i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Saturday, August 13, 2011

Penyakit Hati


BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..

AS SALAM SEMUA~ ^_^
Baiklah..saya xkn berceloteh panjang utk entry kali ni..nk berbuka dah,ade lg sejam..so..baca deh~ ^_^



3 JENIS PENYAKIT DALAM HATI:

Hasad
Riak
Ujub

*Kalau 3 ini xdapat diatasi,memang susah nak cover yang lain..

Maksud:
✿Hasad - merasa susah apabila Allah berikan nikmat kepada hambaNya yang lain.
- sakit hati apabila orang lain banyak ilmu.
- senang hati apabila nikmat orang lain hilang.
contoh:
" e...sakitnya ati aku tgk si bedah ni!! bley plak pkwe dia ensem dr pkwe aku..e..stress aku!! "

✿Riak - membuat sesuatu yang bila ada orang lain, baru dia buat, ingin menunjuk-nunjuk
- syirik yang tersembunyi, rasa seronok apabila dipuja dan dipuji

contoh:
"alamak!! si Syamsul ni ade la!! ishk!! nk mengaji la...biar dia nampak t dia puji aku..hehe~ "

✿Ujub - sukar dikesan penyakit ujub ini, ianya merupakan sifat sombong, suka diperhatikan
- tidak suka apabila dikutuk, bila ditegur,dia tidak dapat terima teguran itu

contoh:
"amboii..cantiknya aku ni...dh slim dh sikit.."

dan ada 5 TIPS MENGATASI PENYAKIT HATI:

pertama:

Bila nampak seorang budak kecil berkatalah:
" Budak kecil ini lebih baik daripadaku kerana dia tidak membuat maksiat sebanyak mana yang telah aku lakukan...sedangkan aku yang telah tua,tentu aku sudah banyak melakukan maksiat kepada Allah lebih banyak daripadanya.."

kedua:

Bila melihat seorang tua berkatalah:
"dia lebih banyak beribadat dari aku..aku ini masih muda dan baru nak beramal.."

ketiga:

Bila melihat orang alim katakanlah sebegini:

" dia telah diberikan ilmu yang mana aku tidak tahu, dan dia telah sampaikannya apa yang aku tidak sampaikan, bagaimnana aku ini harus sama dengannya..."

keempat:

Bila melihat orang yang jahil,katakanlah begini:
"orang ini melakukan maksiat kerana kejahilannya, sedangkan aku melakukan kejahilan di dalam keadaan aku tahu akan dosanya...


*orang yang jahil jika membuat maksiat akan mendapat 1 DOSA, tetapi orang yang tahu akan dosanya akan mendapat 2 DOSA di atas kejahatan yang dilakukannya..wallahua'lam bissawab..

kelima:

Bila melihat orang kafir, berkatalah di dalam hatimu sebegini:
" walaupun dia adalah seorang yang kafir,tetapi berkemungkinan dia akan terselamat dari akhirat kerana NIKMAT ISLAM yang Allah berikan, tetapi aku takut berkemungkinan aku akan mati dalam kesesatan/ kekafiran...Nauzubillah...




JADI RAKAN2..SENTIASALAH BERDOA AGAR KITA SEMUA DIMATIKAN DALAM HUSNUL KHATIMAH DAN HATI DALAM IMAN DAN ISLAM...wallahua'lam bissawab....as salam...

No comments:

Post a Comment