Hal ini disebut di dalam firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 19:

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

Dalam hal ini jika suami gagal berkomunikasi dengan baik terhadap isteri hingga membawa kepada masalah yang besar, isteri boleh menasihati dan mengingatkan suami akan hak tersebut. Jika suami enggan berubah isteri boleh meminta bantuan daripada orang tengah untuk menasihati suami agar tidak berkasar dengan isteri. Jika tidak berhasil isteri dapat mengadukan masalahnya ke mahkamah syariah untuk mengambil tindakan tertentu kepada suaminya agar tidak mengulangi kekasarannya terhadap isteri. Dalam hal ini isteri haruslah celik agama dengan memahami dan menghayati segala hak yang telah diberikan Islam kepadanya untuk menjamin maruah wanita Islam.


4- HAK MENDAPAT BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR

Isteri berhak menerima bimbingan dari suami dan tunjuk ajar serta nasihat darinya samada dari sudut pendidikan agama, pergaulan sesama saudara baik dari sebelah isteri mahupun suami, dengan jiran tetangga,cara berpakaian, cara mengawal emosi dan sebagainya. Suami juga berhak mengajar isteri cara mendidik anak dengan betul malah isteri dan anak-anak berhak mendapat contoh akhlak yang terpuji dari suaminya sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w:

Ertinya:” Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka janganlah menyakiti jiran tetangganya, dan hendaklah kamu berpesan tentang berbuat baik terhadap perempuan kerana sesungguhnyaperempuan ini dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, sebengkok-bengkok tulang rusuk itu yang atasnya, sekiranya engkau cuba membetulkannya ia akan patah dan jika sekiranya engkau membiarkannya dia akan terus bengkok, oleh itu maka hendaklah engkau sentiasa berpesan tentang berbuat baik kepada perempuan”.

Ertinya:Rasulullah s.a.w bersabda:”setiap orang di antaramu adalah pemimpin dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, seorang imam adalah pemimpin atas umatnya,dan dia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya.....(HR Ahmad, Abu Dawud dan Tirmizi)

Begitu juga suami wajib memelihara isterinya dari segala perkara yang boleh mencemarkan kehormatannya dan menjauhkannya dari perbincangan yang tidak baik. Begitu juga dalam mendisiplinkan isteri, suami berhak mendidik dan memberi tunjuk ajar yang baik kepada isteri.
Dalam sebuah hadith lain, sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Lelaki terbaik di antara kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteri

Ertinya: “hai orang-orang yang beriman jagalah dirimu dan keluargamu dari seksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang keras yang tidak menderhakai Allah atas perintah-Nyadan selalu taat pada apa yang diperintahkan kepada mereka” (at-Tahrim:6)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa suami bertanggungjawab menjaga ahli keluarganya termasuk isteri dari segala macam perbuatan dosa ataupun syirik. Ia juga menegaskan hak isteri untuk dijauhkan dari perbuatan dosa dan maksiat. Jika isteri nyata telah melakukan perbuatan dosa maka wajblah suami mengambil tindakan. Namun begitu terdapat juga suami yang mengajak isterinya melakukan dosa dan maksiat, maka suami ini telah derhaka terhadap isterinya dan terhadap Allah kerana tidak menjalankan tugasnya untuk mendidik dan menjauhkan isteri dari perbuatan dosa.

5- HAK BEKERJA

Bekerja merupakan suatu yang telah disyariatkan islam untuk memenuhi keperluan hidup seharian seperti makan, minum, pakai, tempat tinggal dan untuk memberi nafkah bagi orang yang dibawah tanggungannya. Dalam konteks wanita bekerja menurut islam, hukum asal baginya adalah tidak perlu keluar untuk bekerja, ini adalah kerana nafkahnya akan ditanggung oleh suami bagi yang telah berumahtangga, manakala yang tidak berkahwin akan ditanggung oleh bapa atau wali dibawahnya1. Ini merupakan satu anugerah besar yang diberikan dalam Islam untuk kaum wanita dimana mereka tidak perlu bersusah payah, bertungkus lumus memcari rezki untuk orang lain. Akan tetapi di sana terdapat beberapa situasi yang membenarkan wanita untuk keluar bekerja, antaranya jika keadaan terdesak yang memerlukan mereka keluar sepertimana yang berlaku ke atas kedua anak perempuan Nabi Allah syuaib a.s. Firman Allah:

Ertinya: “dan tatkala ia sampai di sumber air negeri madya ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan ternaknya, dan ia menjumpai di belakang orang banyak itu dua orang wanita yang sedang menghambat ternakannya. Musa berkata: “apakah maksudmu dengan berbuat begit?”kedua wanita itu menjawab: “kami tidak dapat meminumkan ternakan kami sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan ternaknya sedangkan bapa kami adalah orang tua yang lanjut umurnya”. Maka Musa memberi minnum ternak itu untuk menolong mereka berdua, kemudian dia kembali di tempat yang teduh lalu berdoa: “ya Ttuhankusesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan padaku”. (al-Qasas: 23-24)

Menurut Imam al-Alusi di dalam tafsirnya, ayat berikut menjelaskan bahawa Nabi Syu’aib telah mengizinkan kedua anak perempuannya keluar dari rumah untuk memberi minuman pada ternakan mereka memandangkan keadaan bapa mereka dalam keuzuran dan atas sebab daruratlah Nabi Syu’aib mengizinkannya.(al-Aluusi.59-60)

Begitu juga dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengenai Asma’ binti Abu Bakar yang membantu suaminya, Zubair bin Awwam dalam menguruskan segala kerja suaminya seperti mengurus kudanya, menumbuk biji-bijian untuk dimasak, dan membawa biji-bijian di atas kepalanya dari kebun yang terletak jauh dari rumahnya. Jika dinilai kisah Asmak binti Abu Bakar ini dimana beliau membawa hasil tanaman jauh dari rumahnya dan perlakuan beliau dilihat sendiri oleh Rasulullah s.a.w dan baginda tidak berkata apa-apa bukti menunjukkan keharusan wanita keluar untuk bekerja. Di dalam hal ini Zubair ketika itu sedang sibuk berjihad untuk mengembangkan syiar Islam dan beliau tidak mampu mengupah pembantu untuk melakukan kerjanya. Dan dari satu sudut dapat dilihat bahawa Asmak walaupun bekerja dia tidak pernah mengabaikan urusan-urusan rumahtangga seperti yang diriwayatkan oleh Muslim didalam hadis yang sama. Dan di dalam hal ini juga zubair telah memberi keizinan kepada isterinya untuk keluar bekerja.

Dalam menongkah arus kehidupan di era ini yang serba kompleks serta menuntut kepada banyak tuntutan kehidupan yang segalanya perlu dibayar dengan wang ringgit. Oleh yang demikian kerjasama antara suami isteri amatlah digalakkan demi menjamin kehidupan yang berkualiti. Kerjasama isteri dalam menjana ekonomi rumahtangga demi membantu suami merupakan lumrah kehidupan masa kini. Dan ia merupakan suatu desakan hidup memandangkan taraf kehidupan pada masa kini yang semakin meningkat, dengan urusan persekolahan anak-anak, hutang rumah, kereta dan segala macam lagi bil-bil yang perlu dilunaskan menuntut isteri keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami. Akan tetapi, suami hendaklah mendapat persetujuan dari pihak isteri untuk membantunya.

Daripada pembincangan di atas jelas menunjukkan bahawa dalam situasi tersebut diharuskan wanita keluar bekerja asal sahaja mereka dapat mematuhi peraturan-peraturan berikut:

1- situasi yang mendesak wanita keluar bekerja
2- niat untuk mendapatkan rezki yang halal dan mendapat keredhaan Allah
3- mendapat keizinan suami atau wali
4- Janganlah pekerjaan atau tugasnya itu mengabaikan kewajipan-kewajipan lain yang tidak boleh diabaikan seperti kewajipan terhadap suami dan ank-anaknya yang merupakan kewajipan pertama dan tugas utamanya.
5- pekerjaan itu tidak bertentangan dengan syarak.
6- Menutup aurat dan memenuhi adab wanita muslimah ketika keluar rumah, dalam berpakaian, berjalan, berbicara, dan melakukan gerak-geri
7- Mengimbangi antara tugas di rumah dan di tempat kerja

Setelah membicarakan hak bekerja bagi isteri dan keharusannya untuk keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami, maka tidak wajarlah bagi suami melimpahkahkan tanggungjawabnya kepada isteri seperti tidak mahu lagi memikul beban keluarga baik dalam urusan memimpin mahupun membelanjai keluarga. Ia menjadikan suami lelaki yang tidak bertanggungjawab, dengan menyuruh isterinya bekerja mencari nafkah, mengurus pendidikan anak, mengatur rumahtangga sekaligus juga melayani dirinya. Suami sebegini telah melanggar ketetapan yang telah digariskan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah s.a.w pernah menyampaikan peringatan bahawa satu kaum, termasuk di dalamnya suami, tidak akan memperoleh kejayaan bila menjadikan wanita, termasuk di dalamnya isteri sebagai pemimpin. Sabda Rasulullah s.a.w:


Dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”suatu kaum tidak akan beruntung kerana mereka menyerahkan urusan-urusan mereka kepada wanita”. (H.R Bukhary, Tarmizi dan Nasa’i)

Jika seorang isteri yang suaminya membebaninya untuk memimpin rumahtangga dan memikul tanggungjawab mencari nafkah bagi keluarganya hendaklah mengambil langkah-langkah berikut, antaranya mengingatkan dan menasihatisuaminya agar menyedari fungsinya sebagai pemimpin dan pencari nafkah bagi keluarganya, jika tidak minta bantuan orang ketiga untuk menasihatinya akan tanggungjawabnya memimpin dan memikul beban keluarga, jika tidak berjaya minta bantuan mahkamah syariah untuk menasihatinya dan jalan yang terakhir jika suami tidak mengendahkannya adalah dengan memohon cerai yang dipandang sebagai jalan terakhir dan terbaik untuk dirinya dan anak-anak.

6- HAK BERSUARA

Kebebasan bersuara bermaksud seseorang mumpunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya dalam apa jua perkara samada umum atau khusus dan samada pendapat itu bersesuaian atau bertentangan dengan pendapat umum (abdul kareem zaydan.1997.210)

Di dalam sesebuah institusi rumahtangga suami isteri mempunyai hak untuk mengutarakan apa jua pendapat yang dapat membina dan menjamin kerukunan dan kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Hak isteri bersuara menyatakan haknya juga dibenarkan di dalam islam lebih-lebih lagi jikalau haknya tidak ditunaikan oleh suami. Sekiranya isteri bersuara untuk mendapatkan haknya yang telah diingkari oleh suami, tidaklah wajar bagi suami mengatakan bahawa isterinya telah menderhakainya sedangkan si isteri sedang memperjuangkan haknya yang telah diabaikan oleh suami. Akan tetapi dalam keadaan ini isteri haruslah pandai memainkan peranannya supaya apa yang akan disuarakannya itu dapat disampaikan dengan cara yang bijak dan berhikmah.

Di dalam al-Quran jelas menerangkan kepada kita bahawa wanita mempunyai hak untuk bersuara menyatakan hak-haknya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-mujadalah ayat 1:

Ayat ini diturunkan kepada Khaulah binti Tha’labah yang datang mengadu kepada Rasulullah perihal suaminya yang telah menziharkannya sedangkan beliau telah menghabiskan seluruh hayatnya untuk suami dan melahirkan anak-anak untuknya serta telah menhabiskan hartanya untuk suami sehingga Allah sendiri menjawab pertanyaannya dalam ayat ini tentang hukum zihar2. Ini menunjukkan wanita mempunyai hak bersuara supaya dapat memastikan haknya tidak dicerobohi sesuka hati dari pihak suami.

Terdapat juga hadith yang menegaskan bahawa isteri mempunyai hak bersuara untuk mempertahankan haknya. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhary tentang seorang hamba wanita, Barirah yang telah dibeli oleh Aisyah r.a dan kemudiannya dimerdekakan oleh Aishah r.a, sedangkan Barirah mempunyai suami, Mugith yang juga hamba ketika itu. Menurut hukum islam jika seorang hamba wanitayang berkahwin ketika menjadi hamba, wanita ini boleh memilih sama ada untuk terus kekal menjadi isteri kepada suaminya yang masih lagi ataupun berpisah. Dalam kisah ini suami Barirah menangis teresak-esak ketika Barirah memilih untuk berpisah daripadanya, peristiwa ini disaksikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri hingga timbul perasaan simpati kepada nasib Mugith yang amat menyintai isterinya, sedangkan isterinya tidak. Raasulullah berkata kepada Abbas: “wahai Abbas, tidakkah engkau berasa simpati dengan cintanya Mugith kepada isterinya, sedangkan isterinya amat membencinya?”. Maka Rasulullah s.a.w bertanya kepada Barirah: “kalaulah engkau menarik balik kata-katamu tadi dan menerima kembali suamimu”. Jawab Barirah:”ya Rasulullah adakah Engkau menyuruhku berbuat demikian?” Jawab Rasulullah: “Aku Cuma memberi pendapat”. Jawab Barirah:”aku tidak mahu menarik balik kataku tadi (tidak mahu kembali kepada suaminya).

Jelaslah di dalam hadith ini bahawa isteri mempunyai hak untuk bersuara atau memberi pendapat dan di dalam hal ini Rasulullah s.a.w tidak mengingkari keputusan yang dibuat oleh Barirah. Begitu juga dengan kisah Umar al-Khattab yang sedang berkhutbah di atas mimbar memberitahu agar mahar untuk para isteri tidak boleh lebih daripada 400 dirham, lalu ditegur oleh seorang wanita mengenai perkara tersebut dan Umar meminta maaf atas kesilapannya itu. (abdul kareem zaydan.1997.218)

Yang demikian ini jelas menunjukkan Islam telah memberi hak terhadap isteri atau wanita untuk mengeluarkan pendapat selagimana ianya tidak menyalahi syarak.

7- HAK TERHADAP HARTA ISTERI

Sudah menjadi amalan masyarakat kita hari ini menganggap harta isteri adalah harta suami dan boleh digunakan oleh suami sebagaimana harta suami yang digunakan oleh isteri. Malahan terdapat segelintir suami yang sanggup memaksa isteri bekerja dan mengambil wang gaji isteri tanpa keizinannya. Ini merupakan suatu amalan yang buruk dan melanggar hak seorang isteri di mana di dalam islam harta isteri merupakan harta khususnya yang tidak boleh digunakan sesuka hati oleh suami melainkan sesudah mendapat keizinannya dan isteri redha menyerahkan hartanya kepada suami. Jika tidak harta itu adalah hak mutlak isteri yang tidak boleh diganggu gugat.

Menurut Yusuf al-Qardawi tidak halal bagi suami menyusahkan isterinya dan memperlakukannya dengan buruk agar si isteri menebus dirinya dengan mengembalikan harta yang telah diberikan kepadanya seluruhnya atau sebahagiannya sedangkan isteri tidak melakukan perbuatan keji yang nyata. (qardawi.2000.249)

Ini jelas dinyatakan di dalam firman Allah:

“janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata” (surah an-nisa’:19)

Bagi suami yang tidak suka kepada isterinya dan ada hasrat menikah dengan wanita lain, maka diharamkan baginya mengambil kembali apa yang tela diberikannya kepada isterinya. Firman Allah:

“dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikit pun....” (surah an-nisa’:20-21)

8- HAK TERHADAP HARTA SEPENCARIAN

Harta sepencarian menurut bahasa ialah harta benda yang diperolehi daripada usaha suami isteri (kamus dewan.2002.443). Aset yang diperoleh oleh suami isteri dalam masa perkahwinan melalui usaha bersama mereka, adalah sinonim dengan “harta sepencarian” dan tidak melibatkan aset isteri yang diperolehi dari usaha tunggalnya sendiri atau harta pusaka yang diwarisinya. “Harta sepencarian” telah ditafsirkan oleh Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) sebagai “harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’.(Akta undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.)

Pembahagian harta sepencarian sebenarnya mempunyai hubungkait dengan adat yang seringkali dihubungkan dengan kelaziman masyarakat Melayu. Amalan ini berlaku kerana menghormati usaha pemilikan harta yang diperoleh secara bersama dalam tempoh perkahwinan. Walaupun pada kebiasaannya tidak timbul soalan mengenai pembahagian harta jika perkahwinan mereka tidak bermasalah, namun dalam keadaan tertentu, misalnya apabila berlaku perceraian atau suami ingin atau telah berpoligami, akan timbul desakan daripada pihak isteri untuk menuntut haknya kerana dia telah memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memperolehi harta itu.

Islam mengiktiraf bahawa adat yang tidak bercanggah dengan hukum Syara’, baik secara khusus atau umum, adalah menjadi salah satu sumber hukum Syara’.Sesuatu adat itu boleh diterima apabila sudah menjadi kelaziman. Kaedah fiqh yang menjadi sandaran dalam hal ini ialah “al-Aa’dah Muhakkamah” yang ertinya sesuatu adat adalah menjadi hukum. Walaupun harta sepencarian tidak secara khusus dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh, namun, ia boleh diterima sebagai suatu adat bagi pasangan Melayu Islam yang bersama-sama berusaha untuk memperoleh harta, baik dalam rumah atau di luar rumah. Harta yang diperoleh dari usaha bersama itu akan menjadi harta bersama. Adat ini telah diterimapakai, diamalkan dan dijadikan asas kepada prinsip harta sepencarian yang dimasukkan ke dalam Undang-Undang Keluarga Islam yang diamalkan di negara kita sekarang ini.

Undang-undang Keluarga Islam memberikuasa kepada Mahkamah untuk membahagikan harta sepencarian ini antara suami dan isteri apabila tuntutan dibuat di Mahkamah.Sumbangan secara tidak langsung oleh isteri seperti sumbangan ke arah kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga diambilkira sebagai sumbangan untuk memperolehi harta sepencarian. Penyertaan isteri dalam kerja-kerja suaminya walaupun secara tidak langsung seperti hanya mengiringi suami dalam perjalanan untuk menjalankan perniagaan hendaklah dianggap sebagai sumbangannya dalam perolehan harta kerana penyertaan isteri itu memberi kedamaian dan ketenteraman kepada suami sehingga berjaya dalam pekerjaannya. Oleh itu apa-apa aset/harta sama ada harta alih atau harta tak alih yang diperolehi semasa perkahwinan adalah menjadi harta sepencarian. Sumbangan tidak langsung ini telah diiktiraf oleh hukum Syara’. Dalam ayat 228 surah al-Baqarah, Allah berfirman:



yang bermaksud: ”... Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang hukum Syara’).....
”.

Dari kenyataan di atas jelas bahawa dalam suatu tuntutan harta sepencarian, sumbangan satu pihak hanya timbul jika suami sahaja yang berkerja mendapatkan harta tersebut manakala pihak isteri berada di rumah untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Dalam keadaan ini isteri dianggap sebagai memberi sumbangan secara tidak langsung dan sumbangan itu diakui oleh Syara’. Jika isteri bekerja dan memperoleh harta sedangkan suami tidak bekerja tetapi mendakwa bahawa beliau telah memberi sumbangan secara tidak langsung dengan menjaga keluarga seperti menghantar isteri ke tempat kerja dan menjaga anak-anak di rumah, maka tuntutan suami untuk mendapatkan bahagiannya daripada harta tersebut tidak diiktiraf oleh hukum Syara’. Ini adalah kerana tanggungjawab sebenar mencari rezeki dan mencari harta untuk kebahagian rumahtangga adalah terletak pada suami.

------------------

fuh...penat ek...byk jugak kne belajar pasal kawen ni..aiyoo...hihi...
jadinyer..encik2 suami oiii (hik3..malu2~!!) study dey..exam2 gop..tapi kalau nak kawen kne gok study kawen ni..tok ley main kawen jo (betol ke tibai bhsa kelate ni??huhu..berat nanag la..)
apa2 pon..xmo ganaih (ganas) gan isteri ok..AMARAN!! XLEH PUKUL ISTERI..BERKASIH SAYANG yek..guna komunikasi yg betul..erm..byk lg..tp dh baca kan?so..kne praktikkan yek..ikut apa yang Allah suruh dan jauhkan apa yang Allah larang..mudah kn??so..kne la kuat lawan syaitan 2..

------------------

IMPIAN INDAH AKADKU

1. Muliakan wali dulu...dan kalau boleh,nak kenal family dia dulu..xkenal dia xpe..yg pnting kena ngam dgn family dia expecially ibu bapanya..sbb itulah harta yang saya juga kena jaga setelah berkahwin..kn? t leh main masak2 gan mak mertua..hihi..
2. Maharku~senaskah al-quran..erm..kalau guna ayat Quran pon dah cukup..tapi nak kne hafal banyak sikit dey..banyak surah lagi bagus..(^_~)
3. kalau boleh la..xmo mewah2 sangat..just bersederhana sahaja..sebab..kemeriahan itu bersama keluarga dah memadai..kan?
4. xmo la hantaran2 ni..tgk org skrg smpai 9 balas 11, 11 balas 13..oww..byk sgt..kalau boleh,1 balas 3 boleh x?hihihi..jimat2!!
5. nak pakai baju warna kelabu atau putih masa nikah/tunang..(ecececeh..hihi..impian jek...xpe kan?huhu)
6. nak seorang suami yang lemah lembut dlm bercakap,tapi tegas!! yeah!! tp xmo panas baran taw..nk marah ada tempatnya,xmo t isteri gan anak2 jd mangsa..oww..berat nanag 2..bahaya..parok2..huhu..
7. TERIMA SEADANYA...
8. DUNIA DAN AKHIRATKU BERSAMAMU.....

oh!! lupa nak mention!! SAYA NAK YANG SOLEH YEK~(^_^)

erm..tapi kan..ni impian..tp xtau jadik ko dop..sebab..keluarga pon ade perancangan mereka sendiri..jadi..kalau nak jadi suami saya la kn..kne bijak..ha..sape bijak angkat tgn yek!! ha..awk ke??ade berani ke??hehe..AS SALAM....

Adam atau Hawa yang salah??


Abbas Syafi merengus geram. Tin minuman yang tersadai di bahu jalan disepaknya. Melayang masuk ke dalam semak. Dia geram bercampur marah. Tangan kanannya mengurut-ngurut dadanya yang bidang sedang kakinya melangkah laju. Dia mahu segera tiba.

Dari kejauhan, dia ternampak kelibat sahabat karibnya, Adhlan Nafis. Dia sedang duduk di tepi padang. Di tangannya ialah senaskah al-Quran. Abbas masih marah menjadi sedikit sejuk memandang wajah khusyuk sahabatnya yang sedang menikmati keindahan ayat- ayat Allah.

Dia mampir, dan mengambil tempat di atas rumput segar dan menghijau, di sebelah Adhlan. Angin petang cukup memberikan sejuta macam kenikmatan dan ketenangan. Tapi bagi Abbas, nyaman angin petang itu belum cukup lagi untuk memeberikan rasa nyaman dalam hatinya yang bengkak sedari tadi.

Salam dihulur. Sunnah sebuah pertemuan.

Adhlan menghabiskan bacaannya dalam surah An-Nisa'. Kemudian kepalanya dipaling memandang mata Abbas. Wajah sahabatnya itu tampak tegang, cukup untuk membuatkan Adhlan rasa seakan menanggung rasa yang sama. Dia terpanggil untuk menenangkan sahabatnya.

"Kenapa ni Abbas? Macam tengah marah je? Ada orang curi selipar ko ke?",tanya Adhlan sambil berseloroh. Dia mengukir senyuman,lebar lagi manis.

Abbas tersenyum nipis."Taklah Lan..aku tengah geram sangat-sangat ni".

"Geram kenapa?,"tanya Adhlan. Riak wajahnya tenang, membayangkan sifatnya.

Abbas mengetap bibir. Marah benar pemuda itu. "Aku menyampah betul tengok perempuan-perempuan yang melaram tak tentu pasal ni!," luahnya tanpa segan,.

Abbas dan Adhlan bukannya orang lain. Mereka bersahabat sejak lahir. Bersekolah kebangsaan bersama-sama. Bahkan ke sekolah agama juga mereka bersama. Persahabatan mereka bukan sesuatu yang biasa, kerana ia diwarisi daripada keakraban keluarga yang beragama.

Adhlan tergelak kecil mendengar luahan Abbas, terkejut juga kerana langsung di tidak terfikir bahawa sahabatnya itu akan melenting pasal ini. Tangan kirinya diletakkan di bahu sahabat yang dihormati itu.

"Biasalah Abbas..mereka tidak faham agama..kita berdoalah supaya satu hari nanti mereka beroleh hidayah dan taufik untuk bertudung", Adhlan memujuk dengan suara yang lembut. Seketika pandangan mata mereka bertembung. Adhlan senyum memujuk.

"Erm...ya...Tapi Lan..aku bukan marah sebab dieorang buka aurat. Yang itu aku kasihan,tapi aku marah dengan orang yang pakai tudung ni", suaranya sedikit keras.

Dahi Adhlan berkerut-kerut. Dia terkejut bercampur aneh. "Maksud kau? Marah dengan orang yang sudah bertudung?"

Abbas mengangguk." Perintah Allah kepada wanita ialah menutup aurat dengan maksud menyembunyikan kecantikan dan perhiasan. Betul?

Adhlan mengangguk."Surah An-Nur ayat 31 kan?"

"Betul!" Tapi kau tengok apa yang berlaku sekarang. Perempuan memang bertudung tapi mereka menghiaskan tudung mereka pula! Setahu aku, di malaysia ini, hampir semua umat Islam mazhab Syafie. Mazhab Syafie sepakat mengatakan bahawa aurat bagi wanita ialah semua kecuali tapak tangan dan muka sahaja. Kaki pun aurat dan perlu pakai stokin", sambung Abbas penuh semangat. Berkobar-kobar, persis sebilangan ahli politik sedang menabur janji menjelang pilihanraya.

Adhlan emngangguk-angguk. Dia menunggu sahabatnya menghabiskan bicaranya.

"Konsep aurat itu ternyata belum benar-benar kita faham. Ramai anak gadis memakai tudung. Bahkan ada yang bertudung dengan sempurna. Tudung tidak jarang dan dilabuhkan serta menutup dada. Mereka juga tidak pakai baju ketat dan singkat, apatah lagi short sleeve atau leggings. Bagi kebanyakan orang, mereka sudah berpakaian seorang muslim, tetapi sebenarnya belum lagi", suaranya seudah semakin diperlahankan. Di hujung- hujung ada nada kekesalan dan kesedihan. Abbas sedih!

Adhlan pula semakin teruja untuk mendengar hujah sahabatnya itu. Al-Quran yang dibacanya tadi diletakkan dalam dakapannya. Kemas. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia seakan-akan meragui pendirian sahabatnya. Baginya, sudah bertudung tidak memakai pakaian yang ketat dan menjauhi pakaian yang jarang, apa lagi yang tidak kena?

Abbas melemparkan pandangannya jauh ke hujung padang. Ada sekawan sedang meragut rumput. Lembu-lembu milik orang kampung, jika dibiarkan bebas melata. Sesekali tangannya dinaikkan ke kepalanya bagi membetulkan rambut yang melayang-layang ditiup angin permai, senja-senja begini.

"Lan..wanita itu makhluk yang cantik, kan? Soalan yang bersifat agak provokasi diaju kepada temannya.

Adhlan tidak segera menjawab. Dia dapat mengesan ada sesuatu yang tersirat. "Ya..sangat cantik. Bahkan segala-gala yang ada pada wanita dari hujung rambut hingga kaki ialah satu kecantikan. Tiada tara. Aku pernah melihat dokumentari wanita-wanita di negara Arab. Di sana peraturan berpakaian ketat. Bahkan, sesetangah tempat mewajibkan wanita mereka berjubah labuh dan berpurdah. Apa yang ditayangkan dalam dokumentari itu ialah seorang wanita yang telah mencantikkan kakinya. Dia mewarnakan kuku, dan memakai kasut tumit tinggi. Dan wanita itu telah berjaya memikat seorang lelaki asing bukan Islam hanya kerana itu. Lihat..betapa dengan hanya mencantikkan kaki, dia berjaya menggoda seorang lelaki," Adhlan pula bercerita. Bersungguh-sungguh.

Abbas tersenyum sinis. "See...kalau dengan kaki lelaki boleh tergoda, inikan pula muka. Aku sebenarnya sudah lama memendam rasa sedih. Hendak ditegur secara terus, aku bimbang teguran aku ditolak mentah-mentah. Kawan-kawan perempuan aku di Facebook. Aku anggarkan hampir semua meletakkan gambar mereka sebagai profile picture mereka. Mereka tidak tahu bahwa ketika itu mereka sudah meletakkan sesuatu yang menarik perhatian lelaki. Ah! Lelaki macam aku! kadang- kadang tu...aku macam tak sedar bahawa aku sedang menatap gambar profile mereka. Lantas aky beristighfar memohon ampun kepada Allah kerana memandang hak milik orang lain. Wanita tak sedar, bahawa kecantikan mereka hanya untuk tatapan suami mereka. Kerana itu, mereka selamba meletakkan gambar mereka dengan senyuman yang meleret sampai telinga. Bahkan, sengaja dicomel-comelkan pula muka dan gayanya. Tak sedarkah bahawa itu salah. Ia satu kecurangan kepada bakal-bakal suami mereka. Alih-alih kita yang lelaki ini juga yang tergoda. Kalau beriman, alhamdulillah tidak terkesan,tapi kalau lelaki yang ada niat jahat, silap-silap mereka print gambar-gambar tu...".kkata Abbas panjang lebar. Dia berhenti mengambil nafas. Dadanya berombak-ombak. Dia agak beremosi petang itu.

Adhlan yang sekadar menjadi pendengar setia duduk mematu. Dia memikir-mikir kembali kata-kata sahabatnya itu. Ada benarnya.

"Habis tu, takkanlah perempuan tak boleh letak gambar di Facebook kot?," tanyanya. Dia teringat akan adik perempuannya. Arwa Nasuha yang baru tingkatan 3. Adik perempuannya juga ada meletakkan gambar mereka sekeluarga di Facebook. Kalau ia tidak boleh, dia sebagai seorang abang perlu tegur.

Abaas tersenyum tawar. Dia merasakan sahabatnya sengaja mahu mengujinya. Ah,masakan Adhlan tidak tahu kerana dia lebih arif dalam agama.

"Boleh.Setiap perkara yang bukan ibadah itu harus, kecuali ada dalil yang mengharamkan. Itu kaedah feqah. Dalil yang mengharamkan ialah menarik perhatian lelaki. Jadi kalau nak letak gambar silakan. Tapi pastikan gambar itu diambil beramai-ramai. Bukan si gadis seorang diri dengan senyum yang lebar sepuluh inci. Juga bukan dengan posing-posing yang sengaja di "mautkan". Bahkan lebih layak jika gambarnya hanya sebesar duit syiling 10 sen. Ini tidak. Kebanyakan orang, gambar mukanya sahaja sudah penuh ruang. Tidak termasuk posing pipi yang ditembamkan atau mata yang dikenyitkan. Ah,macam sengaja mahu menarik peluang lelaki memandang. Paling penting, niat mereka memasukkan gambar itu untuk apa? Sekadar suka-suka?Atau sekadar mahu jika orang tahu rupa kita? Iya..at least kalau orang tahu rupa kita, jika kita masuk hospital akan ada orang yang nak tegur kita...".suaranya sedikit mendatar. Matanya segera dialihkan kepada Adhlan yang sedang duduk berlunjur kaki ke utara. Sahabatnya itu senyum. Nampak lesung pipitnya di belah kanan.

"Ya.Aku setuju yang itu. Maknyanya dalam Facebook pun kita perlu menjaga perhubungan. Tapi aku semacam tidak setuju sedikit. Bukankah para lelaki disuruh untuk merendahkan pandangan kita?", tanya Adhlan dengan wajah yang berseri-seri.

Abbas terdiam. Dia terperangkap dengan soalan itu.Otaknya ligat berfikir.

"Lan..maaf...aku tak tahu..Erm,apa kau pula yang cerita,aku dengar.."suara Abbas perlahan antara dengar atau tidak. Di pucuk pokok rambutan, dua pasang burung murai menyanyi riang saling bersahutan.

Adhlan tersenyum penuh makna,. Hatinya sebenarnya kurang setuju dengan kenyataan sahabatnya yang berbaur seakan-akan menyalahkan wanita sepenuhnya.

"Dalam surah An-Nur ayat 30, Allah memerintahkan orang beriman merendahkan pandangan. Kalau kau perasan, perintah merendahkan pandangan itu turun sebelum perintah menyuruh wanita berjilbab. Perintah wanita disuruh turut merendahkan pandangan dan melabuhkan jilbab hingga dada turun pada ayat 31, selepas itu."

"Kejap..jilbab itu tudung ke??,Abbas menyampuk.

Adhlan ketawa kecil.Rupa-rupanya sahabatnya itu tidak tahu maksud jilbab. Tapi tadi bukan main berapi dia bercakap. Dia mengangguk sebagai jawapan persoalan Abbas Syafi.

"Maka,kalau kita nak salahkan perempuan 100%, macam tak betul pula. Lelaki terlebih dahulu perlu merendahkan pandangan, tapi aku akui, kita punya nafsu dan keinginan syahwat yang berkali-kali ganda lebih berbanding mereka,para gadis. Kerana itu, kita susah nak kawal mata..", sambung Adhlan lagi.

Abbas mengiya-iyakan kata-kata sahabatnya itu. "Ya,betul itu sahabat. Aku teringat kata-kata Ustaz Mujib masa kita form 4 dulu. Kita dilarang memandang wanita tanpa tujuan, walaupun wanita itu sudah menutup aurat. Waktu itu semua orang dalam kelas pelik. Aku angkat tangan, aku tanya dekat Ustaz kenapa tidak boleh? Kita bukan pandang aurat mereka?Kau masih ingat jawapan Ustaz Mujib?", tanya Abbas. Wajahnya ceria bercampur terjua kerana mengenangkan zaman persekolahan dahulu. Lebih manis, dia dan Adhlan duduk bersebelahanl. Maknanya kenangan itu milik mereka bersama. Ah! Hebat sungguh ukhwah mereka.

Adhlan tersenyum manis. Wajahnya juga bertukar ceria."Iya..Masakan aku lupa..Ustaz kata,dari mata turun ke hati.Zina bermula daripada berkenal-kenalan. Berkenal-kenalan pula bermula dengan pandang-memandang. Jadi pandangan ialah permulaan",

Abbas mengangguk."ustaz Mujib juga bercerita tentang sahabat Rasulallah s.a.w yang bernama Fadhl Bin Abbas r.a. Masa itu dia sedang bersama dengan Rasulallah. Tiba-tiba lalu sekumpulan jemaah haji wanita.Fadh bin Abbas pun mengerling melihat mereka tetapi Rasulallah menolak mukanya daripada memandang-mandang jemaah muslimah itu.See...betapa pentingnya lelaki menjaga pandangan, hingga wanita yang menutup aurat dengan sempurna pun tidak boleh kita tengok dengan sengaja..", wajah Abbas muram saat menuturkan kata-kata ini. Dia tunduk memandang batu-batu kerikil halus di tanah. Dia bermuhasabah. Yang pasti,dia seringkali melanggar perintah ini. Seringkali matanya yang dua itu meliar memandang tanpa ha.

Adhlan juga sama. Dia melepaskan nafasnya. Berat dan lambat. Dengan suara yang agak mendatar, dia menyambung, "Erm..dalam hadis pun ada disebut bahawa pandangan mata itu salah satu daripada panahan-panahan syaitan. Bahkan, dalam satu hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulallah berkata..sekiranya kita mengalihkan pandangan daripada melihat kecantikan wanita, Dia akan beri kita kemanisan ibadah. Subhanallah...", Adhlan menginsafkan diri.

Abbas yang galak menempelak kaum hawa tertunduk kesal. Manik-manik bergenang-genang di tubir matanya.

"Terima kasih kawan kerana berkongsi. Terima kasih kerana saling mengingatkan..", tangannya dilarikan ke atas bahu Adhlan. Sebuah senyuman terukir indah di bibirnya. Dia bersyukur kerana memiliki sahabat sebaik Adhlan. Nikmat memiliki sahabat yang baik itu sebenarnya bukan nikmat yang kecil!

Adhlan turut senyum lebar. "Terima kasih juga atas segala perkongsian ini."

Beburung yang berterbangan di atas pucuk pepohon rendang itu menyanyi ceria,tumpang gembira dengan ukhwah fillah ini.


*hasil ikhsan http://iqbalsyarie.blogspot.com/2011/01/kasih-buat-nisa.html

~muhasabah untuk diri sendiri juga~

Wednesday, April 27, 2011

Ammar Bin Tsabit r.a?Jihad??


Bismillahirrahmannirrahim...Assalammualaikum w.b.t~

Ammar Bin Tsabit r.a,seorang manusia ajaib. Ajaib? Kenapa?? Ha..let me explain it 2 all of u ok (^_^)

Ketika Rasulallah s.a.w dan para sahabat sedang bersiap-siap untuk perang Uhud, Ammar datang kepada Rasulallah.

"Aku mahu masuk Islam dan ikut berjuang"

Kata-katanya tegas,bersama azam yang penuh kehangatan iman. Hanya Allah dan Rasulallah sahaja tahu akan keislaman Ammar bin Tsabit r.a dan sebelum diketahui oleh yang lain,pedangnya telah berjuang berjihad menentang musuh di jalan Allah sehingga beliau nazak di nedan perang, sahabat yang pelik bertanya,


"Untuk apa kamu di sini?"


Persoalan itu dituju kerana tiada sesiapa yang mengetahui akan keislamannya. Lalu bersama senyuman dalam kesakitan, Ammar bin Tsabit menjawab, "Aku sudah beriman kepada Allah dan Rasul.Kerana itu aku turut berperang. Allah akan memberikan syahadah(persaksian) buatku tidak lama lagi."

tidak lama,rohnya diangkat bertemu Illahi.


"Ammar itu akan berada di syurga", kata Rasulallah.


Subhanallah..Beruntungnya Ammar bin Tsabit r.a. Dia tidak pernah bersolat,tidak pernah berzakat dan tidak pernah berpuasa. Dia hanya membawa titis darah sang pemuda mujahid perang menemui Tuhan.

--------------------------------------

Allah..Bagaimana pula dengan kita? Manusia yang layak berbangga dengan Islam ialah orang yang berjuang di landasan taqwa. Firmah Allah yang mengarahkan hambaNya berjihad:

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui”. (At-taubah:41)


Jadi di sini saya ingin menyatakan TENTANG "WAJIB NIAT JIHAT FI SABILILLAH" kerana kita di kira mati jahiliyyah sekiranya tidak pernah niat untuk berjihad. Astaghfirullahalazim..

APA ITU JIHAD??

Erti jihad

Orang mengertikan jihad itu sebagai berjuang. Sebenarnya jihad bukan ertinya berjuang.

Perkataan jihad itu adalah berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan jahada, yajhadu, juhdan, atau jahdan atau jihaadan. Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Erti jihad dari segi bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin mengumpulkan semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun di luar diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya). Itu erti jihad.

Takrif jihad

Seterusnya apa pula hubungkait erti jihad dengan takrif jihad? erti 2 dr segi bahasa,yg ni nak beritahu akan takrif menurut Rasulallah erti jihad yang kedua. Di sini kita bawa satu cerita sirah. Pernah dalam satu pertemuan antara Rasulullah dan Sahabat berlakulah dialog yang lebih kurangnya begini:

Sahabat berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?”

“Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”

“Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.

“Tidak,” jawab Rasulullah.

“Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?”

“Bukan.”

“Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?”

“Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah.”

Di sini baru kita faham, ajaran Allah atau ajaran Islam itu adalah dari satu kalimah iaitu: “Asyhadu allaa ilaaha ilallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah.”

Pintu Islam ialah kalimah syahadah. Maka siapa yang berjuang bagi meninggikan dua kalimah syahadah agar diterima orang, itulah berjuang. Bagi orang yang sudah syahadah, kita berjuang agar mereka mengekalkannya. Manakala orang yang belum syahadah, kita berjuang agar mereka mengucapkannya, ertinya sampai mereka masuk Islam. Ini baru takrif dari segi perkataan-perkataan, belum dihurai isinya yang lebih mendalam lagi.

Peringkat jihad

Jihad atau berjuang itu banyak peringkat. Di antaranya:

Jihad kepada orang kafir supaya dia terima dua kalimah syahadah dan masuk Islam. Selepas itu dididik berasur-ansur supaya meningkat iman, Islam dan ihsannya sehingga lahirlah syiar-syiar dalam kehidupannya. Tidaklah berjuang dengan orang kafir itu sampai hendak bunuh dia.
Terhadap orang Islam, iaitu setelah mereka terima pakej iman, Islam dan ihsan itu, mungkin mereka jahil. Mungkin mereka tidak tahu bagaimana hendak amalkan. Maka berjuang terhadap orang Islam adalah agar mereka dapat sempurnakan amalan ketiga-tiga pakej itu. Dalam kata-kata lain, berjuang terhadap orang Islam adalah agar meningkat Islam mereka.


Ada dua lagi perjuangan yang tidak nampak iaitu perjuangan terhadap nafsu dan perjuangan terhadap syaitan. Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, erti jihad itu ialah bersungguh-sungguh mengumpulkan tenaga. Bagaimana tenaga itu hendak dijadikan alat. Kalau nafsu, bagaimana hendak menggunakan tenaga itu untuk membendung nafsu ammarah sehingga meningkat jadi lawwamah. Setelah itu hendak bendung nafsu lawwamah itu hingga menjadi mulhamah dan seterusnya.


Begitu juga kita menghimpunkan tenaga bersungguh-sungguh untuk membendung pengaruh syaitan. Pengaruh syaitan ini lebih mudah diperangi. Yakni setelah nafsu dapat diperangi, dapat ditundukkan, maka automatik jalan syaitan dapat ditumpaskan. Apabila nafsu ditumpaskan, mudahlah untuk membendung syaitan sebab nafsu itu "highway" bagi syaitan. Kalau "highway" sudah ditutup, syaitan tidak boleh melaluinya. Begitulah caranya berjuang terhadap nafsu dan syaitan.

Kalau begitu, fahamlah kita bahawa erti jihad itu ialah menegakkan kalimah Allah, yang mana kalimah Allah ada tiga perkara asas iaitu iman, Islam dan ihsan. Daripada tiga perkara itu dipecahkan menjadi banyak lagi dan diperjuangkan hingga orang terima. Bila orang terima dan orang amalkan maka lahirlah dalam kehidupan keindahan-keindahan Islam, yakni syiar-syiar Islam yang Tuhan kata: “Barang siapa membesarkan syiar-syiar Tuhan, itulah dari hati yang bertaqwa.”


Jadi perang itu kalaupun berlaku bukan dari kita tetapi musuh yang mengundang. Bukan salah kita tetapi salah musuh. Dalam berhadapan dengan musuh itu pun terbahagi kepada dua. Kalau dia mengajak berperang, kita tengok dulu kekuatan kita. Kalau kita masih lemah, kita perlu elak dulu.

Sebagaimana Rasulullah, ketika masih lemah, baginda tidak lawan. Sebaliknya baginda menyuruh Sahabat-Sahabat berpindah dari Mekah ke Habsyah dan baginda sendiri pernah pergi ke Thaif.

Begitu juga sewaktu berhijrah ke Madinah, umat Islam masih lemah lagi. Setelah ada kekuatan, bila orang diajak berperang, baru Rasulullah berperang. Selagi belum ada kekuatan, baginda cuba mengelakkan berperang...wallahua'lam...

oleh itu...

~Renung-renungkan dan selamat beramal~

#dipetik dari pelbagai link (^_^)





Tuesday, April 26, 2011

Malu pada Allah...


Bismillahirrahmannirrahim
Assalammualaikum w.b.t

M-A-L-U
Malu sangat dengan Allah...
Ya Allah..aku sungguh malu kepadaMu Ya Allah..
Hari ni, saya menunggang motosikal membawa seorang sahabat ke stesyen keretapi..
Bawak dh sweater..tapi Allah..lupa belakang xde sape nak cover balik nanti bila sahabat 2 dh dihantar...
Jadi,time nak balik 2,saya seorang la atas motor..
Ya Allah...malu sangat2...tersangat la malu...x tergambar perasaan mcm 2...
Kain tudung saya bhgian belakang 2 berkibar2 kena angin dan mesti la terselak kan...
Malu...ALLAH..Malu sangat2..
saya cuba perlahankan kenderaan dan menganggap mesti la ok,dah x brkibar2..
tapi..Allah menduga saya lagi...ianya tetap begitu....
Ya Allah...saya berhenti di tepi jalan dan melihat sekeliling,berharap tidak banyak kenderaan ketika saya di jalan raya....
Allah makbulkan..mmg benar tiada motosikal waima kereta di laluan yg saya amik 2...
Kemudian,saya pegag belakang tudung saya dgn tangan kiri sementara tgn kanan memegang handle motosikal...
Sampai di satu tempat,saya memperlahankan kenderaan dan menangis...
ALLAH..MALU SANGAT DENGAN ALLAH...aurat saya,maruah saya perlu saya jaga...tapi ketika di atas motor ni saya xmampu.....Allah...Malunya diri ini Ya Allah....
Lantas entah macam mana Allah memberikan saya ilham...dan akhirnya saya mampu mengawal kibaran tudung saya..Alhamdulillah.....lalu saya terfikir:

*dahulu,kita tidak merasa malu sebegini...hanya membiarkan sahaja..kita sedar aurat itu apa..hanya muka dan tapak tgn...tapi kita seolah2 membutakan hati dari menjalankan suruhan Allah...Ya Allah...Aku sungguh malu kepadaMu Ya Allah...

Ya Allah...terlalu banyak dosa hambaMu ini tebarkan di dunia Ya Allah...Berikanlah aku sakit Ya Allah agar terhapus dosa2 ku ini Ya Allah...ianya terlalu banyak Ya Allah..maka dengan apa ianya harus terhapus Ya Allah...azabkan aku di dunia Ya Allah..aku sungguh takut kelak menerima azab siksaMu di akhirat...Bimbinglah hatiku Ya Allah...janganlah hatiku ini dibolak balikkan Ya Allah..di saat Kau menduga diriku ini Ya Allah..aku bermohon agar kesabaran masih ada di dalam diriku Ya Allah...di kala Kau hadirkan kesenangan,aku berharap Kau tetapkan kerendahan hati di dalam diriku Ya Rabb...bantulah hambaMu ini Ya Rabb..Bantulah Ya Allah....

