i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Wednesday, August 24, 2011

Cinta Ramadhan..


(cinta setelah nikah (^_^) mesti best dpt beribadat bersama2~)

Soalan : Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu. Tapi tak tau rindu pada siapa!

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus : PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG
HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR..!

--------------------------------------------------------------------------------

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

sumber:i love Islam
---------------------------------------------------------------------------------

"Ya Allah,aku sungguh mencintaiMu Ya Allah.Jauhiku dari cinta duniawi dan cinta-cinta yang boleh membunuhku dan melupaiMu. Aku sungguh benar takut akan azabMu dan aku sangat takut seandainya aku menyebabkan seseorang dimasukkan ke dalam neraka yang menjadi tempat tercampaknya hamba-hambaMu yang ingkar..Ya Allah,aku yakin Ya Allah..dengan mencintaiMu,aku akan menemui pencintaMu yang juga mendambakan cinta kepadaMu agar terpelihara kasih suci kami sehingga ke syurga.

Ya Allah,seandainya diciptakan Adam buatku di dunia,aku bermohon kau jadikanlah aku Ratu dalam kalangan bidadari2nya di syurga..Seandainya tidak kutemui dia di dunia,Maka Kau Maha Tahu akan itu Ya Allah..temukan kami di syurgaMu yang kekal abadi Ya Rabb... Amin..Ya Rabbal Alamin..HANYA DENGAN ALLAH AKU BERMOHON...

No comments:

Post a Comment