i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Saturday, December 31, 2011

airmata lelaki VS senyuman wanita



Air mata lelaki lebih berharga daripada air mata perempuan kerana apabila lelaki menangis, itu bermakna dia sangat sayangkan perempuan yang telah pergi dari hidupnya dan apabila lelaki menangis, lelaki itu memang maksudkannya. Bukan senang nak buat lelaki menangis...✿

MANAKALA,

Senyuman perempuan lebih berharga daripada senyuman lelaki kerana apabila perempuan senyum, ia akan selalu membuatkan lelaki kesayangannya merasa bahagia & di sayangi.

em..betul ke??

(di copy paste dari FB JANNATI BAITI)

CINTAKU BERBUAH SYAHADAH



Adam: Umi! umi! Adam nak tanya boleh? (ditariknya baju uminya)

Umi : Apa dia sayang? (Qaseh lantas duduk agar sama ketinggiannya dengan Adam yang masih kecil untuk memudahkan mereka berbicara)

Adam: Cinta tu apa umi?

Umi:aduh..sudah..cinta pulak budak ni tanya (bisik Qaseh di dalam hatinya)
em..Adam rasa, cinta tu apa?

Adam: Tak tahu?? kat sekolah kn, kalau ada budak tu duduk dengan orang pompuan kn, mesti dierog cakap bercinta..Adam dah tanya Abi jugak semalam...boleh ke budak kecik bercinta umi?

Umi:(senyum) boleh..semua orang bercinta..Adam, Abi, Umi, Nenek, Atuk...semua bercinta..

Adam: oh..kalau cinta kena kawin kan umi kn?

Umi: hihi..xla..xjugak sayang..

Adam: kenapa? kan Umi kawin dengan Abi? Nenek kawin dengan Atok kan? kan? em...Adam tak faham la...

Umi: em...baiklah...ok..(mcm mana nak cakap ek?)em..cinta tu, macam Adam makan aiskrim, sedap x?

Adam: SEDAP!

Umi: em..aiskrim 2 sedap..tapi, bila sejuk sangat, mesti gigi Adam rasa macam sakit kan? (aish..macam mana nak explain ni, kata Qaseh di dalam hati)

Adam: A'ah..mcm nak tercabut gigi Adam..em..tapi kenapa pulak aiskrim ni dengan cinta tu? Adam pening ni...(sambil digaru kepalanya yang tidak gatal)

Umi: cinta itu sesuatu yang Adam x nampak,tapi Adam boleh rasa..cinta kepada Allah, cinta sesama makhluk..macam Adam solat 5x sehari, pergi kelas mengaji, ikut Abi pergi masjid..itu namanya cinta kepada Allah..dan kalau Adam sayang dekat Umi, Abi, Atuk, Nenek...2 cinta kepada makhluk..em..ok,apa yang Abi beritahu kat Adam?

Adam: Abi cakap,semua orang nak cinta..tapi, Adam kena utamakan Allah dulu..Adam kena sayang Allah banyak-banyak..Adam kena ikut setiap perintah Allah, lepas tu Adam tak boleh buat jahat-jahat..lepas tu kan,Adam tanya lah kt Abi kenapa kena ikut perintah Allah? lagipun Adam mana nampak Allah...pastu kan umi, Abi cakap, Adam xboleh nampak Allah,tapi Adam boleh rasa kewujudan Allah..Abi cakap, bila Adam solat, Adam kena bayangkan Adam tengah jumpa dengan Allah..sebab tu Abi tak bagi Adam main dengan budak-budak yang lari-lari dalam masjid tu..Abi cakap,Allah dah siapkan syurga dengan neraka..Abi cakap syurga tu tempat orang-orang yang baik dan neraka tu tempat orang-orang jahat..betul ke umi?

Umi: betul..betul sangat..lagi? Abi cakap apa?

Adam: em....Abi cakap, Abi sayang Allah...sebab tu Abi kahwin dengan Umi..

Umi: ?? (amboii..ade berbaur rahsia hati ni..kena korek lagi rahsia ni..) oh..kenapa Abi cakap mcm tu?(buat2 tanya)

Adam: Abi cakap, Abi sayang Umi sebab Allah yang bagi..lepas Allah hadiahkan Adam, Abi pun kena sayang Adam..sebab Abi sayang Allah..Abi cakap,Abi takut dengan Allah..kalau Abi tak ajar Adam jadi macam orang yang duduk dalam syurga tu,nanti Abi kena pergi duduk dalam neraka...e..takut kn umi...

Umi: (senyum) takut yek? em..meh sini kat umi.. (lalu dipeluk erat Adam ke pangkuannya dan dikucup pipi Adam)..nanti, apa yang Adam nak buat kalau tak nak Umi dengan Abi duduk dalam neraka?

Adam: Abi cakap..Adam kena dengar cakap Umi, sebab Umi no 1..Abi cakap,umi cepat menangis..hati umi macam tisu, cepat koyak..jadi,Adam tak boleh nakal-nakal, Abi takut Umi nangis..Abi cakap, kalau Umi nangis, nanti Adam kena duduk dalam neraka tu..panassss sangat Abi cakap..

Umi:em...( bergenang air mata Qaseh keharuan)

Adam: Umi!! kenapa Umi nangis? Ala..Umi janganlah nangis..Adam tak nak duduk dalam neraka!! (Adam mula menangis)

Umi: (mengesat airmatanya lalu menenangkan Adam yang semakin kuat tangisannya) sayang...umi bukan nangis sebab Adam buat jahat..Umi nangis, sebab Umi sayang sangat dekat Allah..Allah bagi Umi Abi dengan Adam yang sudah cukup membahagiakan Umi..Umi sayang sangat dekat Abi dan Adam... (dipeluk erat Adam dalam pelukannya..di dalam hatinya terfikir "lepas ni kena prepare jawapan cinta dengan betul dekat budak ni"..tp, kena peluk Abi dulu lepas Abi balik kerja nanti)

^_^

(Abi..ajarkan Umi tentang cintaNya agar Umi mendapatkan cinta-cinta lain hingga ke syurga..)

::CINTAKU BERBUAH SYAHADAH::

Friday, December 30, 2011

Kasih Illahi ♥


Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:


Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.


(Hadith riwayat Bukhari)

Sunday, December 25, 2011

Haram: ucap MERRY CRISTMAS



Kerana ia berkaitan dgn agama, maka ianya adalah HARAM..
dan aritu jumpa dgn Ustaz Ibrahim, Ketua Pusat Islam UPSI,
Beliau kata, APA SAHAJA PERAYAAN yang berkaitan dgn TUHAN, AGAMA mereka (agama lain), maka ianya adalah HARAM utk diucapkan..cukup la ckp "SELAMAT BERCUTI"..

SEKIAN..ASSALAMMUALAIKUM..

Friday, December 23, 2011

DR ASRI-KEMBALILAH



Allah Mengetahui setiap benda yang ada dalam JANTUNG manusia,
Setiap kita sama KELIHATANNYA, tapi tak sama apa yang TERPENDAM dalam jiwa kita,
Setiap orang yang duduk dalam saf dan menyatakan "ALLAHUAKBAR" bunyinya sama, tapi tak sama KHUSYUKNYA,
Setiap orang yang berdoa "YA RABB" bunyinya sama, tapi tak sama dalam TAWAKKAL dan HARAPAN,
Setiap orang yang mengaku BERIMAN bunyinya sama, tapi ADAKAH sama iman kita dengan Abu Bakar, iman kita dengan sahabat......"

Betapa Diriku ini HINA...



♥(22)Dialah Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, Dialah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.♥

♥(23)Dialah Allah, tidak ada Tuhan selain Dia, Yang Maha Menguasai (seluruh alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Melimpahkan Keamanan, Pemelihara Keselamatan, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah daripada segala yang mereka persekutukan.♥

♥(24)Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa (makhluk-makhlukNya mengikut kehendakNya), Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepadaNya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.♥

(Surah Al-Hasyr)

:: INGINKU BENAMKAN MUKAKU DI ATAS SURAT SUCIMU YA RABB KERNA TERLALU HINANYA AKU ::

Saturday, December 17, 2011

...



ana tidak suka meluah dan tidak pandai meluah kpd makhluk..cuma,ana sangat merindui diri insan sekeliling yang dahulu..jika ditanya tentang kekurangan..TERNYATA IANYA ADA,TP TIDAK WUJUD BAGI HATI ANA..menerima kehadiran insan sekeliling di dalam keadaan dia apa pun akan membahagiakan..mungkin,insan2 yang hadir bukan untuk masa depan ana..dan ana lepaskan..syukran Ya Rabb..kerana Kau berikan kegembiraan yang secukupnya,untuk masa yang mana Kau kehendakkan..Kurniakan kegembiraan yang melimpah luah buatnya kerana kesakitan itu ternyata terlalu banyak khasnya dari kekhilafan ana sbg hamba..Allahumma Amin..

::BERTEMU & BERPISAH KERANA ALLAH::

Kekasihku SATU....


“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.” -Rabiatul Adawiyyah-


Friday, December 16, 2011

Hukum Hudud is The Best~!



Baiklah..sangat2 terharu bila tengok video ni..kenapa?? xdela..kalau kt FB,dh heboh pasal video "HUKUM HUDUD" yg d buat oleh org2 yg "bingung" tntg masalah ni..mmpermainkan Hukum Allah..kalau sahabat2 nk tgk,leh g kt utube,carik "SEMBANG RAKYAT"..ana xkan upload sbb xbrfaedah nk upload kata2 dari orang2 mcm 2..n ana suka video ni..Subhanallah..n pelakon2 nyer pon hebat2 belaka..cuma Ustaz Azhar Idrus jek xmsuk lg brlakon..hihi..

SELAMAT MENONTON ^_^

Thursday, December 15, 2011

Beza Cinta & Suka

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..ASSALAMMUALAIKUM W.B.T.. (^_^)
semoga semuanya dalam rahmat & redha Allah..
Baiklah.menyempat2 buat entry..
Nak tau apa beza CINTA & SUKA??

Beza apanya?? sila baca...

Di hadapan org yg kita CINTA, hati kita akan berdegup kencang.
【ツ】Tapi di hadapan org yg kita SUKA, hati kita akan gembira.

Di hadapan org yg kita CINTA, musim sentiasa berbunga².
【ツ】Tapi di hadapan org yg kita SUKA, musim itu cuma berangin saja.

Jikalau kita lihat ke dlm mata org yg kita CINTA, kita akan kaku.
【ツ】Tapi jika kita melihat ke dlm mata org yg kita SUKA, kita akan tersenyum.

Di hadapan org yg kita CINTA, kita menjadi malu.
【ツ】Tapi di hadapan org yg kita SUKA, kita akan tunjukkan imej diri kita yg sebenar.

Di hadapan org yg kita CINTA, lidah kelu utk berkata².
【ツ】Tapi di hadapan org yg kita SUKA, kita akan bebas berkata apa² saja.

Kita tidak akan merenung mata org yg kita CINTA.
【ツ】Tapi kita akan selalu merenung mata org yg kita SUKA.

Bila org yg kita CINTA menangis, kita akan turut menangis.
【ツ】Tapi bila org yg kita SUKA menangis, kita akan cuba utk membuat dia gembira.

---------------------

akankah kamu mengerti? ianya tidak perlu diluah di hadapanmu..kerana hatiku,sungguh jauh dari perbuatanku apabila bersama denganmu...

kadang kala,aku berbisik kepada hatiku, mengapa acapkali berlaku debaran yang maha hebat secara tiba2..mengapa bila dia menyatakan berduka, airmataku jatuh entah kenapa..entah kenapa bibirku tidak mampu berkata2 tatkala pertemuan tercipta..dan...tanda2 d atas memang pasti...TAPI,AKU TIDAK PASTI AKAN CINTAMU...




::YA RAB..PELIHARA HATIKU.... ::
::YA RABB..ANDAI PENDEK UMURKU,AKU BERSYUKUR KERANA PERNAH MERASAI CINTA::
::ALHAMDULILLAH..TERIMA KASIH TUHAN::

Layanan Rasulullah Terhadap Isteri



-------------------------------

agak2 dapat x yg macam ni?
HEHE..xdpt kot..sbb yg mcm ni ada satu jek iaitu Rasulullah..
tapi kalau boleh,wahai zauji yang bijaksana, ana sememangnya serba kekurangan dan bersifat keanak-anakkan..maka,berusahalah menegur ana mengikut layanan spt mana Rasulullah..ianya lebih menenangkan...kan suami isteri itu saling melengkapkan kn?

em...mcm mne pon..ana yakin dan percaya :

"ana xkn d mrh kalau an x buat silap,kecuali....em..."




::ZAUJI..JANGAN GARANG2 SANGAT DEH::

Dedikasi untuk sahabat



-----------------------

Ya Allah..Kau sampaikanlah cintanya kepada suaminya di bumi anbiya'..redhakan dia sntiasa..sampaikanlah rindu mereka berdua dan tautkanlah cinta mereka hingga ke syurga...


(kad kawen comel jek gini)

:: DEDIKASI BUAT SAHABAT :TENGKU FARAH & HANIF ::

lawak pepagi: tesis



hihihi..gambar ni kwn2 upload kt fb..hehe..klkar n ngek sbb buat cmni..ni la geng2 berop yg selalu mnggemparkan kos kami..dieorg ni mmg jiwa kental..ade jek benda2 ngarut depa bubuh kt FB..jd, utk junior2 yg akan buat tesis..leh la buat mcm senior2 ni..supaya idea yg ada x keluar..hihihi...

::YA ALLAH..PERMUDAHKAN::

Wednesday, December 14, 2011

Cinta Hawa~♥

YA ALLAH...



terkenang suatu ketika, d saat pertemuan itu tercipta..hari berganti hari, bulan berganti bulan dan akhirnya menjadi tahun...sehinggalah d setiap sujudku dan doaku akan adanya kamu..dan hari ini,ku imbau sejenak..ku fikirkan kembali kesetaraan diri..jauh..dan andai doaku tidak dimakbulkan,aku mengerti... setiap detik Allah menemukan kita, akan ada HIKMAH nya..dan penyatuan itu tidak berlaku juga aku mengerti mengapa..em..mungkin aku mengerti...dan aku akan cuba mengerti...kelemahanku sungguh banyak..kelebihanmu mengatasi apa adanya aku..malah rendahnya ku kerana aku sungguh lemah melawan nafsuku..andainya dulu aku sungguh berharap kita bersatu..tetapi, hari ini....tiada harapan itu lagi....

wahai sang burung,terbanglah ke mana arahmu...

...::: SEMEMANGNYA INDAHKU AKAN PUDAR :::...

YA ALLAH,AMBILLAH AKU SEBELUM SEMUANYA SEMAKIN PARAH........

Tuesday, December 13, 2011

Menjadi Diriku



ALHAMDULILLAH..FEEL FREE SGT2 BILA TESIS DAH SIAP..TP,XTAHU LAGI APPROVE KE X..MY TUAN HAJI XTAHU G MANA..DAH CALL BANYAK KALI (3X KALI JEK..HIHI) + MECEJ, TP XDE APE2 PON? APA2 PON..SEMOGA TUAN HAJI DALAM KEADAAN YANG SIHAT SEJAHTERA DAN SENTIASA DI BAWAH LEMBAYUNG RAHMAT ILLAHI..DAN SETELAH DARI SEMALAM DEBARAN JANTUNG NI XBERHENTI BERDEBAR KENCANG START DARI PERISTIWA MALAM SEMALAM MENERIMA SESUATU DARI SESEORANG..SMPAI SEKARANG..DAN TIBA2 KAN, MACAM HEPI PLAK SEBAB MEMBER2 TOLONG CARIK LAGU NI..HIHI..

------------------------



:: TERIMA AKU SEADANYA AKU KERANA AKU MENERIMAMU SEADANYA KAMU ::

memikirkan kesilapan diri



Jika engkau menjumpai sesuatu yang tidak engkau sukai dari perbuatan saudaramu, maka carilah satu, atau bahkan sampai tujuh puluh alasan, untuk membenarkan perbuatan saudaramu itu. Jika engkau masih belum mendapatkannya,

maka katakanlah,

"Semoga ia mempunyai alasan tertentu (kenapa berbuat demikian) yang aku tidak mengetahuinya."

(Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq)

----------------------

ana sgt sedar bahawa ana tidak akan dimarah andai itu bukan kesilapan ana..

:: memikirkan kesilapan diri ::

Lep Lep You~♥


Isteri : hari ni sy jalani pembedahan jantung ...

Suami : abg tau :') I love you...
Isteri : I love you too...♥

(Bile sedar dari pembedahan , isteri tengok suami takde . Tp ayah die je yg ade)

Isteri : mane suami sy ayah ?
Ayah Isteri : Siti taw tak sape dermakan jantung untuk siti ? :(
Isteri : apaaaaa ?? ( Terus menangis ) T_T


Ayah Isteri : hehe takde la.. Ayah melawak je..Dia pegi tandas ;D

---------------
hihihi..cerita ini xde kena mengena yang masih hidup atau telah meninggal dunia..hihi..melawak jak..tp,ade pengajaran kt sini..cuba carik ea.. (^_^)

KENANGAN KITA



Pertama Kali Kita Berjumpa Bb
Tidak Kepastiannya Ternyata Dm
Diriku Dipenuhi Soalan Eb Gm
Ku Tiada Teman F

Aku Terlihat Insan Yang Keliru Bb
Air Yang Deras Mencermin Wajahku Dm
Engkau Menjelma Memberi Harapan Eb Gm
Menghulur Tangan F

Sempena Hari Mulia Ini Bb
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali Dm
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan Eb Bb
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan Eb F

Detik Masa Kini Kedengaran Bb
Aku Mengucap Selamat Jalan Dm
Kepada Teman Yang Sering Menghibur Dengan Gurauan Eb Gm F

(siap ade gitar kod kn..huhu)

nak g..nk g..nk g jejauh~!! yeah!!



:: SHHH..HATI,NANGIS DLM HATI JEK..JANGAN SEDIH EA..XDE APE2 PON..TERPISAH SIKIT JEK..KALAU MATI,HA..YG 2 TERPISAH JAUH ::

Sunday, December 11, 2011

Mood untuk anak umi



Bismillahirrahmannirrahim..
Assalammualaikum w.b.t..

hehe..nmpk x gmbr the baby 2?hehe..
sgt suka tgk..sebab ape?cube teka??
hehe..sbb kalimah shahadah yg ada kat kepala 2..
dan sekarang ni, ana sedang usaha menempah kopiah khas buat anak ana t..
Alhamdulillah,dh carik tukang jahit n beliau sgt2 mndukung cita2 ana ni..

huhu..pelik ke?
sebab?? sebab ana xkawin lg n dh fikir psl peralatan utk anak ana yek?
em..baiklah,ana ni..mmg boleh dikatakan sbg seorng yg sungguh2 tinggi imaginasinya..
smpai la ke tahap anak yg xpernah wujud lg pn ana dh fikirkn..
dan seandainya lelaki, maka kunun2 namanya Adam la..
dan utk Adam,umi dh sediakan kopiah utk Adam sejak umi masih kat U lagi..
walaupun xde lagi seorang jejaka yg benar2 nk kt umi ni, tp xpe..
umi dh fikir pasal Adam..

Umi nak buat kopiah shahadah 2 utk Adam..
utk Adam pakai dari Adam kecil lagi..
Biar kalimah shahadah itu berada di kepala Adam..
Adam junjung kalimah 2 smpai mati..2 umi nak..
dan keinginan umi adalah kerana Agungnya kalimah Allah itu,maka Adam akan mmbesar mnjadi seorang muslim yg mmbesarkan Islam macam Abi (EWAH)..
dan..andai kata, one day, Abi n Umi nk marah Adam,
bila Abi dan Umi lihat kalimah d kepala Adam ni,
Mudah2an hilang lah kemarahan hasutan syaitan itu dan kami akan penuhi ia dgn kasih syg sebagaimna yg diajarkan oleh Rasulullah..

Insya'Allah..
ini adalah keinginan Umi..
dan mudah2an kopiah itu menjadik sebab tukang jahit baru nak buat research pasal nk jahit kopiah mcm ni..

Ya Allah..Permudahkanlah..

(^_~)

Saturday, December 10, 2011

WASIAT RASULULLAH KEPADA SAIDINA ALI



Wahai Ali,bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali, bagi orag ALIM itu ada 3 tanda-tanda:
1) Jujur dalam berkata- kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) menjauhi kejahatan.
3) memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman (shubhah).

Wahai Ali,bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T.

-----------------------

Allah..sungguh ana sentiasa melanggar wasiat ini..kurangnya hambaMu ini Ya Rabb..sering mengadu domba akan ujianMu..ketika sakit aku khabarkan kepada manusia yg aku sedang sakit, ketika susah aku mengkhabarkan kepada sekitarku yang aku sedang diuji..mengejar keduniaan, tunduk kepada nafsuku..ALLAH..ALLAHURABBI...aku belum layak mencapai syurgaMu...bimbinglah hambaMu Ya Rabb...

Friday, December 9, 2011

Ustaz Tarmizi- Kursus Solat

"KAMI JADIKAN HATI-HATI UTK DEKAT KPD KAMI,TAPI MEREKA X MENGGUNAKAN HATI UNTUK DEKAT KEPADA KAMI,

KAMI JADIKAN MATA- MATA UNTUK MELIHAT KEBESARAN KAMI, TAPI MEREKA X MNGGUNAKAN MATA UNTUK MELIHAT KEBESARAN KAMI..

KAMI CIPTAKAN TELINGA-TELINGA UNTUK MENDENGAR KALAM-KALAM KAMI..TAPI MEREKA TIDAK MENGGUNAKAN TELINGA-TELINGA UNTUK MENDENGAR KALAM-KALAM KAMI...

MERKEA UMPAMA BINATANG TERNAK, MALAH LEBIH TERUK DARI BINATANG TERNAK.."

TAKKAN BERPALING DARI-MU



kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya

tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasaMu
yang takkan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

reff:
terima kasihku padaMu Tuhanku
tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
hanya diriMu yang tahu besar rasa cintaku padaMu

oh Tuhan anugerahMu tak pernah berhenti
selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
dan satu janjiku takkan berpaling dariMu

(terima kasihku) Ya Allah
(padaMu Tuhanku) anugerahMu
(anugerahMu)

Engkau sisihkan semua aral melintang di hadapanku
dan buat terang seluruh jalan hidup ’tuk melangkah

repeat reff

-------------------------------



Nikmat di dalam hidup ini terlalu banyak dan akan datang satu persatu ianya mungkin akan ditarik..yang kekal, Alhamdulillah..yang hilang, Alhamdulillah juga kerana DIA MAHA TAHU sesuatu yang tidak aku ketahui..

Ya Allah, aku tidak sempurna, maka sempurnakan aku dengan sesuatu yang sempurna padaMu..

(LIRIK LAGU YANG BARU ANA BUBUH KAT BAWAH NU..XSUKA BOLEH BAGI ENCIK MUSIC SILENT OK=)
:: ALHAMDULILLAH ::

Wednesday, December 7, 2011

Hilal Asyraf : MAAF



Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu.

Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?"
Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf."
Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam.

Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.
Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang.
"Pinjam phone awak, sayang."

"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.
Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.
Si isteri terdiam.

Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.
"Maafkan saya." Dia bersuara.

Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.
"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.

"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.

Lelaki itu sekadar tersenyum.

"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"

Diam.

"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"
Diam. Air mata mula mengalir.

"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"
Dan air mata itu mengalir deras.

"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."

Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.
Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:

"Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."

-------------------------------------------

kisah ini dipetik dr FB Hilal Asyraf..em..byk yg boleh dijadikan teladan..Alhamdulillah..ana seterusnya kongsikan kpd smua d sini..

kisah ini juga seakan2 sama dgn realitinya..cuma,xsmpai lg tang kawen 2..huhu..Insya'Allah..semuanya dgn izin Allah..tp,the reality was..im always done wrong and wrong..n i really hope that one day,i can be the best for u as ur wife..Insya'Allah...



~Ya Allah..Rahmati...ana nak tebus kesalahan ana dengan menjadi isteri yang taat dan solehah kepada enta~

:: DOA DAN TERUS BERDOA ::

ABANG, DESTINASI KITA??

Isteri: abg..ke mana destinasi perkahwinan kita?

Suami: =) ke syurga...

Isteri: dengan bekalan apa?

Suami: rahmat dan kasih sayang Yang Esa...

Isteri: hanya itu?

Suami: kita beramal, beribadat hanya kepadaNya..selebihnya pengharapan itu tertumpu hanya padaNya..

syg jadi isteri abg yang solehah..syg dengar cakap abg selagi mana abg benar mngikut syarak..syg jaga keseluruhan yang ada pada abg..agama,maruah,keluarga,harta,anak2 kita..berjihad di sisi abg...dan jgn pernah syg guris hati abg...

Isteri: kalau ter?? guris??

Suami: =) kalau abg x redha??

Isteri: kalau abg xredha nanti jadi apa??

Suami: malaikat akan melaknat syg..segala amalan syg yang syg buat selama ni hilang macam 2 jek..syg nk??

Isteri: em..xmo2!! syg xmo!!

Suami: em..baiklah..kalau xmo,xpe..jadi..jangan keras2 ati sgt yek syg..abg sayang syg kerana Allah..maka,cintai abg juga keranaNya...

abg x sempurna,maka lengkapkan dengan sebahagian yang ada pada syg..

(^____~) BAHAGIA :::...



(bila nak dpt pahala free ari2 tgk muka hubby ni?ishk..kne puasa lg nih..hihi..)

Kecintaan Bilal kepada Rasulullah..





..:: Jadilah Muazzin seumpama Bilal Bin Rabbah,bukan kerana merdunya suara, tetapi kecintaan kepada Rasulullah dan kerana menyeru manusia menghadap kepada Allah Yang Esa ::..



..Semua orang mencintai Rasulullah kn..

WAHAI NIQABI

Bismillahirrahmannirrahim..
Assalammualaikum w.b.t...

arini,ringkas jek ana nk menulis..sekarang ni,agak jarang menulis sebab byk benda nk fikir,byk dugaan utk sem akhir ni..2 yg byk post video jek..xpe kn..byk cara utk brdakwh,cuma Insya'Allah ana xkn putus la utk terus menyebarkan sedikit demi sedikit perihal agama kita yg SATU..iaitu ISLAM...

Baiklah..arini,selepas meeting td, ada la berborak dgn seorang sahabat ni, dia tegur sikit pasal perempuan berNIQAB atau berPURDAH ni...ha..molek la..sama2 muhasabah ni kn..Jadinyer..tegurannya begini...



"ana ni..pelik dgn perempuan2 sekarang ni..ada yang berniqab,tapi kenapa mesti nak letak gambar jelas2 muka dio pakai niqab..pahtu bubuh celak pulok kt mato dia..ha..start 2 ramai la komen kat gambo dio 2...ana pelik?adakah dio pakai niqab utk menunjuk2 kat orang yang dio ni baik,n utk orang tertarik ke gane?"

em..sbnrnya,ana lama dh fikir bnda ni..isu2 mcm ni la mnyebabkan orang2 berpurdah yg lain yg xbersalah turut terjejas..kalau org tanya kita,"akak pkai purdah ke?" seeloknya,xpyh la bgtau..gmbr 2 pon edit2 2 bio jgn smpai nmpk muka kito la..n kalau boleh,biar kabur sekabur2nya..sebab ape? ha..yg mata 2 akan menarik..yela..dr mata turun ke hati kn...

dan secara jujur jugak,pd awalnya,ana xperasan bnda ni..kdg2 ana cuma suka2 letak gmbr kt blog,kt FB kn..tp,lme2 bila ana tgk org2 berpurdah ni,em..ntah la..kdg2 melawa dia bhgian mata la expecially 2,lebih2 la..pkai celak kn..yg mata besar la yg bahaya..kalau mata sepet2 ni org xpndang sgt..tp..turut sama terjejas la..yela..wnita ni fitnah dunia..jd,kne ati2 la..niat yg baik 2 d kotori dgn hasutan2 syaitan,dia dh jd lain la..ha..gitu deh..

em..selebihnya 2 wallahua'lam bissawab..perbaiki balik niat deh..gmbo bley letak pakai niqab,tp berwaspada la..kalau ati ragu2 nk letak ke x..better xpyh letak la.. pesanan ni jugak utk ana la..

oh yek...n utk yg dh berniqab,ana nasihatkan,gmbr2 lama yg x berniqab 2,delete la...kalau nk istiqamah, padamkan yg lalu n jadikan pngajaran..jgn biar jek yg x berniqab,pahtu letak pkaia niqab..xde beza kn? jd,delete la gmbr2 lama 2..n entry2 pasal ati ke,buah hati ke..future husband ke,pkwe ke..em...bukan ape,tkut nama baik "niqabis2" yg lain turut terkorban n rosak d sebabkn sesetengah2 org cmni..

em..rasanya 2 jek pesanan sahabat ana ni,jd...sama2 la kita perbaiki..maaf la kalau ada tersilap bahasa..cuma saling ingat mengingati..(^_^)

ASSALAMMUALAIKUM...

Saturday, December 3, 2011

CINTA BUKAN MILIK KITA



Jika ALLAH tak memberimu seseorang yg kamu impikan..
Smoga Dia menghadirkan seseseorang yg mengimpikanmu..

Bila ALLAH tak memberimu seseorang yg kamu rindukan..
Smoga Dia menghadirkan seseorang yg merindukanmu...

Bila ALLAH tak memberimu seseorang yg kamu dambakan..
Smoga Dia memberimu seseorang yg mendambakanmu...

Bila ALLAH tak menyatukanmu dgn seseorang yg kamu cintai..
Smoga Dia menghadirkan seseorang yg Mencintaimu...

Yg bukan HANYA kerana apa yg ada padamu ....
tapi apa adanya dirimu....!!

♥ bersihkan dan berserahlah Hati & jiwamu....
Smoga ALLAH memberi kita yg TERBAIK
Dgn segala Keindahan hati & ketakwaannya..

Allahumma Amiin...

..Seandainya berlaku terlalu banyak pergolakkan hati dan permasalahan jiwa antara aku dan seseorang, walaupun dia adalah jodohku, Ya Allah, Kau matikanlah aku kerana janganlah aku menjadi asbab kekacauan hati dan jiwa seseorang seseorang yang lain di dunia, pertemukanlah kami di syurgaMu...Allamumma Amiin..

Friday, December 2, 2011

penghujung cintaku




Bismillahirrahmannirrahim..
Assalammualaikum w.b.t.....

(^_^) suweet kn lagu ni..hihi.. lagu ni d post oleh seorang sahabat di FB..mmg suweet la kn..Alhamdulillah..semua nk "bernikah"..ana plak.. hehe.. Insya'Allah.. menikah 2 memang nak, tapi memandangkan tesis x siap lagi, jadinya kena siapkn tesis dulu, baru boleh kawen.. hihihi.. gurau jek pn.. hehe.. lagu menaikkan semangat la konon2... tumpang gembira pada sahabat2 yang nak berkahwin.. Alhamdulillah.. Barakallah yek sahabat2 sekalian.. ana plak lamaran 2 memang dh sampai lama dah..memang tgh bersiap sedia n menanti ni.. hehe.. siapa?? hehe...KEMATIAN... :: ASSALAMMUALAIKUM ::

Thursday, December 1, 2011

SETIA SEORANG ISTERI..

SETIA SEORANG ISTERI~

Di sebalik redup mata mu
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku ruang hati mu
Di balik senyuman mu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu

Kau setia menanti
Kau setia mengharungi

Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deru angin menderu
Kau tetap di sisi

Setia mu kuhargai
Kaulah isteri yang ku sanjungi
Kerana kaulah bidadari
Permata di sanubari

Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia

::suami orang lain g jejauh smpai Egypt, kita plak excited..huhu::