i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Friday, September 9, 2011

Isteri Solehah~♥

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

Alhamdulillah..diberi kesempatan seterusnya oleh Allah untuk terus melakar bicara di persidangan NUR HIDAYAH ini (blog ana la..huhu)

erm..arini ana byk diundang secara on9 d FB akan jemutan pernikahan, sambut menantu, pertunangan...erm..banyak sgt..cm nk jeleskan ana jek..hihi..xdela gurau deh..lama lagi ana nk menjurus ke arah itu..masih banyak yang perlu ana gilap dan bersihkan dari diri ana sebelum digelar seorang isteri..

erm..baiklah..byk sgt ana ni merepek..kita go to the topic oke..



----------------------------------------------

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

Pertama dan kedua:
berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat:
memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam:
memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan:
menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh:
jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

♥Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

♥Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

♥Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”


-------------------------------------

ha..baca dh?makanya..bagi isteri2 yg ade FB tu,kurangkan la yek..bukan xleh nk on9,tp..berpada2 la..kalau suami xsuka,so..xpyh la buat FB 2..cian kt suami..dan cdgn ana..BUANG JEK LAPTOP..so..xdela FB, blog mngarut2 2..hehe..kalau blog pon kne mintak izin la gan suami..

biar kita menjadi tulang belakang perjuangan suami..sebabnya..perjuangan atau jihad isteri kepada suami di rumah adalah sama nilainya dgn jihad suami di medan dakwah/ perang..wallahua'lam bissawab~as salam..

No comments:

Post a Comment