i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Thursday, March 31, 2011

AMANAH


ASSALAMMUALAIKUM..
HARI INI SAYA NK CERITA PASAL AMANAH
MESTI XRAMAI YG TAHU PASAL KONSEP AMANAH DLM ISLAM KN?
ERM..SAMA LA DGN SAYA..
BANYAK YANG SAYA XTAHU..
TP ALHAMDULILLAH..ADA SAHABAT YANG SELALU MENGINGATKAN TENTANG AMANAH..
PADA AWALNYA AGAK CONFIUS JUGAK BILA SAHABAT ITU SELALU CKP YANG..
"KENA MAKAN, KALAU TAK T KT AKHIRAT AKAN DI SOAL KENAPA XMKN.."

HA..NMPK X PRIHATINNYA SAHABAT SAYA 2? ^_^
ALHAMDULILLAH..
BILA DIA MENGINGATKAN SAYA,MAKA SAYA AKAN INGT DAN SAYA AKAN MAKAN DAN MENJAGA TUBUH BADAN DGN BAIK..INSYALLAH..

ERM..AGAK2 DPT KAITKAN X KONSEP AMANAH DGN MAKAN??
OK..

AMANAH DARI SEGI BAHASA BERMAKSUD TENTERAM,AMAN,SELAMAT DAN HARMONI..
DAN DARI SUDUT LAIN IANYA BERERTI MENGHARGAI KEPERCAYAAN ORANG LAIN TERHADAP DIRI SESEORANG DGN MELAKSANAKAN TUNTUTAN YANG TERDAPAT DLM KEPERCAYAAN ITU..

JADI..SEBAGAI SEORANG MANUSIA DAN KHALIFAH..AMANAH 2 ADALAH SESUATU YANG DITUNTUT DAN SEHARUSNYA KITA PERLU AMANAH DLM MELAKUKAN SESUATU..

Sepertimana firmanNYA bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RsulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya)

amanah juga terbahagi kepada 3 iaitu AMANAH KEPADA ALLAH DAN RASUL, AMANAH TERHADAP DIRI SENDIRI DAN AMANAH TERHADAP MASYARAKAT DAN PERKHIDMATAN

AMANAH KEPADA ALLAH DAN RASUL

firman ALLAH dalam surah Al-Anfal :27 bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RsulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).

oleh yang demikian, menjalankan suruhan dan menjauhi laranganNYA adalah satu amanah..
tanggungjawab manusia sbg khalifah pula ialah menbangun, memakmur dan melaksanakan islah di bumi ini mengikut kehendak dan tuntutan yang terkandung dalam syariat dan ajaranNya sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW..

AMANAH TERHADAP DIRI SENDIRI

Manusia dan segala anggotanya menjadi amanah Allah SWT. Akal, mata, telinga, kaki, tangan dan lain-lain anggota merupakan amanah Allah. Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Menjaga kebersihan , kesihatan diri dan memberikan hak-hak anggota tubuh badan merupakan sebahagian daripada amanah terhadap diri yang telah ditetapkan oleh Islam.

Ha..ini lah tadi yang saya cakapkan pasal makan td..ia adalah sebahagian dari amanah yang perlu kita lakukan..makan utk menjaga kesihatan badan, mandi untuk kebersihan dan macam2 lagi..so, sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini, kita perlu sentiasa amanah dari pelbagai aspek rohani atau pun jasmani.. ^_^

seterusnya adalah...

AMANAH TERHADAP MASYARAKAT DAN PERKHIDMATAN


Manusia merupakan makhluk bermasyarakat yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain. Tiada sesiapapun yang dapat memenuhi semua keperluannya tanpa pengantungan kepada orang lain..
sebagai contoh di sini,murid2 memerlukan guru, peniaga memerlukan penternak,petani dan pelanggan..

ha..nmpk x kebergantungan hidup bermasyarakat??
tiada siapa yg mampu hidup bersendirian kerana makhluk itu hidup bermasyarakat..
Setiap orang memerlukan perkhidmatan orang lain dan setiap yang dimiliki oleh seseorang bukanlah pemilikan yang mutlak, tetapi menjadi amanah yang terpaksa diserahkan kepada orang lain apabila tiba masanya. Penyerahan yang berlaku itu merupakan perkhidmatan dalam hubungan kemasyarakatan dan kehidupan yang memerlukan pergantungan antara satu dengan yang lain.
Apabila pergantungan itu diterjemahkan kepada perkhidmatan, bermakna setiap orang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan kepada yang lain mengikut susunan dan kepentingan yang ditetapkan dalam kehidupan bermasyarakat. Perkhidmatan yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas dalam hubungan manusia bermasyarakat merupakan penghayatan amanah yang besar ertinya dalam hidup dan penghayatan beragama..
Masyarakat bermula dengan perhubungan dan komunikasi antara manusia. Perhubungan dan komunikasi yang membentuk keluarga, kelompok, unit-unit masyarakat dan seterusnya ummah, bangsa dan negara..

so..in a conclusion(hehe..)
AMANAH!!
NAK DPT REDHA ALLAH X??
HA..SO..BERFIKIRLAH SESUATU DGN CARA YANG BAIK..
SETELAH MEMIKUL SESUATU TANGGUNGJAWAB,MAKA SEMAKIN BERAT AMANAH YANG DIPIKUL..
SO..PNDAI2 LA YEK ^_^)

oh yek..nk share 1 cerita menarik..

Saidina Umar bin Abdul AziZ merupakan salah seorang khalifah kerajaan Bani Umayyah yg sgt terkenal dgn sifat amanahnya. maka, berlakulah satu malam di mana sedang beliau menyiapkan tugasan rasmi di bilik istana, anaknya masuk untuk membincangkan perihal urusan keluarga. setelah anaknya itu duduk, Saidina Umar terus memadamkan lampu di atas mejanya sehinggakan keadaan di dalam bilik tersebut menjadi gelap gelita..maka..anaknya pun bertanya.

"Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik berbincang di bawah cahaya lampu yang terang?

ha..nk tau x apa Saidina Umar jawab?? Saidina Umar menjawab, "Benar katamu wahai anakku, tp engkau ingt, lampu yg sedang ayahnda gunakan untuk bekerja sebentar tadi adalah kepunyaan Kerajaan, minyak yang digunakan itu dibeli dgn wang Kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga"

Lalu, Saidina Umar pun menyuruh pelayannya supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya seraya berkata kepada puteranya tercinta:

"Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita. minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa yang anaknda hendak bincangkn dengan ayahnda..

MASYALLAH..
sungguh benar AMANAHnya Saidina Umar kn..
Malu x kalau x AMANAH??
jadi..sbg khalifah di muka bumi ini..seharusnya kita mengkaji konsep amanah dan berjuang utk amanah dlm setiap tindak tanduk kita..
wallahua'lam..

~SEMOGA MENDAPAT BARAKAH~

No comments:

Post a Comment