---------------
Rasulallah pernah bersabda: Malulah dengan Allah dengan sebenar-benarnya malu. "Para sahabat menjawab: "Kami memang malu kepada Allah, wahai Rasulallah,alhamdulillah." Baginda berbicara lagi:


Bukan itu yang aku maksudkan. Malu kepada Allah adalah sebenar-benar malu ialah:

"Engkau memelihara kepala dan apa yang difikirkan,engkau memelihara perut dan apa yang disishkan ke dalamnya,engkau mengingati mati dan segala kehancurannya. Dan barangsiapa yang inginkan akhirat,dia tinggalkan perhiasan kehidupan, dan dia utamakan akhirat dari dunia. Barangsiapa yang melakukan sedemikian barulah dikatakan dia malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya malu."

Malu di atas bermaksud malu dari mengingkari perintah Allah dan malu dari melakukan kejahatan. Ini bermakna perasaan malu yang memang ada dalam diri kita perlu dipupuk agar dimanfaatkan untuk menjaga maruah diri, menjauhi maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah...

~SAMA2 RENUNGKAN DAN MENGAMBIL IKHTIBAR~
~wallahua'lam~

Kisah 2 sahabat

bismillahirrahmannirrahim

----

tet2!! hihi..<~awat epy semacam ni?? aiyoo...hihi..
actually,xdela hepi..saje nak menghepikan hati yang x hepi..sebab..ada orang penah pesan
"BERSEDIH BIAR BERTEMPAT..KALAU NAK MENANGIS,MENANGIS KERANA ALLAH XPE..KALAU NAK MENANGIS KERANA MANUSIA BAIK XPAYAH.."

huhu..jadinyer~nak d jadikan cerita..today memang sedih,tapi xpela..rasa ini,biar Allah yang tahu...
AIYAK!! tibe2 nak cite la pasal perubahan "imej" ni..sebab tadi tengah jenjalan dgn seorang sahabat mengelilingi KOTA KZ (hihi) dan dia menyatakan hasratnya nak berubah..la ni tadi dia pakai stoking kaki dh..ALHAMDULILLAH..(^_^) la ni nk share byk cite hari ni...

kisahnya begini :

KISAH 1

selesai bersolat zohor berjemaah di surau,sahabat berbaju biru mengajak sahabatnya berbaju pink menuju ke foyer utk mncari papaya (betik oke)..kemudian,nampak dh papaya..tp sahabat baju biru 2 lebih memilih buah prune sbgai santapannya..gadis pink 2 pula mengambil buah jambu merah bagi memaniskan mulutnya sebelum menjamah santapan tghrinya..nampak sedap kn buah prune 2?saya pon trgoda..mmg nk capai n ngap jek buah2 ni dlm mulut,tp gadis pink 2 tetap bersabar dan mnunggu saatnya...ntah bila ntah...secara tiba2,gadis brbaju kurung biru 2 terus meng"NGAP" buah prune yang dibelinya semasa melewati surau indah menuju jalan ke rumah..sehingga tiba2 dia tersedak! ALLAH..gabra dak shbt pink 2..lalu diusap lembut belakang sahabtnya itu...lalu dia berpesan...

*awk...awk tau x apa hukumnya makan sambil berjalan?? gadis biru kata :xtau..APA??.. erm...awk tau x..kalau kita makan smbil berjalan,nanti kat akhirat nanti,kulit dan daging kita ni akan cair...mcm plastik kena api?ha..cm2 la..TERKEJUT shbt brbaju biru..lalu disimpan buah tersebut di gengamannya...sehingga di hujung pemisah antara blok mereka, shbtnya berpesan..'jgn makan dulu taw..sabar...." hehe..la ni, shbt brbaju biru search internet pasal mkn/minum berjalan/berdiri...ianya mmg xboleh...kerana..nabi Muhammad bersabda yang bila kita mkn/minum berdiri..sebenarnya kita makan bersama2 dgn syaitan..

KISAH 2:

once upon a time (eceh..skipping plak..hihi) ade 2 org shbt menunaikan solat jemaah asar di surau..akan tibe2 selesai bersolat,sahabatnya yg sorang ni menangis teresak2 secara tiba2..sahabatnya lg 1 ni wt "dont know" jela kn..padanya "biarlah..Allah hadirkan dia HULUWATUL IMAN a.k.a kemanisan iman..subhanallah..rasa nk jeles jek sbb xdpt nk mngis cm dia.." tapi tibe2 smkin lama semakin deras dia menangis..khuatir plak sahabat ni..lalu diusapnya airmata sahabat itu,di dakapnya dgn penuh kasih syg (weiiwit..hihi) dia bisikkan kalimah Allah di telinga sahabtnya itu kerana dia yakin,hanya menyebut nama ALLAH,hati itu akan tenang..lama kelamaan,tangisan itu kian reda...lalu sahabat itu bangkit melepaskan pelukan sahabtnya yang menangis itu tadi..dihulurkan senaskah al-quran hijau kegemaran sahabatnya di surau..lalu diserahkan kepada sahabatnya...tiada kata2,hanyalah senyuman...dicapai al-quran tersebut lalu mulalah sahabat yang menangis itu menenangkan hatinya dgn alunan bacaan al-quranul Karim....sahabat lg 1 ni membiarkan sahabatnya itu dgn Tuhan..setelah reda,dicapainya tasbih...tp shbtnya tiba2 heran?? tgn kanan memegang tasbih,yg kiri memegang telefon bimbit??

*awk2..saya nak pesan ni..sikit jek..kalau kita g surau,awk tinggal la hp 2..lupakan dunia 2 sekejap..kalau betol2 penting..xpe...saya izinkan awk bawak..tp..sebab hp 2 la kn awk ingt kt seseorg n menangis kn?? dan saya juga sempat berpesan kt awak mcm sahabat saya lg 1 tu pesan "kalau nk mngis,jgn mngis kerana sesuatu yg sia2..mngislah kerana Allah..ianya lebih berharga dari mnangisi sesuatu yg kita xtahu apa..." tapi xpela..saya yakin awak boleh tangani mslh hati 2..sbb...saya pon boleh...mmg sakit jugak la hati ni..tp saya sdg berusaha melupakan soal hati ni..kalau ingt kt budak 2..saya cepat2 amik eraser padam..hihi..xdela..gurau2..hihi...~risau dgn awk~

KISAH 3

setelah hujan mulai reda,2 org shbt berjalan2 menghirup udara..erm..nyaman sgt petang 2..hanya mereka berdua jek berjalan (yela..nama pon kuat jln kn..hihi)..tiba2 bertanya shbt berbaju ungu kpd shbtnyer baju hitam, "eh..awak..betul ke nanti awak nak pakai tudung labuh 2hb ni?? dgn excited sekali yek..." lalu shbtnya berkata, "yela..xde org kn time 2,jd leh la nk berubah.." sahabatnya hanya tersenyum...dan berkata.. "byk dugaan kalau nk berubah ni..awak kena kuat sbb ujian 2 akan dtg dgn sgt bnyk..contohnya,saya kan pakai tudung labuh kan..solat pon saya pakai..erm..mmg la awal2 rasa panas,tp semat dlm hati..yg kat akhirat t,api neraka lg panas..so..sabar..then,nk kuar kne brsiap pkai stoking kaki,srung tgn..ha,ni kne istiqamah..xleh la kdg2 pakai,kdg2 x...ade org abaikan benda2 kecil cmni,tp pd shbt baju ungu 2..ianya sgt pnting..utk mndidik diri mnjadi seorg yg sabar...kne pupuk awal...(^_^)

*awk..saya gembira kalau awk ade niat nak brubah ke arah kebaikan...sbb awk shbt saya..jd,saya mmg nk sgt kwn2 saya sama2 berjihad mncri redha Allah..bukan apa,saya takut kita terlewat..sbb kita ni dh tua dh..huhu...kne usaha dgn giat sbb msti awk nk jd wanita solehah kn??ha..msti awk nk suami yg soleh kn?? (msti awk tgh anguk2 kepala ni kn.kn??..hehe) jadi..awk kne la usaha..saya pon kne usaha gak..sbb saya nk berkahwin hanya dgn seorg lelaki yg soleh..2 yg utama...

-------------

so..in a conclusion..actually apa yg pnting dalam melakukan kebaikan adalah~kita kne kuat smgt~!! dlm mlkukan sesuatu prubahan,kita kena sntiasa positifkan mind kita..jgn sesekali takut utk berubah..mmg akan ada ramai yg akan brcakap pasal kita..tp..agak2 la kn..kena ke dengar kata2 yg mungkin akan menjauhkan kita dgn Allah?pasal hati dan cinta kpd manusia pulak..erm..bila kita dh niat utk mlkukan sesuatu,terus jek buat..jgn tangguh2..kalau tangguh2 khuatir sgt syaitan ni akan mula la menjelajah di segenap hati kita cara mmbuatkan kita leka seterusnya lupa nak buat yang kita dh niat td 2..kemudian,jgn rasakan sesuatu yg kita buat 2 susah..sbgai contoh,"nk pakai tudung labuh ni..aiyoo..kne iron plak..dh la besar tdung ni...nk kne sarung hand sock plak..aish! stoking lg...ishk lecehnyer..bju smua kne pnjg2!!e....seluar nk kne longgar..!! " ishk2..xmo ek cmni..jgn mngeluh yek...ada sbb aurat 2 hanya pd muka dan tpk tgn sahaja..jd ikutlah..jgn kata susah sbb bila kita mengeluh,ianya akan terasa bertambah susah...dan lg 1 kn..ade yg pkai tdung labuh,tp baju pulak ketat...cmne??ha....ade la 2 silap...xboleh..sbb syrat mnutup aurat adalah pakaian hendaklah longgar..jd,kne la longgar betol..xde duit nk beli baju?? hohoho..perlahan2..Allah itu Maha Esa,,,Dia pasti tolong hamba2Nya yg memerlukan prtlogan...(^_^) IKHLASKAN HATI KERANA ALLAH~

Barakallah fi umrina


Bismillahirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t..

lama x buat entry baru..almaklum la..minggu exam..la ni dh hbis dh..so..nak menaip la sedikit entry kali ni bersempena dgn BIRTHDAY seseorang..

SIAPAKAH???

NTAH LA...cukup dikenali sebagai hamba ALLAH di antara hamba-hambaNya yang lain yang mengharap cinta AGUNG PENCIPTA TERULUNG....

...ALLAHURABBI...

saya tidak memiliki apa untuk diberi kerana saya tidak memiliki sesuatu yang perlu diberi..tetapi saya yakin..Allah sentiasa ada sesuatu "HADIAH" untuk diberi kepadanya..NIKMAT...siapa yang menolak nikmat TUHAN?? diberikan kita kesihatan,diberikan kita kekuatan..malah terlalu banyak nikmat yang telah Dia kurniakan..biarlah doa dan pengharapan ini saya titipkan agar di dengar Tuhan dan diaminkan oleh para malaikat akan kesejahteraan seseorang...

Ya Allah..panjangkanlah umurnya agar lebih lama dia dapat mentaatiMu..suluhkan nur keredhaan di setiap langkah perjalannya di dunia agar dia tidak pernah leka mengingati akhiratMu..jadikanlah dia sebagai perisai agamaMu di dunia agar terpelihara dirinya di saat bertemu denganMu..lembutkan hatinya dengan menerima sesuatu dengan mudah hanya keranaMu Ya Allah..seringkali dia leka..maka INGATKANLAH dia Ya Allah..hadirkan permaisuri berakhlak mulia menemaninya di dunia seandainya Kau berkehendakkan begitu..seandainya tidak dihadirkan untuknya di dunia..Semoga dirinya menerima layanan indah bidadari-bidadari Syurga mengikut janjiMu...semoga dirinya terpelihara di saat malaikat maut menjemputnya,luaskan liang lahadnya bila tersemadi jasad di dalamnya,rahmatinya di saat menghadapMu untuk dihisab,tetapkanlah kakinya di titian sirat,selamatkannya dari kesusahan kiamat serta permudahkan urusannya di dunia dan akhirat Ya Allah..hanya padaMu penumpuan segala doa,segala harap Ya Allah..Engkau tidak akan mensia-siakan segala usaha dalam mencari haruman syurga ciptaanMu..Amin Ya Rabbal Alamin...~mohon dengan sangat~


* Kita sememangnya ditakdirkan bertemu kerana itu saat ini tercipta..dan tentu sekali di setiap adanya pertemuan,di situ juga dijanjikan perpisahan..seandainya waktu dan jarak tidak memisahkan kita,ajal itu juga akan tiba..di kesempatan yang masih tersisa, saya sangat berharap kamu akan menjadi seseorang yang dikehendaki Allah..bukan sebagai penghuni azab nerakaNya,tetapi seseorang yang Allah kehendakki sebagai seorang pahlawan Islam yang sentiasa bermujahaddah melawan nafsu mencari cinta Rabbnya yang Satu...Kini,kamu telah dewasa,maka...dewasakan juga imanmu..tinggikan juga akhlakmu..kamu adalah pemimpin,maka pimpinlah yang lain mengikuti jalan ini..bersabarlah ketika diuji..bertahanlah tatkala orang mengeji..


~HANYA PADA ALLAH KU BERSERAH DIRI~

..SALAM ULANGTAHUN KELAHIRAN..


Thursday, April 21, 2011

sempurnakah solatku??


Maksud: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

(^_^)

Gembira..kerana ada seseorang yang sudi berkongsi cerita bersama saya akan suatu kisah..
dalam saya meniti mencari sesuatu untuk dijadikan panduan,dia sudi membantu dan tentu sekali bantuan itu adalah dari Allah..dan inilah cara Allah mahu memberikan jawapanNya kepada saya yang lemah dan serba kekurangan ini..Allah...

saya bertanya kepada sahabat yang saya merasa sesuatu yang kurang dalam ibadah saya..sukarnya untuk menangis dan khusyuk..kenapa ya?? Allah...ceritanya ringkas kepada saya dan saya terus membuat research mencari yang lebih lanjut tentang kisah tersebut..

------------------------------

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusud sangat warak dan khusyuk dalam solatnya. Namun dia khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggap lebih ibadahnya demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu sangsi akan kekhusyukkan solatnya.

Pada suatu hari,Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Abdurrahman,bagaimanakah caranya tuan solat?

Hatim berkata,
"Apabila masuk waktu solat,aku berwudhuk lahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimanakah wudhuk lahir dan batin itu?"

Hatim berkata,

"Wudhuk lahir sebagaimana yang biasa ialah membasuh anggota wudhuk dengan air, sementara wushuk batin pula ialah membasuh anggota dengan 7 perkara :

  • Bertaubat
  • menyesali dosa yang telah dilakukan
  • tidak tergila-gilakan dunia
  • tidak mencari/mengharap pujian orang/riak
  • tinggalkan sifat bangga
  • tinggalkan sifat khianat dan menipu
  • meninggalkan sifat dengki

seterusnya Hatim berkata,

"Kemudian aku pergi ke masjid dan aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat"

"Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

  1. aku sedang berhadapan dengan Allah (IKHSAN)
  2. Syurga di sebelah kananku
  3. Neraka di sebelah kiriku
  4. Malaikat Maut berada di belakangku dan
  5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian Al-Siratal Mustaqim dan menganggap solatku kali ini adalah solat yang terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa di dalamnya aku fahami maksudnya, kemudian aku rukuq dan sujud dengan tawadduk dan aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan memberi salam secara ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menagislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik jika dibandingkan dengan Hatim

----------------

ALLAH...SEMAKIN BANYAK KITA MENCARI,SEMAKIN BANYAK KITA LIHAT AKAN KELEMAHAN KITA SEBAGAI HAMBA...SANGAT DHAIF KITA INI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN MANUSIA YANG DHAIF DARI SEGI HARTA..YA ALLAH...BIMBINGLAH HATIKU YA ALLAH AGAR MENUNTUTI ILMUMU KERANA KEREDHAANMU KU CARI DAN HANYA PADAMU DIRI INI BERDIRI DAN BERIBADAH SEMATA2 HANYA PADAMU...KUKUHKAN IMANKU...MEKARKAN JIWAKU DENGAN KECINTAANKU TERHADAP ISLAM...ALLAHURABBI....

siapa aku di mata kalian??


assalammualaikum..
nampak cm sensitif jek tajuk entry kali ni kan..
Allahurabbi...kadang kala kita rasa tersisih oleh dunia..

"kenapa aku x popular cm ko?eh2!! asik2 ko jek org tgk..aku ni??? cm xwujud jek..."

ASTAGHFIRULLAHALAZIM...
Wahai sahabat..bukan itu yang dinilai..

---------------

KISAH JULAIBIB

Saya ingin bertanya..adakah di antara kita sungguh kenal akan JULAIBIB??
erm..rasanya tiada..sama ada di zaman Rasulallah atau zaman yang moden ini,memang ramai yang tidak mengenali siapakah Julaibib..

Julaibib lahir tanpa dirinya mengetahui nasab keturunannya.Dirinya tiada mengenal siapa itu ibu dan siapa itu ayahnya. Begitu juga dengan jiran tetangganya, tidak mengetahui asalnya Julaibib.

Fizikal Julaibib?? adakah dirinya tampan?tinggi? berbadan sasa?? mari saya jelaskan..

Dia lelaki pendek. Kerdil. Kulitnya hitam legam. Mukanya hodoh. Dirinya miskin. Bahkan hidupnya, sebatang kara.

Dia terpinggir dari masyarakat. Hadirnya, atau tiadanya, tiada apa-apa bagi masyarakat. Hanya Rasulallah S.A.W sahaja yang mengambil berat tentang lelaki kerdil ini..Subhanallah..dirinya tidak dikenali ramai,tetapi tingginya darjat beliau kerana disukai Rasulallah...

Dirinya punya kekurangan yang seribu, tetap dia akan menjadi antara yang paling hadapan dalam saf peperangan. Bukan hanya itu, Julaibib juga tidak rela dirinya ketinggalan daripada berada di saf pertama setiap solat fardu.

Saat semua orang membencinya, dia masih tersenyum kerana di sana, ada seorang lelaki yang kasih padanya. Ya ALLAH... Beruntunglah Julaibib, kerana sungguh Rasulallah amat mencintai lelaki kerdil ini.

Satu ketika, Rasulallah memanggil Julaibib. "Wahai sahabat yang aku cinta. Mahukah dirimu bernikah?"

Julaibib tersenyum manis. Wajah gelapnya tampak jernih. Dengan redha, dia menjawab, "Wahai Rasulallah, apakah ada orang yang mahu menikahkan puterinya dengan daku?"

Jawapannya ikhlas. Dirinya redha, tanpa sekelumit kesal dan merajuk pada Ilahi yang menciptakannya begitu.

Rasulallah S.A.W mengulangi pertanyaan. "Wahai Julaibib. Inginkah kamu untuk bernikah?"

