i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Sunday, January 29, 2012

I LOVE U SO MUCH~♥



Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?

SUBHANALLAH...I LOVE U MOM..SO MUCH~♥

-----------------------

BERSALIN ITU SAKIT, TAPI KITA NAK BERSALIN JUGAK..^_~ SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN NIKMAT INI BUAT ANA..ALLAHUMMA AMIN..♥

Saturday, January 28, 2012

Siapakah yang tidak melihatmu pada hari kiamat?

Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi telah padam.

Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.
...
Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad.

Thursday, January 26, 2012

3 golongan yang hampir ke syurga,namun ke neraka



Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka… Nauzubillah…

1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..”Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”

Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”

Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “

Sekali lagi ALLAH menjawab,“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.”Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azabsiksanya.

Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.

Marilah bersama kita fikir dan renungkan sama ada perbuatan kita, amalan kita pada hari ini, adalah demi mendapat redha hamba atau redha dari ALLAH, dan jika terselit walau sezarah pun niat ingin riak dan bermegah dengan perbuatan kita, sebaiknya kita bertaubat dan berdoa agar kita dijauhkan darinya, kerana ia mungkin satu hari nanti menjadi penghalang kita dari mencapai Syurga yang abadi.

|| semakin singkat umurku ||

Monday, January 23, 2012

KETIKA KITA MENGELUH..



• Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukupKu berkata “Jadi”, maka jadilah " (QS 36 : 82).

• Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, tak sanggup aku ... ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).
...
• Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

• Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, innAllaha ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita " (QS 9 : 40).

-----------------

♥|| CUKUP ALLAH BAGIKU ||♥

JALAN DAKWAH,SUMPAH PANJANG~!

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL~! ^^



video

Sunday, January 22, 2012

Nak cari buku Rabiatul Adawiyah



Pernah suatu hari orang-orang salih datang berziarah kerumah Rabiah. Ketika itu terjadilah tanya-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:

“Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.

“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.

“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.

“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:

“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”

Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”


“Saya menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”

Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.

------------------

antara sedikit cerita di dalam Buku Rabiatul Adawiyah Perindu Cinta Abadi..
Sedang mencari buku ni..walaupun dah pernah baca dulu, tapi still nak carik lagi..guna boucer rm200..^_^ terima kasih Ya Allah..Alhamdulillah.. dah beli beberapa buku dgn boucer rm100. ada lagi balance utk buku Rabiatul Adawiyah + carik lagi buku lain..^^,


JOM HABISKAN BOUCER~!

Saturday, January 21, 2012

Kata Cinta dari Sahabat...



Angin..
Jika kau berhembus lembut melaluinya,
katakan padanya..
aku teman dia selama mana dia mau aku berada di sisinya..

Air..
Jika kau mengalir di sisinya,
Beritahu padanya bahawa aku memohon maaf atas segala kekhilafan diri..

Burung..
Jika kau terbang melintasinya..
Sampaikan kataku ini kepadanya..


"Kita dipertemukan atas kisah persaudaraan dan kita dipisahkan kerana batas waktu seharian..Namun Insya'Allah ukhwah kita subur berpanjangan..Maaf sekiranya dirimu pernah ku sakiti, namun tidak ingin ku tinggalkan dikau bersama kenangan kita..meski jarang bersua..Hanya doa untukmu sentiasa terangkai dalam satu jambangan..Harumannya tersebar untuk insan bernama teman..Semoga dirimu mekar dalam bimbingan cinta Tuhan..."

--------------------

Syukran di atas kata2..rajin sungguh rakan2 memberi kepada ana sejak ana melangkah keluar dari bumi Murabbi..dan terima kasih di atas hadiah2 dari sahabat-sahabiah.. dan maaf bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk bertemu dan memberi hadiah kepada ana buat kali terakhir..untuk hadiah2 tersebut..simpanlah buat kenangan kita dan berikanlah kepada yang lebih berhak..em..ini adalah salah satu msg dari sahabat yang ana simpan..yang lain ana telah ter"delete"..maaf sgt2..jadi, sebelum ana melakukan khilaf yang sama, ana abadikan kata2 dari sahabat di sini agar ianya kekal di sini untuk ana sentiasa ingati...maaf dan terima kasih......



|| Semoga bertemu di syurgaNya ||

Ombak Rindu edit version Mr Bie



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ღ

Tuhan tolong lembutkan hati hamba
untuk mencintaiMu seadanya (selamanya)
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
menghadapi siksa nerakaMU

tuhan aku tahu byk dosaku
hanya ingatkanMu kala dukaku
namun hanya Kamu yg mampu membuka
pintu hatiku untuk cintaMu

Allah..ampunkanlah hambaMu (dosaku)
yang slalu dustakan janjiku
agar kelak ku xkan disiksa
kerna dosa-dosa masa lalu

Allah..jatuh air mataku
dan trus mengalir mengiringi doaku
Allah..Yang mengampuni segala
Dosa2 hamba yang meminta..

Hanya mampu berdoa..
Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..

video

Thursday, January 19, 2012

Penting~!Asingkan Pakaian ketika Membasuh

Bismillahirrahmannirrahim..
Assalammualaikum w.b.t..
Alhamdulillah..diberikan kesempatan waktu untuk mencoret pandangan..

MENGENAI APA??



Em..begini..setiap hari tentu kita membasuh baju kan? kalau keluarga yang senang, sedikitlah jumlah bajunya..kalau ana, jumlah semua adik beradik trmasuk mak abah 10 orang..maka setiap hari baju memang sgt2 banyak..dan kami ni mmg bukan "bangsa" yang membasuh sendiri..siapa yang free dan stay kt umh,dia yang akan basuh dan buat semua kerja umah..dan kalau time ana di rumah, mmg budak2 ni sgt2 hepi dan sangat rajin ke sekolah dgn menunjukkan kegembiraan yang melampau-lampau..dahsyat...dan ketika membasuh pernah adik ana bertanya:

"la,kenapa kena asing-asingkan baju2 ni?"

"eh..mesti la..kalau baju putih dgn baju putih,kalau baju biasa dgn baju biasa, kalau seluar yg biasa2 dgn jenis2 dia,kalau seluar kerja dgn seluar kerja smpai la yg dalam2 2 pon kena asing2"

"kenapa pulak? masuk jela semua...leceh tau."

"eh..xboleh la..kan kedudukan pakaian ni berbeza..yang di luar lain,yg dlm kn lain..kan pakaian ni kita nak guna utk beribadah..kalau kita campur2kn, nanti yang dalam tu kalau ada najis mcm mana? sah ke solat? yg pakaian luar 2 nanti kalau bercampur dgn dalam kang najis dh bercampur pulak.."

"ala..kan kita basuh,pahtu bilas kn...guna mesin plak 2..mudah dh..masukkan jek kn??"

"oh..cmtu plak..em..kalau dalam 1 kedai, ada jual daging khinzir campur dgn ayam,adik nak beli??"

"eee...xnk la!"

"em..xnk pulak..em,..dh..jgn malas2..utk ibadah ni kne ikhlas dan rajin.."

"oh..yela...."


--------------------

ha..cmne?dpt fikir x apa yang sebenarnya ana nak smpaikan?
kadang kala orang tidak menilai sesuatu perkara tu sebenar2nya..ianya nampak simple, tp penting untuk difikirkan..adakah ibadat dan solat kita diterima dalam keadaan pakaian kita yang bercampur dgn najis?? bila ana membasuh,even ada mesin otomatik tajaan "samseng" (huhu..agaknya la..lupe nama ape mesin 2), tp, ana akan berus dahulu semua pakaian dalam dgn tgn,barulah ana akan campakkan ke dalam mesin..(ewah..mcm main masak2 plak..huhu)

em.. memang orang selalu kata ana ni "leceh", tp pada ana hal menguruskan rumah ini sangat penting..even nak memasak,ana akan pastikan kuku ana bersih tanpa ada apa2 bendasing pd kuku ana..kerana apa? ana sangat khuatir termasuknya sebarang najis ke benda lain ke dalam makanan tersebut...yg nk makan plak family..kalau ada benda2 xelok dlm makanan,adakah berkah makanan tersebut?em..ingt,quality (keberkahan) tu penting..dan rajin2 la brzikir ketika membuat kerja umah yek..

em..ok,nampaknya ana melencong ke makanan pulak..tp xpela..mesej yg nk d smpaikan lebih kurang jek sebenarnya..kita semua ni expecially perempuan la..perlu memikirkan semua ni..pandai buat kerja rumah 2 mmg bagus.tp the quality its important..

setakat ini sahaja..renung2kan dan selamat beramal ^^

Assalammualaikum..

p/s: kalau asing2kan pakaian pun, boleh elakkan pakaian yang turun warna tu jatuh pada pakaian wrna putih..^^

Wednesday, January 18, 2012

Rumah Kesyukuran di syurga..




Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat Maut: Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hambaKu? Malaikat Maut menjawab: Ya. Allah bertanya lagi: Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya? Malaikat Maut menjawab: Ya. Allah bertanya kali ketiga: Apakah kata hambaKu? Malaikat Maut menjawab: Ia bersyukur padaMu serta mengucapkan “Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.” Allah Taala memerintahkan malaikatNya: Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.

(H.R. Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Kreatifnya berdakwah~! OSEM~!!

video

Melalui 1 video, terdapat mesej yang pelbagai di dalamnya..Alhamdulillah..
Seriusly, take ur time and watch this..really osem~!

^^, I THiNK, PeoPLe Now a DaY THat oPen THeiR "AuRaH" ReaLLY THiNK THeY aRe HoT aND SExY..BuT..iS THat nECeSSaRY 4 uS? I DONT THINK SO...JuST CoVeR uR AuRaH eVeN iTs NoT FRoM uR SiNCeReLY HeaRT..ALLAH ALWAYS WATCHING US....REMEMBER THAT~!! AS SALAM..^^

Monday, January 16, 2012

Adakah ianya halal untuk aku gunakan?

Seorang wanita muda masuk ke masjid menemui Imam Hanbali pada zamannya lalu dia berkata, "Wahai Imam Hanbali, dengarkanlah kisahku ini semoga diriku dan dirimu mendapat keampunan Allah. Sesungguhnya saya ni seorang wanita yang miskin, saya tak punya apa-apa kecuali tiga orang anak yang masih kecil. Hidup saya sungguh melarat sehingga kami tak punya lampu untuk menerangi rumah. Bagi menyara kehidupan kami empat beranak, saya bekerja memintal benang pada waktu malam dan menjualnya di pasar pada siang hari."

"Di manakah suami kamu?" tanya Imam Hanbali. "Suami saya gugur syahid apabila bertempur dengan Khalifah Al-Mustakim yang kejam dan zalim. Sejak itu hidup kami melarat", jawab wanita itu.

Wanita itu menyambung, "Disebabkan rumah saya tak ada lampu, maka saya terpaksa menunggu sehingga bulan mengambang, maka barulah saya dapat memintal benang. Pada suatu malam, ada kafilah dagang dari Syam datang lalu singgah bermalam berhampiran dengan rumahku. Mereka membawa lampu yang banyak sehingga kawasan rumahku menjadi terang-benderang. Aku mengambil kesempatan untuk bekerja memintal benang di bawah cahaya lampu mereka. Persoalanku adalah apakah wang hasil jualan benang yang dipintal olehku daripada cahaya lampu milik kafilah itu halal untuk aku gunakan?"

Imam Hanbali merasa kagum mendengar cerita wanita itu lalu bertanya, "Siapakah kamu wahai wanita muda yang begitu mengambil berat akan hukum agama di saat umat Islam lalai dan kikir terhadap harta mereka?"

Wanita itu menjawab bahawa dia adalah adik perempuan kepada seorang Gabenor yang Imam Hanbali kenali iaitu Gabenor yang sangat beriman dan beramal soleh. Imam Hanbali menangis terkenang akan Gabenor yang sangat baik itu. Setelah tangisannya reda, maka Imam Hanbali berkata, "Sesungguhnya aku amat takut akan azab Allah, kerana itu berilah aku masa untuk menjawab pertanyaan kamu. Pulanglah ke rumah dan esok kamu datang lagi ke sini." Malam itu Imam Hanbali berdoa, bermunajat serta memohonj petunjuk dari Allah.

Esoknya wanita itu kembali ke masjid untuk mendapatkan jawapan yang dijanjikan. Lalu berkata Imam Hanbali, "Wahai wanita yang solehah, sesungguhnya kain penutup wajah yang kamu pakai itu adalah lebih baik daripada serban yang aku pakai. Sesungguhnya kamu seorang wanita yang berhati luhur, bertaqwa dan penuh rasa takut kepada Allah. Berkenaan pertanyaan kamu semalam, sekiranya kamu tidak mendapat izin daripada rombongan kafilah dagang itu, maka tidak halal bagimu menggunakan wang daripada hasil jualan itu."

Wanita itu berasa sangat susah hati selagi tidak mendapat keizinan daripada rombongan kafilah dagang. Wanita itu sanggup menemui mereka seorang demi seorang bagi mendapatkan keizinan. Berita tentang wanita itu sampai ke pengetahuan Khalifah Al-Mutawakkil (khalifah baru) dan baginda begitu kagum dengan wanita itu lalu memberinya wang sebanyak 10,000 dinar.

Wanita itu menemui Imam Hanbali sekali lagi lalu bertanya mengenai wang yang dihadiahkan khalifah itu apakah halal dia menggunakannya. "Khalifah juga pernah memberikan wang kepada aku sebanyak itu, tetapi aku sedekahkan kepada fakir miskin yang aku temui di jalan", jawab Imam Hanbali. Wanita itu pun memberikan wang tersebut kepada fakir miskin dan hanya mengambil sedikit sahaja dari wang itu untuk membeli lampu bagi menerangi rumahnya.

Kitab: Imam-Imam yang Benar

credit to syahirul.com

-----------------------------



:: Ianya bukan semata-mata sebanyak mana wang yang kita perolehi,tetapi keberkahannya yang kita cari ::

di saat semuanya mengejarkan harta pencarian bagi kehidupan, masih adakah lagi insan yang memikirkan puncanya sama ada halal mahupun tidak..Allahuakbar...

Sunday, January 15, 2012

Malaikat menjawab caci maki bagi pihakmu..



Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawapan itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.

(Hadith Riwayat Ahmad)

::: UJIAN TIDAK AKAN PERNAH HABIS :::

Friday, January 13, 2012

TRAUMA: WARDINA SAFFIYAH



Mereka merompak "perasaan selamat" saya



Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?



Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.



Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.



Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.



Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.



Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.



“Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.



Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.



Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu. Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.



Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.



Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.



"Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”

"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “

"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”

“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”

“Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”



(Quran, Al-Falaq:1-5)



Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.



Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.



Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”



Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya untuk anda fikirkan juga.



Yang masih trauma,

Wardina

----------------------------------

Ya Allah..Can I be like her?
Can I get someone like "Ikhwan"?
Can I get childrens like "them" that put their trust totally just on You??
Can I be a good wife and mother that great and better than Wardina?
and I hope all of mine is more better and better for me Ya Allah..
Insya'Allah..

Wednesday, January 11, 2012

Makanan Sunnah Rasulullah..



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah , menguatkan buah pinggang , membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan , minuman segala minuman , ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas , membuka selera , menguatkan perut , membuang kahak . Baik diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang , memperbaiki otak , memperbaharui pandangan mata , membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata , perancang keluarga .

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan , merawat radang perut.

10. Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular ketika ini di restoran-restoran itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

p/s: ketika akad selesai,nak buat upacara minum susu mengikut sunnah Rasulullah..




I found this picture and it really touched me! mashaAllah, may Allah bless them both :)
It’s great to love and be loved in Halal!
But the greater is to find the righteous husband who
♥ love to read Quran with you,
♥ perform quyam layla (night prayer) with you
♥ draw closer to Allah with you,
It’s great that you and your husband grow old together but the greater is that you both grow old in obedience of Allah together ♥ MASHA ALLAH...

via Al Furqan Foundation

Sungguh aku ingin menjadi isterimu di dunia dan Ratu bidadarimu di syurga..♥

Tuesday, January 10, 2012

cemburukan kalian

Sungguh ku cemburu engkau bakal melangkah ke alam perkahwinan..

bukan cemburu kerana engkau menemui cinta terlebih dahulu…

tetapi

cemburu kerana kau bakal menyempurnakan separuh dari agamamu…
cemburu kerana setiap tindak baikmu terhadap pasanganmu bernilai ibadah..
cemburu kerana engkau berjaya menyempurnakan sunnah Nabi kita..
cemburu kerana engkau bakal menjadi penyambung umat Nabi Muhammad…

sungguh aku cemburu…..

Ya Allah…
janganlah Engkau jadikan cemburuku ini berlandaskan amarah dan nafsu..
janganlah Engkau biarkan cemburu ini menerbit prasangka dan kebencian…
sesungguhnya aku cemburu namun turut berbahagia kerana syaitan bakal menangis melihat satu lagi pasangan dari kalangan hamba-Mu mendirikan rumahtangga demi menggapai redha-Mu….

Sesungguhnya hanya pada-Mu aku berdoa dan berharap..
janji-Mu itu pasti…
Engkau telah sediakan jodohku sejak Luh Mahfuz lagi…
akan ku sabar menanti….
juz wanna love you in the halal way ^_^

via durrah-amani

------------------------------


"Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam,
aku ingin menjadi sayap kepada seorang khalifah,
aku ingin menjadi pendengar kepada seorang da'ie,
aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid,
dan aku ingin memberikan cintaku pada insan yang mencintai Allah lebih dari segalanya!

Kenapa tiada luahan hati?



Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..
Ada yang bertanya, "kenapa tiada luahan dan pandangan ukhti di dalam blog? Sihatkah? Sudah kahwinkah?? ingin tahu perkembangan ukhti.." em..benar..Lama rasanya tidak mengeluarkan secebis pandangan diri sendiri..bukan apa,kadang kala, panjang ana menaip,lalu ana padamkan kembali..khuatir ana terlalu meluah di blog sehingga membuatkan ada yang tersalah sangka..dan ana juga di dalam usaha memperbaiki diri untuk tidak meluah apa sahaja dugaan dan ujian yang Allah titipkan..berdiam itu lebih baik, jauhi fitnah dan melatih diri untuk lebih redha..em..jujurnya,ana sememangnya tidak menyukai mana-mana orang yang meluah rasa sedihnya,rasa marahnya,rasa em..apa sahaja rasa yang ada padanya..kecuali rasa syukur kepadaNya dan rasa yang membesarkan Allah..Allah..Allah..kerana apa? kerana ianya akan memberikan pelbagai spekulasi dari orang lain, membuatkan orang lain bersimpati, mengharapkan selain dariNya..itu bagi ana, bagi orang lain..terpulanglah..bergantung kepada diri masing-masing..dan Alhamdulillah seringkali dan begitu ramai tentera yang Allah hadirkan untuk ana terus melangkah dan melangkah..pernah tersesat,maka disuluhkan jalan..pernah bergelap,maka diberikan cahaya..itulah Allah..Dia adalah segala-galanya..Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..dan ana juga sedang melatih menjadi kepada seseorang yang Insya'Allah lebih baik dan baik kerana Allah..terima kasih kepada yang menegur..dan ana akan berusaha menjaga kata-kata..acapkali ana ni sering berjenaka dan yela..bukan semua orang sukakan jenaka,malah "ketawa di dunia itu amat menakutkan kalau di akhirat nanti kita menangis ketakutan.." Nauzubillah..em..rasanya,setakat ini sahaja bagi yang bertanya..maaf,pandangan dan luahan itu ana akan sekat dahulu..ana akan banyak post video, kata-kata puisi, cerita..mungkin dari situ kalian bisa mentafsir..Insya'Allah..maaf kepada sesiapa yang terasa hati dengan ana,tidak menyukai blog,Fb ana atau sebagainya..apa yang penting, beritahu ana apa silap ana di Fb,di msg inbox ana sebagaimana ada yang lain berbuat demikian..terima kasih byk2..utk ucapan perpisahan..next time la yek..^^ assalammualaikum w.b.t...

