i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Monday, April 11, 2011

SUBUH DINASOUR??aiyoo..


assalammualaikum..SELAMAT PAGI!! (^_^)

hihi..entry kali ni adalah berkenaan dengan "SOLAT SUBUH". Solat subuh x hari ni?? Kalau solat 2 ALHAMDULILLAH kerana sangat besar fadhilat mengerjakan solat subuh ini. Eh!! susah kan nk bangun subuh? kalau mudah 2 alhamdulillah sangat sebab ALLAH kejutkan kita, Dia yang memudahkan urusan kita. Ha..jgn pulak riak ckp "aku bangun sendiri awal pagi 2.." pah2 siap kutuk orang yang "SUBUH GAJAH, SUBUH DINASOUR" nih...ha..xboleh mcm 2 yek kawan2..kena ingat yang semuanya adalah kerana ALLAH..dan adalah menjadi satu kewajiban kepada kita ni untuk saling ingat mengingati lebih2 lagi berkaitan dengan solat..saya terasa memiliki "tanggungjawab", jadi di sinilah saya sampaikan kerana xsemua orang saya mampu kejutkan di awal pagi...

baiklah..nak dengar 1 kisah x mengenai "solat subuh"?

"Seorang lelaku muda bangun di awal pagi untuk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudhuk dan berjalan menuju ke masjid. Di tengah jalan, lelaki itu terjatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya dan pulang ke rumah. Di rumahnya, dia berganti baju, berwudhuk dan berjalan semula menuju ke masjid. semasa di dalam perjalanan ke masjid, dia terjatuh lagi di tempat yang sama! sekali lagi dia bangkit dan membersihkan diri di rumah. Dan melakukan perkara yang sama iaitu menukar baju, berwudhuk dan menuju ke masjid. semasa di tengah jalan menuju ke masjid, dia bertemu dengan seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menyapa lelaki itu lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu". Lelaki muda itu lantas mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan menuju ke masjid. Setibanya di masjid, lelaki muda itu mengajak lelaki teman barunya itu masuk dan bersolat subuh bersamanya. Lelaki itu menolak. Berkali- kali diajak tetapi jawapannya tetap sama. Lelaki muda terseut bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat? lalu, lelaki pembawa lampu tersebut menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN

Terkejut lelaki muda tersebut. Syaitan menjelaskan, "Saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang, membersihkan badan dan kembalik ke masjid, Allah telah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatkan kamu terjatuh buat kali kedua. Dan itupun tidak merubah niatmu tetapi kamu tetap berjalan menuju ke masjid. Kerana itu, Allah mengampunakn dosa seluruh ahli keluargamu. Lalu aku khuatir seandainya aku membuatkan kamu terjatuh kali ketiga, ALLAH akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu. Jadi aku harus pastikan engkau selamat sampai di masjid dengan selamat.."

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya:

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi:

“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”Begitulah keistimewaan solat Subuh.

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

”Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)


SUBHANALLAH...

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh. Sememangnya syaitan itu akan terus menganggu kita. mendodoikan kita sehingga kita lebih memilih tidur berbanding bangun, membersihkan diri, berwudhuk dan bersolat. Oleh itu, berusahalah..ALLAH MAHA MENGETAHUI..Lakukan amalan yang sepatutnya sebelum tidur supaya bangun kita di pagi hari adalah bangkit bersama IMAN dan ISLAM..wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment