i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Sunday, March 11, 2012

FEQAH: Haidh & Nifas & Wiladah

Haidh :

-darah yang beradat bagi perempuan yang sampai umurnya 9 tahun dan sekurang-kurangnya sehari semalam (24 jam)
-sebanyak-banyaknya adalah 15 hari
-kebiasannya perempuan adalah 5,6,7,8 hari.
-bermula sekurang-kurangnya antara 2 haidh itu 15 hari (antara bulan itu dengan seterusnya)

*seandainya keluar darah sebelum umur 9tahun, maka ia bukanlah darah haidh, tetapi darah istihadah (darah penyakit), begitu juga yang keluar kurang 24jam.

Nifas:

-darah yang keluar selepas bersalin.
-sekurang-kurangnya keluar 1 lahzah ( seperti ludah air liur).
-sebanyak-banyaknya 60 hari.
-kebiasaan perempuan 30 hari 30 malam.

*seandainya keluar lebih 60 hari,maka ia merupakan darah istihadah (darah penyakit)

makluman:

-apabila keluar darah istihadah, maka wajib bersegera mandi wajib dan bersolat seperti biasa.

-seandainya anda mandi wajib dalam waktu asar,maka wajib di qada' solat zohor kerana berkemungkinan darah telah kering ketika waktu itu.


-yang mengalami darah istihadah, wudu'nya hanya boleh digunakan untuk 1 solat fardhu sahaja. kalau masuk waktu solat yang lain,maka dia perlu mengangkat wudu' yang baharu setelah masuk waktu.

Wiladah

-darah/ air ketumban yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya.
-Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin.
-termasuk yang bersalin secara pembedahan dan keguguran.
-diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.

* yang tidak mandi wiladah atau mandi wajib setelah nifas,maka berdosa bagi yang tahu.

(muzakarah Kitab Hidayatul Solihin)
----------------------------

ramai yang beranggapan setelah keluar darah, tidak kira berapa umurnya maka itu merupakan darah haidh, dan tidak ramai yang tahu kewajiban mandi wiladah selepas bersalin. maka, belajarlah..keluarkanlah diri dari kejahilan. sama-sama mendamba redha Allah, keluar dari kejahilan dan menyebar-nyebarkan ilmuNya. WALLAHUA'LAM BISSAWAB.

4 comments:

  1. Nur Hidayah, nak tanya la. Saya ada mengalami darah istihadah sejak akhir2 ini. Setelah dikira haid 15 hari, saya mandi wajib. Ada kwn saya mengatakan,setelah saya habis darah istihafah tu saya kena mandi wiladah kerana katanya darah tersebut mcm nifas keluar lama. Betul ke? Kalau ada info, tlg share.. tq..

    ReplyDelete
  2. mandi wiladah 2 adalah mandi kerana bersalin..mksudnya mandi setelah melahirkan bayi..bukan selepas nifas..

    haid pula jgkanya hnya 15 hari..setelah itu,ianya memang istihadah dan wajib mndi wajib n mlukan ibdat sprti biasa..

    setakat ni, xde pulak kami bljr drh nifas lama keluar..sbb drh haid dh berjalan spt biasa kn...selebihnya wallahua'lam bissawab..boleh tanya yg lebih arif..sama2 mndpt mnfaat..kalau dpt jwpn t ana akan cuba post entry..n kalau ukhti ada jwpn, juga boleh beritahu..jazakallah khairan kaseeran..

    ReplyDelete
  3. saya tumpang bertanya.. macam mana saya nak pastikan darah itu istihadah.. sbb saya period seperti biasa dan ia keluar selama 8 hari.. setelah habis haid.. selang seminggu darah keluar lagi.. mungkinkah ia haid kerana tempoh haid max sblum dikira istihadah adalah selama 14 hari.. adakah kena qada kan solat yg di tinggal kerana tidak pasti ia darah haid atau istihadah

    ReplyDelete
  4. kiraannya adalah start 1st day kluar smpai 15hari ke hdpn..bukan 8hari dh stop, smbung kira mnggu dpn...bukan2..jd dlm situasi saudari ni,smnggu yg kmudian kluar itu adalah istihadah..jd kne qada solat..wallahua'lam bissawab..

    ReplyDelete