i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Tuesday, July 31, 2012

Bolehkah mendoakan yang buruk kepada orang yang menyakiti kita?

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

Sebelum kalimah lain disusun, marilah sama-sama kita mendoakan yang lain-lain semuanya agar tergolong dalam golongan yang soleh/solehah dan mudah2an kita adalah umat yang akan bersama-sama Rasulullah di SyurgaNya.Allahumma Amin..

Baiklah, seringkali kita melihat/ mendengar kisah mengenai sahabat-sahabat atau kisah terdahulu yang mana adanya orang yang disakiti/dizalimi oleh yang lain sehingga dia berdoa yang macam-macam agar orang yang menyakitinya itu dibalas dan diazab oleh Allah dengan keras. Nauzubillah. Mudah-mudahan ana harap sahabat-sahabat ana bukan tergolong dalam golongan yang sedemikian yang mana sering mendoakan yang buruk kepada orang lain.

Hal ini kerana ulama' bersependapat bahawa orang-orang yang mendoakan keburukan orang lain walaupun orang itu telah melakukan kejahatan kepada dirinya, maka dia termasuk dalam golongan orang yang telah membuat maksiat. Nauzubillah...

Pendapat ini dikuatkan dengan Firman Allah yang bermaksud:

"Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa."

(surah Al Isra ayat 11)


Astaghfirullah Al Azim. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang tergesa-gesa wahai sahabat. Setiap apa yang telah berlaku adalah apa yang telah Allah tetapkan. Kehidupan ini adalah pilihan, maka andai yang buruk dipilih, maka buruklah yang kalian akan dapat sama ada cash Allah beri di dunia, atau Allah akan balas di sana.

Andai kata seseorang telah mengambil hak kamu, maka itu adalah rezekinya,bukan rezeki kamu. Maka tekadkan pada hati kalian bahawa "barangkali ini bukan rezeki aku, maka redhakanlah aku Ya Allah.Mudah-mudahan yang lebih baik akan diperolehi." Dan andaikata seseorang telah diambil oleh orang lain menurut kamu, maka ketahuilah Perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Maka itu adalah kemenangan buatmu. Mengapa berduka? Ambillah pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim ketika anaknya Nabi Ismail disuruh Allah untuk disembelih. Ambil peringatan dari Allah melalui kisah tersebut.

seterusnya doakan kepada yang menyakiti kamu dengan doa yang baik. Mudah-mudahan Allah mengkurniakannya Taufiq yakni kekuatan dan Hidayah iaitu PetunjukNya. Insya-Allah.

Jadilah manusia yang sering memaafkan, berlapang dada dengan kesakitan/ musibah/ ujian Allah. Berbaik sangka dengan manusia yang menyakiti kamu kerana itu juga menandakan kamu berprasangka baik kepada Allah. Seandainya kamu terasa kehilangan/ kesakitan yang amat di atas perbuatan yang lain terlampau-lampau sehingga merosakkan perasaan kamu, maka rujuk kembali solatmu. perbaikilah. kerana pada solat itu barangkali ada silapnya, maka sama-sama diperbetulkan. dan rujuk kembali makanan bagi hati-hati kita, di situlah RAJA, andai buruk PEMERINTAHNYA, maka terumbang ambinglah RAKYATNYA.

WALLAHUA'LAM BISSAWAB.

Sumber: Tanyalah Ustaz TV9.


ALHAMDULILLAH YA ALLAH.

-RAMADHAN KAREEM-

4 comments:

  1. Salam Sheikh,

    Bagaimana pula dgn Surah Al Ahqaf ayat 33; "maka Mohdhendaklah engkau bersabar seperti rasul2 terdahulu. Jgn lah kau minta azab mereka disegerakan......."

    Tkasih.

    Rosli

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum..maaf d atas kelewatan..sy bukan Syeikh, hanyalah seorang penuntut ilmu..rujuklah pd yg lbh arif, ahlinya..asif..

    ReplyDelete