i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Wednesday, April 6, 2011

KISAH MALAIKAT HARUT DAN MARUT

TIT2!! ENTRY BARU!! ENTRY BARU..HEHE (^_^)
SERONOK..KENAPA?SEBAB....NAK KONGSI SESUATU YANG BERMANFAAT UNTUK ANDA SEMUA..INI ADALAH "HOMEWORK" YANG SEORANG SAHABAT BAGI KAT SAYA.. SETELAH MEMBACA KISAH NI,MAKA NYA..INGINLAH DIRI INI MENGE"SHARE" DGN ANDA2 SEMUA...SELAMAT MEMBACA!! ^_^

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah..ini adalah kisah Malaikat Harut dan Marut yang merupakan malaikat yang paling taat dan banyak beribadat untuk ALLAH..

Alam malaikat adalah alam yang tinggi di alam langit. Para malaikat berkumpul, emreka berbisik sesama mereka dan teringt dirman Allah kepada mereka

"Sesungguhnya AKU hendak menjadikan seorang khalidah di muka bumi" (al-Baqarah:30)

lalu mereka bertanya kepada ALLAH:

"Mengapa ENGKAU hendak menjadikan khalifah di bumi yang hanya akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan ENGKAU"

Maka ALLAH berfirman:

"Sesungguhnya AKU mengetahui apa yang kamu tidak ketahui'' (al-Baqarah :30)

ALLAH telah mengajarkan Adam nama2 benda seluruhnya, menempatkan Adam di syurga, mencipta Hawas sebagai isteri kepada Adam dan rakan kongsi Adam sehinggalah mereka dicampakkan ke dunia kerana telah mengingkari perintah ALLAH semasa di syurga iaitu telah memakan buah khuldi. Maka, bermulalah kehidupan Adam dan Hawa di dunia. Lahir zuriat Adam di dunia dan telah berlaku pembunuhan pertama Qabil dan Habil. Seterusnya zuriat Adam terus berkembang dan bertambah ramai di dunia. Akhirnya dunia penuh dengan dosa keturunan Adam.

Mereka lupa tugas mereka sebagai khalifah di bumi ALLAH. Mereka buat berhala, mereka sembah. Mereka leka dan penuh kelalaian, penuh maksiat, mencuri, merampas hak sesama meraka, membunuh dan dunia ini penuh dgn kezaliman manusia. Kesemuanya dicatat oleh malaikat sehingga buku catitan mereka menjadi gelap, hitam. Lalu malaikat berkata:

"beginiklah keadaan khalifah Allah di Bumi?Kenapa ALLAH memilih mereka menjadi khalifah sedangkan mereka mengingkariNya?"

Lalu ALLAH berfirman kepada malaikat:

"Jika AKU menjadikan kamu semua seperti manusia, nescaya kamu juga akan melakukan seperti apa yang telah berlaku di kalangan manusia"

Malaikat menjawab:

"Wahai Tuhan! Maha Suci Engkau, kami tidak sekali kali aka mengingkari Engkau. Maka Allah berfirman lagi, Pilihlah 2 malaikat dalam kalangan kamu.Lalu para malaikat telah memilih Harut dan Marut kerana mereka brdua paling banyak beribadat dan terbaik dalam kalangan malaikat. Firman Allah:

"dan apa yang diturunkan kepada 2 malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut: (al-Baqarah: 102)

Babil atau dikenali dengan Babylon di Iraq adalah kota yang penuh kemewahan, keseronokkan dan kemaksiatan. Wanita2 cantik dan jelita ada di mana2 sahaja. Arak juga terdapat merata, alunan muzik dapat didengari semua kedai dan kelab dan berlakunya perkara2 keji dan jahat secara berleluasa.

Kelihatannya terdapat kelompok mnusia yang berpesta mengelilingi wanita yang cantik yang sedang menyanyi dan menari dalam keadaan separuh bogel. Ada sebahagian mencuri baran orang kerana mereka lalai berhibur.

Kesemua keadaan ini dilihat dan didengar oleh Harut dan Marut setelah ALLAH menukar mereka menjadi manusia dan mencampak mereka berdua di Babil. Harut dan Marut berada di bandar Babil. Mereka sentiasa memelihara kecantikan dan keputihan malaikat. Sape2 pon leh tertawan dengan kecantiakn mereka berdua.

Setelah lama berjalan di kota Babil, mereka berdua terasa letih. Lalu Harit berkata :

"aku terasa sesuatu di dalam dadaku, begitu juga di kepalaku seolah- olah badanku berat seperti bukit sehingga kakiku tidak mampu memikulnya."

