i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Friday, September 16, 2011

Salam dari kejauhan~♥

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

Alhamdulillah..diberikan kekuatan utk terus mencoret..cumanya..arini,ana sekadar ingin mengungkapkan kerinduan yang tinggi buat keluarga ana di Batu Pahat..

aritu, ade janji dgn adik ana yg kecik 2 nk bubuh blog pasal dia..tp bila dok pikir2 balik cm "motipp" sgt nk buat entry psl dia sorg jek kn.kn..hehe..so..let me introduce my family~ ^_^



ini adalah mak n abah..yg pompuan 2 mak,yg laki 2 abah..hihi..besar dah dieorg dua ni..kawen pon mse 2 dh besar..umur mak kalau xsilap dlm 20 kot...very sweet taw mak n abah ni..kalau abah kuar umh xbagitau mak,t mak merajuk..hihi..merajuk dpn anak2 plak 2..ish..xpatut2...n abah ni akan layan smua prtanyaan mak..kdg2 cian gak kt abah,tp nk wt cmne..mak mmg suka bertanya..so,byk la soalan2 yg kuar dr mulut mak..n abah steady jek lyn...kdg2 mak tye pasal jenis2 kereta yg lalu lalang kt jalan nu,kdg2 mak tye bnda2 zmn skang ni la..sbb mak ana ni xbrpe "canggih" sgt..kalau nk tekan butang "call" kt hp pon kne ajar dlu n skang mak dh pndai dh~!! ^_^ n pernah kn,mse 2 g spital lawat along excident, mak n abah ni syok jln dua kt depan smpai lupe anak2 dok blkg..so,kami pon smbunyik ramai2..ha..baru gabra nk crik anak2 yg "hilang"..hihi...



dan ini adalah gambar 4orang adik beradik dr yg 1st smpai no 4..yg 1st adalah AZLIZA SAHMAN atau kami pggil along jek..n no 2 plak adalah ASRUL SAHMAN n pggil erul..lepas abg no 2 ni no 3 la kn..(memang la..)..nama yg ke 3 ni AZMIL SAHMAN..kalau dlu kecik2 asik "malang" n accident jek smpai tukar nama "SELAMAT"..pastu SELAMAT jek...haha..pas dh besar ni pggil la azmil balik..n org2 kg pggil JEMEK..n no 4 plak..JENG3!! hihi..namanya AZILA SAHMAN..pggilan azila,zila..erm..semua yg ni dh keje dh..along suri rumah tangga half time sbb dia jual2 on9 mcm jam,kuih raya,mcm2 la..yg erul plak kerani n azmil 2 keje streamyx..kalau nk oder steamyx leh call2 dia ea..hihi..n yg no 4 tu still blja lg..duk UPSI semester 8..Insya'Allah,cepat atau lmbt dia akan mnjadi seorang guru..semoga dipermudahkan..



ha..yg atas ni plak anak2 no 5 smpai la 8..pahtu xde dh..sumber yg mmberanakkan 2 dh xmmpu dijana lg..huhu..Allah kurniakan mak n abah 8 org anak..n yg no 5 adalah ASRINA SAHMAN,yg pkai spek 2..dia blja kt mktb batu pht amik kos pendidikan khas.. Insya'Allah ikut jejak ana la jd cikgu..xpsti la spe yg posting dlu..seterusnya adalah HASLINDA SAHMAN (dia sorg jek nama start H),still blja kt Form 6..dia nk smbung msuk U pas SPM,tp kami x bg..n ade sbb nye..kami suh dia blja Form 6 jek..n prktikum aritu,ana la yg mngajar kelas adik ana utk subjek Pengajian AM..(ngajo adik sndiri lg dhsyat taw..asik gaduh jek dlm kls..hihi)..kalau yg lelaki sorg 2 adalah anak llki terakhir yg diberi nama AZIZUL SAHMAN..orgnya xbrpe nk tinggi..blja lg kt sekolah Sains kt kluang..cita2 nk jd doktor sbb dia ckp,akak2 dia dh jd cikgu,jd dia nk pelbagaikan..senang t kalau mak sakit,leh anta kt dia jek..huhu..n yg last skali adalah yg pling suci skli wajahnya iaitu AZIRA SAHMAN..ha..yg ni mmg mnja sgt ni..blja kt dato onn,ting.3..

