i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Friday, February 3, 2012

Hayati: Surah Az Zalzalah




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

-----------------------

Peringatan demi peringatan telah tersedia pada Kalam SuciNya..sama2 bermuhasabah diri..Semoga sentiasa dalam keredhaanNya~Fi Amanillah..

No comments:

Post a Comment