i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Saturday, March 31, 2012

LARANGAN MINUM SAMBIL BERDIRI. APATAH LAGI MAKAN BERDIRI

Mengapa Rasulullah SAW Melarang Minum Sambil Berdiri?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.

---Dari segi kesihatan----

Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.

Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.

Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing.

Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).

Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal.

Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.

Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".

Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.

Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.

Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:

"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."

Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."

Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.

Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,

"Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan"
(HR Bukhari).

Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!

Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..

Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.

Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.

Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.

Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air jarang....

“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.

~Surah Al-’Asr.

Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.

Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri.

Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi SAMBIL BERJALAN..



via FB AII

Thursday, March 29, 2012

Redha Suami : Saidina Ali wa Saidatina Fatimah



Fatimah r.ha berkata: Ya Rasulullah, semalam aku bergurau dengan Ali, tanpa aku sengaja terkeluarlah perkataan yang menyinggung perasaannya. Setelah itu, aku dapati mukanya kemerahan kerana menahan marah. Aku sungguh menyesal atas keterlanjuran kataku itu lalu segera memohon maaf kepadanya: "Hai kekasihku, kesayanganku, relakanlah akan kesalahanku", seraya aku mengelilinginya dan merayunya sebanyak 72 kali sehingga dia redha dan tertawa padaku. Walaupun suamiku telah redha tetapi aku masih tetap merasa takut kepada Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda kepada Fatimah r.ha: Wahai anakku, demi Zat yang telah mengutusku sebagai Nabi dgn agama yang haq, sesungguhnya sekiranya engkau mati sebelum Ali meredhaimu, aku tidak akan solat jenazahmu.

-kuliyah maghrib- via syahirul.com

-----------------------------------

menjadi yang solehah itu benar sukar,
selalu pn asyik menjadi orang yang tidak menyenangkan,
susahlah kalau kahwin nanti andai belum terdidik diri ni......

berprasangka baik kepada ALLAH



teringat kepada seorang akak di Pondok, ( adik sebenarnya, tapi pangkat tok guru pd ambo, dulu belajar kat Pondok kat Pattani) setelah kita tanya dia lepas ni dia nak g mana, lepas tu nak g mana..dia pon kabo la..:

"lepas ni, ngaji kat Pondok sini dlu (Pasir Tumboh) ikut abang (suami), pastu nk g Haji.."

kita ni mesti dok pikir kat benak otak ni "cmne nak g Haji kalau xde duit kan? kalau xkerja?? kita pn tanya la.. "duit cmne???"

dia pn kabo kat kita smbil senyum molek..:

"xpe..kalau kita tolong agama Allah, mesti Allah tolong kita..jangan risau..rezeki itu dari Allah..celah2 hok mano mesti ada..."

em..kita duk fikir diri kita...

"keyakinan dia tinggi pada Allah, sangkaan dia pd Allah tu tinggi, sbb tu Allah tolong ikut sangkaan dia pada Allah..kita?? banyak sgt duk berprasangka buruk...Astaghfirullah Al Azim.."

“Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk). Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

.:: MUHASABAH DIRI ::.

-----------------------

beruntung menemui orang2 begini..Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..

Wednesday, March 28, 2012

‎"dan rahsiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah :

SESUNGGUHNYA DIA MENGETAHUI SEGALA ISI HATI"

(Al-Mulk : 13)

Tuesday, March 27, 2012

JAGA Rukun Solat



BISMILLAHIRAHMANNIRRAHIM..
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T.

Baiklah, ana tidak akan berbunga-bunga untuk entry ini. Kita terus kepada Rukun-rukun solat kerana tanpa pengetahuan yang betul tentang cara solat, maka tidak sah solat. Maka, kita perlu/ wajib menjaga rukun di dalam solat.

Kita semua majoriti tahu rukun solat ada 13 iaitu:

1)Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat. (Fi'li)

-orang yang sakit, tetapi boleh berdiri,maka dia perlu berdiri tegak terlebih dahulu, barulah dia duduk.

2)Niat (Qalbi)
3)Takbiratul Ihram (Qauli)


-Lafaz niat dan niat adalah 2 hal berbeza. Lafaz niat iaitu "Usolli Fardha...." <~ ini adalah lafaz yang mana kita perlu lafazkan hingga kedengaran untuk telinga kita. Manakala, niat pula adalah di dalam hati "sahaja aku solat fardhu...." serentak ketika takbiratul ihram.

4)Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.

-"Bismillahirrahmannirahim" adalah sebahagian daripada AL-FATIHAH. Seandainya tidak disebut,maka tidak sah solat. (Mazhab Syafie)

-Sesiapa yang menggugurkan 1 huruf dari Al Fatihah, 1 tashdid atau gantikan dengan huruf lain, maka tidak sah solat dan boleh menjadi Kafir kerana telah mengubah makna AL FATIHAH tersebut..Nauzubillah.. Kalau tidak sengaja, boleh ulang semula Al Fatihah.

-Tidak boleh memasukkan zikir di tengah-tengah AL FATIHAH. contoh kita membaca "BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM", kemudian berzikir "SUBHANALLAH" baru kita memulakan bacaan "ALHAMDULILLAHI RABBIL A' LAMIN..." Maka, batallah solat.

-Apabila seseorang itu tidak boleh membaca AL QURAN (mualaf, tidak ada orang ajar dan sebagainya), maka dia boleh berzikir sebanyak mana menggantikan bilangan huruf di dalam AL FATIHAH~~> 155/ 156x

-Seandainya tidak boleh juga, maka dia boleh berhenti/ diam selama 1/2 minit sama kadar seperti orang lain membaca AL FATIHAH.

5)Rukuk dengan toma`ninah. (Fi'li)
6)I`tidal dengan toma`ninah (Fi'li)
7)Sujud dua kali dengan toma`ninah (Fi'li)
8)Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah (Fi'li)
9)Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah (Fi'li)


-toma'ninah adalah berhenti seketika. selalu/ kebiasaan orang tiada toma'ninah dalam solat. setelah habis membaca bacaan solat, dia terus kepada rukun yang lain. Maka, batallah solat. (KENA JAGA)

10)Membaca tasyahud akhir (Qauli)
11)Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir (Qauli)


-bacaan tasyahud akhir juga perlu dibaca dengan betul kerana ianya termasuk di dalam rukun solat.

12)Membaca salam yang pertama (Qauli)

-Setelah selesai salam yang pertama, kemudian terkentut atau melakukan perkara membatalkan solat, maka sah solat.
-tidak boleh menjadi makmum muafiq ketika imam telah memberi salam.

13)Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut. (Qalbi)

---------------------------------

BELAJAR TAJWID, TASMI' BACAAN SOLAT DENGAN BETUL KERANA BANYAK SILAPNYA KITA DARI SEGI BACAAN AL QURAN. KALAU BACA AL QURAN SILAP contohnya: "ﺍ" dengan "ﻉ" membaca dengan sebutan yang kadang kala tertukar, atau ditukar2 ianya akan membawa maksud yang berbeza. Maka, kena jaga. Hendak mendalami AL Quran, perlu belajar hok kecik2 dulu seperti tajwid, sebutan dan sebagainya. Kerana itu kita perlu belajar dengan ahlinya. Sekolah agama dlu, memang ada belajar, hafal,tetapi bila dah besar, kena tengok balik bacaan dan perdengarkn dengan orang yang arif tentang AL Quran seperti ustaz/ ustazah sebab bacaan solat bukan guna bahasa melayu, tetapi bahasa Arab yang boleh jadi bukan menjadi bahasa rutin kita.

-boleh tampal poster kat depan (dinding)akan bacaan solat dan baca kalau khuatir silap baca. (yang ketika berdiri atau duduk tasyahud, antara dua sujud la, kalau time rukuk,sujud takkan nak kalih kepala, gerakkan anggota kan)ha..boleh gak siapa2 xhafal doa gunut, doa iftitah, ha..boleh la main tampal2 d peringkat awal2 tu..

-FAHAMI BACAAN SOLAT-

mana yang khilaf boleh ditegur dan dikongsi.Sama-sama menjaga solat kerana kita bukan mencari silap siapa2,tetapi kita sama-sama perbaiki solat kita.

-selebihnya, wallahua'lam bissawab..

SUBHANALLAH : Bilik Tidur



♥ BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM ♥ YA RASULULLAH ♥ HIJAU ♥

Sunday, March 25, 2012

ADAB MEMBACA AL-QURAN

ADAB MEMBACA AL-QURAN

Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia. Ulamak-ulamak muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti berikut:

1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain.

2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agong dan ketinggian Al-Quranul Karim. Para Ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.

3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.

4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al-Quran. Hadis Rasulullah s.a.w berbunyi:

Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.

Berkata Yazid bin Abdul Mallek:

Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.

5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.

6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.

7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca Al-Quran.

8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.

9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah:
(A'uzubillahiminasy-syaitannirrajim).

Kerana memohon perlindungan dari Allah dari syaitan yang kena rejam.


10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah: (Bismillahirrahmanirrahim).

Hendaklah membaca Bismillah itu pada tiap-tiap awal surah kecuali pada surah At-Taubah.


11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar daripada Al-Quran.

12. Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum Tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.

Firman Allah S.W.T:

Kami membaca Al-Quran itu dengan tartil.

(Surah Al-Furqan: 32)


Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil.

(Surah Al-Muzammmil: 4)



Pengertian Tartil pada bahasa:

Memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat difahami serta tanpa gopoh-gopoh.

Menurut Istilah Tajwid ialah membaca Al-Quran dalam tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan baik serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya.

Saidina Ali k.w berkata:

Pengertian tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf Al-Quran dan mengetahui wakaf-wakafnya.


13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T.

Allah S.W.T. berfirman:

Inilah Al-Quran yang memimpin jalan yang lurus.
(Surah Al-Israi’: 9)


Firman Allah S.W.T.:

Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin.

(Surah Al-Isra’: 82)


Firman Allah S.W.T. lagi:

Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
(Surah Sad: 29)


14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan. Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:


Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.



15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut tertib Mashaf. Dilarang membaca dengan cara yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.

16. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang membaca Al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari syaitan.

Berkata Mujahid:

Apabila kamu menguap ketika membaca Al-Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati Al-Quran sehingga selesai menguap.



17. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah. Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:

Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan gunakan Al-Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam.”



18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.

Sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis:

Telah bersabda Nabi Muhammad saw, hiasilah Al-Quran dengan suara-suara kamu.



19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca:

(Sadaqallahul’azim).


20. Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat handai bersama-sama di dalam hari khatam Al-Quran. Dalam sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah khatam Al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:

Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w, sesiapa yang telah khatam Al-Quran baginya doa yang dimakbulkan.

WALLAHUA'LAM BISSAWAB

Wednesday, March 21, 2012

Qanaah



Alhamdulillah..tahniah buat adik ana dan pelajar-pelajar SPM yang lulus dengan cemerlang..rezeki dari Allah,maka jalankan tugas sebagai hamba untuk membalas segala pemberian Allah..bagi yang kurang bernasib baik, redhalah..fikirkan hikmah disebaliknya..wallahua'lam bissawab..

Tuesday, March 20, 2012

Jadual Harian Muslimat: Pasir Tumboh



Bismillahirrahmannirahim..Assalammualaikum w.b.t.
Ekoran terlalu ramai bertanya, ana buat la pasal benda ni..
Ini adalah Jadual Harian untuk Muslimat (Perempuan) di Sekolah Pondok Pasir Tumboh..
Untuk wanita yang berminat boleh contact no umi (penjaga) 09-7650228
Tidak perlu ke Pejabat Pondok sebab kebiasaannya Muslimin sahaja yang berurusan di sana.

Bayaran : mengikut pondok (boleh tanya Umi)

Kitab : ada dijual di Madrasah (Pejabat AJK), kalau kitab habis, boleh la pergi Jaafar Rawas/area pondok ada jual. List kitab,nanti ada jek budak2 sana akan tolong.

Waris : seeloknya mungkin dtg dgn waris la..tp dtg sndiri pn boleh..tp seelok-eloknya kalau seorang wanita itu jangan keluarnya bersendirian..

Pakaian: Jubah make sure bawak, xpayah bwk bnyak pun xpe..asalkan warna gelap,jangan mengerlip2,kita bukan nak buat show..Plain lg bagus.

Umur : sejak lahir hingga hok tua semua buleh belaka.

Tempoh belajar : Dengan izin Allah.

wajib pakai purdah kat sne.

Apa2 soalan boleh tanya la..Insya'Allah ana akan cuba jwb..ana membantu sekadar termampu..inbox FB ana pn boleh..

wallahua'lam bissawab.

Seorang Adam..



Adam soleh menjadi idaman setiap insan solehah bernama HAWA...

Kadang kala sifat acuh tidak acuh membuatkanku terleka,
Padaku, tiada apa yang perlu diubah,
Ini adalah diriku dan jadilah apa semahumu bagi yang lain,
Ku bersuka, bergembira sebagaimana lelaki yang lainnya.

Ku tatapi, ku renungi sekitarku,
Di satu sudut terlihat Sang Adam Soleh berjubah Keimanan, Serban Ketaqwaan, Siba Tawadduk Zuhud kerendahan hati menyelam diri mencintai Ilahi,

Terhenti pada satu langkah matangku,
Kerana redhaNya menuntutku ke Taman Syurga Dunia,

Ku dalami ilmuNya pada setiap Taman Syurga Dunia dengan izinNya,
Kedatanganku kerana izinNya,
Ku bermuhasabah,
Jika dahulu mahuku kepada dunia,
Sukaku kepada makhluk bernama wanita yang berlalu menunjukkan diri,
Kecintaanku kepada harta, darjat dan kehormatan makhluk.

Adakah kerana aku Pria dan tidak perlu berusaha diri memperbaiki imanku?
Silapku kerana menyangka mudahnya menjadi seorang Adam,
walhal tanggungjawabku, amanahku begitu berat sehingga tertanggung di akhirat kelak,

dan berterusan kini langkahku tetap di sana, Taman-taman Syurga,
Buat bekalan hidup di dunia,
Atas hisabku di akhirat kelak,
Buat si isteri, anak-anak dan generasiku,
Andai tidak terdidik diriku, apalah dapatannya buatku nanti..

.: SEMOGA MENJADI ADAM SOLEH YANG MENGINGATKAN MANUSIA TENTANG CINTA ALLAH & RASULULLAH :.

Dengan Kuasa Mu..



Dengan Kuasa Mu,
Diriku berharap dengan sangat,
Jiwaku bermohon dengan amat,

Agar...

Anggotaku, jiwaku, nafasku biarlah diikat dan disekat,
Sekuat-kuatnya untuk Dunia...

Aku bermohon,
Dengan Kuasa Mu,

Jangan dibiarkan aku melangkah dengan langkahku,
Namun tuntunlah aku dengan Langkah Mu,
Kecintaanku, Kesetiaanku, Keinginanku kelihatannya untuk Mu,
Namun, aku sungguh khuatir ianya belum benar-benar tertumpu pada Mu,

Kesetiaan pada makhluk, dunia akan merugikanku,
Keinginan pada makhluk, dunia akan menyakitkanku,

Aku berkata aku cinta pada Mu,Malah...
Aku berlalu melupaimu bila aku..

Tertawa bersama makhluk,
Bergembira dengan hiburan dunia,
Berduka, bersedih mengenangkan nasibku, kekecewaanku..
Aku berduka, sehingga menitis air mataku tatkala kau ambil kesayanganku..

Adakah aku dikira benar-benar beriman?

Ya Allah..Dengan Kuasa Mu,
Ampuni aku..
Jangan sesekali Kau condongkan hatiku ke arah kesesatan setelah Kau berikan aku Hidayah..

TUNTUN LANGKAHKU,
DENGAN KUASA MU..

Saturday, March 17, 2012

Alhamdulillah..teguran itu dari Allah..

Bismillahirrahmannirahim..Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah..diberikan kelapangan untuk mencoret..jazakillah khairan kaseeran kpd saudari Nora Aniza http://noraaniza.blogspot.com/yg menegur..boleh rujuk di Blog beliau di atas peneguran beliau..Alhamdulillah..masih diberi kesempatan utk merubah diri..andai dicabut nyawa dari jasad, maka akan menjadi suatu kezaliman pd diri kerana terlewat dari menemukan pintu taubat..Astaghfirullah Al Azim..

sesungguhnya setiap sesuatu berlaku itu kerana Allah..dan ana yakin teguran ini adalah dari Allah Taala..Alhamdulillah..maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin terjebak di dalam suozon (buruk sangka, kerana ia dtg dr khilaf diri ana sndiri..walau apa pun niat baik yang ada dari post sebelumnya (dari blog ana), ianya tetap akan mngundang fitnah ke atas agama kita, dan sebaiknya ana jauhi sesuatu yg mngundang keburukan kpd agama dan sesekali tidak mahu hati ini melihat kita semua terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan jauh dari keredhaan Allah..

JAZAKILLAH KHAIRAN KASEERAN..

Monday, March 12, 2012

تصوف - Bentuk diri dengan belajar ILMU TASAWWUF


4 pengertian melalui 4 huruf, tujuan MENDALAMI ILMU TASAWUF ( تصوف ) adalah untuk membentuk diri menjadi seorang yang :-


تقوى - ﺕ (TAQWA)

perasaan takut kepada Allah "ITTAQULLAH".

"ITTAQULLAH FI QULLI HAL" : "HENDAKLAH KAMU TAKUT KEPADA ALLAH PADA TIAP-TIAP HAL"

صبر- ﺹ (SOBAR)

sentiasa bersabar. Sabar terbahagi kepada 3 iaitu:

1)Sabar dalam ujian Allah ( redha dan sabar atas setiap ujian Allah),
2)sabar dalam beribadat ( nak pergi kelas agama, tapi mengantuk, maka sabar) dan
3)sabar di atas maksiat ( rasa nak mengumpat, tetapi sabar dan jauhi)

ورع - ﻭ (WARAK)

berhati-hati dalam setiap perlakuan harian yang menjerumus kepada dosa. ( jauhi perkara shubhah, apatah lagi yang haram) seperti kisah Saidina Umar:

Pada suatu malam, anaknya datang ke pejabatnya, Lalu Saidina Umar bertanya "di atas urusan apakah engkau ingin bertemu denganku? urusan negara atau keluarga?" jawab anaknya, "urusan keluarga". Lalu Saidina Umar memadamkan lampu di dalam pejabatnya lalu berkata " seandainya urusan keluarga, maka lampu ini tidak halal bagiku dan kamu kerana ianya adalah milik kerajaan" - moral of the story : Saidina Umar begitu menjaga rezekinya. menjaga keberkahan dan menjauhi perkara2 shubhah apatah lagi yang HARAM.

فقير - ﻑ (FAKIR)

sama juga dengan zuhud. Iaitu memadai harta yang dimiliki digunakan dalam kesederhanaan. Bukan bermaksud tidak berselipar, memakai baju koyak, tetapi menggunakan harta pada jalan Allah sebaik-baiknya, tidak dibazir-bazirkan.

Namun tidak bermaksud jika anak ingin minum susu, kamu berkata "air paip lebih baik dari air susu"..perlenpkan keperluan keluarga, namun jangan dibazir-bazirkan.

(Samaral Jannah Fi Tarjemah Risalah Al-Muawwanah diterjemah oleh Al-Fakir Idris Al-Hiadh Bin Hj Wan Ali Bakum Tu'jum Al-Fattani)

.::WALLAHUA'LAM BISSAWAB ::.

Sunday, March 11, 2012

FEQAH: Haidh & Nifas & Wiladah

Haidh :

-darah yang beradat bagi perempuan yang sampai umurnya 9 tahun dan sekurang-kurangnya sehari semalam (24 jam)
-sebanyak-banyaknya adalah 15 hari
-kebiasannya perempuan adalah 5,6,7,8 hari.
-bermula sekurang-kurangnya antara 2 haidh itu 15 hari (antara bulan itu dengan seterusnya)

*seandainya keluar darah sebelum umur 9tahun, maka ia bukanlah darah haidh, tetapi darah istihadah (darah penyakit), begitu juga yang keluar kurang 24jam.

Nifas:

-darah yang keluar selepas bersalin.
-sekurang-kurangnya keluar 1 lahzah ( seperti ludah air liur).
-sebanyak-banyaknya 60 hari.
-kebiasaan perempuan 30 hari 30 malam.

*seandainya keluar lebih 60 hari,maka ia merupakan darah istihadah (darah penyakit)

makluman:

-apabila keluar darah istihadah, maka wajib bersegera mandi wajib dan bersolat seperti biasa.

-seandainya anda mandi wajib dalam waktu asar,maka wajib di qada' solat zohor kerana berkemungkinan darah telah kering ketika waktu itu.


-yang mengalami darah istihadah, wudu'nya hanya boleh digunakan untuk 1 solat fardhu sahaja. kalau masuk waktu solat yang lain,maka dia perlu mengangkat wudu' yang baharu setelah masuk waktu.

Wiladah

-darah/ air ketumban yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya.
-Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin.
-termasuk yang bersalin secara pembedahan dan keguguran.
-diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.

* yang tidak mandi wiladah atau mandi wajib setelah nifas,maka berdosa bagi yang tahu.

(muzakarah Kitab Hidayatul Solihin)
----------------------------

ramai yang beranggapan setelah keluar darah, tidak kira berapa umurnya maka itu merupakan darah haidh, dan tidak ramai yang tahu kewajiban mandi wiladah selepas bersalin. maka, belajarlah..keluarkanlah diri dari kejahilan. sama-sama mendamba redha Allah, keluar dari kejahilan dan menyebar-nyebarkan ilmuNya. WALLAHUA'LAM BISSAWAB.

Saturday, March 10, 2012

i will come to KELANTAN again..Insya'Allah...



indah kan puisinya..sungguh..buat hati2 pencinta ilmu Allah..di situ bertebaran sang ghuraba' MENJUNJUNG CINTA TUHAN dan RASULNYA..

INSYA'ALLAH...I will come to KELANTAN again...

(next time Insya'Allah ana akan ceritakan tentang pengalaman di sana..merindui PONDOK PINK dan jiran Pondok Pink..)

Thursday, March 8, 2012

"SEVEN" RAMBUT JUGA TERMASUK ANGGOTA WUDHUK IAITU MUKA

PERKONGSIAN:

Bahagian muka adalah salah satu daripada Fardhu Wudhuk. ianya termasuk la di kawasan "seven kt tepi telinga 2"..bagi wanita, keluarkan rambut kat area situ (biasanya rmbut prmpuan panjang) dan wajib kenakan air pada bahagian rambut yang terletak di kawasan itu..kalau x sempurna fardhu wudhuk, maka x sah wudhuk..kalau wudhuk x sah, solat sah ke??

FARDHU WUDHUK ADA 6( 4 Basah, 2 Kering):
-niat
-muka
-membasuh 2 tangan
-menyapu sedikit kepala
-membasuh 2 kakinya
-tertib



wajib membasuh anggota wudhuk termasuk bulu-bulu yg ada pada kawasan tersebut..cth: bulu mata,rmbut(termasuk erti bulu di sini),bulu kt tgn..sbb 2 perlu digosokkn air rata ke anggota wudhuk..tp kalau agak sukar,boleh potong bhgian rmbut kt seven 2..

~WALLAHUA'LAM BISSAWAB~