i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Saturday, April 7, 2012

INGAT MATI vs INGIN JODOH


BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM..ASSALAMMUALAIKUM W.B.T..

Dimulakan dengan Qalam Suci Allah yang bermaksud:

Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Surah Aali Imran: 31].

di dalam urusan pernikahan, ianya merupakan salah satu Sunnah, orang yang berniat untuk bernikah bagi mengikuti kecintaannya iaitu Rasulullah, maka ganjaran dan pahala yang besar buatnya.

Sabda Rasulullah:

"Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)


Mendengarkan hadith tersebut melonjakkan perasaan untuk menikah sama ada wanita yang telah cukup syarat yang dinyatakan kecuali belum bernikah, atau mana2 sahaja wanita..

wanita mana yang tidak mahu mengejar Syurga? bukan sahaja wanita, malah pemimpinan Adam juga begitu.

Namun, berlebihan dalam memikirkan soal berjodohan juga merupakan salah satu tipu daya syaitan kepada umat manusia. Kerana syaitan itu tahu benar akan kekalutan manusia yang sentiasa mencari cinta Allah wa Rasulullah kerana dia juga asalnya dari seorang ahli ibadah (AZAZIL)

memikirkan terlalu tinggi mengenai urusan cinta akan membuatkan kerosakan kepada hati manusia.

"HATI itu ibarat Raja, andai teruk Rajanya, maka teruklah kepimpinannya (anggota/ perbuatannya)"

berbeza sekali tatkala mengingati MATI dengan mengangankan PERNIKAHAN.

ADAKAH MENGINGATKAN PERNIKAHAN AKAN MEMBUATKAN KITA SEMAKIN TAKUT KEPADA ALLAH? JARANG SEKALI...MALAH, MUNGKIN TIDAK...

Malah, hati itu akan mencjadi HATI YANG TIDAK QANAAH (tidak merasa cukup akan nikmat Allah). Meminta secara keras-kerasan. walhal yang terbaik adalah doa yang tidak terburu-buru:

Allah akan mengabulkan doa hambaNya yang ketika memintanya tidak terburu-buru ingin segera dikabulkan(HR.Bukhari-Muslim)

Berbeza dengan mengingati MATI.

Sabda Nabi saw bahawa syaitan akan datang kepada seseorang menjelang matinya bagi menggodanya agar meninggalkan Islam dan mati di dalam agama Yahudi dan Nasrani.

BUKANKAH ITU AMAT MENAKUTKAN??


Perkahwinan itu dirancang hanya berlangsung selama sehari,lalu jalanilah kehidupan yang baik mengikutmu.. Akan tetapi, kematian itu jauh sekali dengan sebuah pernikahan. Urusan pengebumian mungkin memakan masa sehari, malah kurang dari itu..Namun,adakah terjamin kita ini akan mati dalam Khusnul Khatimah? FIKIRKAN.

~buat yang ingin bernikah, berdoalah..Insya'Allah ianya dimakbulkan olehNya. DIA MAHA MENDENGAR. Namun jangan digesa akan tetapi terima hidup ini dan jalani dengan redha..

Jadilah seorang yang Taat atas perintah agama, tawakkal dan Qanaah. Maka dia akan menjadi orang yang beruntung (HR.At Tarmizi)

WALLAHUA'LAM BISSAWAB

2 comments:

  1. mati itu pasti..jodoh belum pasti,,hehehe..kena fikir soal mati lebih drpd soal jodoh,tapi remaja kini lebih suka fikir soal jdoh..hmmmm

    ReplyDelete
  2. alasannya "cinta tu fitrah"..lalai..lme kelamaan,ianya mnjadi fitnah..manusia yg dipermainkan dan diperbodohkn oleh syaitan..sama2 la berdoa dilindungi n sntiasa diingati..^_^ t awk kawen jgn lupe jmput..hihi..

    ReplyDelete