Marut menyahut kata2 Haarut dan bekata:

"aku juga berasa sepertu kamu tetapi perutku terasa amat sakit."

lalu Harut menjawab:

"itu bunyi perut lapar, wahai saudaraku! Sesungguhnya kita telah menjadi seperti manusia sedangkan kita malaikat tidak pernah merasa lapar dan dahaya bahkan sentiasa bertasbih dan menyucikn ALLAH. Lalu Harut mendongak ke langit dan berdoa supaya Allah memberikan meraka makanan. Tiba2 emreka trcium aroma daging bakar di majlis sbuah majlis keramaian. Mereka dapati ramai orang sedang menjamu selera dalam majlis tersebut.

Mereka terus memasuki majlis itu, tetapi sifat mulia yang ada dlm diri mereka menjadi penghalang mereka meminta makanan dari tuan majlis. Bagaimana mereka menyembunyikan bunyi perut mereka yang lapar dari terus berbunyi? Lalu mereka berdua duduk hampir dengan tuan majlis. Mereka melihat orang ramai makan dengan sayu. Lalu orang ramai memerhatikan Harut dan Marut dan menjemputnya makan. Mereka pun makan sehingga kenyang dan perut mereka tidak lagi berbunyi.

Selesai makan, mereka pun memerhatikan semua orang yang sedang makan di seluruh tempat. Akhirnya mata mereka terpaku akan kecantikan seorang wanita yang sangat cantiik bak bulan purnama iaitu Zahrah,ratu Babil. Tersentak Harut dan Marut dari lamunan, diselubungi rasa beersalah kerana telah melakukan dosa. Harut dan Marut segera berisytighfar dan bertaubat. Rasa terlalu malu dan berdosa hampir membunuh mereka. Mereka benar2 menyesal.

Namun, penyesalan tersebut hanya beberapa ketika, syahwat datang kembali dan mereka sekali lagi melihat Zahrah sehinggalah suara iman dalam hati mereka memberontak dan berkata,inilah nafsu bujukan syaitan.Suara iman mengatasi syahwat lalu mereka segera beristighfar dan hanya satu cara yang dapat mengatasi masalah tersebut iaitu "meninggalkan majlis tersebut"..

Mereka sepakat untuk keluar dan bertaubat,akan tetapi, setelah agak jauh meninggalkan majlis tersebut, perasaan syahwat meronta2 untuk melihat Zahrah, tetapi iman mengatasi bujukan syahwat mereka lalu pergi lagi jauh meninggalkan majlis.

Dalam perjalanan tersebut, mereka tidak bercakap dan terus membisu lalu tertanya2 apakah yang telah mereka lakukan sehingga mengingkari perintah Allah dengan melihat kepada perkara yang diharamkan mereka.

Harut berkata, nafsu manusia sungguh buruk dan keji mendorong kita melakukan maksiat kepada ALLAH. Alangkah kejinya nafsu manusia!


Marut lantas menjawab : mungkin perasaan engkau sama seperti aku. Ya aku takut tempat kembali kita adalah neraka, tempat di balasnya orang2 yang derhaka.

Harut menjawab: TIDAK! TIDAK! Jangan takut! kita mesti berusaha mengalahkan syahwat dan memaksa nafsu agar mengikut bisikan iman. Kita perlu terus beristighfar dan bertaubat dan terus pergi jauh dari tempat maksiat.

Setelah matahari terbenam pun mereka masih berjalan dan mereka berhenti di kaki bukit, lalu bersolat dan memohon taubat kepada Allah.

Keadaan malam sangat gelap, semua manusia sedang nyenyak tidur. Harut dan Marut masih lagi bersolat, tiba2 terdengar tiupan angin mendayu2 lalu terbit suara kuat seolah2 seorang anak kehilangan anaknya dan timbullan perasaan takut dalam diri Harut dan Marut. Tambahan pula dinginnya malam menggigilkan tubuh badan mereka. Mereka takut dan kesejukan, lalu meninggalakan dandar tersebut untuk menghilangkan rasa sejuk dan takut.

Setelah sampai di bandar, Harut berkata : "dah kembali balik!! Tanya Marut " apa yang kembali balik? HARUT MENJAWAB "rasa lapar yang menyakitkan perutku. Kata Marut, kita jangan menjadi hamba kepada perut, celakalah perut ini yang tidak pernah kenyang! Harut, kita perlu mencari makanan. Marut, jika kita tidak dapat makanan dan kenyang, adakah kita tak lapar lagi? Kita mesti berusaha bekerja untuk membeli makanan. Kerja apa yang tidak boleh dibuat? Kita serahkan urusan kepada Allah,Kita akan dapat kerja dan Insyallah akan diberikan rezeki cukup kepada kita.

-------------------------------

ha...apa yg kalian dpt dgn kisah ini??
tidak mudah kan menjadi manusia?
tidak mudah kan menjadi khalifah di bumi ALLAH?

maka..
BEKERJALAH UNTUK ALLAH TAALA
berusahalah mendapatkan sesuatu, bukan sekadar melihat apa yang akan berlaku..
tingkatkan iman,kerana hanya dengan IMAN, NAFSU itu dapat dikawal..
wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment