i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Tuesday, May 15, 2012

15 Mei : Hukum Hunger Strikes di Palestine

Hukum Hunger Strikes di Palestine :)

Mogok lapar mungkin satu - satunya pilihan yang ada pada mereka di sana.

Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya mengenai hukum mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel . al Qaradhawi menjawab :

Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka !

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka !

Mereka yang berpendapat mogok lapar dibenarkan turut melampirkan kenyataan Saidina Abu Bakar rha ketika mana ia sangat tertekan menahan kerisauannya terhadap Rasulullah saw setelah mereka diserang oleh kuffar Quraisy sehingga Abu Bakar pengsan . Sejurus bangun sedar dari pengsannya , Abu Bakar rha berkata kepada ibunya yang menghidang makanan untuknya :

فإن لله علي أن لا أذوق طعاما و لا أشرب شرابا أو آتي رسول الله صلى الله عليه وسلم

Demi sesungguhnya kerana Allah Aku bertegas ke atas diriku bahawa Aku tidak akan mengambil [ makan ] sebarang makanan dan tidak akan minum sebarang minuman sehinggalah aku menemui Rasulullah saw .

Hayatus Sahabah [ Syeikh Muhammad Yusuf al Kandahlawi ]


Monday, May 14, 2012

Analogi: Nasi Kerabu


Jika anda bersaksi bahawa Nasi Kerabu yang dijual di Gerai Mak Kiah itu sedap, pastinya anda tidak malu-malu untuk promosikannya di Facebook, Twitter dan orang sekeliling anda. Jika Mak Kiah tweets sesuatu tentang Nasi Kerabu, anda akan retweets. Anda juga akan share dan like semua status di Facebook tentang Nasi Kerabu Mak Kiah.

KENAPA?

Kerana anda tahu betapa sedapnya Nasi Kerabu itu dan mahu semua orang merasai nikmatnya sebagaimana anda rasakan.

Jadi, Bagaimana dengan ISLAM? Nikmat Islam dan Iman itu cukup indah. Sebarkanlah cintamu kepada semua..

|| ISLAM ITU CUKUP INDAH ||

-asiff kerana lama x update..ana d UPSI menimba ilmu-