i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Saturday, April 9, 2011

RINDU MENURUT ISLAM


RINDU ( Al-'Isyq)

Rindu itu ialah CINTA YANG BERLEBIHAN, dan ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kerendahan hati. Rindu bukanlah sesuatu hal yang tercela dan keji, akan tetapi perlulah disertai dengan menjaga diri, kesucian dan kerendahan hati. seseorang yang ketika dia rindu, tetapi dia menjaga dirinya dengan tidak melakukan hal-hal yang haram menurut Islam, itu adalah dibolehkan. Dan seandainya rindu itu juga disembunyikan dari orang- orang, maka, pahalalah yang akan diperolehi. Menurut Ath-Thohawi di dalam kitab Haasyia'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi mengatakan bahawa dari GOLONGAN SYUHADA di akhirat adalah orang- orang yang MATI DALAM KERINDUAN dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan dari orang- orang mestipun rindu itu hadir dari perkara yang haram.

Seseorang yang merindui seseorang sehingga dia mati dan disembunyikan rasa itu dari orang lain, maka dia akan mendapat pahala syahid di akhirat kerana ianya menunjukkan bahawa dirinya memiliki sifat sabar. Dia memendam rasa rindu dan menyimpannya sendirian kerana dirinya menjaga kehormatan diri, mengikat hatinya,jiwanya,tubuh badannya dari dikuasai oleh rasa rindu.

di sini, saya share bersama 1 kisah antara Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahrah:

Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, Fatimah telah berterus terang dengan Saidina Ali akan sesuatu perkara, "Wahai Ali, sebelum aku menikahi engkau di Kota Mekah, ada seorang lelaki yang telah menjadi idola di hatiku. Aku sangat ingin kelak dia menjadi suamiku. Tapi semua itu aku simpan di dalam hatiku." kata Fatimah. "Kalau begitu, engkau menyesalkah mengahwini aku? Tanya Ali. "Tidak. Kerana pemuda itu adalah engkau." Jawab Fatimah


SUBHANALLAH...ALLAHURABBI..SEMOGA AKU MAMPU BERTAHAN..

"aku mencintai ALLAH,dan kerana itu aku kini sungguh takut untuk menyintai dan merindui kamu"

~KU INGINKAN AL-QURAN SEBAGAI MAHARKU~


2 comments: