i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Monday, April 30, 2012

DOA SOLAT SUNAT TASBIH


DOA SOLAT SUNAT TASBIH

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .


اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.

(pelaksanaan solatnya, ana anggap kalian mengetahuinya kerana mmg byk versi.seandainya ramai yg tidak tahu, boleh kemukakan kps ana atau rujuk kepada mana-mana ustaz..wallahua'lam bissawab)

Wednesday, April 25, 2012

Ya Allah..


Doa Nabi Yunus


Sabda Nabi SAW: “Doa saudaraku Yunus amat menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa. Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan, ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya dimakbulkan untuknya.”

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ


Maksudnya : "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"

(Al-Quran, Surah Al-Anbiya' : 87)


Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun.


Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain.


Jadi, jikalau kita rasa susah hati dan menghadapi kesusahan serta kepayahan, maka bacalah doa ini. Disamping itu kita jangan lupa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah. Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kita. Tatkala kita membacanya patut kita hayati sungguh-sungguh bahawa kita telah menzalimi diri kita. Oleh itu kita bertaubat daripada segala dosa, samada kecil atau besar, yang disedari atau tidak, terhadap manusia atau dosa terhadap Allah. Mudah mudahan Allah mengampunkan segala dosa kita dan melapangkan segala kesempitan kita.

-----------------------------------
Berikut adalah RAHSIA disebalik DOA Nabi Yunus :

Rahsia 1:


Rahsia pertama, perhatikan bahawa doa ini dibuka dengan kalimah tauhid “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Kalimah tauhid tidak sekadar bermaksud tiada tuhan yang berhak aku sembah melainkan Allah, tetapi dalam konteks ini juga bermaksud tiada tuhan yang patut aku mengadu, mengharapkan keampunan dan menghajatkan keselamatan melainkan Allah. Pembukaan seperti ini membuktikan kemantapan dan ketulenan tauhid Nabi Yunus di mana beliau tidak mengadu, merungut dan berharap kepada sesiapa dan apa jua melainkan kepada Allah sahaja.

Ini merupakan manhaj para Rasul dan Nabi yang mesti kita ikuti.
Perhatikan – sebagai contoh lain – sikap Nabi Ayyub ketika beliau ditimpa penyakit. Beliau tidak mengadu kepada para doktor atau selainnya, tetapi mengadu kepada Allah sahaja: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.” [al-Anbiya 21:83]

Rahsia 2:

Seterusnya Nabi Yunus mengucapkan “Maha Suci Engkau (ya Allah)”, bererti mensucikan Allah dari sebarang bentuk kezaliman atau penganiayaan. Lebih mendalam, Nabi Yunus menyucikan Allah bahawa apa yang menimpanya saat itu (ditelan oleh ikan paus) bukanlah merupakan satu bentuk penganiayaan oleh Allah ke atas dirinya.

Penyucian ini penting ditegaskan kerana kadangkala apabila ditimpa kesusahan, kita marah atau menyalahkan Allah. Malah kita menuduh Allah sebagai konon sengaja menganiaya diri kita. Maha Suci Allah dari menganiaya manusia, tetapi manusialah yang menganiaya diri mereka sendiri: “Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” [al-Nahl 16:118]


Rahsia 3:

Tanpa keberatan, tanpa alasan yang berlapik-lapik, Nabi Yunus terus mengaku kesalahannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” Nabi Yunus tidak terus meminta ampun kepada Allah, sebaliknya memilih cara yang lebih lembut, beradab lagi merendah diri, yakni dengan mengakui kesalahan dirinya sendiri.

Selain itu Nabi Yunus sedar bahawa kesusahan yang menimpanya saat itu, iaitu ditelan oleh ikan paus, merupakan kesan dari kesalahan dirinya sendiri yang melarikan diri dari tugas dakwah yang Allah amanahkan kepadanya. Merupakan sesuatu yang sedia dimaklumi bahawa salah satu faktor seseorang itu ditimpa kesusahan dan kesulitan ialah kerana dosa-dosa hasil dari kesalahan yang pernah dia lakukan sendiri. Allah menyatakan hakikat ini:

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” [al-Shura 42:30]


(susunan: Ahmad Sanusi Husain)


Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2011/04/doa-sabda-nabi-saw-doa-saudaraku-yunus.html#ixzz1t2TCQCYE

Tuesday, April 24, 2012

.:: HARUMAN KASTURI ::.


Haruman Kasturi adalah haruman syurga....

Khasiat haruman Kasturi:

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

1) Memberi kekuatan pada roh

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:


“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

2) Menenangkan Jiwa

3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak

4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan

5) Menghilangkan debaran jantung

6) Menghilangkan Sesak Nafas

7) Melegakan Lelah (Asma)

8] Menyedarkan orang yang pengsan

9) Memperkuatkan organ luaran tubuh

10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh

11) Menghilangkan rasa gementar

12) Menghilangkan sejuk tubuh

13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh

14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang

15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing

16) menjernihkan mata putih pada mata

17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan

18] Mencegah wabak penyakit

19) Melanjutkan usia

20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).


PENGGUNAAN MINYAK WANGI KASTURI DALAM RAWATAN

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

Tekniknya adalah;
1.Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
2.Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.

Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘37’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:

1: Sapu pada ubun-ubun.
2: Belakang telinga kiri dan kanan.
20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.”
2: Leher kiri dan kanan.


Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.

Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….

Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah ‘Rose Dimasyq,Kasturi Hitam dan Kasturi Putih..’ Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi.

Insya-Allah..

sumber: FB Amirul Hisham Amsar
----------------------------------

~> lelaki pakailah selalu..wanita, pakai d umah, sebelum tidur sahaja..memang tenang..kalau bukan utk rawatan pn, lakukanlah kerana Sunnah Rasulullah..

Memotong Rambut Dan Kuku Dalam Hadas Besar


Soalan:

1. Ustaz, saya ada satu persoalan tentang mandi junub. Jika kita terlupa potong kuku sebelum mandi junub dan selepas itu kita cuba cari kuku yang dipotong tadi untuk dibasuh. Tapi tidak semua kuku yang dipotong dijumpai. Adakah Mandi junub kita itu sah? Atau apa jadi dengan mandi junub kita jika kuku yang dipotong itu tidak dibasuh. Saya harap ustaz dapat memberi jawapan kepada persoalan yang saya ajukan ini, semoga kemuskilan saya terjawab.

2. Ustaz. Apa hukum potong kuku waktu dalam keadaan uzur syar’ie.?

Terdapat ulamak memakruhkan kita memotong kuku, mencukur/menggunting bulu dan rambut, membuang darah (berbekam) dan seumpamanya semasa sedang berjunub dan semasa haid dan nifas. Mereka ialah Imam al-Ghazali dan Abu al-Faraj as-Syirazi (seorang ulamak dari mazhab Hanbali). Berkata Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin; “Tidak sepatutnya seseorang mencukur rambut, memotong kuku, mencukur bulu kemaluannya serta membuang sesuatu dari badannya pada ketika ia sedang berjunub kerana seluruh juzuk pada badannya akan dikembalikan kepadanya di akhirat kelak, lalu ia akan kembali berjunub.[1] Dikatakan bahawa; setiap bulu (yang dicukurnya ketika berjunub itu) akan menuntut dari tuannya dengan sebab junub yang ada padanya (kerana dicukur ketika sedang berjunub)” (Dinaqalkan dari kitab al-Iqna’, jil. 1, hlm. 91).