adik beradik ana ni lbih kurang sme jek prgainya (ade la brbeza kn..) tp mmg kalau kuar sme2 2 mmg org leh cam la adik brdik (1 mesin photostat kn)..smua happening2,kelakar..kalau duk kumpul ramai2 2 mmg gelak jek keje kami..lg2 abg2 ana n adik prmpuan yg ting.6 tu...mmg kelakar dieorg ni...ana pon xtahu mne idea kelakar dierg ni dtg..huhu..n yg pling2 sensitif dlm kluarga adalah jeng3...hihi..no 1) CIK AZILA (ana la..) no 2.PUAN AZLIZA, n no. 3 adik yg bongsu,AZIRA..ha..yg 3 org ni mmg pantang..sikit2 mmg ngis jek..n yg lain 2 cm cool sket la dr kami..hihi..

n along dh kawen dah..dpt org jauh...(hahah) kawen gan org batu pahat jugak..namanya FIRDAUS TAJALDIN..skang dieorg duk Subang anak beranak..ha..ni wajah along n suami dia...



comel kn dieorg dua ni..sama2 padan..Alhamdulillah..n dieorg dua ni dikurniakan anak2 yg comel2 belaka..sorg pompuanj,sorg lelaki..trademark nama anak dierg "ADA" tau x ape itu "ADA"..

kiranya pangkal huruf anak dierg dua ni A-D-A..yg 1st Airis Dinnie Arissa..n kedua Aqeef Danny Asyraf..nama2 yg mmbawa mksud yg baik n semoga peribadinya apabil dewasa t pon baik seindah namanya..Insya'Allah..mudah2an..



ha...comel kn?hehe..kalau arissa pggil ana CIK ILA,kalau Aqeef,ana biasakan pggil ana UMI..prektis kn..hihi..

apa2 pon..skang ni,ana sgt2 merindui keluarga ana..dr kejauhan,semoga semuanya sihat dgn rahmat dan redha dr Allah..semoga dikuatkn iman buat keluarga ana, semoga sentiasa memperbaiki diri,akhlak n pling2 utama adalah berusaha mengejar redha Allah..hidup ini tiada makna tanpa rahmat dan redha dr Allah..doa ana Insya'Allah sntiasa ada buat kalian..

salam syg dr anaknda...(eceh~!! baru seminggu duk jauh..ngade kn..hihi..)

as salam...^_^

Wednesday, September 14, 2011

Istikharah Cinta~♥

Bismillahhirrahmannirrahim..Assalammualaikum cinta2 Ilahi sekalian..

sekali lagi Allah hadirkn kesempatan utk ana bermuhasabah dan mengajak sekalian sahabat2 turut hadir dlm slot muhasabah diri utk ari ini...Alhamdulillah..

Baiklah..semua orang pernah mendengar atau membaca istilah "istikharah" bukan?

Tentu saja antum2 semua directly terfikir pasal jodoh,cinta kalau menyebut berkenaan dgn ISTIKHARAH..

kenapa??cer cite..cer cite..(huhu..)



Sabda Baginda: Jika salah seorang daripada kamu berkeinginan untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat di luar solat wajib. (Riwayat Bukhari)

Baiklah...Istikharah bermaksud meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan..


Sebenarnya, d dlm Islam, bukan hal berkenaan jodoh atau cinta sahaja yang kita istikharahkan..tetapi, dlm semua hal..seperti nk memilih ke U mana, nk g smbung belaja kt mana..mcm2 la..

dan tidak semestinya hanya melalui mimpi sahaja kita akan dpt lihat hasilnya,tetapi dlm pelbagai cara..Allah itu Maha Bijaksana, Dia lebih tahu akan sesuatu hal daripada kita ni..SUBHANALLAH...

dan berkenaan dgn ISTIKHARAH CINTA ini,ana ada 1 kisah yg mana diceritakan oleh sahabat ana kt UPSI ni..

smlm,hbis solat isyak,hujan sgt lebat..so,ramai la jemaah yg stay kt surau 2..sedang nk kuar 2 trlihat la sahabat2 perjuangan..n soalan CEPUK MAS yg terpncul dr mulut depa xlain adalah..(jeng3~!!)


"azila,ape cite??bila nk kawen??"


adess~!! cm bg kejutan elektrik kt ana kn dieorg ni..erm..almaklum la.tua dh ana ni..dh 22thn stgh (xnk ngaku 23..huhu..)dan ana dgn senyuman manis ni ilek jela kn..

"eh..xdela..lama lg..jodoh xsmpai lg..masih dlm kerahsiaan...lgpon,sape la nk kt saya ni...(wah..cm syahdu jek ayat ana bg)"

lalu..shbt ana 2 pon bg tazkirah la skit kt ana..ade la dkt stgh jam gitu berkenaan istikharah tntg jodoh..

______________________________________________________

"katanya,dia memiliki seorg shbt yg mana telah melakukan solat istikharah sejak dari tingkatan 4 lg..smpai la msuk U,sahabtnya itu telah bertunang..namun,dgn takdir Allah dan sygnya Allah kpd tunangnya itu, sampailah ajal tunangnya itu..lalu berduka sahabtnya itu..tetapi, dia terus2an beristikharah dan memohon petunjuk Allah..entah bagaimana,d dlm blognya, ada seorg muslim yg menegur tentang kesilapannya meletakkan hadith tntg siapa periwayat hadith tersebut..dgn kuasa Allah Yang Maha Besar, lelaki itu bertanyakan tntg alamat umh sahabat tersebut,dan dgn mudah sahabatnya itu memberi alamat umahnya kpd lelaki tersebut..wallahua'lam kenapa dia bertindak sedemikian..namu, hatinya sungguh tertarik dgn lelaki tersebut walaupun tidak pernah melihat wajah sebenarnya..dan dgn izin Allah, ada 1 rombongan meminang dtg ke umahnya utk dirinya disunting...SUBHANALLAH..Keluarga lelaki itu smpai ke umahnya dgn niat utk menikahkannya dgn lelaki yg d blog itu...lelaki itu sedang meneruskn pengajian di Jordan dan hanya menunjukkan "sampel" wajah lelaki itu menerusi adik lelaki itu..lebih kurang sama la wajahnya...(huhu) dan Alhamdulillah..mereka telah berkahwin dan berbahagia hingga ke hari ini...SUBHANALLAH..."

_____________________________________________________

Jadi,beristikharahlah dari sekarang..kita tidak tahu doa siapa, doa yg mana Allah akan makbulkan..seandainya pengharapan dan doa itu hanya tertumpu kepada Allah,maka akan ada ganjaran buat kita..semoga kita semua dipermudahkan segala urusan...




*JADIKANLAH HATIMU SEBAGAI SAHABAT BAGI ANGGOTA TUBUH BADANMU~~♥

Tuesday, September 13, 2011

CANTUM NAMA LELAKI DAN PEREMPUAN..

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t...

Salam siang (ewah..cm sinetron plak..huhu)

Baiklah..ana xkn panjang lebarkan intro..ana cuma mahu berkongsi sesuatu kpd semua sahabat2 ana..semoga mendapat manfaat dan ada perubahan...Insya'Allah...



(contoh cantum nama NICKKHUN + VICTORIA =KHUNTORIA)

Mengenai isu cantum nama antara lelaki dan perempuan, lebih2 lagi yang bukan muhrim kini nampak cm dh terhangat di pasaran..kn?

contoh:
nama pakwenya ALI..dan nama wanitanya TIMAH..maka,nk nmpk cm suweet dia jadikan la ALIMAH..


maka,org2 akan memanggil mereka dgn gelaran itu iaitu "ALIMAH" utk diagung2kn dan seolah2 merekalah pasangan paling hebat di dunia..

pernahkah kalian mendengar kisah2 terdahulu pada zaman kegemilangan Islam kepimpinan Rasulullah bahawa ada umatnya yg mencantum2kn nama sedemikian??tidak ada bukan...

