i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Saturday, June 23, 2012

KERANA AKU SEORANG GURU



kerana aku seorang guru,
aku mencuba menjadi terbaik untuk pelajarku..
kerana inginku mereka menjadi juga terbaik untuk diri mereka sebagai hambaNya..

kerana aku seorang guru,
ku atur dan ku jaga tuturku, senyumanku, tingkahku..
kerana biar mereka tahu betapa indahnya hidup beserta kasih dan cinta dengan tutur, senyuman dan tingkah indah di dunia..

kerana aku seorang guru,
ku labuhi hijabku dan pakaianku..
kerana biar mereka sedar itulah syariat yang wajib dijaga..

kerana aku seorang guru,
ku atur warna pakaianku walau tidak seselera warna seorang guru, namun ku ceriakan ia dengan peribadi islam yang mulia..
kerana pabila mereka berkata "kenapa", kan ku hurai asbab warna pakaian seorang wanita..

kerana aku seorang guru,
ku bertindak serajin mungkin, walau tatkala lelah dan penat menyapa, ku gagahi kerana insan2 yang berada di hadapanku..
kerana bukan sengaja mereka memenatkan dan menyusahku, tetapi itulah amanah yang digalas oleh seorang guru..

kerana aku seorang guru,
ku cuba kawal emosiku walau seliar mana tingkah insan-insan itu,
kerana jangkaan positif dan negatif perlu ada bagi mengawal situasi yang tidak terjangka dek kelakuan suci seorang pelajar yang tidak mengenal apa itu dosa..

dan semua itu asalnya kerana aku adalah hamba..
dan wajar tingkahku sewajar seorang hamba yang berfungsi sebagai khalifah di muka bumi Allah Yang Esa..

:: SELAMAT BERPRAKTIKAL & SELAMAT MENJADI SEORANG GURU ::
:: GURU BUKAN SETAKAT "GURU BUKU" NAMUN "GURU HATI & JIWA" ::

No comments:

Post a Comment