Mereka berdalilkan hadis yang dikatakan dari Rasulullah s.a.w. yang berbunyi;

لا يقلمن أحد ظفراً ، ولا يقص شعراً ، إلا وَهوَ طاهر
“Janganlah sesiapa memotong kukunya dan menggunting rambut kecuali ketika ia suci” (Riwayat al-Ismaili dari Saidina ‘Ali r.a.)

Namun jumhur ulamak tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Menurut mereka; tidak ada dalil dari Nabi s.a.w. yang menegah orang berjunub atau wanita yang sedang haid atau nifas dari melakukan perkara-perkara yang disebut tadi. Adapun hadis di atas, ia adalah munkar dan maudhu’ (yakni palsu), tidak harus sekali-kali dijadikan hujjah (lihat; Syarah Soheh al-Bukhari, oleh; Imam Ibnu Rajab).. Berkata Imam ‘Atha’ (seorang Tabi’in terkenal); “Harus orang yang berjunub untuk berbekam, memotong kuku dan mencukur rambut sekalipun tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu”[2] (Riwayat Imam al-Bukhari). Imam Ahmad tatkala ditanya berkenaan hukum orang berjunub yang berbekam (yakni mengeluarkan darah dari kulitnya), mencukur rambut, memotong kuku dan mewarnai rambut atau janggutnya, ia menjawab; “Tidak mengapa (yakni harus)”.

Syeikh Atiyah Saqar dalam fatwanya juga menegaskan; pendapat Imam al-Ghazali itu tidak ada sebarang dalil untuk menyokongnya. Syeikh ‘Atiyah kemudiannya menaqalkan ulasan Imam Ibnu Taimiyyah yang berkata; aku tidak mengetahui ada sebarang dalil yang memakruhkan membuang rambut dan kuku oleh orang berjunub. Malah Nabi s.a.w. ada bersabda kepada orang kafir yang baru masuk Islam;

ألق عنك شعر الكفر ثم اختتن
“Buangkanlah darimu rambut/bulu kekufuran (yakni rambut/bulu yang tumbuh semasa kamu kafir), kemudian berkatanlah” (HR Imam Ahmad dan Abu Daud dari ‘Uthaim bin Kulaib r.a. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no; 1580).

Di dalam hadis di atas Nabi s.a.w. hanya menyuruh orang yang baru masuk Islam itu agar berkhatan dan membuang rambut/bulu di badannya. Tidak ada arahan dari baginda supaya ia melakukannya selepas mandi, menunjukkan bahawa membuang rambut/bulu dan berkhitan itu harus dilakukan sama ada sebelum mandi atau selepas mandi.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Fatawa; Min Ahsanil-Kalam, Syeikh Atiyah Saqar, 1/438.
2. al-Iqna’, Imam as-Syabini, 1/91.
3. Fathul-Bari (Syarah Soheh al-Bukhari), Imam Ibnu Rajab al-Hanbali, bab al-Junub Yakhruju Wa Yamsyi Fi as-Suq Wa Ghairihi.

Nota Kaki;

[1] Kembali berjunub kerana bulu, kuku dan rambut yang dibuangnya sebelum mandi itu masih berhadas.
[2] Terdapat hadis di mana seorang yang berjunub jika hendak tidur (sebelum mandi wajib), hendak menikmati makanan dan minuman atau hendak kembali bersetubuh dengan isterinya, ia disunatkan mengambil wudhuk terlebih dahulu. Jadi adalah makruh ia melakukan perkara-perkara tersebut tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu. Namun bagi perbuatan mencukur rambut/bulu, memtong kuku dan sebagainya tadi, tidak ada sebarang hadis menyarankan supaya mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum melakukannya. Kerana itu Imam Atha’ menyatakan; harus melakukannya sekalipun tanpa mengambil wudhuk terlebih dulu.

Sumber: http://www.halaqah.net/

Monday, April 23, 2012

" 1 KEBOHONGAN "


"menyatakan yang benar tentang hati dan membuatnya terluka adalah lebih baik sekarang berbanding kau menyimpan kebohongan untuk melihatnya tertawa di atas rasa kasihanmu"

Sunday, April 22, 2012

:: sabar ::



"Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak mampu menemukan jalan keluar."

‎"Seandainya Kekasihku masih ada di sini, tentu dia kan mendengarkan kebutuhanku"



Anas bin Malik r.a meriwayatkan, maksudnya :"Seseorang perempuan datang kepada Rasulullah saw. Ia berkata "Sungguh, saya memiliki keperluan kepada engkau.' Maka Rasulullah saw bersabda, 'Berdiamlah di sisi jalan mana pun yang engkau suka di Madinah ini, maka aku pasti akan datang (memenuhi keperluanmu)." (Riwayat Tirmizi, Bukhari, Abu Daud dan Ahmad)

.:: Ya Rasulullah..aku merinduimu ::.

Thursday, April 19, 2012

Bila saya ditolak..


Hari itu tenang sahaja. Saya masih ingat, ketika itu adalah sekitar bulan September tahun 2009. Tahun di mana saya pertama kali menjadi penulis buku. Buku saya dan novel saya yang pertama terbit pada tahun itu, bulan April, di Kuala Lumpur International Book Fair. Novel VT dan Buku Motivasi LangitIlahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Saya ketika siang hari itu, telah mendapat SMS daripada Ibu perempuan yang saya cintai, bahawa dia akan menghubungi saya pada petangnya, waktu Jordan.

Semasa dalam perjalanan pulang dari kelas, saya berbicara dengan sahabat serumah saya:

“Mak perempuan yang aku cinta, nak call aku malam ni.”

Kawan saya itu bergurau: “Alah, mak dia aja yang minat dekat engkau. Anak dia tu nanti reject kau!”

“Hish, janganlah cakap macam itu.” Saya menyiku sahabat saya.

Kami ketawa.


Panggilan Itu Adalah Panggilan Duka.

Apabila hendak berbicara dengan Si Ibu pada petang itu, rumah saya sedang sibuk menguruskan makanan untuk program hari raya aidilfitri pelajar Malaysia di Jordan. Kami buat program hari raya lambat sedikit. Sudah hampir berakhir syawal, baru buat. Saya duduk di dalam bilik, tidak mahu menganggu rakan-rakan di ruang tamu yang sedang bertungkur lumus membungkus makanan.

Saya tidak pernah berhubung dengan perempuan yang saya cintai sebelum itu. Saya hanya berhubung dengan Ibunya. Itu membuatkan hubungan saya dengan Ibunya rapat. Walaupun banyaknya, kami tidak bercakap perihal anaknya pun. Saya pun segan nak tanya-tanya. Sudah cakap suka sekali, sudahlah kan.

Tetapi sembang pada petang itu rasa aneh. Si Ibu ada nada serba salah.

Sebelum itu, surat dari Malaysia baru sampai. Surat yang dikarang oleh Si Ibu. Menyatakan bahawa, dia ingin nak bertanya kepada anaknya akan saya. Saya tidak sempat nak karang surat baru, untuk menyatakan tidak perlu. Saya risau. Umur perempuan yang saya cintai itu masih muda. Tetapi belum sempat mengarang surat baru, Si Ibu sudah menghubungi saya.

Dan semasa sembang-sembang itu, sampailah kepada ‘tujuan sebenar menghubungi’ saya pada hari itu. Rupa-rupanya, Si Ibu sudah bertanya kepada anaknya.

“Dia kata, dia tak mahu Hilal jadi suaminya.”

Saya diam banyak selepas itu. Si Ibu yang berbicara panjang, menenangkan saya. Saya mendengar sahaja, dan kadangkala saya kata: “Tidak mengapa. Ok sahaja. Makcik jangan risau.”

Sembang-sembang itu berakhir dengan Si Ibu itu mendoakan saya. Saya diam sahaja. Masa itu, katil saya di tepi tingkap. Saya cuba melirik langit petang. Jiwa saya rasa seperti sedang ditebuk-tebuk.

Sakit.

Ketika itu, rakan serumah saya yang bergurau siang hari tadi masuk ke dalam bilik.

“Ha, macam mana? Bila kahwin?” Dia menyakat.

Saya memandangnya. “Kena reject la.”

Kawan saya ketawa. “Janganlah gurau. Macam mana?”

Saya tersengih kelat sahaja masa itu. Geleng. “Tak tipu. Kena reject.”

Masa saya lihat wajah sahabat saya, saya dapat lihat dia serba salah.

“Eh, sorry weh.”

“Tak ada apa-apa.”

Dan saya keluar bilik, membantu rakan-rakan menguruskan makanan. Ketika itu, rakan-rakan semua jadi tahu saya kena reject. Yang buat saya terharu, semua cuba menenangkan di saya.

“Bunga bukan sekuntum Lal.” Senior saya yang turut membungkus makanan menenangkan.

Saya hanya mampu diam dan tersenyum. Buat-buat ketawa sekali-sekala.

Jiwa saya? Sakit.



Menghadapi Perasaan Itu.

Saya seperti tidak mampu hidup. Ya. Saya merasai perasaan sedemikian.

“Seperti mayat hidup.” Itulah yang saya sering ulang kepada diri saya.

Saya yang merupakan AJK Majlis Hari Raya ketika itu, melalui majlis itu dengan wajah yang sebentar ceria(kala orang ramai memandang), tetapi bila saya duduk sendiri, saya termenung panjang hingga disedarkan sesiapa.

Saya seperti tidak nampak masa hadapan beberapa hari selepas itu.

“Habis, aku nak kahwin dengan siapa? Takkan bujang sampai tua?” Pernah keluar daripada mulut saya.

Sehari dua itu, yang berdendang dalam komputer saya adalah lagu-lagu sedih. Saya pernah nak happykan diri saya dengan tengok drama Jepun, tetapi drama Jepun itu pun ada ceritakan yang watak lelakinya kena tolak. Saya masih ingat saya menangis bila tengok drama itu.

Bila saya tidur, saya sentiasa berharap agar saat saya bangun, semua yang saya hadapi adalah mimpi.

Lemah. Perit. Sakit.

Jiwa rasa terseksa. Seakan-akan tersepit.

Untuk beberapa hari, begitulah yang diri ini rasakan.

Tetapi untungnya diri ini, adalah apabila mengikuti tarbiyah.

Saya adalah yang mengikuti usrah. Bahkan, saya sendiri ada menguruskan beberapa usrah.

Beberapa hari selepas direject, usrah mingguan saya berjalan. Saya mengadukan masalah saya kepada sahabat seusrah.

“Kadangkala, benda-benda macam ini jadi sebab Allah mahu kita tingkatkan diri kita lebih lagi.”

Ya. Begitulah sahabat saya sebut kepada saya. Mengetuk jiwa saya. Membuatkan kabut gelap dalam diri sebelum itu, seakan pecah sebentar untuk memberikan saya peluang melihat cahaya.

Tingkatkan diri lagi.

“Kadangkala, benda macam ini, perlukan masa Hilal. Kena ingat balik, kenapa bercinta.” Seorang lagi sahabat mengingatkan.

Perlu ingat balik kenapa bercinta. Ya. Ketika itu saya mula teringat apakah makna cinta pada saya. Cinta, adalah ingin bersamanya ke syurga. Jadi, mustahil peribadi seorang yang hendak ke syurga, selemah ini?

Bila putus cinta, mahu merasa seperti hendak mati. Seakan tidak bermakna hidup.

Apakah itu peribadi manusia yang hendak membawa seseorang ke syurga?

Selepas itu saya tersedar.

Dan bangkit.



Bukan Mudah. Tetapi Bukan Mustahil. Dunia Belum Berakhir.

Bukan mudah. Benar.

Tetapi perlu diingat, bukan mustahil.

Memang ada masa, mengalir juga air mata ini bila terkenangkan diri ditolak. Tetapi sebagai seorang lelaki yang berhajat ke syurga Allah SWT, yang memegang makna cinta yang luar biasa, saya perlu kuat untuk memecahkan paradigma cinta yang biasa dijaja.

Putus cinta kelar tangan. Putus cinta jadi orang jahat. Putus cinta terjun bangunan. Putus cinta pergi serang orang yang tolak. Putus cinta hidup jadi celaru. Dan sebagainya, yang dijaja oleh dunia hari ini, yang mewarnakan wajah cinta. Saya, perlu membuktikan bahawa cinta bukan sedemikian!

Jadi, ‘bersamanya ke syurga’ bukan bererti saya dan dia jadi suami isteri untuk ke syurga. Tidak semestinya. Asalkan dia dan saya berada di dalam syurga, itu maksudnya. Jadi, tugas saya yang sudah di’reject’, adalah meneruskan kehidupan dengan baik dan tidak pula menganggunya.

Maka saya teruskan kehidupan. Saya luaskan pandangan saya terhadap dunia.

Ya, saya kena reject. Tapi saya masih ada sahabat-sahabat serumah, rakan-rakan usrah, senior dan junior, Ummi Abah dan adik beradik, serta dunia penulisan saya. Bahkan, saya masih ada Allah SWT untuk saya abdikan diri, saya masih ada tanggungjawab dakwah untuk diteruskan lagi. Di situlah saya fokuskan kehidupan saya.

Meluaskan pandangan terhadap kehidupan. Satu perkara yang penting, crucial, apabila cinta ditolak atau putus cinta. Mengelakkan kita dari melakukan perkara-perkara yang bodoh, menghalang kita dari tidak bersemangat dan sebagainya.

Bukan tidak boleh bersedih, menangis, merasa hiba. Silakan. Saya juga demikian.

Tetapi jangan lupa, tujuan hidup kita di atas muka bumi ini bukan untuk ‘mendapatkan seorang lelaki/perempuan’. Tetapi adalah untuk mengabdikan diri di atas muka bumi ini.

Jadi, cinta yang sebenar, jika kita benar mencintai seseorang itu, maka bila dia reject kita, kita doakan kebahagiaan buatnya. Dan kita teruskan kehidupan kita, dengan tidak lagi menganggu kehidupannya.

Itu yang sepatutnya kita lakukan!

Maka, pandanglah peluang dan ruang yang masih ada dalam kehidupan.

Palingkanlah wajah kita kepada Allah. Mungkin putus cinta, cinta ditolak, adalah panggilanNya untuk kita lebih merapat kepadaNya, membersihkan diri dan menjadi hambaNya yang lebih baik lagi.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syu’ara ayat 30.

Mungkin kita kena reject kerana dosa kita. Kerana akhlak kita yang masih tidak baik di sisi Allah. Menyebabkan Allah tangguhkan dahulu kebaikan buat kita. Dia mahu mengampunkan dosa-dosa kita, dengan menguji kita, agar kita bergerak ke arah perubahan. Ya, siapa tahu?

Positif. Bersangka baik kepada Allah!



Penutup: Dan Tiga Bulan Berlalu.

Selepas itu, walaupun saya kadangkala teringat akan perempuan yang saya cinta, tetapi alhamdulillah, saya melalui kehidupan dengan baik. Tidak tension. Tidak lemah. Bahkan tahun itu adalah antara saat yang saya mendapat keputusan peperiksaan terbaik sepanjang saya berada di universiti. Saya sibukkan diri saya dengan menghasilkan karya demi karya, buku demi buku. Saya juga menyibukkan diri saya dengan merapati junior-junior yang baru datang ke Jordan ketika itu.

Dan alhamdulillah apabila direject, saya dapat menyelami perasaan orang lain yang direject, lantas dapat membantu mereka. Itu antara hikmah mengapa Allah beri saya rasa direject.

Tiga bulan berjalan selepas itu. Saya direject sekitar September 2009. Pada 16 Januari 2010, bertepatan dengan tarikh lahir saya yang ke-21, saya keluar dengan junior-junior untuk meraikan hari lahir saya. Saya rasa sangat bahagia, dan tenang. Saya tidak lagi memikul beban merasa ‘ditolak’, bahkan sampai satu tahap saya rasa bersyukur ‘ditolak’.

Malam itu, selepas makan-makan di luar, adik-adik semangat mahu menonton ‘Ketika Cinta Bertasbih 2’, dan kebetulan, ada di dalam komputer saya. Saya mengajak mereka bermalam di rumah saya ketika itu. Kami sama-sama menonton kisah itu. Sibuk adik-adik memuji kecantikan pelakon-pelakonnya, sambil saya asyik tergeletek dengan ulah mereka.

Tiba-tiba, telefon saya berbunyi. Ada panggilan dari Malaysia. Malaysia ketika itu sudah siang, berbeza dengan Jordan yang menjengah pagi buta.

Ibu perempuan yang saya cinta, membuat panggilan.

Saya masih baik dengannya. Masih bertukar khabar. Begitu juga dengan adik beradik perempuan yang saya cinta. Saya masih kekal bersahabat dengan mereka. Bukan berniat hendak mendapatkan semula perempuan yang saya cinta, tetapi itulah dia ‘code’ saya. Cinta kepada perempuan itu, satu hal. Manakala hubungan dengan keluarganya, satu hal lain. Saya tidak campurkannya. Bukannya saya membina hubungan baik dengan mereka untuk dapatkan perempuan itu. Hubungan yang baik adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Mengangkat panggilan itu, Si Ibu mengucapkan Selamat Hari Lahir. Saya jangka, itulah tujuan panggilannya. Kemudian, Si Ibu berkata:

“Hilal, makcik ada hadiah ni.”

“Iya? Hadiah apa makcik?”

“Anak makcik dah terima Hilal.”

“Ha? Yak ke ni Makcik?”

“Iya. Dia sendiri yang cakap.”

Dan selepas itu, saya terus sujud syukur, dan meluru ke bilik, berkongsi gembira dengan junior-junior.

“Ini berkat kami la ni Abang Hilal.” Salah seorang menyakat.

Tetapi saya sendiri tidak tahu, bahawa penerimaan itu, adalah pembuka kepada ujian-ujian yang baru. Kita akan sambung dalam lembaran-lembaran yang lain, berkenaan hal ini.

Apa yang penting, luaskan pandangan.

Putus cinta, ditolak, bukan pengakhir kepada kehidupan.

Lepaskan terus, bila telah putus dan ditolak. Usah difikir lagi. Teruskan kehidupan.

Kita akan nampak, luasnya rahmat Tuhan.

“Allah berfirman: AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya(rahmat itu) bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.” Surah Al-A’raf ayat 156.

Maka apabila diuji, fokuskan untuk melakukan banyak kebaikan di dalam hidup, agar rahmat Allah yang luas itu, ‘menyentuh’ kita. Mungkin kita diterima semula, mungkin dapat yang lebih baik, mungkin jadi lebih bahagia, mungkin jadi lebih berjaya, dan sebagainya. Siapa tahu?

Yang penting, percaya kepadaNya, kembali kepadaNya.

Dia Maha Tahu, dan kita hanya berusaha!

.:: via HILAL ASYRAF ::.

Tuesday, April 17, 2012

Berlebih-lebihan dalam menggunakan air.



Berlebih-lebihan dalam menggunakan air.


Al-Bukhari (no.201)meriwayatkan dari Anas:

Nabi mandi dengan satu sha' hinggat lima mud. Beliau berwudhu dengan satu mud."
(menurut sahabt, 1sha- 1timba,dan 5 mud 5 gayung,wallahu a'lam bissawab)

Al-Bukhari dalam Sahih-nya pada permulaan kitab wudhu berkata,"para Ulama membenci berlebih-lebihan menggunakan air dalam berwudhu dan melebihi apa yang dilakukan Nabi.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata,"Banyak hadits yang menunjukan bahwa Nabi dan para sahabat tidak terlalu banyak menuangkan air. Hal ini juga telah dilakukan oleh para tabi'in yang mengikuti jejak mereka dengan baik." Imam Ahmad berkata,"Salah satu tanda pahamnya seseorang terhadap agama ini adalah menggunakan sedikit air dalam berwudhu."Muridnya, Imam al-Marwazi berkata,"Aku membntu wudhu Abu Abdullah (Imam Ahmad) Aku menutupnya dari pandangan Manusia supaya mereka tidak mengatakan bahwa Imam Ahmad tidak wudhu dengan bagus, karna sedikitnya air yang ia gunakan. Apabila Imam Ahmad wudhu, tanah yang di bawahnya hampir-hampir tidak basah.

Abu al-Wafa'bin Uqail berkata:"Termasuk akhlak Nabi sallallahu alaihi wa'salam adalah berwudhu dengan sedikit air.
(HR.An-Nasa'i dalam al-Kubra,Ibnu Syaibah, ath-Thabrani dalam ad-Du'a, al-Hakim, Abu Sa'id secara marfu,dss,).

Ibnu al-Qayyim berkata,"Rasulullah adalah orang yang paling sedikit dalam menuangkan air wudhu. Beliau memperingatkan umtnya agar tidak berlebihan dalam menggunakannya dan memberitahukan bahwa di antara umatnya ada orang yang belebih-lebihan dalam bersuci."

Dalam perkataannya ini, Ibnu Al-Qayyim mengisyaratkan sebuah hadits riwayat Abdullah Ibnul Mughaffal. Rasulullah bersabda:

"Seungguhnya pada umat ini akan ada sebuah kaum yang berlebih-lebihan dalam bersuci dan doa."
(HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim. Hadits ini hasan dengan berbagai jalan periwayatan dan penguatannya. Riwayat2 lain juga menguatkannya.

via- FB
Ar Rizwan Hujjatul Islam

~RAHSIA BELIAU~

‎(( Satu perkongsian yang menarik dari Prof Dr Muhaya ))

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

♥ SUBHANALLAH...Indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya..^_^

♥ Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???
Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID :)


.:: JANGAN LUPA YEK KAWAN2~KEMBARA DAKWAH AL HABIB UMAR BENHAFIDZ 17-25 APRIL ::.

Monday, April 16, 2012

Purdah & Niqab mengikut empat mazhab




Mazhab Hanafi

Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.

1. Asy Syaranbalali berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار

“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih sahih dan merupakan pilihan mazhab kami.” (Matan Nuurul Iidhah)

2. Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة

“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki.” (Ad Durr Al Muntaqa, 81)


3. Al Allamah Al Hashkafi berkata:
والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب

“Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan.” (Ad Durr Al Mukhtar, 2/189)

4. Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة

“Terlarang bagi wanita menampakkan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat.” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)

5. Al Allamah Ibnu Najiim berkata:

قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة

“Para ulama’ mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)

Mazhab Maliki

Mazhab Maliki berpendapat bahawa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri menimbulkan fitnah. Bahkan sebahagian ulama’ yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.

1. Az Zarqaani berkata:

وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني

“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani.” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)

2. Ibnul Arabi berkata:

والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها

“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan).” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)

3. Al Qurthubi berkata:
قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها

“Ibnu Juwaiz Mandad (ulama besar Maliki) berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya.” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)

4. Al Hathab berkata:
واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح

“Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat.” (Mawahib Jaliil, 499)

5. Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:

وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ، وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب

“Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama’ bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah.” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)

Mazhab Syafi’ie

Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad mazhab Syafi’ie.

1. Asy Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat (sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan lutut.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:

غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن

“Maksud perkataan An-Nawawi, ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga lutut. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)

3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:

وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها

“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)

4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:

فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا

“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)

Mazhab Hanbali

Imam Ahmad bin Hanbal berkata:

كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر

“Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya.” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)

1. Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:
« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة

“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusat hingga lutut.” (Raudhul Murbi’, 140)

2. Ibnu Muflih berkata:

« قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها

“Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki/sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan.” (Al Furu’, 601-602)

3. Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:

« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »

“’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya.” (Kasyful Qanaa’, 309)

4. Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه عن الرجال الأجانب

“Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi.” (Fatwa Nurun ‘Alad Darb,~ http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_4913.shtml )

.:: MALAYSIA GUNA MAZHAB SYAFI'E YEK ::.

Sumber: syahirul.com ~ http://syahirul.com

Thursday, April 12, 2012

Adakah benar kita tahu tantang fatwa-fatwa imam asy-Syafi’i

Ramai yang mengaku bermazhab Syafi’e dan mengakui mengikuti serta mempraktikkan Islam berdasarkan istinbat hukum oleh imam asy-Syafi’i. Namun, hakikatnya, ramai yang keliru kerana banyak fatwa-fatwa imam asy-Syafi’i yang tidak kita ketahui malah kita mengabaikannya. Padahal semua fatwa-fatwa itu adalah sangat penting dan berkaitan sekitar isu aqidah dan persoalan i’tiqad. Dengan itu, sama-sama lah kita teliti semula beberapa fatwa-fatwa beliau tersebut dan sama-sama kita muhasabah diri.

Fatwa-fatwa ini hanyalah sebahagian kecil dari sejumlah fatwa atau pendapat imam asy-Syafi’i sahaja. Ianya diambil daripada buku / kitab berjudul “Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah”, karya / susunan Dr. Muhammad bin Abdil-Wahab al-’Aqil.

Sama-sama kita teliti,

1. MERATAKAN KUBURAN

Imam asy-Syafi’e rahimahullah menyatakan:

“ Saya suka kalau tanah kuburan itu tidak ditinggikan dan selainnya dan tidak mengambil padanya dan tanah yang lain. Tidak boleh, apabila ditambah tanah dan lainnya menjadi tinggi sekali, dan tidak mengapa jika ditambah sedikit saja sekitar. Saya hanya menyukai ditinggikan (kuburan) di atas tanah satu jengkal atau sekitar itu dari permukaan tanah ”.
(Syarah Muslim 2/666, Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/257)

2. HUKUM MEMBANGUNKAN BANGUNAN DI KUBURAN

“ Saya suka bila (kuburan) tidak dibuat binaan dan bangunan, kerana itu menyerupai penghiasan dan kesombongan, dan kematian bukan tempat bagi salah satu dari keduanya. Dan saya tidak melihat kuburan para sahabat Muhajirin dan Anshar didirikan sebarang binaan. Seorang perawi menyatakan dari Thawus, bahawa Rasulullah telah melarang kuburan dibinakan binaan atau ditembok. Saya sendiri melihat sebahagian penguasa di Makkah menghancurkan semua bangunan di atasnya (kuburan), dan saya tidak melihat para ahli fikih mencela hal tersebut ". (al-Umm 1/277. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/258)

3. HUKUM MEMBINA MASJID DI TEMPAT YANG ADA KUBUR

“ Saya melarang dibinakan masjid di atas kuburan dan disejajarkan atau dipergunakan untuk solat di atasnya dalam keadaan tidak rata atau solat menghadap kuburan. Apabila ia solat menghadap kuburan, maka masih sah namun telah berbuat dosa”. (al-Umm 1/278. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/261)

4. PERSOALAN FITNAH KUBUR

“ Sesungguhnya Azab kubur itu benar dan pertanyaan malaikat terhadap ahli kubur adalah benar.” (al-I’tiqad karya Imam al-Baihaqiy. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/420)

5. PERSOALAN HISAB, SYURGA, DAN NERAKA

“ Hari kebangkitan adalah benar, hisab adalah benar, syurga dan neraka serta selainnya yang sudah dijelaskan dalam sunnah-sunnah (hadis-hadis), lalu ada pada lisan-lisan para ulama dan pengikut mereka di negara-negara muslimin adalah benar.” (Manaqib asy-Syafi’i, karya Imam al-Baihaqiy, 1/415. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/426)

6. BERSUMPAH DENGAN NAMA SELAIN NAMA ALLAH

“ Semua orang yang bersumpah dengan nama selain Allah, maka saya melarangnya dan mengkhuwatirkan pelakunya, sehingga sumpahnya itu adalah kemaksiatan. Saya juga membenci bersumpah dengan nama Allah dalam semua keadaan, kecuali hal itu adalah ketaatan kepada Allah, seperti berbai’at untuk berjihad dan yang serupa dengannya.”
(al-Umm 7/61. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/271)

7. PERNYATAAN TENTANG SYAFA’AT

“ Beliau (Rasulullah Shallallahu'alaihi wa Sallam) adalah manusia terbaik yang dipilih Allah untuk menyampaikan wahyu-Nya lagi terpilih sebagai Rasul-Nya dan yang diutamakan atas seluruh makhluk dengan membuka rahmat-Nya, penutup kenabian, dan lebih menyeluruh dan ajaran para rasul sebelumnya. Beliau ditinggikan namanya di dunia dan menjadi pemberi syafa’at, yang syafa’atnya dikabulkan di akhirat.” (ar-Risalah 12-13. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/291)

Beliau juga menyatakan tentang syarat diterimanya syafa’at:

“ Semalam saya mengambil faidah (istimbath) dari dua ayat yang membuat saya tidak tertarik kepada dunia dan yang sebelumnya. Firman Allah: “...Dia bersemayam di atas ‘Arsy (singgasana) untuk mengatur segala urusan. Tiada seorang pun yang akan memberi syafa’at kecuali sesudah ada keizinan-Nya....” (Surah Yunus, 1O: 3).

Dan dalam kitabullah, hal ini banyak: “Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya?” (Surah al-Baqarah, 2: 256) Syafa’at tertolak kecuali dengan izin Allah.” (Ahkamul Qur’an 2/180-181. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/291)

8. PENDIRIAN BERKENAAN ASMA’ WA SIFAT ALLAH

Imam Syafi’e rahimahullah menjelaskan melalui riwayat yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib radiyallahu ‘anhu:

" Bagi-Nya dua tangan sebagaimana firman-Nya: (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka. Bagi-Nya tangan sebagaimana firman-Nya: Langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Allah mempunyai wajah sebagaimana firman-Nya: Setiap sesuatu akan binasa. Baginya kaki sebagaimana sabda Nabi Shallallahu'alaihi wa Sallam: Sehinggalah Dia meletakkan wajah dan KakiNya. Dia mempunyai jari sebagaimana sabda Nabi Sallallahu'alaihi wa Sallam: Tiadalah hati itu kecuali antara jari-jari dari jari-jari Ar-Rahman (Allah). Kami menetapkan sifat-sifat ini dan menafikan dari menyerupakan sebagaimana dinafikan sendiri oleh Allah sebagaimana difirmankan: (Tiada sesuatu yang semisal dengan-Nya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat)". (Lihat: I’tiqad Aimmah al-Arba'ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafi’e wa Ahmad, m/s. 46- 47, Cetakan pertama, 1412 -1992M. Darul 'Asimah Saudi Arabia)

Imam Syafi’e seterusnya menjelaskan:

" Dan Allah Ta'ala di atas 'Arasy-Nya (Dan 'Arasy-Nya) di langit”. (Lihat: I’tiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa Ahmad, m/s. 40)

Imam Syafi’e seterusnya menjelaskan lagi:

" Kita menetapkan sifat-sifat (mengithbatkan sifat-sifat Allah) sebagaimana yang didatangkan oleh al-Quran dan yang warid tentangNya dari sunnah, kami menafikan tasybih (penyerupaan) tentangNya kerana dinafikan oleh diriNya sendiri sebagaimana firmanNya (Tiada sesuatu yang semisal denganNya)". (Lihat: I’tiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa Ahmad, m/s. 42)

Imam Syafi’e telah menjelaskan juga tentang turun naiknya Allah Subhanahu wa-Ta’ala:

" Sesungguhnya Dia turun setiap malam ke langit dunia (sebagaimana) menurut khabar dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam". (Lihat: I’tiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa Ahmad, m/s. 47)

Berkata Imam Syafi’e rahimahullah:

"Sesungguhnya Allah di atas ‘Arasy-Nya dan ‘Arasy-Nya di atas langit" (Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa- Ahmad. Hlm. 179)

Ibnu Taimiyah, Imam Abu Hasan al-Asy’ari dan Imam Syafi’e ada kesepakatannya dalam meyakini tentang turun-naiknya Allah yaitu berlandaskan hadits:

" Tuhan kita turun ke langit dunia pada setiap malam apabila sampai ke satu pertiga dari akhir malam, maka Ia berfirman: Sesiapa yang berdoa akan Aku perkenankan, sesiapa yang meminta akan Aku tunaikan dan sesiapa yang meminta keampunan akan Aku ampunkan". (H/R Bukhari (1141), Muslim (758), Abu Daud (4733), Turmizi (4393), Ibn Majah (1366) dan Ahmad (1/346))

9. SIKAP IMAM ASY-SYAFI’E TERHADAP SYI’AH

Dari Yunus bin Abdila’la, beliau berkata: Saya telah mendengar asy-Syafi’i, apabila disebut nama Syi’ah Rafidhah, maka ia mencelanya dengan sangat keras, dan berkata: “Kelompok terjelek! (terhodoh)”. (al-Manaqib, karya al-Baihaqiy, 1/468. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)

“Saya belum melihat seorang pun yang paling banyak bersaksi/bersumpah palsu (berdusta) dari Syi’ah Rafidhah. (Adabus Syafi’i, m/s. 187, al-Manaqib karya al-Baihaqiy, 1/468 dan Sunan al-Kubra, 10/208. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)

“ asy-Syafi’i berkata tentang seorang Syi’ah Rafidhah yang ikut berperang: “ Tidak diberi sedikit pun dari harta rampasan perang, kerana Allah menyampaikan ayat fa’i (harta rampasan perang), kemudian menyatakan: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: “ Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami ”. (Surah al-Hasyr, 59: 10) maka barang siapa yang tidak menyatakan demikian, tentunya tidak berhak (mendapatkan bahagian fa’i).” (at-Thabaqat, 2/117. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/487)

10. SIKAP IMAM ASY-SYAFI’E TERHADAP KAUM (ORANG-ORANG) SUFI

“ Seandainya seorang menjadi sufi (bertasawwuf) di pagi hari, niscaya sebelum datang waktu Zuhur, engkau tidak dapati ia, melainkan telah menjadi orang bodoh.” (al-Manaqib lil Baihaqiy, 2/207. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/503)

“ Tidaklah seorang sufi menjadi sufi, hingga memiliki empat sifat: malas, suka makan, sering merasa sial, dan banyak berbuat sia-sia.” (Manaqib lil Baihaqiy, 2/207. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/504)

“Asas tasawwuf adalah kemalasan.” (al-Hilyah 9/136-137. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/504)

orang yg mempunyai mata hati, pandangan nya atas sesuatu perkara sangat benar dan tidak terfikir oleh orang seperti kita. Jika kamu bertemu dengannya maka jadikanlah dia guru atau sahabat mu kerna tegurannya sangat bercanggah dengan nafsu mu.

~ana yakin pd bhgian 10,akan ramai yg terasa pelik..maka,hayati dan fahami terlebih dahulu deh...

Wednesday, April 11, 2012

Gegaran




'Dan pada hari itu ingatlah manusia,tetapi tidak berguna lagi peringatan itu baginya.' ( AL-Fajr Ayat 23).

sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara mara kita baik di Negara kita mahupun di Acheh yang merasai gegaran ekoran kejadian Tsunami sebentar tadi.

..BUMI INI DAN SEISINYA ADALAH MILIKNYA,MAKA REDHALAH..DIA BERHAK KE ATAS SEMUANYA..JADILAH ORANG YANG SABAR..JANGANLAH MENGADU DOMBA SEOLAH-OLAH KAMU TIDAK KENAL SIAPA TUHAN KAMU..KERANA DIA BERKUASA,MAKA SEDARIKANLAH DIRI KAMU DARI KELEKAAN.KEMBALI KEPADA FITRAH KAMU IAITU MENGHAMBAKAN DIRI KEPADANYA..


Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Ummu Salamah RA, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tiada seorang hamba yang ditimpa musibah lalu dia mengucapkan kalimah { Innalillahi wainailaihi rajiun } dan berdoa 'Ya Allah ganjarilah aku pada musibah ini dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinya', melainkan pasti Allah SWT memberikan ganjaran di atas musibah yang menimpanya dan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuknya."

.:: PERINGATAN DEMI PERINGATAN DARI ALLAH. SEDARKANLAH DIRI KITA ::.

gambar tutup aurat

‎'Gambar yang menutup aurat, tapi gayanya mengoda, hukumnya haram'' - Ustaz Azhar Idrus

.:: "menggoda" itu banyak segi dapat dilihat. sempurna tutut aurat, senyum xnmpk gg pn dh ckp menggoda, maka berjaga2 lah. kalau nak bubuh, tanya kat kawan2 dulu "menggoda ke x", tanya hok yang jujur la..jangan yg sedapkan ati jek. ::.

kdg2 org amik remeh benda ni..sbb 2 org x berapa nk respect sgt golongan2 yg tutup aurat ni bila dh nmpk sikit silap..em..kdg2 mmg betul kita xsempurna,tp ni la ujian sbg dai'e..kne tegakkan n jaga agama kita..(yg pkai purdah,jgn expose sgt yg dirinya berpurdah,simpan gmbr utk sndiri shja lbih baik)

-ana dh pos d FB, jd tugas ana utk sebarkn d blog pula..jaga la agama kamu-

Saturday, April 7, 2012

INGAT MATI vs INGIN JODOH


BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM..ASSALAMMUALAIKUM W.B.T..

Dimulakan dengan Qalam Suci Allah yang bermaksud:

Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Surah Aali Imran: 31].

di dalam urusan pernikahan, ianya merupakan salah satu Sunnah, orang yang berniat untuk bernikah bagi mengikuti kecintaannya iaitu Rasulullah, maka ganjaran dan pahala yang besar buatnya.

Sabda Rasulullah:

"Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)


Mendengarkan hadith tersebut melonjakkan perasaan untuk menikah sama ada wanita yang telah cukup syarat yang dinyatakan kecuali belum bernikah, atau mana2 sahaja wanita..

wanita mana yang tidak mahu mengejar Syurga? bukan sahaja wanita, malah pemimpinan Adam juga begitu.

Namun, berlebihan dalam memikirkan soal berjodohan juga merupakan salah satu tipu daya syaitan kepada umat manusia. Kerana syaitan itu tahu benar akan kekalutan manusia yang sentiasa mencari cinta Allah wa Rasulullah kerana dia juga asalnya dari seorang ahli ibadah (AZAZIL)

memikirkan terlalu tinggi mengenai urusan cinta akan membuatkan kerosakan kepada hati manusia.

"HATI itu ibarat Raja, andai teruk Rajanya, maka teruklah kepimpinannya (anggota/ perbuatannya)"

berbeza sekali tatkala mengingati MATI dengan mengangankan PERNIKAHAN.

ADAKAH MENGINGATKAN PERNIKAHAN AKAN MEMBUATKAN KITA SEMAKIN TAKUT KEPADA ALLAH? JARANG SEKALI...MALAH, MUNGKIN TIDAK...

Malah, hati itu akan mencjadi HATI YANG TIDAK QANAAH (tidak merasa cukup akan nikmat Allah). Meminta secara keras-kerasan. walhal yang terbaik adalah doa yang tidak terburu-buru:

Allah akan mengabulkan doa hambaNya yang ketika memintanya tidak terburu-buru ingin segera dikabulkan(HR.Bukhari-Muslim)

Berbeza dengan mengingati MATI.

Sabda Nabi saw bahawa syaitan akan datang kepada seseorang menjelang matinya bagi menggodanya agar meninggalkan Islam dan mati di dalam agama Yahudi dan Nasrani.

BUKANKAH ITU AMAT MENAKUTKAN??


Perkahwinan itu dirancang hanya berlangsung selama sehari,lalu jalanilah kehidupan yang baik mengikutmu.. Akan tetapi, kematian itu jauh sekali dengan sebuah pernikahan. Urusan pengebumian mungkin memakan masa sehari, malah kurang dari itu..Namun,adakah terjamin kita ini akan mati dalam Khusnul Khatimah? FIKIRKAN.

~buat yang ingin bernikah, berdoalah..Insya'Allah ianya dimakbulkan olehNya. DIA MAHA MENDENGAR. Namun jangan digesa akan tetapi terima hidup ini dan jalani dengan redha..

Jadilah seorang yang Taat atas perintah agama, tawakkal dan Qanaah. Maka dia akan menjadi orang yang beruntung (HR.At Tarmizi)

WALLAHUA'LAM BISSAWAB

Friday, April 6, 2012

SOLAT SEMPURNA


"Inna solaati wanusuki wamahya ya wa mamati lillahi Rabbil 'alameen."

via Syabab Musafir Kasih

~ الله ~


Sesungguhnya kami terjaga (di pagi hari) dengan kesedaran bahawa) Kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu baginya tiada Tuhan selain Dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.


Thursday, April 5, 2012

Ya Allah, aku mengharap yang terbaik dariMu

Bismillahirrahmannirahim..Assalammualaikum w.b.t...

~Ya Allah, aku mengharap yang terbaik dariMu~

Selesai Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Ringkas Family seperti biasa stp malam Jumaat di umah arwah Atok. Saat berdoa terus memalingkan tubuh ini ke arah Mak dengan tertib untuk berdoa (duduk antara dua sujud). Keadaannya memang agak janggal kerana berdoa di hadapan Mak seolah-olah Mak ingin mendengar bacaan "Amin" ku dengan alunan doa yang diketuai oleh Abah. Akan tetapi, aku cuba lakukan untuk merasai doa ini. Walaupun hakikatnya kita berdoa terus kepada Allah, akan tetapi ini adalah usaha untuk khusyuk dalam berdoa..Saat itu memang berbeza, saat berdoa aku menangis meng"Amin"kan doa Abah sambil memikirkan...

"Redha Allah adalah dari Redha Mak dengan Abah..Seandainya Mak dan Abahku tidak redha kepadaku, akankah Allah redha kepadaku??"

"Aku begini juga kerana doa Mak & Abah. Hakikatnya, benar dari Allah, akan tetapi, doa Mak untuk dirinya sukar dimakbulkan, akan tetapi sesaat seorang Mak berdoa untuk anaknya, Insya'Allah..akan terus dimakbulkan oleh Allah"

"saat bacaan istighfar di dalam doa memohon ampun kepada Rabb, aku juga juga memohon ampun kepada Mak & Abah di atas dosa-dosa yang telah dilakukan yang mana juga akan disoal oleh ALLAH kepada kedua ibu bapaku. Ampunkan aku wahai Abah dan Mak di atas azab yang juga turut mengenai kalian.."

"akankah di akhirat nanti, setelah selesai dihisab, kami akan disatukan kembali? atau aku di sebelah yang lain dan ibu bapaku di sebelah yang lain atau sebaliknya??"



Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..Jadikanlah aku orang yang berusaha, jauhi aku dari menjadi orang yang mengeluh dan berputus asa..Aku sedar aku sering berbuat dosa Ya Allah..Janganlah sesekali aku meninggalkan suruhanMu dan terlalai dari bertaubat kepadaMu.. Janganlah Kau berikan keamanan kepadaku di atas dosa-dosaku sama ada yang terdahulu atau yang akan datang..aku tidak akan pernah tahu keampunanMu, akankah dosaku yang lalu terhapus atau tidak kerana itu adalah rahsiaMu..Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..bantulah hambaMu ini Ya Rabb..Peliharalah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka memeliharaku sejak dari kecil...

.:: HANYA KEPADA ENGKAU KAMI SEMBAH DAN HANYA KEPADA ENGKAU KAMI MEMOHON PERTOLONGAN ::.

pesanan : cubalah kalian juga duduk dan berdoa menghadap kedua ibu bapa kalian.. Perasaan itu, tidak terluah oleh kata-kata.

Wednesday, April 4, 2012

..:: mencari sebahagian dan sebahagian iman ::.








-----------------------------------

"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Rasulullah S.A.W. bersabda,

“Apabila seseorang dari umatku telah mendirikan sebuah perkahwinan,maka dia telah melengkapkan separuh daripada agamanya”.


Sabda Nabi s.a.w :

" Wahai para pemuda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, kerana kahwin itu boleh menjaga pandangan dan boleh menjaga kehormatan. Jika kamu tidak mampu maka berpuasalah, kerana pada puasa itu ada penjagaan "


.:HANYA KEPADA ENGKAU KAMI SEMBAH DAN HANYA KEPADA ENGKAU KAMI MEMOHON PERTOLONGAN:.

CARA ISLAM: Etika Minta Izin Masuk ke Rumah

Etika Minta Izin

♥|::~ Hendaknya orang yang akan meminta izin memilih waktu yang tepat untuk minta izin.

♥|::~ Hendaknya orang yang akan minta izin mengetuk pintu rumah orang yang akan dikunjunginya secara pelan. Anas Radhiallaahu 'anhu meriwayatkan bahwasanya ia telah berkata: Sesung-guhnya pintu-pintu kediaman Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam diketuk (oleh para tamunya) dengan ujung kuku”. (HR. Al-Bukhari di dalam Al-Adab Al-Mufrad dan dishahihkan oleh Al-Albani).

♥|::~ Hendaknya orang yang mengetuk pintu tidak menghadap ke pintu yang diketuk, tetapi sebaiknya menolehkan pandangannya ke kanan atau ke kiri agar pandangan tidak terjatuh kepada sesuatu di dalam rumah tersebut yang dimana penghuni rumah tidak ingin ada orang lain yang melihatnya. Karena minta izin itu sebenarnya dianjurkan untuk menjaga pandangan.

♥|::~ Sebelum minta izin hendaknya memberi salam terlebih dahulu. Rib`iy berkata: Telah bercerita kepada saya seorang lelaki dari Bani `Amir, bahwasanya ia pernah minta izin kepada Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam di saat beliau ada di suatu rumah. Orang itu berkata: Bolehkah saya masuk? Maka Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam berkata kepada pembantunya: “Jumpailah orang itu dan ajari dia cara minta izin, dan katakan kepadanya: Ucapkan Assalamu `alaikum, bolehkah saya masuk?”. (HR. Ahmad dan Abu Daud, dishahihkan oleh Al-Albani).

♥|::~ Minta izin itu sampai tiga kali, jika sesudah tiga kali tidak ada jawaban maka hendaknya pulang. Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu minta izin sudah tiga kali, lalu tidak diberi izin, maka hendaklah ia pulang”. (Muttafaq’alaih).

♥|::~ Apabila orang yang minta izin itu ditanya tentang namanya, maka hendaklah ia menyebutkan nama dan panggilannya, dan jangan mengatakan: “Saya”. Jabir Radhiallaahu 'anhu menuturkan: “Aku pernah datang kepada Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam untuk menanyakan hutang yang ada pada ayah saya. Maka aku ketuk pintu (rumah Nabi). Lalu Nabi berkata: “Siapa itu?”. Maka aku jawab: Saya. Maka Nabi berkata: “Saya! Saya!” dengan nada tidak suka.” (Muttafaq’alaih).

♥|::~ Hendaknya peminta izin pulang apabila permintaan izinnya ditolak, karena Allah telah berfirman yang artinya:

“Dan jika dikatakan kepada kamu “pulang”, maka pulanglah kamu, karena yang demikian itu lebih suci bagi kamu”. (An-Nur: 28).

♥|::~ Hendaknya peminta izin tidak memasuki rumah apabila tidak ada orangnya, karena hal tersebut merupakan perbuatan melampaui hak orang lain.

.:: MASUK RUMAH TANPA IZIN XBOLEH,MASUK HATI TANPA IZIN PUN XBOLEH ::.

seseorang yang...

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.