i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Monday, May 2, 2011

Penyakit Keras Hati


BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM DAN ASSALAMMUALAIKUM SEMUA....

ALHAMDULILLAH...sebelum balik ni,sempat la membuat entry baru..ALHAMDULILLAH...

erm..tadi bukak "mukabuku a.k.a Facebook"..terlihat la Ustaz Azhar Idrus berkongsi mengenai PENYAKIT HATI..jadi..nak bubuh la kat sini supaya leh disebar-sebarkan...INSYALLAH...

--------------------------------------------------

PENYAKIT HATI KERAS

Orang berhati keras,sesungguhnya jauh daripada rahmat Allah. Sabda Rasulallah s.a.w bermaksud:

"Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah adalah mereka yang berhati keras." (Hadis riwayat At-Tarmizi)

Sesungguhnya hati manusia ini pelbagai wajah seperti pernah diutarakan ulama-ulama di mana mereka berpendapat hati terbahagi kepada 3 iaitu

1. Hati yang sihat dan selamat

iaitu hati yang selalu menerima, mencintai dan mendahulukan kebenaran. Pengetahuannya mengenai kebenaran benar-benar sempurna, juga selalu taat dan menerima sepenuhnya.

2. Hati yang keras

iaitu hati yang tidak menerima dan taat kepada kebenaran.

3. Hati yang sakit

jika penyakitnya sedang teruk, maka hatinya menjadi keras dan mati, jika ia mengalahkan penyakit hatinya, maka hatinya menjadi sihat dan selamat.

daripada ketiga-tiga wajah hati itu, apa yang perlu dimiliki orang Islam ialah sekeping hati sihat dan selamat. sebagai insan beriman dan cintakan Allah secara benar, maka sedaya upaya harus berusaha mengatasi hati keras dan mengubati hati yang sakit.

Jika dibiarkan, hati akan menghadapi beberapa perkara yang membinasakan iaitu memandang perkara buruk dan baik adalah sama saja atau mungkin mempercayai yang baik itulah mungkar dan yang mungkar itu baik, menjadikan hawa nafsu sebagai pedoman dan bsiikan syaitan sebagai penyuluh arah.

Hati diserang penyakit seumpamanya itu boleh dirawat dengan membaca al-Quran, mendalami maknanya dan mengamalkan ajarannya untuk menghidup dan melunakkan hati, selain menambah ilmu pengetahuan serta mebentuk akhlak terpuji.

Membaca al-Quran juga boleh menjana ingatan kepada Allah dan meneguhkan ketaqwaan. Inilah sebenarnya al-Quran diturunkan kepada manhusia.

Firman Allah bermaksud:

"Dan kami turunkan dari al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian." (Surah Al-Isra, ayat 82)

Jelas sekali selalu mengingati Allah boleh mengindahkan hati dan menenangkan perasaan. Berdasarkan pendapat Ibn Taimiyah, zikir itu penting bagi manusia, umpama betapa perlunya ikan kepada air.

Selanjutnya perlu ada keinsafan dalam hati bahawa diri sebagai hamba hina di sisi Allah. Rasa rendah diri, menjadikan ibadat dilakukan ikhlas, bersungguh-sungguh dan berkualiti.

Rasa rendah diri, menghindarkan daripada sikap sombong dan meyakini bahawa Allah yang Maha Besar dan Maha Agung. Orang yang sentiasa merendah diri, hatinya akan menjadi murni, tenang dan senang menerima hidayah serta mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah.

-------------------------------------------

Maka, ada 3 wajah hati..hati manakah milik saya dan anda-anda semua?? sama2 merenung,bukan termenung.....wallahua'lam.....

No comments:

Post a Comment