ana telah bertanya kepada beberapa ustaz dan hukumnya adalah tidak boleh dan HARAM walaupun maksud hasil percantuman nama itu membawa maksud yang baik..ianya dikira ZINA dan boleh menimbulkan fitnah...Nauzubillah...lebih2 lagi nama itu digunapakai bagi menggantikan nama mereka..sebagai contoh di laman sesawang mcm FB,TWITTER waima BLOG sendiri ana tgk ramai bubuh nama hasil cantuman "percintaan" mereka..terutama student yg ana kasihi..Allahurabbi...

pernahkan kalian mendengar sunah nabi yang bermaksud:

Dari Ibnu Umar ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari kaum itu." (HR Abu Daud dan Ibnu Hibbab menshahihkannya).

dan "gejala" mencantumkan nama ini adalah budaya yang dibawa oleh orang2 Barat..maka, kaum manakah yg kalian ikutkn??cer pikir balik...

sebagaimana yg kita semua tahu,ketika di akhirat kelak,Allah akan memanggil nama sebenar kita utk dihisab..lalu?jika kita menggunakan nama lain selain nama kita, agak2 apa yg akan berlaku?? Nauzubillah..mungkin kita tidak akan menyahut panggilan Allah,maka derhakalah kita...Astaghfirullah al azim...Nauzubillah...

dan terima kasih kpd sahabat ana yg pernah menegur ana berkenaan hal2 sebegini.. semoga kita semua dipelihara olehNya dgn menerima teguran secara terbuka..wallahua'lam bissawab...



yang "sweet" itu adalah selepas halalnya sebuah perhubungan~♥

Monday, September 12, 2011

ANDAI AKU DI SISI-MU TUHAN..: Nama Syaitan dalam Al-fatihah jika tak dibaca betu...

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

kali ni,ana xtahu nk post psl ape..tp bila berkunjung ke blog sahabat ana ini,ana menjumpai sesuatu yg sgt berharga..

dijemput baca yek..n syukran ukhti aini..moga mendapat manfaat...jazakallah khairan..Fi Amanillah...^_~


ANDAI AKU DI SISI-MU TUHAN..: Nama Syaitan dalam Al-fatihah jika tak dibaca betu...: Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah Assalamualaikum Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaann...

Saturday, September 10, 2011

CINTA ANA~♥

Bismillahirrahmannirrahmin..Assalammualaikum w.b.t..

erm..mcm dh lewat kn ana taip entry baru..Alhamdulillah...kelapangan yg sgt2 utk ari ini..jadi,bila ada ilham yg Allah anugerahkan utk mencoret bait2 dakwah, Insya'Allah ana curahkan..semuaNya kerana Allah...



Baiklah..tahu x apa itu cinta??

pada ana,cinta itu adalah suatu rasa yang tidak kelihatan..ianya tersimpan elok di suatu sudut di dalam hati setiap insan..semua orang inginkn cinta termasuklah kanak2 yg hanya sekecil tapak tangan ketika dilahirkan..pengertian cinta itu tertakhluk kepada hati yang merasai cinta..jika ianya diletakkan benar2 kepada yang "benar", maka benarlah cinta itu...tetapi..jangan disangka cinta yang menyeronokkan yang membuatkan hati melayang, wajahnya terbayang2 itu adalah cinta yang benar..kerana cinta yang SEBENAR2NYA adalah LAYAK hanya utk PENCIPTA CINTA...kerana itu DIA menjadikan CINTA itu sebagai FITRAH manusia...SUBHANALLAH...




tersenyum ana menaip erti cinta..kenapa?? kerana hati ini sememangnya sedang merasai cinta..cinta kepada Allah,Rasulullah,Ibu Bapa,keluarga,guru2,Sahabat2,pelajar2 ana yang juga tulus mencintai ana...dan setulusnya diri ini sedang bersiap utk menanti cinta kepada PENCINTA PENCIPTA yang KHAS tercipta indah buat ana..

