i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Saturday, May 28, 2011

Cuti??




as salam semua..ALHAMDULILLAH..ALLAH memberikan saya kesempatan membiarkan saya terus menaip..syukur ke hadrat ILLAHI...ALHAMDULILLAH..

CUTI?? aha..msti ramai yang seronok kn.kn?? inilah cuti yang Allah beri kepada kita..tetapi..sentiasa ingt yek semua..cuti tidak bermaksud kita semua bercuti dari beribadat yek..lupa solat..dedah aurat sana sini..aha..xmo3!! nikmati nikmat masa lapang ini dengan cara yang betul yek..meh teruskan membaca...(^_~)

------------------------

Dari Ibnu Abbas RA dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah WAKTU SIHAT dan MASA LAPANG“. (Riwayat Bukhari).

Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang terpedaya seperti yang disebutkan di dalam hadith tersebut? Mudah-mudahan kita sedia merencana langkah yang bijak bagi mengisi masa lapang. Apatah lagi musim cuti sekolah menjanjikan kita dengan pakej-pakej pelancongan yang menarik. Tetapi, tanpa kita sedari, kita tidak mengisi jiwa kita dengan benda-benda berfaedah.

“Masa lapang” ini maksudnya ialah kekosongan daripada berbagai kesibukan dan perkara-perkara keduniaan yang menghalang dan melarang seseorang daripada melakukan urusan-urusan akhirat.
Hal ini tidak bertentangan dengan apa yang dijelaskan dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis berkenaan dengan galakan atau dorongan berusaha dan mencari sumber kehidupan, selagi hal yang demikian tidak menyebabkannya tenggelam dalam gelombang dan tuntutan kehidupan, dan tidak pula menghalangnya daripada melaksanakan peraturan Allah SWT.

Istilah atau perkataan “tertipu” yang terdapat dalam sabda Rasulullah di atas pada asalnya digunakan dalam kegiatan jual beli dan perdagangan. Jadi dalam hadis ini seperti yang dikatakan Syeikh Al Manawi:

“Seorang mukallaf diumpamakan dengan “peniaga”. Modal utamanya ialah “kesihatan” dan “masa lapang”. Kerana kesihatan dan masa lapang adalah antara faktor penting dalam mencapai keuntungan dan faktor asas dalam menuju “kejayaan”. Sesiapa yang berinteraksi dengan jalan menjunjung segala perintah-Nya, dia akan memperoleh “keuntungan”. Sesiapa yang berinteraksi dengan syaitan dengan memperturutkan kehendaknya, dia telah menyia-nyiakan “modal” perniagaan (yang merupakan anugerah Allah yang tidak dapat dinilai harganya).”

Terdapat dalam hadis lain sabda Rasulullah s.a.w:
“Rebutlah keuntungan (dalam) lima perkara sebelum (datang) lima perkara: masa hidup sebelum mati; sihat sebelum sakit; lapang sebelum sibuk; muda sebelum tua dan masa kaya sebelum miskin.”

Masa lapang tidak akan tetap kosong buat selama-lamanya. Ia akan tetap diisi sama ada dengan perkara yang baik atau perkara yang tidak baik. Sesiapa yang tidak mencipta kesibukan dirinya dengan perkara yang benar (haq), dia akan memiliki kesibukan yang sia-sia (batil). Justeru itu, beruntunglah orang yang mengisi masanya dengan kebaikan dan amal saleh; dan celakalah orang-orang yang mengisi masanya dengan kejahatan dan kebinasaan.

Berkata sebahagian golongan saleh:

“Masa lapang setelah menyelesaikan tugas dan pekerjaan adalah merupakan nikmat yang paling besar. Maka jika seseorang hamba mengkufuri nikmat masa lapang ini dengan cara membuka pintu “hawa nafsu” terhadap dirinya; dan dia terbawa-bawa atau hanyut dalam kepimpinan syahwat dan hawa nafsu, Allah akan menciptakan “kekacauan” di dalam hatinya yang merupakan nikmat utama yang diberikan Allah; dan Allah akan mencabut kebersihan dan ketenangan hati yang pernah dianugerahkan Allah ke atasnya.”
-----------------------------

ha..ingat x post lama saya berkenaan ceramah ustaz Habib mengenai MASA LAPANG?? aha..kita refresh balik yek..


"Ramai orang yang muda mati ketika muda, tapi mati ketika tua"

iaitu maksudnya :

"kebanyakan orang muda2 ni semasa muda2 dah mati...umur muda,tapi ati 2 dh tua...hati mereka gelap..telah mati..terlalu ikutkan perasaan..panas baran..mcm2..kalau nk bergaduh,dia akan bergaduh..kalau nak berbunuh,dia akan berbunuh..

ha...ingt x??jadi...kepad sahabat dan pelajar2 sekalian..jangan pernah tinggalkan yang wajib dan di masa lapang,cuti yang Allah beri ni..sama2 la kita semua meningkatkan amalan kita kerana inilah yang akan kita bawa kat akhirat nanti..wallahua'lam..


~AS SALAM~(^_~)



Saturday, May 14, 2011

Manusia itu tidak akan pernah lari daripada ruang ketetapan Qada' dan Qadar Allah


Bismillahirrahmannirrahim dan Assalammualaikum..
lama kan x update blog..agak sibuk dengan prktikum..tapi Alhamdulillah..Allah memberikan kesempatan untuk saya terus menyebarkan ilmu..semoga sama2 mendapat berkat...INSYALLAH..

Kalau sakit, cari ubat Kalau kurang amalan, tingkatkan amalan. Yang penting kena berusaha, jgn salahkan takdir.


"Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh,

sebelum kejadian alam semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dantelinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila. Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagiandaripada ketetapan qada dan qadar.

Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi? Syed Sabiq didalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata:

"Imam Al-Khathabi telah berkata:
'Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan
manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya
pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah
berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku
berhubung semua perkara..' Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan
mempengaruhi kehendak hamba itu."

Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: "Mengapa kamu mencuri?" Lelaki itu menjawab: "Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya." Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: "Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya." Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: "Mengapa hukumannya begitu berat?" Berkata Omar Al-Khattab ra: "Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah." Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolaktakdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur.

Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada Omar ra: "Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?' Omar ra menjawab: "Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain." (Tarikh At-Tabari)

Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.

Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman:

"Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba- hambaKu." (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau 'takdir yang pasti' dan mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu'allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh,jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman:

"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab." (Surah Ar-Ra'd ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata:

"Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan."
Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan
amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tiada yang
boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali
perbuatan yang baik." (TIrmIzi)

Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf:

"Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di
dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.
Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang
celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam
golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan."

Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya.

"Allah tidak pernah menzalimi manusia."

Monday, May 9, 2011

BARU SAYA TAHU : BERSIH vs MENGUAP..



Rasulullah SAW bersabda:

“Dari Abu Hurairah radhiyallahu ta’alaa anhu, Rasulullah SAW bersabda

...“Sungguh ALLAH mencintai orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka jika kalian bersin pujilah ALLAH, maka setiap orang yang mendengar pujian itu hendak menjawabnya, Namun menguap itu dari syaitan, maka lawanlah ia sekuat tenagamu. Dan apabila seseorang menguap dan terdengar bunyi: Aaaa, maka syaitan pun tertawa kerananya”. Shahih Bukhari, 6223.

Imam Ibn Hajar berkata, “Imam Al-Khathabi mengatakan bahawa makna cinta dan benci pada hadits di atas dikembalikan kepada sebab yang termaktub dalam hadits itu. Iaitu bahawa bersin terjadi kerana badan yang kering dan pori-pori kulit terbuka, dan tidak tercapainya rasa kenyang.Ini berbeza dengan orang yang menguap. Menguap terjadi kerana badan yang kekenyangan, dan badan terasa berat untuk beraktiviti, hal ini kerana banyaknya Bersin boleh menggerakkan orang untuk beribadah, sedangkan menguap menjadikan orang itu malas (Fath-hul Baari: 10/6077)

Nabi menjelaskan bagaimana seseorang yang mendengar orang lain yang bersin lalu memuji ALLAH agar membalas pujian tersebut.

Rasulullah bersabda:

“Apabila salah seorang diantara kalian bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum” (HR. Bukhari, 6224)

Dan para doktor di zaman sekarang mengatakan, “Menguap adalah gejala yang menunjukkan otak dan tubuh orang tersebut memerlukam oksigen dan tenaga; kerana organ pernafasan kurang sampaikan kepada otak dan tubuh. Dan hal ini terjadi ketika kita sedang mengantuk atau pusing, lesu, dan orang yang sedang menghadapi kematian.

