i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Saturday, February 18, 2012

Mohon Diri..

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

kepada sahabat sahabaiah ana sekalian..

ana di sini memohon ampun & maaf di atas setiap khilaf yang mana sedar atau tersembunyi..

mohon maaf juga seandainya terselit perasaan suozon dalam diri ana kepada sahabat sahabiah sekalian secara sengaja atau tidak..

ana juga memohon dihalalkan segala jenis ilmu yang ana baca, gunakan, dan sebar-sebarkan sama ada kalian tahu atau tidak..

Alhamdulillah..dalam waktu yang ada, ana sememangnya belum berniat untuk memasuki alam pekerjaan kerana impian yang satu ini belum tercapai..Insya'Allah esok selamatlah ana ke sama...doakan ana, dan apa sahaja urusan penting, dialu-alukan untuk inbox ana d FB..harap yang penting sahaja dan proses membalasnya itu setelah pulang..Insya'Allah...

dan sebelum ana berangkat, diharap ingt pesanan ana:

Jaga Iman,
Janganlah mendedahkan dugaan, perasaan, Ujian Allah, atau apa sahaja perasaan sedih di dlm FB, Blog..itu adalah sebahagian senjata syaitan untuk mensyirikkan kita..dan simpanlah ia buat disampaikan kepadaNya pada setiap sujud & doa..andai tidak mampu, maka fikirkanlah cara sebaiknya..kerana itu seorang ustaz pernah berpesan ,"iman kita itu diri sendiri mampu menilainya,dgn cara yang bagaimana??? check balik kecondongan hati itu di mana.." em..rasanya, yang memiliki iman tahu bagaimana..cuma jagalah.. dan pesanan ana kepada rakan- rakan Halaqah baik di UPSI atu di FB (group2 ana Serikandi Islam, Usrah Until Jannah, Semua Orang Boleh Jadi Soleh Solehah, Kareografi Dakwah..dan banyak lagi..ana pun x ingt..maaf..khilaf ana..) ana harap mana-mana soalan yang ada, dicari jawapannya..dan lakukan yang mana jauh dari perasaan was-was, yang haram apatah lagi..lebih2 lagi dijauhkan...dan yang ingin menjurus kepada kebaikan, yang mahu bertudung labuh, berniqab dan sebagainya, mudah2an sekalian sahabat- sahabiah kuat untuk terus melangkah ke arah tersebut dan "FASTAQIM"- ISTIQAMAHLAH...lakukan amalan, walau sedikit, tapi berterusan...

Fi Amanillah..Jazakumullah Khairan Kaseeran..mohon diri.....

Friday, February 17, 2012

untuk isteri tersayang~♥


Untuk isteri tersayang:

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

via ustaz mat senyum
_____________________________________

prektis perkataan ni dari sekarang bila terlukakan hati suami tercinta nanti malam2:

" aku tidak mampu melelapkan mataku sehingga kamu redha ke atasku.." ewah..^_^

Sunnah-sunnah & Adab Hari Jumaat



Rasulullah SAW bersabda, "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-Malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah." - Abu Hurairah r.a

// hairan kenapa ada yang x malu x solat Jumaat. em..mungkin dia xde muka kot. semoga Allah membukakan pintu hatinya dengan segera bertaubat //

If Jannah was a....

A Husband said this to his wife;

If Jannah was a flower I would pick it for you..
if Jannah was a bird I would catch it for you..
If Jannah was a house i’d build it for you..

but since Jannah is a place no eye has ever seen,
I make dua to ALLAH to reserve it for you♥


(“The most beautiful clothes that can dress a woman are the arms of her HUSBAND”)

Wednesday, February 15, 2012

PENTING! APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DI SYRIA.



PENTING! APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DI SYRIA.

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dlm kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa nikmal wakil..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:


Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;

"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ;

adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Jzkk AKH Abu Abdullah)

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

-------------------------

orang Malaysia kata "ala..biar la dieorg..negara dieorg..asalkan kita selamat, negara kita aman.."

BUKANKAH BEGITU???? FIKIR! FIKIR! UBAH! UBAH! ALLAHUAKBAR~!

video

Syabab Musafir Kasih: Waktu Mustajab Doa



|| doa adalah usaha ||

Tuesday, February 14, 2012

Muhasabah Diri



❤ setiap kali hari lahirmu menjelang..PASTI kecewa andai tiada yang mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR"..UBAHLAH..peringatkan dirinya tentang dekatnya kematian & perbanyakkan beramal..

❤ sering kali manusia itu kebuntuan saat tiadanya wang untuk mennjalani kehidupan seharian..di atas 1 alasan "TIDAK BERWANG" memutuskan semangat meneruskan perjuangan..ADAKAH BENAR TINGKAHMU DENGAN BERDOA & BERMOHON DI HANYA SAAT KAMU KESUSAHAN?? Maka BERINGATLAH..perbaiki cara ibadah dengan melakukan sesuatu dengan ISTIQAMAH..jangan sekadar solat DHUHA ketika kamu kesempitan wang, melakukan ISTIKHARAH hanya bila kamu buntu memilih pasangan,mendirikan Solat Hajat tatkala khuatir tidak mendapatkan kemahuan...FIKIRKAN tentang siapa yang kamu BERHADAPAN???

❤ sering kali dunia itu dilebih-lebihkan..menuntut ilmu sehingga terbang jauh ke negara orang, tetapi agamamu HILANG BERTABURAN..anak-anak kecil sudah bijak memilih sekolah TAHFIZ, SEKOLAH PONDOK untuk menuntut,tetapi IBU BAPA keras- kerasan menolak dan disuruhnya terus menuntut ilmu dunia yang diagungkan..KATANYA "andai di sana,bagaimana mahu berjaya??? INGATLAH..BERJAYAKAN DIRIMU DI DUNIA & AKHIRAT..fikirkan bagaimana untuk mendapatkan kedua- duanya...andai anakmu meminta berjauhan belajar, pastikan juga "didikan agamanya" tidak terlepas..

❤ ketika sibuk, kamu menyempatkan dirimu untuk berdakwah, tetapi lantaran kepenatan kamu berhenti menyebarkan risalah cintaNya..adakah pernah Allah Berhenti dari Memerhatikanmu??

..:: Semoga terus berdakwah..Jangan pernah berhenti kerana kelelahan ::..

‎"Aku hairan terhadap orang yang sedih lantaran kekurangan harta dan tidak sedih terhadap hilangnya umur. Aku hairan padahal dunia berlalu darinya dan akhirat mendatanginya, bagaimana dia sibuk dengan yang akan berlalu dan berpaling dari yang akan datang."

(ahli hikmah)

Sunday, February 12, 2012

Syria Menangis

Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :

1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.

2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?

Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.

3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?

Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.

4. Apa pula hubungan ٌRejim Syria dengan Israel?

Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.

Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.

(Nota : Maklumat ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini)

---------------------

credit to Fatin Nabielah


(kanak-kanak ini telah disembelih oleh tentera Basya)

|| INNALILLAHI WAINNALILLAHI RAJIUN..YA ALLAH..SELAMATKANLAH SYRIA DARI KEKEJAMAN ||

Friday, February 10, 2012

Ajarkan buah hati mencintai Rasulullah : Umatku..



Suatu ketika, Rasulullah s.a.w dalam keadaan kelaparan. Nabi betul-betul lapar. Dikhabarkan sudah sebulan nabi tidak makan, pagi atau tengahari. Sekiranya baginda dapat makan, baginda akan makan hanya sekali sehari sahaja dan selalu dalam kelaparan. Disebabkan laparnya nabi, baginda tidak boleh melelapkan matanya. Walaupun perut baginda sudah diikat dengan batu, baginda masih lagi lapar. Dalam keadaan gelisah itu, baginda bangun dan tunaikan solat dua rakaat. Selesai solat, baginda mengangkat kedua-dua belah tangan dan berdoa kepada Allah s.w.t.;

“ Ya Allah, aku lapar ya Allah”
“Aku lapar ya Allah”

Akhirnya setelah selesai Nabi berdoa, turun malaikat.
Malaikat berkata ;

“Ya Muhammad, Allah perintahkan minta apa sahaja yang engkau hendak minta”
”Apa sahaja yang engkau minta, Allah kabulkan. Hatta menjadikan gunung-gunung menjadi emas”

Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. menjawab :
” Ya Allah, aku minta satu ya Allah, walaupun aku lapar, aku minta satu ya Allah, JANGAN ADA SATU DARI UMATKU MASUK KE DALAM NERAKA....aku sayang umatku ya Allah”

Sahabat muslimin dan muslimat...
Pernah kita fikir selama ini adakah kita jalankan segala saranan Rasulullah??
Pernah kita fikir pengorbanan baginda???
Pernah kita ada rasa untuk mencintai baginda???