Jangan katakan kita berjuang andai ianya hanya sekerat masa..
Jangan katakan kita berjuang andai semuanya memasang telinga,membuka mata, patuh menerima..
dan jangan katakan kita berjuang andai belum diuji dan dicuba oleh Yang Maha Kuasa..

Monday, January 9, 2012

USTAZ DON DANIYAL:ANAK ASSET KE SYURGA ATAU NERAKA?

video


SYUKRAN USTAZ DON..VERY MENGINSAFKAN...ASTAGHFIRULLAH AL AZIM..YA ALLAH....TERLALU BANYAK ILMU YANG PERLU AKU CARI....


"Ya Allah, Kurniakan ibu bapa dan keluarga ku hidayah seperti mana Kau kurniakan aku Hidayah ,Tunjukki mereka jalan lurus, pimpinlah mereka kepada kebenaran."

Sunday, January 8, 2012

KISAH BENAR- KERANA NAFSU TIDUR AKU MENYESAL SEUMUR HIDUP



"SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.

Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.

Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.

Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.

Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.

Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan danketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.

"Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang," kata saya.

Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.

Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.

Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.

Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.

Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, 'Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya'.

Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya."

Nukilan..
Seorang Insan Yang Menyesal..

Bagi 7 alasan kenapa kau nak kahwin dengan anak pakcik..



Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya: "Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik

fuyooo...^,^

------------------------

Sumber: sahabat Umi Hanie ^^,
maaf la..tajuk cm lari sket..saje jek..kih3...

Mood hadir ekoran seorang ustaz yang nak sangat menikah..Semoga dipermudahkan untuknya..^__^

Monday, January 2, 2012

kenapa suka Ustaz Azhar Idrus (UIA)

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T..

Baiklah..sedikit perkongsian ilmu sebab ada segelintir yang "bertanya" "kenapa suka sangat dengan ustaz azhar idrus??x ley ke dengar ceramah dengan ustaz lain?"

em..pada ana, kesukaan dan minat itu bergantung kepada diri masing-masing, ada orang selesa dengan sesetengah ustaz,maka dia akan mencari ustaz tersebut yang dirasakannya selesa untuk mendapatkan ilmu atau bertanyakan sesuatu..

sebenarnya, mncari ilmu ini pada seseiapa pun boleh..waima penagih dadah pun boleh memberikan kita ilmu..em..jgn di sangka dia penagih dadah,dia tidak berilmu..ha..silap tu...'

jadi,tanpa membuang masa berceloteh..silalah lihat gambar-gambar di bawah..hasil perkongsian dari FB Syabab Musafir Kasih (baca dari atas ke bawah)












SELANJUTNYA..BOLEH FIKIR SENDIRI..

Bila anda bercinta



bila anda bercinta....
pastikan.....
ianya tulus dari hati....
bukan dari rasa simpati....

bila anda bercinta...
pastikan....
ianya cinta dari Ilahi...
bukan dari iblis dan jinni...

bila anda bercinta....
pastikan....
ianya kekal abadi....
bukannya permainan hati....

bila anda bercinta....
pastikan.....
anda hargai...
bukan bila SUNYI baru mencari...

-------------------------------------

Wanita yang segagah Saidatina Khadijah itu bukanlah aku,
Wanita yang cantik bak Zulaikha bukan jua aku,
Wanita yang setabah Atikah, tidak tercapai lagi olehku,
Wanita yang begitu redha seperti Rabiatul Adawiyah jauh sekali dibandingkan dengaku..

Tetapi, wanita yang perlu dibimbing itu adalah diriku....