Menguap adalah aktiviti menghirup udara dalam-dalam melalui mulut, dan bukan mulut dengan cara biasa menarik nafas dalam-dalam !!! Kerana mulut bukanlah organ yang disiapkan untuk menyaring udara seperti hidung. Apabila mulut tetap dalam keadaan terbuka ketika menguap, jadi masuk juga berbagai jenis debu, atau kutu bersamaan dengan masuknya udara ke dalam tubuh. Oleh kerana itu, datang petunjuk nabawi yang mulia agar kita melawan “menguap” ini sekuat kemampuan kita, atau pun menutup mulut saat menguap dengan tangan kanan atau pun dengan belakang tangan kiri.

Bersin adalah lawan dari menguap iaitu keluarnya udara dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang: hidung dan mulut. Maka akan terkeluar dari badan bersama bersin ini seperti debu, hama (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kutu, atau habuk yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan. Oleh kerana itu, secara tabiat, bersin datang dari Yang Maha Rahman (Pengasih), spadanya terdapat manfaat yang besar bagi tubuh.

Dan menguap datang dari syaithan sebab ia mendatangkan bahaya bagi tubuh. Dan atas setiap orang hendaklah memuji Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi ketika dia bersin, dan agar meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk ketika sedang menguap (Lihat Al-Haqa’iq Al-Thabiyah fii Al-Islam: hal 155)

----------------

ohw..baru saya tahu..jadi..kalau nak bersin,bersin jek..2 nikmat 2...dan jgn lupa ucapkan "ALHAMDULILLAH" dan bila menguap pula ucapkan "ASTAGHFIRULLAHALAZIM" utk melawan syaitan yg jahat 2..ok kwn2??bye2~selamat beramal!! (^_^)

Sunday, May 8, 2011

HUKUM SAMBUT HARI IBU

bismillahhirrahmannirrahim & assalammualaikum..

ha..korg mesti tau kan 8 Mei adalah hari apa?Hari Ibu kan? saya pon tau hari ni hari ibu..tapi kan..setelah diselidik...astaghfirullahalazim...HARAM hukum sambut hari ibu yek kawan2..kerana...ha..sla baca yek...


Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani] wallahualam

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

------------------

ha..so..sayang mak hari2..setiap masa..bukan time mothers day jek..ha..jgn lupa baca doa utk ibu bapa kita setiap hari taw semua..macam ni doanye ea..meh baca sama2..mudah sahaja (^_^)

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.


~AMIN..YA RABBAL ALAMIN~



Friday, May 6, 2011

nak pergi sekolah pondok.....

(gambar ni amik kat kosmo online..ni sekolah pondok kat Thailand)
(ni pula adalah suasana Sekolah Pondok Al-Islmiah..amik kat internet jugak..)

bismillahhirrahmannirrahim dan assalammualaikum

entry kita adalah berkenaan sekolah pondok..
erm..mesti ramai penah dengar tentang sekolah pondok kan?tipu kalau xpenah dengar sebab masa kat sekolah cikgu ada ajar tentang sekolah pondok..tapi actually kalau orang2 cam saya ni,banyak xtahu tentang sekolah pondok ni..kena bayar yuran ke?daftar?berapa lama belajar?ikut sem ke?katne ade sekolah pondok?ha...mcm2 persoalan dalam kepala otak ni dok pikir dan imagine sekolah pondok ni mcm mne...2 yang rasa search la kat internet ni..erm..tapi memang x puati lagi selagi x jejak kaki kat sekolah 2..sob..sob...<~touching sbb xdpt g...kena g praktikal..erm...~>

baiklah...sekolah pondok adalah satu satu sistem pendidikan tradisional yang banyak diamalkan di Malaysia dan Indonesia (dikenali sebagai pesantren dlm cerita 'ayat2 cinta 2"..kn.2..) Sistem pendidikan ini berfokuskan Islam dan biasanya mempunyai asrama Sistem pondok yang diamalkan ini tiada had usia dan tidak mengira latar belakang sesiapa. Sesiapa sahaja boleh datang pada bila-bila masa untuk menuntut ilmu, meliputi semua ilmu akhirat. Di sini juga menekankan asas-asas ibadah (fardu ain) seperti tentang sembahyang, bersuci, anak soleh, suami isteri dan juga termasuk syurga neraka.

ha..pastu kan..sekolah pondok ni ada banyak..bukan 1 jek..kat kelantan paling banyak..kalau tempat saya johor cuma ade dlm 3 buah jek kat muar..tapi dengar2 mak cerita kat kampung ni nanti ade ustaz 2 nak bukak..tapi wallahua'lam la...macam takut pulak sebab ustaz yang mak cerita 2 cam menakutkan sikit..ade la sejarah beliau..jadi cam ragu2 pulak..tapi wallahua'lam...seandainya diizinkan Allah..saya akan teruskan kaki menuju ke sekolah pondok sini utk belajar sebab.."jangan melihat siap yang berkata,tetapi nilai apa yang dikatakan"..ha..penah dengar x?hehe..

erm..xbanyak saya tahu pasal sekolah pondok ni..cuma nak bagitahu keexcited"an saya bila dengar perkataan "Sekolah pondok"...erm...sebak pulak tibe2...baiklah..smpai sini jela ea entry kali ni..kalau nak tahu lebih lanjut,nanti insyallah naik sem nanti saya tanya budak2 U yang sempat pergi sekolah pondok 2 yek..INSYALLAH...xjnji sebab umur saya ni x dijanjikan akan kekal smpai bila2..seandainya Allah izinkan....AS SALAM...(^^,)



Thursday, May 5, 2011

sedapnyer minum ais~


assalammualaikum..hehe..NAK CITE NI...MEH BACA MEH.. hihi..

cik azila sedang khusyuk membuat air sunquick suam untuk dimakan bersama udang masak lemak cili api+ kangkung masak belacan di petang2 panas terik..tiba2:

mak: ni dalam peti ais ni ada ais..
cik azila: (diam dan meneruskan profesyennye sbgai pembuat air yang kretif..hehe)

lalu mak pon mengambil air yang dibuat cik azila itu dan meminumnya lalu berkata:

mak: erm...panasnyer kak..kan panas terik ni..makanan pon pedas ni...
cik azila: xpe..sedap ni cmni...(terlupa nak bgtau mak kenapa xnk minum ais..)

jadi...nak bagitahu la kat sini kenapa saya xmo minum ais..sebabnye ade budak 2 yang ajar dulu2(cm lma sgt jek ek..) pah2 cam dah terbiasa la..hehe..jadi..sila teruskan membaca ek.ek...

------------------------

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ......

Artikel ini berguna untuk semua.
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas
sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

----------------------

ha..cmne??takot x?hehe...sejak balik umah ni jujur la..memang dah start minum ais..tapi dah bertekad dah..kne amalkan balik amalan mengurangkan atau menghapuskan terus tabiat minum AIS...kena jaga kesihatan badan sebab....AMANAH KEPADA TUBUH BADAN..kan? maka...berhati2 dalam tindak tanduk kita..kadang2 memang la kita ni lupa dan terlalu ikutkan hati..yela..cuaca dah la panas kn...pah2 dlm keadaan hot plak...hati plak panas..nk ke minum air panas?tambah panas kan...tapi...aip2!! cmne pon kena jaga jugak yek...utk menjamin kesihatan yang sejahtera..hihi...selamat beramal!! (^_^)

p/s: oh yek..buat yang memang berpenyakit 2...ha..jgn lupa yek...NO AIS!!

Tuesday, May 3, 2011

ikhwan dirindui Rasulallah


Wahai Abu Bakar, “aku begitu rindu hendak bertemu dengan Ikhwanku (Saudara-saudaraku),” ujar Rasulullah SAW dalam satu majlis pertemuan bersama para sahabatnya, suasana hening sejenak.

Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. “Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.

“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: “Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah.

“Malaikat,” jawab sahabat.

“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika.

Kemudian mereka berkata lagi, ” Para nabi.”

“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”

“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.

“Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.

Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Bertuahlah kita semua kerana walaupun tidak berkesempatan menemui Rasulullah SAW, kita sebenarnya amat dirindui oleh baginda kerana kitalah umat akhir zaman.


----------------

SUBHANALLAH...indah kan dirindui oleh seseorang yang tidak pernah kita temui...lebih2 lagi kekasih junjungan Allah iaitu Rasulallah s.a.w...sungguh tinggi kecintaan Rasulullah kepada umatnya iaitu kita semua,umat akhir zaman...oleh itu,sentiasalah mengikuti jejak Rasulallah kerana bila kita mencintai Nabi,bermakna kita mencintai yang DI ATAS..ALLAH TAA'LA..wallahua'lam...

----------------

p/s: tertarik nak menulis pasal ikhwan sebab sebelum balik aritu ada seorang mujahid bercerita mengenai cita2nya untuk menjadi "IKHWAN" yang dirindui Rasulallah...mudah2an...amin...

Monday, May 2, 2011

Merindui Lelaki Acuan Al-Quran


"Lelaki acuan al-Quran adalah seorang lelaki yang beriman

Yang hatinya disaluti rasa Taqwa kepada Allah swt

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga dengan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut berkata benar

Yang tidak gentar untuk melawan nafsu


Lelaki acuan al-Quran adalah seorang lelaki yang menjaga tutur katanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang


Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibu bapanya

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya

Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga

Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama Islam

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat


Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya

Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulallah saw

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya


Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa

Matanya kepenatan kerana kuat membaca

Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir

Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona

Dengan buaiyan dunia

Kerana dia mengimpikan SYURGA

Di situlah rumah impiannya

Bersama wanita acuan al-Quran "


~merindui lelaki acuan al-Quran..........di manakah dirinya?? ALLAH...Kau bimbinglah hatinya......

Penyakit Keras Hati


BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM DAN ASSALAMMUALAIKUM SEMUA....

ALHAMDULILLAH...sebelum balik ni,sempat la membuat entry baru..ALHAMDULILLAH...

erm..tadi bukak "mukabuku a.k.a Facebook"..terlihat la Ustaz Azhar Idrus berkongsi mengenai PENYAKIT HATI..jadi..nak bubuh la kat sini supaya leh disebar-sebarkan...INSYALLAH...

--------------------------------------------------

PENYAKIT HATI KERAS

Orang berhati keras,sesungguhnya jauh daripada rahmat Allah. Sabda Rasulallah s.a.w bermaksud:

"Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah adalah mereka yang berhati keras." (Hadis riwayat At-Tarmizi)

Sesungguhnya hati manusia ini pelbagai wajah seperti pernah diutarakan ulama-ulama di mana mereka berpendapat hati terbahagi kepada 3 iaitu

1. Hati yang sihat dan selamat

iaitu hati yang selalu menerima, mencintai dan mendahulukan kebenaran. Pengetahuannya mengenai kebenaran benar-benar sempurna, juga selalu taat dan menerima sepenuhnya.

2. Hati yang keras

iaitu hati yang tidak menerima dan taat kepada kebenaran.

3. Hati yang sakit

jika penyakitnya sedang teruk, maka hatinya menjadi keras dan mati, jika ia mengalahkan penyakit hatinya, maka hatinya menjadi sihat dan selamat.

daripada ketiga-tiga wajah hati itu, apa yang perlu dimiliki orang Islam ialah sekeping hati sihat dan selamat. sebagai insan beriman dan cintakan Allah secara benar, maka sedaya upaya harus berusaha mengatasi hati keras dan mengubati hati yang sakit.

Jika dibiarkan, hati akan menghadapi beberapa perkara yang membinasakan iaitu memandang perkara buruk dan baik adalah sama saja atau mungkin mempercayai yang baik itulah mungkar dan yang mungkar itu baik, menjadikan hawa nafsu sebagai pedoman dan bsiikan syaitan sebagai penyuluh arah.

Hati diserang penyakit seumpamanya itu boleh dirawat dengan membaca al-Quran, mendalami maknanya dan mengamalkan ajarannya untuk menghidup dan melunakkan hati, selain menambah ilmu pengetahuan serta mebentuk akhlak terpuji.

Membaca al-Quran juga boleh menjana ingatan kepada Allah dan meneguhkan ketaqwaan. Inilah sebenarnya al-Quran diturunkan kepada manhusia.

Firman Allah bermaksud:

"Dan kami turunkan dari al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian." (Surah Al-Isra, ayat 82)

Jelas sekali selalu mengingati Allah boleh mengindahkan hati dan menenangkan perasaan. Berdasarkan pendapat Ibn Taimiyah, zikir itu penting bagi manusia, umpama betapa perlunya ikan kepada air.

Selanjutnya perlu ada keinsafan dalam hati bahawa diri sebagai hamba hina di sisi Allah. Rasa rendah diri, menjadikan ibadat dilakukan ikhlas, bersungguh-sungguh dan berkualiti.

Rasa rendah diri, menghindarkan daripada sikap sombong dan meyakini bahawa Allah yang Maha Besar dan Maha Agung. Orang yang sentiasa merendah diri, hatinya akan menjadi murni, tenang dan senang menerima hidayah serta mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah.

-------------------------------------------

Maka, ada 3 wajah hati..hati manakah milik saya dan anda-anda semua?? sama2 merenung,bukan termenung.....wallahua'lam.....

Sunday, May 1, 2011

JOM TUTUP AURAT?

ehem2!! Bismillahirrahmannirrahim..
assalammualaikum..hihi..

Alhamdulillah..hari ni,selesai sudah sebuah ekspedisi bersama budak2 rumah D203 bersama dengan seorang budak baju merah handball ke sungai PASIR PUTIH kat Kualumpang..bukan Pelempang ok..hehe..
erm..memang putih pasirnya..hehe..gurau2..huhu..
saya xdela nak mandi manda sangat sebab dari dulu saya ni jenis yang suka bergambo jek..xdela nak suka sangat melompat2 main air ni..malu2..
kn.malu 2 penyejuk hati suami kan.kan..(^_~)

----------------

erm...baiklah..kita akan bercerita pasal aurat yek semua..
ha..paras mana aurat seorang wanita itu yek kawan2??cer cite! cer cite!!
yela..nak g mana2 even mandi mandi ke bersuka ria ke ape ke..kena gak still jaga aurat 2..
hehe..mesti ada jek orang akan berkata2:

"ek eleh ko ni..cam bagus jek..mandi kat waterfall pon nak pakai tdung ke?stoking pon xmo bukak??"
"eh..dah2 la 2..rimas aku tgk ko ni berlitup cmni..bukak jek..bukan ade orang tgk pon..."

hehe..i know la..ade jek kn dugaan kita ni?
ha...ehem2!! wahai2 encik yg berkata2 2..meh nak habaq meh...kalau xde orang kat area2 sini...ALLAH pon xde ke??kalau mandi2 gini.kalau g berhibur aurat 2 leh diringankan ke??
cer pikioooq!! cer pikioooq??aha..dpt dh ke pikiooq (FIKIR) ?

BAIKLAH...SAYA JELASKAN ek.ek...sila baca seterusnya ea mngenai aurat seorang wanita..


1.Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)


"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31.

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi
"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah:”Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.


"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian


"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut


"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

-------------------------

ALLAH..jadi..dah faham lom bab aurat??
memang xde orang yang nampak kita,tapi ALLAH itu MAHA MELIHAT..Dia tahu SEMUANYA..xpayah nak tipu..xdapat puye nk tipu..alam sekeliling even batu 2 pon boleh jadi saksi kita..
so cmne??nak tutup aurat x?ha...bab2 aurat ni mmg sensitif..saya pon dulu kalau org cite sal aurat cm sengaja buat pekak..tapi ALHAMDULILLAH la sekarang ni sentiasa berjaga...even nak jemur baju kat beranda pon rajin2kan diri capai tudung kat bilik..habis tudung labuh 2 basah kena air perahan...tp xpela...kita nak mengeluh pon watpe kn?kalau bukak aurat dpt dosa..kalau dok bebel2 mngeluh pasal aurat lagi tambah dosa sebab ingkar suruhan Allah..

mandi kat sungai 2 pon siap berstoking gak..memang orang pelik,tapi biar la dia nak pelik ke ape..yg pnting kena jugak jaga..ALLAH kata WAJIB!! SO..IKUT..orang yang ingkar suruhan ALLAH ni,sama mcm orang itu membenci Allah..NAUZUBILLAH...mintak jauh la..