---------------------
credit kpd akhi Ikhwanul Muslimin..

Islam menjaga aurat wanita sehingga dibalut menjadi jenazah



*Salah satu bukti Islam tue agama yang istimewa dan menghormati kaum wanita* insyaAllah..wallahualam..

Isteri : "Abang...bleh saya tanya?
Suami: Yer sayang nak tanya apa?
Isteri : "Saya pelik la abang..kenapa syarat dalam Islam..bila lelaki meninggal
dunia..kubur nya digali sedalam 5 kaki...tapi kubur wanita..berlainan digali
sedalam 7 kaki?"
Suami : ooo..insyaAllah senang ja jawapannya tue.. (sambil tersenyum)..kalau nak tau
Islam nie agama yang sangat prihatin dan bijaksana.
"Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika
berlaku banjir..jenazah wanita tersebut xakan terapung ke atas dan akhirnya
akan membuka aurat jenazah..Islam sgt menjaga aurat kaum wanita..sampai
kan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun..Islam masih melindungi
aurat kaum wanita.
Isteri : "SubhanaAllah..besarnya kuasa ALLAH ya abang."
Suami : (hanya tersenyum) :)

*moral of dialog : Wahai kaum wanita..tutuplah aurat mu dengan sempurna..ketika masih bernyawa..kerana insyaALLAH ALLAH juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak..subhanaAllah...Allahuakhbar!!!

---------------------

credit to Zahra Naim..ilmu baru..

siapa anakmu..ianya bermula dari rumah



Ceramah Ustaz Amir Masjid Kg Pt Lapis sempena Maulidurrasul

ketika neneknya memasak, neneknya akan mengalunkan bait-bait indah berzanzi.. ekoran itu setelah usianya beranjak dewasa, tidak perlu diajar dengan yang mahir kerana dengan didikan halus begitu beliau mahir dalam berzanzi..

setelah mendirikan rumahtangga, beliau dikurniakan cahaya mata dan tatkala menidurkan anaknya, beliau mendodoikan anaknya dengan bacaan-bacaan solat dan sangat terkejut tatkala anaknya berusia 3 tahun, anaknya dengan sendiri membaca bacaan duduk antara dua sujud dengan betul iaitu:

Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Warhamni.. (Sayangi aku..)
Wajburnii.. (Tutuplah aib-aibku..)
Warfa'nii.. (Angkatlah darjatku..)
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..)
Wahdinii.. (Berilah aku petunjuk..)
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..)
Wa'fuannii..(Maafkan aku..)

|| Anak-anak ibarat kain putih.Ibu bapalah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi ||

Tuesday, February 7, 2012

ustaz,orang gila dan 100 Sunnah


seorang ustaz berborak dengan seorang gila di kedai makan sehingga terpancul kata-kata dari orang gila tersebut yang membuatkan hatinya tersentak hingga ke hari ini...

orang gila: Ustaz, semua orang berkata yang mereka mencintai Rasulullah,tapi semua itu tipu..
Ustaz: Kenapa pula?
orang gila:cuba tanya kat orang yang cintakan Rasulullah itu, "senaraikan 100 Sunnah Nabi..listkn kat kertas tanpa henti" kalau dia xdpt jawab, tu semua dusta! ". Ha.sekarang, ustaz listkan..saya nak tengok!

tanpa melengah,ustaz ambil pen dan kertas dan mula menyenaraikan 100 sunnah Rasulullah yang diketahuinya..sedang elok menyenaraikan sunnah-sunnah Rasulullah, akhirnya penanya terhenti....kaku akalnya dari mengingati sunnah Rasulullah pada angka-angka seterusnya untuk menghabiskan 100 Sunnah....

-KALAH-

berkata orang gila tersebut:

orang gila: HUH! USTAZ PON DUSTA! PANDAI CAKAP JEK..TAPI SAMA JEK TAK TAHU!

--------------------------------
Moral of the story : ni ustaz yang belajar kt Mesir 9tahun, kalau kita????? boleh senaraikan sekarang tanpa henti???

jangan dilihat orangnya, tapi renungi kata-katanya..gila pd pndgn manusia, mungkin darjatnya tinggi di sisi Allah..siapa tahu???

~pengajaran lain, boleh fikir sendiri~

|| ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD ||


sumber: Ustaz Amir

* selepas ceramah, adik ana terus tanya ana 100 sunnah..ana pn xdpt pn smpai 100....dh nk ujung2 pn tergagap2 duk fikir..xlancar pon... ;'(

Monday, February 6, 2012

PUISI MENGINGATI RASULULLAH

video


Beberapa petikan dari kitab Dhiyaullami' karangan Al-Habib Umar Benhafidz dan juga puisi 'Tentang Rasulullah' karangan Ustazah Halimah Alaydrus..

Sunday, February 5, 2012

memilih sahabat~♥



“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…

-------------------------

Alhamdulillah kerana Allah menghadirkan kamu di dalam hidupku sebagai tenteraNya..semoga akan lebih ramai sahabat yang bertamu buat kamu wahai sahabat- sahabatku..sama2 menggapai redhaNya...

Friday, February 3, 2012

Hayati: Surah Az Zalzalah




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

-----------------------

Peringatan demi peringatan telah tersedia pada Kalam SuciNya..sama2 bermuhasabah diri..Semoga sentiasa dalam keredhaanNya~Fi Amanillah..

‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM


‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Sumber : Ustaz Azhar Idrus ( Original ) , Jkkk Fan Club , Sham Kamikaze , syahirul.com , Ustaz Riduan Mohamad Nor , Nasrudin Hassan , Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

♥ ALLAH MAHA BESAR ♥

Thursday, February 2, 2012

TINTA DAI'E



Mengapa orang masih boleh makan walau sesibuk apapun dirinya?
Mengapa orang masih berFacebook walaupun assignment banyak menimbun?
Mengapa orang masih ada masa untuk bercintan cintun tetapi untuk berdakwah tidak? Mengapa orang masih lapang berbual-bual kosong tetapi liat pergi dengar ceramah?

Kerana dia merasakan makan itu prioriti dan meninggalkannya suatu masalah.
Kerana mengisi masa dengan minat, relax dan santai jauh lebih mengenyangkan hawa nafsu daripada benda-benda islamik sangat ini.
Jauh lebih boring. Membosankan! Ekstrim sangat.

Katanya, islamkan agama sederhana. Tak perlu paksa kalau tak suka. Hati tak rela, tak ikhlas Allah mana terima. Tak payah susah-susah bertudung labuh, asal tutup rambut cukup.

Cuba tanya semula.?

Mengapa jika tiba-tiba seseorang sakit perut, dia pasti akan cari tempat tersorok untuk menyelesaikan hajatnya?
Mengapa tidak beri alasan sibuk dan tiada masa lalu buang sahaja di mana-mana? Kerana malu dan maruah diri menjadi prioriti hidupnya.

Begitu juga jika kita menjadikan agama Islam sebagai prioriti dalam hidup kita. Dakwah dan Tarbiyyah sebagai prioriti dalam hidup. Hendak atau tidak, kita tetap akan melapangkan masa. Jika kita mahu, semuanya boleh berlaku. Namun jika memang tidak mahu, tiada siapapun yang boleh membantu.

Kesibukan sudak pasti bukan alasan. Ia hanya perkataan busuk yang digunakan oleh mereka yang kontot akal fikirannya untuk melarikan diri daripada kewajipan seorang hamba.


"Manusia ini, kalau tidak disibukkan dengan hal-hal dakwah, mereka tetap akan sibuk dengan hal-hal keduniaan."


Kalau benar kita sibuk pun, jangan nampakkan sangat. Kalau hari ini, kita berlagak dengan kesibukan tak mustahil satu masa nanti kita terpaksa tunduk menyerah dengan selautan lagi kesibukan yang tidak dijangkal dek otak. Kalau kita rasa tak sibuk, jangan nampakkan sangat. Yakin diri, bukan tak sibuk cuma cara belum kena. Sibuk yang tidak disibukkan. Banyak kerja dakwah yang perlu dibuat.

Sesungguhnya, Allah berhak memuliakan dan menghinakan sesiapa yang Dia mahu. Dia berhak tarik “nikmat” kesibukan bila-bila masa tatkala manusia tidak tahu menghargainya! “Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) daripada urusan agama itu, maka ikuti syariat itu dan jangan kamu ikuti hawa nafsu orang yang tidak mengetahui.” (Surah al-Jasiyah:18)

||pesanan seorang sahabat FB ||

Allahumma Solli Ala Muhammad~

video

------------------

MENCINTAI RASULULLAH

1. Menjalankan ajaran Rasulullah SAW.
Terdapat pesanan Rasulullah sebagai kecintaan Rasul kepada umatnya, yang terhimpun dalam berbagai hadis Nabi. Tentu bukti kecintaan kita adalah dengan menjalankan ajaran-ajaran tersebut. Tmabahan pula ajaran tersebut merupakan adalah hal-hal yang memang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat sebagaimana hadith di bawah:

'Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku (Nabi), maka Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu' (QS 3:31)

2.Merindukan bertemu Rasulullah SAW.
Kalau kita mencintai seseorang tentu kita selalu rindu dan nak bertemu dengannya. Biarpun jauh, penuh rintangan, tentu akan kita lakukan demi kecintaan kita kepadanya. Begitu juga kecintaan kita kepada Rasul. Kita belum pernah bertemu dengannya, namun kita sudah merasakan nikmat mencintainya karena mengikuti ajarannya. Alangkah senangnya kita jika suatu saat bertemu dengannya. Tentu, kita akan berupaya sekuat tenaga agar dapat berjumpa dengan Rasulullah s.a.w..

Suatu ketika salah seorang sahabat Rasul menyatakan cintanya kepada Rasulullah SAW. Rasul menjawab: 'Anta ma'a man ahbabta' (engkau beserta orang yang engkau cintai).

3. Memperbanyak shalawat dan pujian untuk Nabi SAW
firman Allah SWT:
'Sesungguhnya Allah dan para Malaikat bershalawat kepada Nabi . Wahai orang-orang beriman, bershalawatlah kepadanya dan ucapkanlah salam ..'
Maka shalawat Nabi banyak diucapkan dimana-mana, paling tidak dalam solat kita. Kemudian para ulama menggubah berbagai macam selawat dan pujian sebagai ungkapan kecintaan kepada Nabi S AW.

4. Mencintai keluarga (ahlul bait) Nabi SAW
Dalam Shahih Muslim, kitab hadis paling valid kedua setelah Bukhari, disebutkan pesan Nabi SAW;
'Aku tinggalkan dua bekal yang berharga (tsaqalain). Pertama adalah Kitabullah, di dalamnya terdapat petunju k dan cahaya. Laksanakanlah Kitabullah itu dan berpega ng teguhlah kepadanya. (Dan berpegang pula) pada Ah lul Baitku. Aku peringatkan kalian tentang ahlul baitku (3x)'

Dalam hadis lain:
'Aku tinggalkan dua perkara yaitu Kitabullah dan keluargaku, keduanya tidak akan berpisah hingga saat menemui ku di Telaga, maka perhatikanlah sikap kalian terhadap mereka' (HR Ahmad, Nasa i, dan Tirmidzi)
Ibn Hajar: dinamakan tsaqalain karena agungnya derajat keduanya.


Dalam Al-Quran (42:23) disebutkan:
'A ku tidak meminta upah kepadamu atas seruanku, kecuali kecintaan kepada kerabat (al-Qurba)'. Ketika sahabat bertanya, siapakah Al-Qurba ? Rasulullah menjawab: Ahlil baitku

Siapakah Ahlul Bait Nabi SAW?

disini ada 2 kelompok besar dalam menafsirkannya:

a. Kalangan Ahlus-Sunah
Kalangan Ahlus-Sunah rata-rata memberi makna yang luas dan beragam, mulai dari Ali, Hasan, Husain dan keturunannya, hingga istri-i stri Nabi SAW, keluarga Ja'far, dan Keluarga Abas, serta Bani Abdul Muthalib dan Bani Hasyim.

b. Kalangan Syiah
Kalangan syiah (mayoritas) hanya memberi makna Ahlul Bait kepada 12 Imam, yaitu Ali, Hasan, Husain, dan 9 keturunan Husain.

