i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Saturday, August 20, 2011

Sahabat hingga ke hari akhirat


Bismillahirrahmannirrahim...Assalammualaikum w.b.t..Alhamdulillah..mcm lama x update blog..tp syukur la..masih diberikan kudrat dan diizin Allah utk terus menaip...dan sebenar2 kesyukuran utk nikmat Fasa Ramadhan ke-3 skrg ni...Subhanallah..kalau kalian perasan,arini cuaca sgt2 redup..xpanas,xsejuk...smpai la skrg ni..tenang jek ana rasa...dan ana akan sntiasa merindui perasaan sebagaimana arini..perasan apakah??hanya Allah yang tahu..

baiklah..bila sebut bulan Ramadhan,sesuatu yang sangat2 istimewa yang sepatutnya tidak terpisah dari manusia adalah Kalam Suci Allah~AL-QURAN yang mana memiliki seribu satu keajaiban milikNya..keutamaannya melebihi semua kitab dan ucapan..segala jawapan telah Allah jawab di dalam Al-Quran..sebab itu kadang kala,bila kita berasa sgt2 susah dan sedih..just open Quran,and u will find the answer...Allah will show u the way...SUBHANALLAH..




Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:" Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah,maka baginya satu kebaikan. Dan setiap satu kebaikan akan dibalas dengan 10 kali ganda." (Riwayat al-Tirmizi)


Sayidina Uthman bin Affan berkata: " Kalau hati kita bersih, kita tidak akan pernah kenyang daripada al-Quran. Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca mashaf al-Quran padanya." (Riwayat al-Baihaqi dalam Sh'ab al-Iman)


SUBHANALLAH....dan yang paling ana kagum, Imam Syafi'i mengkhatamkan al-Quran pada bulan Ramadhan sebanyak 60 kali. Pada bulan2 lain adalah sebanyak 30 kali...SUBHANALLAH2...Dan ini amat dikagumi oleh ulama2 lain sehinggakan sesiapa yang memiliki iman di hati,pasti iri kepada tokoh tersebut sepertimana Imam Abu Bakar yang cuba meniru amalan Imam Syafi'i utk khatam al-Quran.Tetapi beliau hanya mampu khatam 59 kali al-Quran pada bulan Ramadhan...Subhanallah..

erm..cuba kita aju balik soalan kt diri kita..adakah pernah kita terasa nak khatam al-Quran banyak2 kali sepertimana ulama2 tersebut?? adakah kita mengamati Ramadhan dgn menjadikan al-Quran sebagai sahabat akrab kita? tepuk dada..tanya iman...

and always remember...semua sahabat yg ada di dunia ini xkn mampu mensyafaatkan kita di akhirat..tetapi..its different with Kalamullah...AL-QURAN..kerana...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat kelak. Puasa akan berkata: " Wahai Rabb, aku telah menahannya daripada makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya." Al-Quran pula berkata: "Aku telah mencegahnya daripada tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya." Kemudian Baginda bersabda lagi:"Maka kedua-duanya diperkenankan memberi syafaat." (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim)


wallahua'lam bissawab..assalammualaikum...
(Sumber:Solusi 34)

2 comments:

  1. Nice sharing, mmg itulah sahabt sejati kita, cuma kita je xkenang jasa dia..

    ReplyDelete
  2. sama2 menjadikan Kalamullah sbg sahabat akrab yek Ibnu Hassan...

    ReplyDelete