~semoga hati kita ni semua terbimbing dari sifat2 yang boleh membuatkan ALLAH MURKA~
ALLAHUAKBAR....

saya kena menjadi bukan mencari


Bismillahirrahmannirrahim dan Assalammualaikum

Alhamdulillah...
"Ahad"..kalau dlm bahasa Arab bermaksud Esa..Allah yang Esa,Satu..tapi kalau orang2 yang x tahu hal2 mcm ni dia akan kata "AHAD 2 CUTI"..

eh2!! gapo kata gini tibe2?

hehe..saje jek..tp pas dengar tazkirah kan..sangat menarik..kehidupan harian ini leh digunapakai utk berdakwah..kan??
Baiklah..kita terjah kepada topik kita iaitu:

"MENJADI BUKAN MENCARI"

bakpo bubuh topik gini?

hehe..sebab kena kat diri sndiri gak la..sebok mencari dan menanti jodoh..
kalau hati leh berkata2..dah lama melamar orang duk suruh jadi suami..hihi..
tapi..2 la..Alhamdulillah ada Allah yang sentiasa membimbing hati kita ni..
jadi..dalam urusan jodoh ni..ianya lebih kepada MENJADI...

mesti pernah dengar firmah Allah surah An-Nur ayat 26:

“Perempuan yg jahat adalah utk lelaki yg jahat.Perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik.”

kalau dulu zaman2 jahil dulu xde nak pikir firman ni betul2 dgn teliti..kalau suka orang jek dah start ar perangai gatal 2..Astaghfirullahalazim...tp sendiri perangai ntah ape2 kan..Allah...
tapi Alhamdulillah la...sekarang ni Allah nak tunjuk dan beri hidayah kan..syukur la...kita dah boleh fikir sebenarnya apa konsep cari jodoh 2...

yela..kadang2 kita tengok ada ustaz ke ustazah 2 kawen dgn orang biasa2 jek..
tapi...kita jangan silap sebenarnya...
mungkin dari pandangan manusia orang 2 biasa jek..tp pd pandangan Allah??ha....kita ni dok sebok nilai orang,lupa mcm mana pulak orang nilai kita..kita ni baik sangat ke??ha..kena kat batang idung sendiri w/pun xde batang idung..huhu..

FITRAH manusia kn utk MENCINTA dan DICINTAI..
ha..semangat ni cite sal cinta..huhu..
tapi..2 la...sekarang ni rasa cam "bengong" gak sebab asik pikir pasal bakal2 suami nih...
padahal..Allah 2 ada perancangan yang TERBAIK utk kita..
kita ni jek dok menggatal sangat..wajib doh kawen ni kn...Allah...

tapi..bila pikir2 balik..lom masanye...Allah ada dah bagi jodoh 2..cuma mungkin belum lagi jumpa..

sekarang ni adalah proses MENJADI...ha..jangan silap plak..bukan MENCARI taw..
tapi MENJADI..ulang balik~MENJADI...

MENJADI ape plak??
menjadi seorang yang lebih baik dari hari ini supaya kita boleh mendapat jodoh 2 juga baik..INSYALLAH...
yela...kalau kita nak orang yang kaki surau,kita kena la rajin gak g surau..
kalau kita nak orang yang rajin,kita kena gak rajin..betul x??

2 la..kadang2 kalau rasa nak tido selepas subuh 2 dok pikir balik puluh2 kali..
ni kalau aku tido ni kang suami kuat tido plak...tahan mata la gitu..huhu..
kalau tibe2 cam malas sangat nak g surau gini gak la..
kena cepat2 tepis godaan syaitan 2...dia dok sebok nak kacau kita kan..oh...berat2...
kena cepat istighfar la...pah2 bangkit g surau..xleh tangguh2..kalau tangguh kompem2 saya x g..
2 la..pemalas sebenarnya saya ni..tapi syukur Alhamdulillah gak la Allah tolong..
ALLAH..lemah kita ni sebagai manusia kn..

jadinya..start sekarang ni,kena la berusaha MENJADI yang terbaik di sisi Allah supaya ALLAH balas kat kita seseorang yang juga BAIK di sisi Allah supaya kita ni,suami isteri dapat saling melengkapi,memenuhi,membimbing satu sama lain...
Allah..indah kan...SUBHANALLAH...

Kesimpulannya,perelokkanlah diri kita,kerana lelaki soleh dan perempuan solehah adalah magnet yg akan saling menarik antara 1 sama lain.

~Jangan risau tentang jodoh~


------------------------

dakwah 2 sangat mudah,cuma mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran...tapi..adakah semua orang nak berdakwah?ha...lagi satu...nasihat kepada diri sendiri gak la...bila saya cuba berdakwah dan bercakap pasal agama ni,saya pon kena nilai diri saya sendiri..jadi,yang tahu saya ada wat salah ke..silalah tegur...dengan lapang dada INSYALLAH saya terima....wallahua'lam..

~selamat beramal~