Masih dengan senyuman yang mekar dalam keimanan dan penyerahan diri pada Allah, Julaibib menjawab ikhlas, "Ya Rasulallah... adakah ada orang yang mahu menikahkan puterinya dengan aku?"

Lalu, Rasulallah membawa Julaibib bertemu dengan seorang sahabat Ansar.

"Wahai sahabat, aku mahu meminang puterimu"



Maka, berseri-seri wajah lelaki ansar tadi. Dirinya menyangka bahawa Rasulallah berhajat mahu memperisterikan anak gadisnya. Cuma, gembiranya dan serinya itu bertukar malap serta merta saat terhujah di telinganya bahawa pinangan itu bukan untuk Rasulallah, tetapi untuk Julaibib..

"Julaibib? Aduh. Izinkan aku berbincang dahulu bersama isteriku kerana ia sebuah urusan yang sangat besar", pinta lelaki tadi dengan wajah yang bertukar kelat tiba-tiba.

Saat perkara itu sampai kepada isterinya, wanita itu tekad. "Julaibib? Ah! Tidak! Demi Allah! Sesekali tidak akan kita kahwinkan anak kita dengan Julaibib!"

Naluri si ibu memang begitu. Mereka mahu yang terbaik buat anak mereka. Memang dari pertimbangan akal, sekiranya yang dinikahi itu ialah Julaibib, maka dari celah mana adanya bahagia? Julaibib kerdil, hodoh, miskin, tiada keluarga... dan sejuta macam kekurangan dan kelemahan.

Sedang si ibu berkeras tidak mahu mengizinkan, si ayah cuba memujuk kerana mungkin, dirinya malu untuk menghampakan Rasulallah. Perbincangan itu terdengar oleh anak gadis itu.

Gadis itu bertanya, "Daripada siapakah lamaran ini?"

Lalu diberitahu kepadanya. "Daripada Rasulallah s.a.w tetapi kepada Julaibib"

Subhanallah...

Dengan lembut dan hati yang bulat mengharap cinta Allah, gadis solehah itu memujuk, "Ketahuilah ibu, sekiranya ia adalah permintaan daripada Rasulallah, maka pasti tidak akan ada satu mudharat pun yang akan menimpa diriku. Kahwinkanlah aku dengan Julaibib..."


tidak lama selepas bernikah, sampai seruan untuk jihad. Masih menjadi pengantin baru, Julaibib telahpun sedia menyandang senjatanya. Seruan jihad benar-benar membakar jiwa juangnya.

Di medan perang, Julaibib terbunuh. Dia syahid.

Akhir pertempuran, jasad-jasad yang terkulai di medan perang akan dikumpulkan. Jasad para syuhada' juga dikumpulkan di suatu tempat. Suanana menjadi sangat sayu.

Tiba-tiba, Rasulallah bertanya, "Adakah kalian kehilangan seseorang?"

Para sahabat segera menjawab, "InsyaAllah tiada, ya Rasulalallah"
Sekali lagi, Baginda bertanya, "Adakah kalian telah kehilangan seseorang?"

Kali ini para sahabat tidak terus menjawab. Mereka mula merasa ragu-ragu.

Lalu Rasulallah S.A.W berkata, "Sungguh, aku telah kehilangan Julaibib..."
Subhanallah... Saya hampir menitiskan air mata saat mendengar kata-kata yang keluar dari bibir mulia Baginda Rasul ini.

Rasulallah kemudiannya menyambung, "Sesungguhnya Julaibib ialah sebahagian daripada diriku dan diriku ialah bahagian darripada dirinya"

Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!



Mulianya si hodoh itu... Beruntungnya si miskin itu... Bahagianya si kerdil itu...

Itulah Julaibib... Dirinya tidak terkenal di bumi, tetapi namanya disebut-sebut oleh penduduk langit...

Dan buat kalian yang pernah merasa rendah diri, merajuk dan kesal dengan ciptaan Allah,
Ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak memandang kecantikan fizikal kita tetapi Allah dan Rasul-Nya memandang kecantikan iman kita. Allah menilai ketaqwaan kita.

Dan jika antara kita yang teringin untuk bersua muka dengan Rasulallah, berhentilah merajuk. Dan belajarlah untuk bersyukur, bersabar dan redha dengan ciptaan Allah kerana ia adalah asas kepada kehambaan.

Allah....ampuni dosaku Ya Allah andai terselit walau sekelumit rasa kesal atas ciptaanMu...ampuni dosaku Ya Rabb..Ampuni dosaku....Ampuni dosaku....amin..amin..Ya Rabbal Alamin......

Wednesday, April 20, 2011

siapakah AZAZIL??


assalammualikum semua (^_~)
entry terbaru adalah berkenaan dengan AZAZIL??
ha..tau x siapakah AZAZIL?
erm..mcm nama org kn...baiklah...saya akan terangkan SIAPA AZAZIL dan apa teladan yang perlu diambil dari kisah AZAZIL ini..

------------------------------------------------

AZAZIL bukanlah malaikat..akan tetapi ia adalah IBLIS yang asalnya daripada golongan jin yang kuat beribadat kepada Allah..


Al-Kahf [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…

Pada asalnya, nama iblis adalah AZAZIL. Azazil adalah jin yang sangat taat dan kuat beribadah kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah telah mengangkatnya ke langit pertama dan di langit pertama, Azazil beribadat menyembah Allah selama 1000 tahun. Kemudian,dia diangkat ke langit kedua. Begitulah seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam kepada para malaikat. Segala perintah yang Allah turunkan kepada malaikat,akan menjadi perintah baginya kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.


  • Pada langit lapis pertama , ia berjuluk Aabid, ahli ibadah yang mengabdi luar biasa kepada Allah pada langit lapis pertama,

  • Di langit lapis kedua, julukan pada Azazil adalah Raki atau ahli ruku kepada Allah,


  • Di langit lapis ke tiga, ia berjuluk Saajid atau ahli sujud,


  • Di langit ke empat ia dijuluki Khaasyi karena selalu merendah dan takluk kepada Allah,


  • Di langit lapis kelima menyebut Azazil sebagai Qaanit Karena ketaatannya kepada Allah,


  • Di langit keenam Gelar Mujtahid, karena ia bersungguh-sungguh ketika beribadah kepada Allah.


  • Pada langit ketujuh, ia dipanggil Zaahid, karena sederhana dalam menggunakan sarana hidup.

Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah tersangatlah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.

Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :

“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”

Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :

“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”

Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :

“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengingkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”

Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud hormat kepada Adam a.s. Azazil sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.

Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-

Israa [61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?

Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.

Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.

Israa [62] Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)

Israa [63] Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.


Maka dengan itu, manusia pertama yang digoda tentu sekali adalah Adam dan Hawa sehingga mereka dicampak keluar dari syurga. Iblis telah menggoda Hawa dan Adam dengan tipu daya dan rayuan memabukkan sehingga mereka lupa pada perintah dan larangan Allah. kedua-duanya sedar setelah Allah murka. Oleh kerana itulah mereka dicampak keluar daripada syurga. Lihatlah..sedangkan Nabi Adam dan Hawa telah berjaya disesatkan oleh Iblis,apatah lagi kita anak cucu Adam?Allahurabbi...

Secara kesimpulannya, hanya dengan takbur,sombong dan merasa terlalu hebat, kita akan lupa akan adanya Allah. Melihat pada kisah-kisah terdahulu juga terdapat banyak kisah yang menceritakan akan kesombongan dan takburnya sesetengah kaum atau umat terdahulu yang menentang dan memperolokkan hukum-hukum Allah sehingga Allah timpakan mereka azab yang mengerikan contohnya Kaum Aad, Kaum Luth, Bani Israel, Firaun, Abu Jahal dan ramai lagi. Mereka semua diazab oleh Allah dengan azab yang sangat pedih di dunia dan pastinya di akhirat kelak...wallahua'lam..

dan zaman kini,semakin ramai yang menetang dan sombong dengan Allah. Semakin ramai sibuk akan dunia. Ada yang sibuk mencari ilmu,akan tetapi sayang..lama kelamaan ada yang merasa sombong dan takbur sehingga merasakan dirinya adalah paling bijak. Sedangkan Allah adalah Maha Bijaksana. Begitu juga bagi pemilik wajah yang cantik, tampan. Mereka bermegah-megah dengan wajah yang ada. Sedangkan setampan mana sahajalah wajah mereka jika hendak dibandingkan tampannya Nabi Yusuf. Banyak lagi kesombongan yang boleh kita lihat di dunia ini. Sedangkan yang alim itu pun belum tentu amalannya diterima Allah. Setitik rasa riak dan takbur akan amal soleh akan merosakkan iman..Allah..Astaghfirullahalazim...bimbinglah hati kami Ya Allah...

Jadi,janganlah kita menjadi seperti iblis yang menjadi pelopor sifat takbur dan tentu sekali iblis dan syaitan akan berusaha menghasut manusia dan jin bagi menyesatkan lagi anak cucu Adam di muka bumi..

---------------------------------------

PENAWAR TAKBUR

letakkan diri serendahnya. Bersifat tawadduk dan merendah diri. Perlulah yakin tak ada yang lebih dan tak ada yang patut dibanggakan dengan diri. Semuanya milik Allah. Takutlah akan kemurkaan Allah kerana Dialah pemilik bumi dan alam semesta ini dan kita hanyalah penumpang sahaja..Allah..~peringatan buat diri dan semua~sama2 mendapat manfaat~wallahua'lam.....