tetapi..kenapa kadang kala ada yang berduka kerana cinta??

erm..bagi ana, seandainya seseorang meletakkan cinta bukan pd tempatnya, maka ianya memang salah..contohnya, kita merasakan dia adalah tercipta buat kita, walhal tiada lagi ikatan..kalau ade ikatan pun, mungkin sekadar "Admire","BF/GF"..erm..mcm2 la.. itu boleh dikira sebagai "zALIM" kepada diri sendiri kerana perkataan zalim itu sendiri membawa maksud "sesuatu yang diletakkan bukan pada tempatnya.." lalu, hati kamu terluka..dan kamu menyalahkan takdir yang telah ditetapkan buat kamu...benar bukan??

Di dalam sebuah perkahwinan,ada laluan dan cabaran yg telah Allah tetapkan..jadi..apa bezanya dgn yg belum berkhwin, tp dh pndai nk bercinta?? so..salah siapa?? bila hati terasa sakit disebabkan cinta kpd makhluk, jiwa menjadi sangat kecewa..airmata xberhenti mengalir hanya semata2 cinta..jiwa, fikiran bercelaru memikirkan dia..dia dan dia..erm...

sakit kn??

tetapi..indahnya jika kita, meletakkan cinta kpd yg HAK iaitu ALLAH..kerana...hanya kerana DIA jua kita akan memperolehi CINTA..Bila cinta itu tersimpan rapi, rindu itu dibalut indah buat "si dia", pasti Allah akan memberikan ganjaran dan kemanisan yg lebih indah buat kita..sebagaimana seorang wanita itu menjaga dirinya sebelum berkahwin, membuat persiapan yg sebenar2nya buat pasangannya..pasti...suatu hari..bila takdir itu terjadi...si suami tentu tersenyum melihat si isteri yg cukup2 bermakna diciptakan buatnya...indah kn? SUBHANALLAH..



bagi yg menyukai atau meminati seseorang di dalam diam..teruskanlah berdiam.. ada hikmah disebalik diam itu..dan ada kemanisan di setiap rindu itu...dan ana...bila ana merindui seseorang..ana akan mencuba sehabis mungkin berjuang utk tidak meluah.. dan ana akan sedekahkan al-Fatihah buat dia..agar dia sentiasa di bawah rahmat dan keredhaan ILLAHI..ana xmampu menjadi pendampingnya yg membalut lukanya kini,yang sentiasa membuatnya tertawa...berkongsi rasa...dan utk sama2 melakar doa di setiap sajadah cinta demi rahmat dan redha Tuhan Yang Maha Kuasa...dan seandainya bukan dia yg diciptakan buat ana..ana mohon dgn sgt agar Allah meletakkan kami dalam kalangan orang2 yang sentiasa sabar dan redha di atas setiap ketentuannya...wallahua'lam bissawab...as salam..

khas buat student ana : bermohonlah kepada Allah...Allah pasti ada jawapan di setiap sesuatu yang diberikan kepada hambaNya...wallahua'lam bissawab...

Friday, September 9, 2011

Isteri Solehah~♥

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

Alhamdulillah..diberi kesempatan seterusnya oleh Allah untuk terus melakar bicara di persidangan NUR HIDAYAH ini (blog ana la..huhu)

erm..arini ana byk diundang secara on9 d FB akan jemutan pernikahan, sambut menantu, pertunangan...erm..banyak sgt..cm nk jeleskan ana jek..hihi..xdela gurau deh..lama lagi ana nk menjurus ke arah itu..masih banyak yang perlu ana gilap dan bersihkan dari diri ana sebelum digelar seorang isteri..

erm..baiklah..byk sgt ana ni merepek..kita go to the topic oke..



----------------------------------------------

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

♥Pertama dan kedua:
berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

♥Ketiga dan keempat:
memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

♥Kelima dan keenam:
memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

♥Ketujuh dan kelapan:
menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

♥Kesembilan dan kesepuluh:
jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

♥Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

♥Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

♥Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”


-------------------------------------

ha..baca dh?makanya..bagi isteri2 yg ade FB tu,kurangkan la yek..bukan xleh nk on9,tp..berpada2 la..kalau suami xsuka,so..xpyh la buat FB 2..cian kt suami..dan cdgn ana..BUANG JEK LAPTOP..so..xdela FB, blog mngarut2 2..hehe..kalau blog pon kne mintak izin la gan suami..

biar kita menjadi tulang belakang perjuangan suami..sebabnya..perjuangan atau jihad isteri kepada suami di rumah adalah sama nilainya dgn jihad suami di medan dakwah/ perang..wallahua'lam bissawab~as salam..

Marhaban ke Meraban??

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t...

apa khabar kalian wahai sahabat2 ana pada hari ini?Adakah ari ini lebih baik dari semalam atau sebaliknya?ha..check balik yek sahabat2..jadikan peningkatan hidup kita semakin hari semakin baik...peringatan juga utk diri ana yek..



erm..baiklah..ade sape2 x pernah pergi MARHABAN?? Sila angkat tgn yek kalau ade..ohw..ramai angkat tgn..ha...awk!yg tgh ngadap laptop 2..ape maksud MARHABAN?? erm??xtahu?? ok..cikgu bagitahu yek...(hihi)

" Marhaban " merupakan istilah yang diambil dari BAHASA ARAB..bukan bahasa UGANDA yek..hehe..ianya berasal dari akar kata " rahiba " yang
bererti selamat datang.

ok..apakah kaitan MARHABAN atau SELAMAT DATANG dgn entry kali ni??

Baiklah..actually,bg sape2 yg xtahu..MARHABAN adalah satu rutin atau kebiasaan yg dilakukan oleh orang2 kampung...kalau org JOHOR mmg benda ni dh jd kebiasaan la..setiap tahun pada bulan syawal kami semua orang2 kampung akan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu KUMPULAN LELAKI DEWASA, LELAKI REMAJA DAN KAUM HAWA..

akan diedarkan jadual kepada setiap umah utk tunggu giliran kunjungan ke umah mereka..


(situasi..ramainya orang yg masuk ke setiap umah smpai x muat)

ha..bagi orang yang benar2 nak pergi marhaban ni,memang tujuan asal adalah utk saling berkunjung,kenal mengenal sesama tetangga dan bermaaf-maafan..

tetapi,kalau yang MERABAN tu memang pikir dok makan jela..yela..semua umah akan sediakan makanan dan minuman yang sedap2 utk tetamu..

dan bagi diri ana sendiri,ana memang akan pergi marhaban ni walaupun xdela istiqamah..kdg2 ana pergi,kadang2 kalau ade umh yg ana dh pergi,ana x g la..yela.. ana ni susah nk kenal org,kadang2 bila mak bercerita pasal org2 kampung,susah ana nk kenal..sebab 2 kadang2 mak memang paksa anak2nya g ikut marhaban ni...dan azam tahun ni ana ikut marhaban adalah utk bermaaf-maafan..yela..kdg kala kita ni terlepas kata2,mungkin tercela perbuatan dan tingkah laku yang tidak menyenangkan..jadi,time ni jela ana akan rebut..tkut2 xde peluang lain..


(gelagat2 pemarhaban..huhu)

oh yek..utk program MARHABAN ini, dia ada amalan2nya atau tentatif di setiap umah..bila semua dh masuk umah seseorang itu,maka kami akan beramai2 berselawat memuji Rasulullah..setelah selesai, ucapan alu2an akan diketuai oleh seorang ketua,kemudian bacaan doa dan ucapan daripada wakil tuan rumah..ha..kemudian, barulah boleh makan..makan2 smpai la licin..dan kebiasaannya leh bawak balik makanan2..bungkus2 bawak balik..hehe..best kn??

Alhamdulillah..ana rasa sgt2 bersyukur dgn adanya kegiatan atau program sebegini..kalau dulu, xpernah pulak fikir kebaikan silaturrahim..tetapi setelah Allah menyuluh hati, maka kebaikan2 itu ternyata sgt bnyk sekali..ALHAMDULILLAH...

eh..k la..nk bersiap utk jeng3...hehe..as salam...^_^