i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Monday, June 25, 2012

Hukum: Melakukan kerja lain ketika orang sedang mengaji


Hukum: Melakukan kerja lain ketika orang sedang mengaji

dalil tentang ni byk pendapat berbeza2..ada yang kata harus dan wajib..;
Seperti yg kita ketahui, hendaklah kita diam mendengar apabila al-quran dibacakan. Ini berdasarkan kpd keumuman ayat al-Quran berikut yg bermaksud:

Dan apabila dibacakan al-Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (QS. 7:204)

Apakah berdasarkan ayat di atas kita engatakan hukumnya wajib utk kita diam atau mungkin sekadar sunat sahaja. Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata bahawa ayat di atas menyuruh kita mendengar al-Quran, baik suruhan wajib maupun suruhan sunat.

Jika kita melihat asbabul nuzul ayat tersebut kita akan dapati terdapat 6 atsar mengenainya yg bolehlah dibahagikan kpd 2 iaitu berkaitan solat dan juga berkaitan suruhan diam ketika mendengar org membaca di luar solat.

Sheikh Ahmad Kutty(Islam Online) mengatakan bahawa kebanyakan mufassirin mengatakan ayat di atas berkaitan suruhan di dalam solat. Walaupun ayat tersebut diturunkan berkaitan solat, tidaklah ia bermaksud ayat tersebut tidak boleh dijadikan dalil utk perkara di luar solat. Namun sekiranya seseorang itu mempunyai hal lain dan perkara lain yg lebih penting, maka tidaklah menjadi kesalahan utknya tidak mendiamkan diri. Menurut Imam Ibn Mudhir, perkara ini telah diijma’kan.

Sheikh Mutwalli Asy Sya’rawi mengatakan jika kita ingin melakukan sesuatu dan pada masa yg sama kita ingin mendengar bacaan al-Quran, sebaiknya diasingkan perkara tersebut. Sebagai contoh; sekiranya kita hendak belajar dan mendengar al-Quran dari kaset, asingkanlah perbuatan tersebut kerana keduanya ibadat. Melalui pengasingan ini, maka kita akan mendapat manfaat yg lebih besar dan banyak.

Adapun mengenai hukum ‘fardhu kifayah’, pada pendapat saya, tidaklah boleh ia dihukumkan sebgai fardhu kifayah. Krn tidak terdapat sebarang dalil yg membawa kpd hukum tersebut. Krn setiap hukum itu perlu kpd dalil dan bukannya ikut suka kita.

Tambahan
Amalan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara ini juga diamalkan di kawasan kediaman saya khususnya di waktu sebelum Subuh. Pada saya ia merupakan satu amalan yg baik. Tapi kita juga perlu ingat Islam itu menitikberatkan masyarakat juga bukannya individu tertentu. Mungkin ada juga yg tidak suka amalan tersebut krn mengganggu mereka tidur terutama orang bukan Islam. Ini membuatkan mereka mencaci kalamullah yg mana kita sendiri tidak suka mereka berbuat demikian. Jadi saya melihat perkara ini lebih membawa kepada kemudharatan yg lebih besar berbanding maslahah yg mmg dijadikan niat sebenar. WA.

-jazakallah khairan kaseeran..sahabat ana share kpd ana d FB..Semoga sama2 mndapat mnfaat...wallahua'lam bissawab...-

Saturday, June 23, 2012

KERANA AKU SEORANG GURU



kerana aku seorang guru,
aku mencuba menjadi terbaik untuk pelajarku..
kerana inginku mereka menjadi juga terbaik untuk diri mereka sebagai hambaNya..

kerana aku seorang guru,
ku atur dan ku jaga tuturku, senyumanku, tingkahku..
kerana biar mereka tahu betapa indahnya hidup beserta kasih dan cinta dengan tutur, senyuman dan tingkah indah di dunia..

kerana aku seorang guru,
ku labuhi hijabku dan pakaianku..
kerana biar mereka sedar itulah syariat yang wajib dijaga..

kerana aku seorang guru,
ku atur warna pakaianku walau tidak seselera warna seorang guru, namun ku ceriakan ia dengan peribadi islam yang mulia..
kerana pabila mereka berkata "kenapa", kan ku hurai asbab warna pakaian seorang wanita..

kerana aku seorang guru,
ku bertindak serajin mungkin, walau tatkala lelah dan penat menyapa, ku gagahi kerana insan2 yang berada di hadapanku..
kerana bukan sengaja mereka memenatkan dan menyusahku, tetapi itulah amanah yang digalas oleh seorang guru..

kerana aku seorang guru,
ku cuba kawal emosiku walau seliar mana tingkah insan-insan itu,
kerana jangkaan positif dan negatif perlu ada bagi mengawal situasi yang tidak terjangka dek kelakuan suci seorang pelajar yang tidak mengenal apa itu dosa..

dan semua itu asalnya kerana aku adalah hamba..
dan wajar tingkahku sewajar seorang hamba yang berfungsi sebagai khalifah di muka bumi Allah Yang Esa..

:: SELAMAT BERPRAKTIKAL & SELAMAT MENJADI SEORANG GURU ::
:: GURU BUKAN SETAKAT "GURU BUKU" NAMUN "GURU HATI & JIWA" ::

Friday, June 15, 2012

Kata-kata tentang kematiannya: Imam Ibnul Jauzi

Imam Ibnul Jauzi menangis ketika hendak meninggal, sehingga murid-muridnya berkata,

"Wahai Imam, bukankah engkau telah berbuat begini dan begitu?!" Dia berkata,

"Demi Allah, sesungguhnya aku takut sekiranya aku melampaui batas dan munafik sehingga pantas atas diriku. Firman Allah Taa;a:

"Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan. Dan (jelaslah) bagi mereka akibat buruk dari apa yang telah mereka perbuat dan mereka diliputi oleh pembalasan yang mereka dahulu selalu memperolok-olokkannya." (Az-Zumar:47-48)

Kemudian, dia berkata,

"Di tanganku, dalam majlis zikir, telah bertaubat lebih dari 200 ribu. Dan, di tanganku pula telah memeluk islam lebih dari 200 jiwa.

Berapa banyak orang-orang yang takbur yang tidak pernah menangis menitiskan air mata, namun ketika mendengar nasihatku, dia pun berlinang air mata, Wajar bagi orang yang memandang sekejap kenikmatan ini mengharap kesempurnaan.

Barangkali sebab-sebab takut itu terlintas dalam penglihatanku, menyebabkan aku tidak berbuat maksimum dan melencong.

suatu hari aku duduk dan melihat di sekitarku ada lebih dari 10,000 orang semuanya bergetar hatinya, atau menitis air matanya, aku berkata kepada diriku sendiri,

"Bagaimana denganmu jika mereka selamat sedangkan engkau binasa,"

aku berteriak dengan lisan batinku,

"Tuhanku, Junjunganku.. Jikalau Engkau tetapkan seksa atas diriku nanti, maka jangan Engkau beritahu mereka tentang seksaku, untuk menjaga nama baik-Mu, bukan keranaku, agar mereka tidak berkata, "ALLAH MENYEKSA ORANG YANG MENUNJUKKAN JALAN KEPADA-NYA."

|| berdoalah agar kamu bukan antara yang menjadi asbab terfitnahnya agama ||

|| semoga Allah menyimpan aib kita semua ||

|| ASTAGHFIRULLAH AL AZIM ||

|| Dekatnya kita dengan Ajal ||







Friday, June 8, 2012

Muhasabah : Konvo Akhirat Bagaimana?




Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t

Asiff kerana terlalu lama menyepi. Terdapat urusan dengan izin Allah.
Alhamdulillah diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk berkongsi mengenai perasaan ana berkonvo.

9 Mei 2012 merupakan tarikh kos ana berkonvo. Hari-hari sebelumnya dipenuhi oleh graduan-graduan kos-kos lain. Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah. Di sini ana ingin berkongsi sedikit perasaan ana tatkala pergi berkonvokesyen. Perasaan yang mana dihadirkan oleh Allah s.w.t.

pagi 2 ana bagkit awal agar tidak kelam kabut bersiap. Almaklum la, jadual kami berkonvo mula awal pagi. Tetapi, apabila sudah siap, hati ni rasa tidak mahu pergi. Sempat msg kepada rakan2 yang ana memang xnk pergi dan berlakulah beberapa kejadian yang menjadi ujian buat hati. Kemudian, family ana ambil di Kolej. Soalan yang ditanya memang membuatkan ana bertambah-tambah tidak mahu pergi. Tetapi, tidak mengapa. UJIAN HATI..perjalanan menjadi semakin lambat dan lambat ekoran memang di hati terdetik "aku xnk pergi". Namun melihat mak,along,adik dan anak buah bersusah payah. Teruskan...

Melangkah ke dewan persediaan belum menimbulkan "perasaan aneh" itu lagi. Selesai memakai lengkap dan duduk dengan tenang, tatkala melihat orang di sekeliling keseronokkan, nervous kata mereka, ana jadi tertanya2 "apakah majlis ini yang digembirakan? yang betul2 seolah2 diraikan teramat sangat oleh aku dan mereka???

MELANGKAH KE DEWAN KONVOKESYEN....

Air mataku deras mengalir. Ku tahan, ku kawal sehingga sudah aku menangis ekoran terdetik:

"akankah tatkala di Mahsyar nanti begini aku akan dirai? Akankah kitab amalanku akan ku ambil dengan tgn kanan dan bersoraklah yang lain tatkala melihatku? adakah begini????? Atau sebaliknya?? Astaghfirullah Al Azim.

|| Allahu Allah..ampuni kami di atas dosa-dosa kami. Janganlah kami mengagung-agungkan majlis sebegini Ya Allah. Belum tentu ilmu yang dituntut benar keranaMu. Gapailah hati-hati kami dalam memperbaiki niat-niat kami keranaMu Ya Allah. Bantulah kami Ya Allah. Tuntunlah jiwa-jiwa kami dalam mengharapkan redhaMu. Allahumma Amin.||

Tuesday, June 5, 2012

SEGERA BERUBAH!




‎"seandainya kata-kata manusia itu terkesan pada hatimu, maka gunakanlah dan jadikan ia sebagai pemangkin semangatmu untuk dekat kepada Allah, seandainya kata-katanya melemahkan kemahuanmu untuk dekat dengan Allah maka abaikan. "

|| TUJUAN HIDUPMU ADALAH SATU IAITU ALLAH ||