i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Saturday, December 10, 2011

WASIAT RASULULLAH KEPADA SAIDINA ALI



Wahai Ali,bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali, bagi orag ALIM itu ada 3 tanda-tanda:
1) Jujur dalam berkata- kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) menjauhi kejahatan.
3) memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman (shubhah).

Wahai Ali,bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T.

-----------------------

Allah..sungguh ana sentiasa melanggar wasiat ini..kurangnya hambaMu ini Ya Rabb..sering mengadu domba akan ujianMu..ketika sakit aku khabarkan kepada manusia yg aku sedang sakit, ketika susah aku mengkhabarkan kepada sekitarku yang aku sedang diuji..mengejar keduniaan, tunduk kepada nafsuku..ALLAH..ALLAHURABBI...aku belum layak mencapai syurgaMu...bimbinglah hambaMu Ya Rabb...

No comments:

Post a Comment