i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Monday, August 8, 2011

BETOL KE XBOLEH MASUK MASJID???KOMPEM??



as salam...
hehe..tajuknya mcm ganas jek kan..huhu..takut plak ana bila membaca..(ye ke tkut??huhu)
tp bukan apa..cuma nak menarik minat kalian membaca..(ha..tertarik x??huhu..)

baiklah..entry kali ini adalah berkenaan dgn WANITA HAID yang mana tidak dibenarkan masuk ke masjid..

mesti pernah dgr persoalan2 berbunyi begini:
----------------------------------------


SITUASI 1:

"aik?xkn xleh masuk masjid?? kalau perempuan nak menikah,tiba2 dtg bulan..xkn nk batal nikah kat masjid??"

SITUASI 2:
"ye ke xboleh..dulu2 ustaz ckp boleh jek..yela..zaman dulu mana ada pelapik/pad/modes (malu plak..huhu) nak pakai mcm zaman skang kn? boleh la..asalkan x menitik kan darahnya kn.kn..."


SITUASI 3:
"tapi...aritu saya tgk tv..ade ustazah 2 kata boleh..ha..mana 1 nk dengo ni??argghhh...pening2..." (ni agak over yek...huhu)

---------------------------------------

baiklah...

Firman Allah Taala bermaksud:
Janganlah kamu mendekati solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu perkatakan dan berjunub melainkan melintas sahaja sehinggalah kamu mandi janabah.
(Suran an-Nisa: ayat 43).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Aku tidak menghalalkan masjid bagi orang yang haid dan berjunub.
(Riwayat Abu Daud).


------------------------------------------

nampak??jelas kn di situ bahawa wanita yg di dalam haid/ orang yang berjunub yang belum mandi hadas, TIDAK BOLEH MASUK KE MASJID..Kalau area2 sekitar 2 kalau nak melintas ke boleh...

JAWAPAN SITUASI 1:
bagi hal berkaitan menikah 2,boleh jek kn kalau menikah kat umah..kalau agak2 nk sgt kat masjid kn..biar pengantin lelaki yg akad kat dalam..yg pompuan duk la kat luar gate masjid..bentang tikar kat luar nu...xpon duk atas lori ke hias cntik2...huhu..

JAWAPAN SITUASI 2:
erm..xdenyer nk menitik ke menumpah ke ape yek semua..persoalannya skang ini adalah kita perlu menjaga kesucian rumah Allah...kalau la...rumah anda di masuki oleh seseorang lelaki yg gila yg xmndi setahun??erm..xpon..di masuki org yg dalam keadaan berdarah2,terluka ke kn..dia duduk kt sofa umah anda selamba badak jek..ha..cmne?? (huhu...) 2 ibarat jek..hehe..

JAWAPAN SITUASI 3:
mana arahan yg lebih tinggi dan patut kita ikut??ustazah 2 ke Allah?? erm..mungkin pd pendapat kalian kena ikut jumhur ulama' kn?tp..rata2/majoriti ulama' pon ckp HARAM hukumnya..so..jgn ikut deh...ikut yg Nabi pesan sebelum baginda wafat iaitu "“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. "

~wallahua'lam...sama2 mendapat manfaat...

2 comments:

  1. nice info. semoga orang perempuan dpt mengamalkannya supaya jauh dr murka Allah.

    ReplyDelete