i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Thursday, March 31, 2011

AMANAH


ASSALAMMUALAIKUM..
HARI INI SAYA NK CERITA PASAL AMANAH
MESTI XRAMAI YG TAHU PASAL KONSEP AMANAH DLM ISLAM KN?
ERM..SAMA LA DGN SAYA..
BANYAK YANG SAYA XTAHU..
TP ALHAMDULILLAH..ADA SAHABAT YANG SELALU MENGINGATKAN TENTANG AMANAH..
PADA AWALNYA AGAK CONFIUS JUGAK BILA SAHABAT ITU SELALU CKP YANG..
"KENA MAKAN, KALAU TAK T KT AKHIRAT AKAN DI SOAL KENAPA XMKN.."

HA..NMPK X PRIHATINNYA SAHABAT SAYA 2? ^_^
ALHAMDULILLAH..
BILA DIA MENGINGATKAN SAYA,MAKA SAYA AKAN INGT DAN SAYA AKAN MAKAN DAN MENJAGA TUBUH BADAN DGN BAIK..INSYALLAH..

ERM..AGAK2 DPT KAITKAN X KONSEP AMANAH DGN MAKAN??
OK..

AMANAH DARI SEGI BAHASA BERMAKSUD TENTERAM,AMAN,SELAMAT DAN HARMONI..
DAN DARI SUDUT LAIN IANYA BERERTI MENGHARGAI KEPERCAYAAN ORANG LAIN TERHADAP DIRI SESEORANG DGN MELAKSANAKAN TUNTUTAN YANG TERDAPAT DLM KEPERCAYAAN ITU..

JADI..SEBAGAI SEORANG MANUSIA DAN KHALIFAH..AMANAH 2 ADALAH SESUATU YANG DITUNTUT DAN SEHARUSNYA KITA PERLU AMANAH DLM MELAKUKAN SESUATU..

Sepertimana firmanNYA bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RsulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya)

amanah juga terbahagi kepada 3 iaitu AMANAH KEPADA ALLAH DAN RASUL, AMANAH TERHADAP DIRI SENDIRI DAN AMANAH TERHADAP MASYARAKAT DAN PERKHIDMATAN

AMANAH KEPADA ALLAH DAN RASUL

firman ALLAH dalam surah Al-Anfal :27 bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RsulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).

oleh yang demikian, menjalankan suruhan dan menjauhi laranganNYA adalah satu amanah..
tanggungjawab manusia sbg khalifah pula ialah menbangun, memakmur dan melaksanakan islah di bumi ini mengikut kehendak dan tuntutan yang terkandung dalam syariat dan ajaranNya sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW..

AMANAH TERHADAP DIRI SENDIRI

Manusia dan segala anggotanya menjadi amanah Allah SWT. Akal, mata, telinga, kaki, tangan dan lain-lain anggota merupakan amanah Allah. Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Menjaga kebersihan , kesihatan diri dan memberikan hak-hak anggota tubuh badan merupakan sebahagian daripada amanah terhadap diri yang telah ditetapkan oleh Islam.

Ha..ini lah tadi yang saya cakapkan pasal makan td..ia adalah sebahagian dari amanah yang perlu kita lakukan..makan utk menjaga kesihatan badan, mandi untuk kebersihan dan macam2 lagi..so, sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini, kita perlu sentiasa amanah dari pelbagai aspek rohani atau pun jasmani.. ^_^

seterusnya adalah...

AMANAH TERHADAP MASYARAKAT DAN PERKHIDMATAN


Manusia merupakan makhluk bermasyarakat yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain. Tiada sesiapapun yang dapat memenuhi semua keperluannya tanpa pengantungan kepada orang lain..
sebagai contoh di sini,murid2 memerlukan guru, peniaga memerlukan penternak,petani dan pelanggan..

ha..nmpk x kebergantungan hidup bermasyarakat??
tiada siapa yg mampu hidup bersendirian kerana makhluk itu hidup bermasyarakat..
Setiap orang memerlukan perkhidmatan orang lain dan setiap yang dimiliki oleh seseorang bukanlah pemilikan yang mutlak, tetapi menjadi amanah yang terpaksa diserahkan kepada orang lain apabila tiba masanya. Penyerahan yang berlaku itu merupakan perkhidmatan dalam hubungan kemasyarakatan dan kehidupan yang memerlukan pergantungan antara satu dengan yang lain.
Apabila pergantungan itu diterjemahkan kepada perkhidmatan, bermakna setiap orang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan kepada yang lain mengikut susunan dan kepentingan yang ditetapkan dalam kehidupan bermasyarakat. Perkhidmatan yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas dalam hubungan manusia bermasyarakat merupakan penghayatan amanah yang besar ertinya dalam hidup dan penghayatan beragama..
Masyarakat bermula dengan perhubungan dan komunikasi antara manusia. Perhubungan dan komunikasi yang membentuk keluarga, kelompok, unit-unit masyarakat dan seterusnya ummah, bangsa dan negara..

so..in a conclusion(hehe..)
AMANAH!!
NAK DPT REDHA ALLAH X??
HA..SO..BERFIKIRLAH SESUATU DGN CARA YANG BAIK..
SETELAH MEMIKUL SESUATU TANGGUNGJAWAB,MAKA SEMAKIN BERAT AMANAH YANG DIPIKUL..
SO..PNDAI2 LA YEK ^_^)

oh yek..nk share 1 cerita menarik..

Saidina Umar bin Abdul AziZ merupakan salah seorang khalifah kerajaan Bani Umayyah yg sgt terkenal dgn sifat amanahnya. maka, berlakulah satu malam di mana sedang beliau menyiapkan tugasan rasmi di bilik istana, anaknya masuk untuk membincangkan perihal urusan keluarga. setelah anaknya itu duduk, Saidina Umar terus memadamkan lampu di atas mejanya sehinggakan keadaan di dalam bilik tersebut menjadi gelap gelita..maka..anaknya pun bertanya.

"Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik berbincang di bawah cahaya lampu yang terang?

ha..nk tau x apa Saidina Umar jawab?? Saidina Umar menjawab, "Benar katamu wahai anakku, tp engkau ingt, lampu yg sedang ayahnda gunakan untuk bekerja sebentar tadi adalah kepunyaan Kerajaan, minyak yang digunakan itu dibeli dgn wang Kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga"

Lalu, Saidina Umar pun menyuruh pelayannya supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya seraya berkata kepada puteranya tercinta:

"Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita. minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa yang anaknda hendak bincangkn dengan ayahnda..

MASYALLAH..
sungguh benar AMANAHnya Saidina Umar kn..
Malu x kalau x AMANAH??
jadi..sbg khalifah di muka bumi ini..seharusnya kita mengkaji konsep amanah dan berjuang utk amanah dlm setiap tindak tanduk kita..
wallahua'lam..

~SEMOGA MENDAPAT BARAKAH~

semangat baru


ALHAMDULILLAH..
SYUKUR KU PANJATKAN KEPADA YA RABBI..
HARI NI..SANGAT2 BERSEMANGAT
DENGAN AZAM
UNTUK MENDAPATKAN SYURGA..
ALLAH..
ALLAH..ALLAH...
MAMPUKAH AKU?

SECARA PERLAHAN2 INSYALLAH AKU AKAN MENCUBA SEBAIK2NYA HIDUP DI DUNIA..
ALLAH TUHANKU TERULUNG..
TIADA SATU PERKATAAN YANG MAMPU KU GAMBARKAN MENUNJUKKAN KETERTINGGIAN ILLAHI..
ALLAH..BESARNYA KUASAMU..
ALLAH..TIADA SATU KUASA PUN YANG MAMPU MENGATASI KUASAMU..

INSYALLAH..
DENGAN IZIN YA RABBI..
MEMPERBANYAKKAN AMALAN DAN MEMPERBETULKAN AKHLAK AGAR DI PANDANG TINGGI DI AKHIRAT KELAK..
AKU SUNGGUH INGIN BERJUANG UNTUK AGAMAKU..
AKU SANGAT INGIN MATI SYAHID DI JALANMU...

TARGET:
MEMPERBANYAKKAN ILMU AGAMA
KENA RAJIN BERTANYA
BANYAK YANG PERLU DIISI KERANA DIRI INI SERBA KEKURANGAN..

~ALLAH~

Wednesday, March 30, 2011

purdah...


ALLAH...
TERASA INGIN BENAR KU BERPURDAH..
ntah kenapa..
padaku..dengan berpurdah..aku akan lebih berasa selamat..
selamat bagaimana?
pabila berjalan..benar ku yakin akan ADANYA ALLAH..
namun ku khuatir pandangan manusia..
dan sebenarnya..ku sungguh rendah diri..
rupa ini bukanlah terlalu indah untuk ditatap semua..
wajah ini bukanlah apa2 sehinggakan kalian berpaling memandangku sedemikian rupa..
ALLAH..SUNGGUH RENDAH DIRI INI..

niatku..hanya untuk menjaga pandanganku..
aku khuatir andai aku memperlihatkan wajahku..akan ada yang melihatku..
dan andai mereka melihatku..
aku khuatir aku terlanjur memandang insan yang tidak sepatutnya..
dan aku sungguh khuatir aku akan memperkecilkan mimik muka yang mereka lampirkan kepadaku..
sungguh aku khuatir..
hatiku belum cukup kukuh..
imanku...
imanku belum cukup kuat untuk menahan nafsu dari pelbagai..
ALLAH..

tapi tidak mengapa andai bukan sekarang ku memakaikan purdah..
akan ada waktu untukku nanti..
INSYALLAH..
dan sebenar2nya ku tahu..bukan mudah untuk mengenakan sesuatu yang selamat mengikut ISLAM..
akan ada banyak tentangan..
akan ada banyak rintangan..
dan sebenar2nya ku yakin..
dugaan yang ALLAH hadirkan adalah untuk diriku yang masih lemah..
ianya adalah untuk menguatkan diriku..
TERIMA KASIH ALLAH..
ALHAMDULILLAH di atas dugaanMU..
sebenar2nya dugaanMU memiliki seribu satu hikmah..

ALLAHUAKBAR...

ilmu baru~


semalam..belajar sesuatu yang baru tentang agama..
ALHAMDULILLAH..
hanya ingi berkongsi agar kita sama2 mendapat ilmu yang diberkati ALLAH..
INSYALLAH..

"kenapa lelaki bila solat, kaki seluar akan dinaikkan sedikit melebihi buku lali?"

kerana..itu adalah tanda kerendahan hati menghadap ALLAH TAALA..

Rasulullah s.a.w bersabda:Ertinya : "Keadaan sarung seorang msulim hingga setengah betis, tidaklah berdosa jika memanjangkannya antara setengah betis hingga ke atas mata kaki. Dan apa yang turun di bawah bahagiannya di neraka. Barangsiapa yang menarik pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak akan melihatnya" (Hadits riwayat Imam Abu Dawud 4093, Ibnu Majah 3573, Ahmad 3/5, Malik 12. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Misykah 4331)

"apa beza kopiah orang Islam dengan kopiah YAHUDI dengan kopiah KRISTIAN?"

ketiga2nya adalah berbeza..kopiah YAHUDI mcm bentuk piring..sangat kecil dan singkat..kopiah KRISTIAN pula labuh sedikit melebihi kopiah YAHUDI..dan terbaik adalah kopiah orang ISLAM..labuh dan lengkap..berbeza dengan kopiah KRISTIAN dan YAHUDI yang perlu diletakkan pin agar kopiah tersebut tidak mudah jatuh...

*adalah sunnah memakai kopiah,serban atau songkok ketika solat..ianya bagi mengelakkan rambut dari jatuh menutupi dahi ketika solat..

"kenapa surah AL-TAUBAH xde BISMILLAH??"

Jawapannya ada banyak..ade 5 pndapat iaitu:


Pendapat Pertama mengatakan bahwa telah menjadi kebiasaan orang orang Arab pada zaman dahulu apabila ada di antara mereka perjanjian tertulis maka mereka menuliskan bismillah...akan tetapi jika ingin membatalkan perjanjian tersebut, mereka menuliskannya tanpa membubuhi atau meletakkan basmallah...Ketika turunnya Surah At-taubah yang menandai tidak berlakunya perjanjian antara Rasulullah dan orang musyrikin, Rasulullah s.a.w. mengutus Ali bin Abi Thalib membacakan surah tersebut dengan tanpa menyertakan basmallah di awalnya...

Kedua, pendapat yang mengatakan bahawa terdapat kesamaan diantara surah At-taubah dengan surah sebelumnya Al-anfal...maka dikatakan bahwa surat At-taubah merupakan kelanjutan dari surah sebelumnya, sehingga tidak ada basmalah di awal surah tersebut. Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi...

Ketiga, surah At taubah berdekatan dengan surah Al-baqoroh dan mempunyai kesamaan antara keduanya, maka tidak dituliskan basmalah di awal surah...

Keempat, pendapat yang mengatakan bahwa ketika dilakukan pembaikan mushaf pada zaman khalifah Ustman r.a, terdapat perbezaan pendapat antara para penulis mushaf, apakah surah At-taubah dan Al-anfal merupakan satu surah atau dua surah yang berbeza? Untuk mengambil jalan tengah dari dua pendapat tersebut, maka ditetapkan bahawa surah At-taubah dan Al-anfal adalah dua surah dengan tanpa menuliskan basmallah di awal surat At-taubah...

Kelima, diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, ketika ditanya oleh Ali bin Abi Thalib kenapa tidak dituliskan basmalah diawal surat Taubah? Beliau menjawab, "bismillahirrahmanirrahim" mempunyai makna keamanan dan perdamaian, dan surah At-taubah turun dalam bayang-bayang pedang ketika berlangsungnya perang Tabuk...dimana tidak ada situasi aman pada saat itu...Basmallah itu sendiri menyiratkan makna rahmat kasih sayang, sedangkan surah At-taubah banyak berisi kecaman dan sanggahan terhadap sikap orang-orang munafiq dan orang kafir, maka tidak ada rahmat bagi mereka...

dan terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa malaikat jibrail menurunkan durah ini tanpa BISMILLAH..

dan apa yang pasti,pendapat kelima adalah yang diterima ramai..Wallahua'lam...

setakat ni utk ilmu hari ini..insyallah..akan ade banyak lagi ilmu yang kita boleh kongsikan bersama..ASSALAMMUALAIKUM.. (^_^)

~REDHA ALLAH~

jangan...


Terdapat sepotong hadis meriwayatkan:

"Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.” (Hadis riwayat Ibn Marduwaih)"
*
**
****
*****
***
**
*
jangan memujiku..
kerana sesungguhnya pujian itu akan menjatuhkanku..
jangan terus2an memujiku..
kerana sesungguhnya pujian itu akan melekakanku..
jangan memujiku lagi..
kerana aku sungguh lemah...
ku sgt khuatir akan rosak hatiku kerna riak dan bangga diri akan menyelinap ke dalam hatiku..

jangan...benar jangan lagi memujiku...
besarkanlah pujian itu kepada ALLAH..
kerana sebenar2 pujian itu hanyalah kerana ALLAH...
semua yang dikurniakan ini adalah dari ALLAH..
tanpa kebesaranNYA..
tanpa kekuasaanNYA..
sekelip mata ianya pergi..

ALLAH..
SUBHANALLAH..
ALLAHUAKBAR..

aku sungguh sedar akan dugaan dari ALLAH..
pernah seorang sahabat mengingatkanku bahawa:

ALLAH akan mengujiku dgn pujian terlebih dahulu
kemudian ALLAH akan mengujiku dgn cacian
setelah itu..ALLAH berikan kesenangan yang akan menyenangkanku..
dan ALLAH seterusnya akan mengujiku dengan kesusahan..

ini yang harus ku khuatiri...
aku khuatir aku terlalu riak dgn pujian YA RABBI..
aku sungguh benar khuatir akan pujian...
sesungguhnya sebenar2 pujian adalah untukMU YA ALLAH..

aku sungguh khuatir akan cacian..
kuatkanlah hati hambaMU ini YA ALLAH..
semoga semangat jihad ke jalanMU ini terus mekar YA ALLAH..

khuatir akan kesenangan YA ALLAH..
sungguh benar aku khuatir..
kerana kesenangan akan membuatkan aku terleka..
aku khuatir aku leka dan melupaiMU YA ALLAH...

ALLAHU RABBI..
semoga aku kuat dengan kesukaran yang KAU hadirkan YA ALLAH..
jangan pernah aku berpaling dariMU YA ALLAH..

YA ALLAH...JANGAN KAU TARIK NIKMAT IMAN INI YA ALLAH..
BANTULAH AKU YA ALLAH..
BANTULAH HAMBAMU INI YA RABBI...
HANYA UNTUKMU SEBENAR2 PUJIAN..
DAN HANYA PADAMU AKU BERSUJUD MEMUJI KEBESARANMU...


Tuesday, March 29, 2011

JATUH CINTA...


pernah x rasa jatuh cinta??
pernah x selalu jek rindu??
pernah x smpai berlari2 takut tertinggal sesuatu??
pernah x akal ni sering melayang mengenangkan sesuatu??
dan pernah x menangis teresak2 bersungguh2 memohon maaf??

jatuh cinta...
ya..benar2 jatuh cinta..
semakin hari aku ingin dekat denganMU..
setiap detik inginku jejakkan kaki di rumahMU..
sehinggakan aku berlari mendengar laungan azan memanggil2 utk menghadapMU..
dan seringkali ku menitiskan airmata ini hanya untukMU..
banyaknya dosa kepadaMU YA RABBI..
ALLAH...
kini..aku benar2 jatuh cinta kepadaMU YA ALLAH...

