i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Friday, June 8, 2012

Muhasabah : Konvo Akhirat Bagaimana?




Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t

Asiff kerana terlalu lama menyepi. Terdapat urusan dengan izin Allah.
Alhamdulillah diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk berkongsi mengenai perasaan ana berkonvo.

9 Mei 2012 merupakan tarikh kos ana berkonvo. Hari-hari sebelumnya dipenuhi oleh graduan-graduan kos-kos lain. Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah. Di sini ana ingin berkongsi sedikit perasaan ana tatkala pergi berkonvokesyen. Perasaan yang mana dihadirkan oleh Allah s.w.t.

pagi 2 ana bagkit awal agar tidak kelam kabut bersiap. Almaklum la, jadual kami berkonvo mula awal pagi. Tetapi, apabila sudah siap, hati ni rasa tidak mahu pergi. Sempat msg kepada rakan2 yang ana memang xnk pergi dan berlakulah beberapa kejadian yang menjadi ujian buat hati. Kemudian, family ana ambil di Kolej. Soalan yang ditanya memang membuatkan ana bertambah-tambah tidak mahu pergi. Tetapi, tidak mengapa. UJIAN HATI..perjalanan menjadi semakin lambat dan lambat ekoran memang di hati terdetik "aku xnk pergi". Namun melihat mak,along,adik dan anak buah bersusah payah. Teruskan...

Melangkah ke dewan persediaan belum menimbulkan "perasaan aneh" itu lagi. Selesai memakai lengkap dan duduk dengan tenang, tatkala melihat orang di sekeliling keseronokkan, nervous kata mereka, ana jadi tertanya2 "apakah majlis ini yang digembirakan? yang betul2 seolah2 diraikan teramat sangat oleh aku dan mereka???

MELANGKAH KE DEWAN KONVOKESYEN....

Air mataku deras mengalir. Ku tahan, ku kawal sehingga sudah aku menangis ekoran terdetik:

"akankah tatkala di Mahsyar nanti begini aku akan dirai? Akankah kitab amalanku akan ku ambil dengan tgn kanan dan bersoraklah yang lain tatkala melihatku? adakah begini????? Atau sebaliknya?? Astaghfirullah Al Azim.

|| Allahu Allah..ampuni kami di atas dosa-dosa kami. Janganlah kami mengagung-agungkan majlis sebegini Ya Allah. Belum tentu ilmu yang dituntut benar keranaMu. Gapailah hati-hati kami dalam memperbaiki niat-niat kami keranaMu Ya Allah. Bantulah kami Ya Allah. Tuntunlah jiwa-jiwa kami dalam mengharapkan redhaMu. Allahumma Amin.||

2 comments:

  1. terima kasih..tahniah jugak utk semester seterusnya..smoga dipermudahkan..=)

    ReplyDelete