i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Tuesday, March 27, 2012

JAGA Rukun Solat



BISMILLAHIRAHMANNIRRAHIM..
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T.

Baiklah, ana tidak akan berbunga-bunga untuk entry ini. Kita terus kepada Rukun-rukun solat kerana tanpa pengetahuan yang betul tentang cara solat, maka tidak sah solat. Maka, kita perlu/ wajib menjaga rukun di dalam solat.

Kita semua majoriti tahu rukun solat ada 13 iaitu:

1)Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat. (Fi'li)

-orang yang sakit, tetapi boleh berdiri,maka dia perlu berdiri tegak terlebih dahulu, barulah dia duduk.

2)Niat (Qalbi)
3)Takbiratul Ihram (Qauli)


-Lafaz niat dan niat adalah 2 hal berbeza. Lafaz niat iaitu "Usolli Fardha...." <~ ini adalah lafaz yang mana kita perlu lafazkan hingga kedengaran untuk telinga kita. Manakala, niat pula adalah di dalam hati "sahaja aku solat fardhu...." serentak ketika takbiratul ihram.

4)Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.

-"Bismillahirrahmannirahim" adalah sebahagian daripada AL-FATIHAH. Seandainya tidak disebut,maka tidak sah solat. (Mazhab Syafie)

-Sesiapa yang menggugurkan 1 huruf dari Al Fatihah, 1 tashdid atau gantikan dengan huruf lain, maka tidak sah solat dan boleh menjadi Kafir kerana telah mengubah makna AL FATIHAH tersebut..Nauzubillah.. Kalau tidak sengaja, boleh ulang semula Al Fatihah.

-Tidak boleh memasukkan zikir di tengah-tengah AL FATIHAH. contoh kita membaca "BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM", kemudian berzikir "SUBHANALLAH" baru kita memulakan bacaan "ALHAMDULILLAHI RABBIL A' LAMIN..." Maka, batallah solat.

-Apabila seseorang itu tidak boleh membaca AL QURAN (mualaf, tidak ada orang ajar dan sebagainya), maka dia boleh berzikir sebanyak mana menggantikan bilangan huruf di dalam AL FATIHAH~~> 155/ 156x

-Seandainya tidak boleh juga, maka dia boleh berhenti/ diam selama 1/2 minit sama kadar seperti orang lain membaca AL FATIHAH.

5)Rukuk dengan toma`ninah. (Fi'li)
6)I`tidal dengan toma`ninah (Fi'li)
7)Sujud dua kali dengan toma`ninah (Fi'li)
8)Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah (Fi'li)
9)Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah (Fi'li)


-toma'ninah adalah berhenti seketika. selalu/ kebiasaan orang tiada toma'ninah dalam solat. setelah habis membaca bacaan solat, dia terus kepada rukun yang lain. Maka, batallah solat. (KENA JAGA)

10)Membaca tasyahud akhir (Qauli)
11)Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir (Qauli)


-bacaan tasyahud akhir juga perlu dibaca dengan betul kerana ianya termasuk di dalam rukun solat.

12)Membaca salam yang pertama (Qauli)

-Setelah selesai salam yang pertama, kemudian terkentut atau melakukan perkara membatalkan solat, maka sah solat.
-tidak boleh menjadi makmum muafiq ketika imam telah memberi salam.

13)Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut. (Qalbi)

---------------------------------

BELAJAR TAJWID, TASMI' BACAAN SOLAT DENGAN BETUL KERANA BANYAK SILAPNYA KITA DARI SEGI BACAAN AL QURAN. KALAU BACA AL QURAN SILAP contohnya: "ﺍ" dengan "ﻉ" membaca dengan sebutan yang kadang kala tertukar, atau ditukar2 ianya akan membawa maksud yang berbeza. Maka, kena jaga. Hendak mendalami AL Quran, perlu belajar hok kecik2 dulu seperti tajwid, sebutan dan sebagainya. Kerana itu kita perlu belajar dengan ahlinya. Sekolah agama dlu, memang ada belajar, hafal,tetapi bila dah besar, kena tengok balik bacaan dan perdengarkn dengan orang yang arif tentang AL Quran seperti ustaz/ ustazah sebab bacaan solat bukan guna bahasa melayu, tetapi bahasa Arab yang boleh jadi bukan menjadi bahasa rutin kita.

-boleh tampal poster kat depan (dinding)akan bacaan solat dan baca kalau khuatir silap baca. (yang ketika berdiri atau duduk tasyahud, antara dua sujud la, kalau time rukuk,sujud takkan nak kalih kepala, gerakkan anggota kan)ha..boleh gak siapa2 xhafal doa gunut, doa iftitah, ha..boleh la main tampal2 d peringkat awal2 tu..

-FAHAMI BACAAN SOLAT-

mana yang khilaf boleh ditegur dan dikongsi.Sama-sama menjaga solat kerana kita bukan mencari silap siapa2,tetapi kita sama-sama perbaiki solat kita.

-selebihnya, wallahua'lam bissawab..

4 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini...salam ukhwah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..kita sama2 mperbaiki solat kita..

    ReplyDelete
  3. As salam , sy nk tny .. Cth kalau masa bca al fatihah atau mna2 surah dlm solat tbe2 tsalah bca , kne ulang semula ke ? Harap sudi beri penjelasan , tme ksh :)

    ReplyDelete
  4. wslm..diulang..kerana itu perlu benar2 betul bacaannya dlm solat agar sah solatnya...maaf slh silap...wallahua'lam bissawab..

    ReplyDelete