Baik makna sempit atau luas, keduanya bermakna keluarga Nabi. Memang merekalah merupakan salah satu tonggak Islam dal am sejarah. Keluarga Nabi terkenal kesalihannya dan semangat dalam menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Termasuk di Indonesia, penyebar mula-mula Islam di Indonesia adalah keluarga Nabi.

Kepada para ahlil bait Nabi SAW inilah kita bershalawat dalam setiap shalat. 'Allahumma shali 'ala Muhammad, wa aali Muhammad...'. Kepada mereka pula kita seharusnya ci nta, hormat, dan mengikuti ajaran-ajarannya. Tidak perlu takut kita mengungkapkan kecintaan kepada ahlul bait Nabi, karena itu pesan Rasulullah SAW. Sehingga Imam Syafi'i berujar, 'Jika mencintai Ahl ul Bait disebut Rafidi (Syiah), ketahuilah bahwa saya seorang Rafidi'.

5. Menjaga nama baik Nabi SAW dan umatnya.
Kalau kita mencintai seseorang tentu kita tidak rela jika ora ng tersebut dicaci atau dijelek-jelekkan. Tetapi yang lebih tinggi lagi, kita berusaha menjaga nama baik dengan menjadi t eladan yang baik, sehingga kita ikut membawa nama baik orang yang kita cintai.

Begitu juga kita, tentu harus membela Nabi SAW, jika ada orang yang mencela Beliau. Namun ada yang lebih tinggi, yai tu menunjukkan kepada dunia bahwa umat Muhammad adalah umat yang mulia, berwib awa dan terhormat. Kalaupun tidak seperti umat Islam terdahulu, minimal tidak menjadi umat yang membawa nama buruk Nabi kita apalagi jika memalukan nama Beliau.

Kita tahu umat Islam terdahulu mampu merubah dari bangsa yang dilihat pun tidak oleh bangsa-bangsa lain, menjadi bangsa yang berdiri tegak, beradab bahkan menjadi puncak peradaban saat itu. Kini kita mendapati umat Rasulullah tidak dalam posisi mulia. Bangsa mayoritas muslim saat ini identik dengan bangsa miskin, bodoh, t idak tertib, dan yang paling memalukan... bangsa yang paling korup. Dari data statistik, 90% orang miskin ada di Asia & Afrika, banyak -kalau tidak kebanyakan- dari mereka adalah Muslim.

Padahal umat Islam terdahulu dikenal karena bersemangat baja, tertib, menjaga kehormatan, membela orang-orang lemah dan miskin, menjunjung tinggi ilmu dan menjaga kesucian diri dan harta. Kini harus kita akui bahwa kita harus belajar dari bangsa-bangsa lain, dan terutama nilai-nilai dasar kita dan contoh orang-orang terdahulu yang telah membawa nama baik umat Muhammad SAW.

Kita tentu senang dan bangga, jika Michael H Hart dalam buku yang terkenal menjadikan Nabi Muhammad SAW dalam urutan teratas daftar orang-ora ng yang paling berpengaruh dalam sejarah. Namun kita malu mendapati ban gsa-bangsa muslim terbesar seperti Indonesia, Pakistan, Ban glades adalah diantara bangsa-bangsa paling korup di dunia.

Kita tahu Rasulullah SAW adalah orang yang sangat cinta dan concern dengan umatnya, sehingga digambarkan Allah SWT:

'Sungguh telah datang kepada kalian seorang Rasul dari kaum k alian sendiri. Ia merasakan beratnya penderitaan kalian, sangat mendambakan (keimanan dan keselamatan) kalian, dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang beriman' (QS 9:128)

Begitu cintanya Rasul terhadap umatnya sehingga konon diantara ucapan terakhir bel iau adalah 'umatku... umatku..'. Entah bagaimana wajah kita jika ketemu Rasulullah, dan melaporkan 'Ya Rasulullah, kini umatmu sangat banyak, nomor 2 di dunia, lebih dari 800 juta. Ne gara terbesar umatmu adalah Indonesia, lebih dari 180 juta Muslim... Hanya saja, maafkan ya Rasulullah, bangsa ini banyak yang miskin, bodoh, tidak tertib, dan termasuk paling korup di dunia.....'. Entah baga imana pula, perasaan Rasulullah Mulia mendengar ini....
___________________________________________________

Di bulan Maulid yang mulia ini, marilah kita perdalam kecintaan kita kepada Nabi kita Muhammad Shalallahu Alaihi Wa alihi wasalam dengan mendendangkan lagi shalawat di rumah-rumah kita.

Mudah-mudahan dengan pernyataan cinta kita kepada Rasulullah SAW ini. Rasulullah menyahut : 'Engkau beserta orang yang engkau cintai'.

Amien...

*dipetik dari seorang Dai'e..Jazakallah Khairan Kaseeran..

Wednesday, February 1, 2012

Soal Jawab Ceramah di Masjid Shah Alam : UAI

Soal jwb UAI:

1. Orang laki2 takleh pakai perhiasan perempuan. rantai leher perempuan cthnya. "Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan." Sembahyang sah wlpn pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah (rantai emas tadi)ditulis dosa.

Pakai sebab sayang kat GF pun ada (haram):BF: U malam2 pakai baju apa?GF: I malam2 baju kelawar.BF: I kelawar jugak.

2. Apa hukum lelaki tangkap curi gambar perempuan?- Kalau gambar tu haram dilihat, maka gambarnya haram. Kalau publish expose kat public lak gambar tu dan memalukan dia, maka haram. Yang terbaik, kena minta izin tuan punya badan.

Perumpamaan perempuan oleh UAI:

"Org puang ni sama macam Lamborgini. Beli Lamborgini, gi Subang, tukar..buh side mirror Kancil. Org tanya, "Guaner tukar side mirror buh Kancil?" "Nak bagi nampak lawo." Takdok berlaku. Lamborgini semua molek, luar dalam semua lawa. Tak payah tukar pape dah. Orang puan macam tu gak, semua dah lawa, perfect Allah cipta." Perempuan itu aurat, bukan semua aurat tapi kebanyakkannya aurat. Yang mana2 amik gambar puang tak pakai tudung tu, henti2kanlah."

Orang puang dia pakai baju laki pun, orang geram tengok. Tu blm pakai baju perempuan.

3. Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat.- Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan dengan minta izin.

4. Saya kije syarikat isteri sy. Gaji 6000 sebulan. Tapi dia bagi 3K je kat saya, 3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut sy kawin sorang lagi. Apa hukum?- Jawabnya, jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain.

5. Sorang maknyah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik ke?- Tak wajib buat pembedahan semula- Tanggung akibat tak dapat kahwin dsb.- Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka perlu bedah balik.- Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka tak wajib buang.

6. Pegang tafsir Quran masa haid- Boleh.

7. Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain semayang di luar. Hukum?- Kalo masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Laki camana lak? Sama je. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.

8. Jika solat 5 waktu tidak cukup? Benarkah solat sunat tidak diterima?Ada tiga pendapat:- Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat.- hendaklah kita tunaikan solat2 fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. biar 5 fardhu jgn kurang.- diterima, sebab kita dah sembahyang.Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.

9. Apa hukum tak bayar tol?- Apa tujuan buat tol? Kalau buat tol utk memeras rakyat, takyah bayar. Kalau tujuan utk membiayai jalanraya, jadi wajib bayar melainkan keadaan darurat. Tol yg ada skang, utk maslahat org awam takleh nak beza, maka balik kepada hukum asal yakni kena bayar.

10. Jika isteri kuar tanpa izin, malaikat akan laknat sampai dia kembali semula rumah. Isteri kuar siasat suami ada skandal ke tak cari kebenaran (kemungkinan ada perempuan). Boleh ke?- Isteri keluar rumah tanpa izin tanpa darurat memang haram. kemungkinan takleh, dia boleh yang PASTI. kalau ada masalah, report kat QADI kejahatan suami spt tak bagi nafkah.

11. Saya photographer part-time. Sy upload gambar tak brtudung. Publish utk marketing je. Hukum?- Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat.

UAI: "Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam."

12. Jauh nak pulangkan al-Quran tempat jauh.- Mesti diwujudkan benda yg sama di tempat tu balik dengan harga yg sama (ganti dengan bank-in duit ke apa ke). Tak perlu pergi ke tempat jauh tu untuk pulangkan.

13. Suami jenis ungkit.- Tidak baik suami suka bangkit dan ungkit. bangkit boleh, tapi ketika isteri tu lalai utk keinsafan. Suami yang benar2 suami dia berani tukar nyawa dia kepada isteri dia.

UAI:"Rima tangkap bini, tok imam lawan tak ngn rima? sayang bini ke syg rima, kalau syg bini, lawan rima." UAI: "mmg dop lawan lah. rima tolong amik..alhamdulillah. boleh bini lain."

UAI: "Payah nak cari yg penyayang macam saya"

14. Jamak ke rumah mentua di Ganu. Umah di Putrajaya. Boleh ke jamak?- Kita boleh jamak bila musafir, Putrajaya - Tganu sebab bukan rumah kita. tak bermukim di situ.-3 hari dan kurang - musafir yg singgah. 4 hari dan ke atas - pemukim.

15. Boleh amik air wudhu' putus2? amik kat rumah, perabis di surau.- Sunat selesaikan segera amik wudhu'. Nabi SAW pernah amik wudhu' dua tempat.

16. Dapati suami org lain ada skandal dengan perempuan lain. So kena bgtau isteri dia ke tak yang dia skandal?UAI: jangan kabor kepada lawang, kabor kepada empunya diri. kita jumpa suami dia cakap ngn org puang. kita takleh kabor kat bini dia. kabor lah kat empunya diri. tanya dia utk tegur dan tahu perkara sebenar. jangan rosakkan rumahtangga orang.

17. Hukum doa fb.- Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza2. Tujuan insaf, dapat pahala. Tujuan nak nunjuk2, sia2 perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala.

18. Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram- perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.- suara ni ada dua hukum: suara aurat suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.- sebaiknya, perempuan jgn nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.

19. Mengata orang dalam berceramah.- Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak? Kalau yg Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )- "celakalah org yg tidak solat. celakalah org yg minum arak." - ada dalam nas- ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.- nasihat; benda yg lembut kita lembut, benda keras kena keras.- jgn sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah.

20. Hukum lelaki simpan rambut panjang:- Laki boleh rambut panjang jgn sampai nampak macam puang. org kata pompuang takleh.- Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh.- Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki.- Berambut panjang tidak salah.

21. Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?- Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.

22. Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?- Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak - pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram wlpn ayah dia bogel.- Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik2nya. Aib pada mayat jika org lain nampak aurat si mati.

23. Amalan diterima ke tak, menuduh hamba Allah wat benda buruk?- amalan yg tidak diterima doa, doa org yg makan yg haram.- kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yg menghalang doa diterima.

24. Terlepas rakaat: Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat? Tak dapat.

25. Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?- Sumpah dikira bila kata "Demi Allah." Cth:"Wallah, Tallah".- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah.- Dia boleh kahwin dengan org lain wlpn dah bersumpah atas nama Allah tp kena bayar kafarah bersumpah, bagi makan org miskin.- Iktibar lagu maher zain, "barakallahulakuma" utk ucap tahniah org kahwin. bukan kata, "moga kekal ke anak cucu."

26. Soalan terakhir. Bolehkah sy selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang2 dah mandi, baik mandi wajib.- Jwbnya: bid'ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. mandi2 ni perintah Allah, takleh nak main2. mandi wajib ada sebabnya tersendiri. niat bersuci macam biasa je lah (thaharah), dapat pahala.



|| ada seorang makcik cakap selepas majlis "terasa macam solat kat Masjidil Haram".. sangat gembira makcik tersebut..Alhamdulillah ||

susah senang bersama hingga ke syurga~♥



Ada page lain mengatakan bahawa pasangan ini seperti sedang berjalan di tepi pantai kerana berpelukan di pinggang dan bukannya di Tanah Suci, sedangkan realitinya cuba anda perhatikan bahawa lelaki tersebut hanya punya satu kaki dan wanita tersebut sedang memimpinnya untuk melakukan tawaf bersama-sama. Inilah ciri-ciri pasangan yang kita cari untuk ke syurga bersama~

------------------------

Allahurabbi..terharunya..sebak rasa...susah senang bersama hingga ke syurga~♥