i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Saturday, April 9, 2011

aku inginkan suami yang kuat cemburu...


(^_^)
assalammaualikum smua..
hihi..ewah...npk x tjuk entry baru..hehe..
nmpak cm gatai sgt ke?
hehe..x kn..
ade motip ni tulis sal suami..
eh silap..bakal suami...
insyallah,seandainya diizinkan ALLAH akan bersuamilah saya..
semuanya saya akan serahkan kpd KEKASIH TERAGUNG..
DIA YANG MAHA MENGETAHUI..

erm..agak2 nape saya nk suami yg kuat cemburu??
kerana...cemburu itu adalah perlu bagi mengelakkan "dayus"
apa itu dayus??

Dayus menurut sabda Nabi Muhammad S.A.W :

"Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : "Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila2 iaitu SI DAYUS, si wanita yg menyerupai lelaki dan org yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham yang ketagih arak, tetapi apakah DAYUS?, berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPEDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK2NYA)

jadi..menurut hadis di atas, maka faham la kita bahawa DAYUS adalah suami atau bapa yang langsung tidak risau dan endah dengan siapa isteri dan anaknya bertemu dan bersama.

hukum DAYUS adalah berdosa besar menurut ulama:

"ALLAH telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana wajiblah dipisahkan suami itu dan isterinya dan diharamkan bergaul dengannya ) (Matalib uli nuha, 5/320)

walaupun fatwa ini tidak dipakai secara meluas, tetapi sudah jelas menunjukkan tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan ini.

dan tentu sekali CEMBURU adalah dituntut di dalam islam

Makanya...SILALAH CEMBURU yek..kerana ianya dituntut dalam ISLAM..ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu kerana yela...memang benar cemburu buta itu menyusahkan sehinggakan suami tiba2 bertukar menjadi "DETEKTIF CONAN" utk mengkaji kes isteri ni..hehe..JANGAN SEKALI2 MARAH yek puan2 isteri..sememangnya encik suami sungguh menyintai dan menyayangi anda..ALHAMDULILLAH....jgn pula merasakan suami tidak mempercayai anda..sebab....CEMBURU ITU TANDANYA SAYANG~(^_^)

dan bergembiralah wahai encik suami kerana memperolehi isteri solehah kerana suami tidak akan mengalami kesukaran untuk mengelakkan dirinya terjerumus ke lembah kedayusan...dan Nabi bersabda:

Dari tanda kebahagiaan anak Adam adalah memperolehi wanita solehah (isteri dan anak) (Riwayat Ahmad)

-----------------------------

ada 1 kisah semasa zaman Nabi iaitu:

Berkata Ubadah bin Somit r.a: "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi kata2 Sa'ad tadi, lalu nabi berkata :" Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad? Demi ALLAH, aku lebih kuat cemburu berbandingnya. malah ALLAH lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan ALLAH itulah maka diharamkan perkata keji yang ternyata dan tersembunyi..." (Riwayat Al Bukhari & Muslim)

ha..nmpak ? betapa Allah dan RasulNya inginkan suami dan ayah yang "kuat cemburu" supaya terjagalah isteri dan anak2nya..

so...saya sangat ingin2kan seorang suami yang kuat cemburu...
kerana, saya sama sekali tidak mahu suami saya termasuk di dalam golongan lelaki dayus dan dihumban ke api neraka..

"YA ALLAH YA TUHANKU..KAU PERTEMUKANLAH AKU JODOH YANG TAHU TENTANGMU DAN AGAMAMU YA ALLAH..AGAR TERLINDUNG KAMI DARI SEKSAAN API NERAKA...AMIN..."

No comments:

Post a Comment