i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Saturday, April 9, 2011

IKHTIKAF


BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

post before ni,saya bercerita pasal "RINDU"..
yela..bila rindu ni,mmg kdg2 gangguan syaitan ni mmg sangat dahsyat..
mcm2 cara syaitan goda kita supaya kita semakin rindu dan mengingati perkara2 yang boleh merosakkan hati..
jadi..saya mula mencari sesuatu untuk menenangkan diri..
sehingga timbul di dalam diri utk mencari apa itu ikhtikaf..

pernah dengar kn perkataan IKHTIKAF??
tp jarang sekali orang tahu apa pengertian sebenar IKHTIKAF..

IKHTIKAF bermaksud:

"Diam (berhenti) dalam masjid dengan niat dan cara tertentu, khususnya beribadat terutama pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Manakala jika seseorang itu duduk sahaja di dalam masjid tanpa berniat ikhtikaf, maka perbuatan tersebut tidaklah dikira ikhtikaf."

tujuan berikhtikaf adalah semata2 untuk mendapatkan ketengan jiwa. Dan berikhtikaflah setulusnya kerana ALLAH SUBHANAHU WATAALA dengan niat mendapatkan ketenangan,INSYALLAH,ALLAH akan mengurniakan ketenangan jiwa utk menghadapi hidup ini.

Tetapi,sebelum melangkahkan kaki ke masjid untuk berikhtikaf, hendaklah seseorang itu mempersiapakn diri zahir dan batin dengan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ALLAH TAALA. Kemudian, barulah menuju ke RUMAH ALLAH dengan berniat ikhtikaf dan melakukan amalan2 yang sangat baik seperti bersolat, berzikir, bertahlil, berdoa, mengaji dan sebagainya. Beginilah caranya melatih diri mengingati ALLAH SUBHANAHU WATAALA..

Dan,amalan berikhtikaf yang sunat dilakukan adalah pada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan kerana ketika itu,sangat tinggi nilainya dan besar ganjarannya di sisi ALLAH TAALA sebagaimana hadis Nabi Muhammad S.A.W maksudnya:

"Dari Aisyah R.A berkata: Bahawasanya Rasulullah beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya.

ALLAH..INDAH KAN SEANDAINYA JIWA INI SENTIASA MENGINGATI ALLAH..TENTU SEKALI BANYAK MANFAAT DAN HIKMAH YANG AKAN KITA PEROLEHI..NIKMAT YANG ALLAH BERI...KETENANGAN FIKIRAN DAN JIWAN, MENDIDIK DIRI KE ARAH YANG BAIK,MUHASABAH DIRI,MENINGKATKAN IMAN DAN TAQWA SETERUSNYA MENDEKATKAN DIRI KITA KEPADA PENCIPTA TERULUNG IAITU ALLAH S.W.T..ALLAHUAKBAR...

Terdapat juga dua jenis ikhtikaf iaitu yang SUNAT dan WAJIB. Yang sunat ini adalah waktu secara sukarela pada bila bila masa dan sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan. Manakala WAJIB beriktikaf seandainya seseorang itu bernazar (janji) seperti: "Kalau ALLAH SWT menyembuhkan penyakitku ini, maka aku akan beriktikaf." begitulah..wallahua'lam..

dan tentu sekali terdapat RUKUN dalam beriktikaf iaitu:
  1. berniat
  2. berdiam di masjid

juga terdapat hal hal yang mebatalkan ikhtikaf iaitu:

1. meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan walaupun sebentar (meninggalkan rukun ikhtikaf iaitu berdiam di masjid)
2. murtad (keluar agama Islam)
3. hilangnya akal kerana gila dan mabuk
4. haid atau nifas
5. berjimak (bersetubuh, akan tetapi tidak apa-apa sekiranya memegang isteri tanpa syahwat sebagaimana dilakukan Nabi dengan isteri2nya)
5. solat jumaat (beriktikaf di surau yang tidak digunakan orang untuk solat jumaat)

dan hal hal yang dibolehkan bagi mutakif (orang yang beriktikaf) adalah:

1. keluar dari tempat ikhtikaf untuk menghantar isteri sebagaimana dilakukan oleh Nabi kepada isterinya Sofiyah
2. menyisir dan mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh dari kotoran dan bau badan
3. keluar dari tempat ikhtikaf dengan sebab keperluan seperti membuang air,makan (seandainya tiada yang menghantarkan makanan) dan sesuatu yang tidak mugkin dilakukan di masjid, tetapi ia harus kembali setelah menyelesaikan keperluannya
4. makan, minum, dan tidur dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid.

ALLAH..SEMAKIN BANYAK KITA KAJI DAN BELAJAR, KETAHUILAH BAHAWA SEBENARNYA SEMAKIN LEMAHNYA DIRI KITA, SEMAKIN BANYAK SEBENARNYA YANG SAYA TIDAK KETAHUI..

ALLAH..RENDAHNYA DIRI...SEMOGA SEGALA ILMU YANG KITA PEROLEH, DAPAT DIKONGSI BERSAMA..WALLAHUA'LAM...


No comments:

Post a Comment