ALLAH..
NIKMATMU..
KEMANISAN IMAN YANG KAU KURNIAKAN...
SYUKUR PADAMU YA RABBI..
HANYA PADAMU YA ALLAH..
SESUNGGUHNYA AKU ADALAH MILIKMU...

dulu..kita tidak pernah trfikir rumah ALLAH itu adalah tempat yg sungguh hebat..
dahulu..kita selalu memandang hambar AL-QURAN yang tersusun rapi..
dan dahulu..kita sudah terasa sungguh hebat..
ALLAH...HINANYA DIRI...

dan kini...hidup yang baru..
aku sedang mencorakkan sesuatu yg indah KERANA ALLAH..
SUDAH JATUH CINTA..
SEMUANYA BISA KERANA ALLAH...
ALLAH TELAH BERIKAN NIKMAT YANG SUNGGUH BESAR..

YA ALLAH..SEMOGA AKU KUAT YA ALLAH..
SUNGGUH AKU TAKUT UTK BERPALING DARIMU..
SUNGGUH BERGETAR HATIKU MENGENANGKAN DOSA2 KU YANG BERTABUR..
INGIN KU KUTIP KEMBALI DOSA2 ITU DAN KU BAKAR YA ALLAH..
YA ALLAH..LEMAHNYA HAMBAMU YA ALLAH..
JAHILNYA DIRIKU YA RABBI..
HINANYA AKU KERANA JAUH DARIMU...

BANTULAH HAMBAMU INI YA ALLAH..
SEMOGA HATIKU HANYA SETIA UNTUKMU..
SEMOGA TERSUSUN INDAH RINDU DAN CINTA INI HANYA PADAMU...

~ALLAH~

Monday, March 28, 2011

i LOVE ALLAH


ALHAMDULILLAH..
ku panjatkan syukur kepadaMU YA RABBI..
hari ini berjalan lancar seperti kehendakMU..

atas bantuanMU YA RABBI..semakin mudah ku jalani hidup pada hari ini..
terasa tenang..
berjalan seorang pun tidak terasa takut kerana yakin yang KAU SENTIASA ADA..
TERIMA KASIH YA ALLAH..

hari ini..semakin ramai yg melihat perubahan diri..
ramai yang mendekati memberi dorongan dan sokongan..
ALHAMDULILLAH..
ternyata tidak salah memilih teman2 dan rakan2 yang sebegitu..
mereka masih ada walaupun aku tidak lagi seperti dahulu..
yang bergelak di mana2..
yang terkinja2 ntah kenapa..
ALLAH..malu mengenangkan diri yang dahulu..

ALHAMDULILLAH YA ALLAH..
HANYA KERANAMU..

dan pada hari ini..dalam aku sibuk mencari "barangan baru" untuk "diri yang baru"
telah hadir insan mulia membantu..
hadir ke rumah bagai meraikan insan yang baru lahir..
menghadiahkan sesuatu kepadaku...
sungguh..menitis air mata mengenangkan rendahnya diri sehingga seseorang hadir memberi bantuan..
ku tolak..namun dengan penyataannya ingin membantu...ku terima..
akan ada pahala utkmu wahai sahabat..
aku tidak mampu membalasnya..HANYA ALLAH...
HANYA ALLAH YANG AKAN MEMBALAS BUDI KALIAN..

~LOVE ALLAH~

maaf..


kamu..

dgn izin ALLAH kita bertemu dan sehingga kini kita masih bersama..

dgn izin ALLAH jua kamu dan diriku ini menemui nur hidayah yg diidamkan hambaNYA..

SYUKUR di atas nikmat iman yg ALLAH beri..

ALHAMDULILLAH..

tidak tergambar betapa besarnya syukurku ke hadrat ILLAHI..

kerana kamu telah membantuku membimbingku ke jalanNYA..

bukan niatku utk menolak niat murnimu utk membimbing diriku ini..

aku tersangat malu..

aku terlalu rendah diri dgn yg lain..

melihatmu dari jauh sudah membuatkan aku tertunduk malu..

apatah lagi melihatmu dari dekat..

sejujurnya,memandangmu kini bagaikan kamu berada di atas dan diriku nun jauh di bawah..

entah kenapa ALLAH hadirkan rasa ini..

namun ku yakin..terselindung hikmah di sebalik rasa ini..

benar katamu bahawa "malu biar bertempat"

tapi..salahkah aku utk malu dgn kamu yg bukan muhrimku??

aku tidak meletakkan drjatmu terlalu tinggi melebihi YANG ESA..

ntah kenapa hormatku terhadapmu terlalu tinggi sehinggakan aku berasa malu..

maaf di atas keterlanjuran kata2ku..

maaf di atas tindak tandukku yang mmbuatkan hati kecilmu merintih mengenangkan sikapku yang meninggi diri padamu..

sedikitpun bukan itu niatku..

namun..jika benar itu yang dirasakan kamu...

benarlah diriku ini yang bersalah..

mungkin diri ini terlalu yakin dengan perubahan diri..

atau mungkin diri ini masih belum memiliki kekukuhan hati sehinggakan berbagai kata2 meresap ke dalam minda menolak bimbingan murni darimu..

maaf sekali lagi..

diri ini akan cuba memperbaiki kelemahan yg tersisa baki..

~semoga maafku terhadap hambaMU itu diterima oleh dirinya kerana sebenar2 redha adalah utk menggapai redhaMU YA ALLAH~

baru..


bila kita membeli kereta baru..
kita malu x??
bila kita beli tv baru..
agak2 kita malu ke x nk ckp gan org yg kite ade tv baru??kereta baru??
em..kebanyakan manusia xkn malu bila ade something yg baru..
kebanyakannya ingin menunjuk2kan yg baru 2 kpd org ramai..

hari ni..trsangat ramai melihat prubahan pd diriku..
ALLAHU RABBI...
kerdilnya diri bila mereka berbicara..
aku hanya mampu tersenyum..
kelu utk berkata2..

"eh..sape ni?"
"baru balik umrah ke??"
"erm..dh lme nk tgk zila mcm ni..1thun doa,bru dpt.."
"nk amik gmbr boleh??xpenah amik gmbr cmni.."

erm..
nama pon manusia..
xkan ade sesiapa pon yg mampu mengunci mulut dan lidah insan lain dari berbicara..
sama ada ianya baik atau buruk..
mungkin kita mampu menasihati insan yg brkata buruk tp kita tidak akan mampu menahan mulut mereka dr berkata yg berbisa..

tp xpe..
-imam al-Bakir a.s pernah berkata-
“Ambillah nasihat baik dari orang yang mengucapkannya meskipun ia tidak mengamalkannya”

jadi..sesuatu yg baik yg d katakan oleh seseorg kpd kita,seandainya ianya bermanfaat..kita ambil jadikan pnduan..
hati ni kdg2 ego..kdg2 degil nk mndengar teguran..
tp kali ni..saya akan cube trsenyum dan mengajar hati ini utk belajar menerima..
ikhlaskn hati..
betulkan niat..

dan td adik pesan..
"utk mlkukan perubahan yg baik..akan ada banyak sgt dugaan yg mnyukarkan kita..jd..kita kne kuat dlm mlukan sesuatu yg baik.."

"INSYALLAH"
BERSEDIA

(^_^)
~JAGAI HATI~



Saturday, March 26, 2011

pencarianku...


detik kita dilahirkan..
seputih2 kain..
sesuci2nya manusia..
putih tanpa dosa..
suci tanpa dusta..

di saat itu..
tawanya kita..senyuman kita..
bahagia buat ibu dan bapa..

seawalnya dididik dgn sebesarnya agama..
bermulanya langkah mengamalkan ajaran dan sunnah rasulallah..

namun...
bangkitnya dewasa..
diri semakin alpha..
terlalu alpha..
terlalu banyaknya hina..
lupa akan nafsu dunia..
hanyut di bawa tsunami cinta..

YA ALLAH..
TERIMALAH TAUBATKU INI YA ALLAH..
SESUNGGUHNYA HAMBAMU INI ALPHA..
HAMBAMU INI LEKA..
SEBENAR2NYA LEMAH HAMBAMU INI YA RABBI..
JIKA DIHITUNG DOSA..BEGITU BESAR DAN TERLALU HINA KU MENGANGKAT WAJAH MENDONGAKKAN KEPALAKU INI YA ALLAH...

KERDILNYA AKU..
KECILNYA AKU..
HINANYA DIRIKU SEBAGAI HAMBAMU YA ALLAH..

REDHAMU..
RAHMATMU..
AKHIRATMU..
BAHAGIAMU YG KU DAMBAKAN YA RABBI..

TERIMALAH TAUBATKU YA ALLAH..
TERIMALAH...TERIMALAH......

~SESALKU SEBAGAI HAMBA~