i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Saturday, October 22, 2011

Sunnah vs Bid'ah

Bismillahirrahmannirrahim..



"Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan,
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan"
Amin..Amin Ya Rabbal Alamin..


Assalammualaikum w.b.t kepada semua sahabat2 ana..

sekadar perkongsian sedikit mengenai Sunnah dan Bid'ah...



Sunnah:


Menurut ahli al-Hadith, sunnah ialah segala yang bersumber dari Nabi Muhammad SAW sama ada berbentuk perkataan, perbuatan, taqrir, sifat fizikalnya dan akhlaknya sama ada sebelum dan sesudah diangkat menjadi Rasul.

akan tetapi, tidak semua yang Rasulullah buat itu adalah sunnah yang dituntut. sebagai contoh, sunnah yang dituntut adalah seperti makan dengan tangan kanan, manakala yang tidak dituntut,tetapi dilakukan kerana kecintaannya kepada Rasulullah pula adalah seperti membela janggut. Seandainya dilakukan, maka ianya merupakan sesuatu yang sangat2 lah baik..sepertimana menurut al-Qadrawi:


"Jika seseorang yang berusaha seboleh mungkin mencontohi seluruh perilaku Rasulullah SAW hingga pada masalah-masalah yang tidak berkaitan dengan tuntutan agama kerana dorongan kecintaannya yang tinggi terhadap Rasulullah SAW, ia juga sesuatu tindakan yang terpuji, meskipun hal itu tidak dianjurkan oleh agama."





Bid'ah:


Sesuatu yang diada-adakan oleh manusia sama ada berupa ucapan atau perbuatan dalam masalah agama dan rukun- rukunnya yang tidak diambil dari Rasulullah SAW dan para sahabat.

baiklah,Bid'ah ini pula merupakan sesuatu yang Rsulullah dan para sahabat xpernah lakukan ketika dahulu. Akan tetapi, tidak semua bida'ah itu adalah salah..

sebagai contoh:
penulisan dan pengumpulan al-Quran dalam satu mushaf yg dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar yang diusulkan oleh Khalifah Umar r.a.

Rasulullah tidak pernah menulis serta mengumpulakn al-Quran.Tetapi memelihara Al-Quran itu merupakan kewajiban.Jadi,ianya bukanlah sesuatu yang bid'ah..

bida'ah yang salah pula adalah seperti mengada-adakan sesuatu yang tidak ada di dalam Al-Quran dan Sunnah seperti Zakat Keluarga, Zakat Kesihatan, Solat2 yang dicipta sendiri,majlis perkahwinan yang melebih2 menyerupai kaum yang lain dan sebaginya.

baiklah..kalau nak lebih nampak lagi,contoh bid'ah yang tidak menjadi suatu kesalahan atau bid'ah yang baik adalah seperti sekarang ni, kita dapat lihat menerusi pembinaan sekolah (Rasulullah xpernah mendirikan sekolah,tetapi ilmu dikembangkan di masjid2 dan umah sahabat Nabi), menyusun ilmu Bahasa Arab dan lain-lain..




dan kalau nak diikutkn,memang ada banyak jenis bid'ah seperti bid'ah hasanah(bid'ah yang baik), bid'ah sayyidah (bid'ah yang buruk. selain itu menurut Izza al-Din ibn Abd al-Salam pula ada 5 jenis bid'ah iaitu bid'ah wajibah(bid'ah yang wajib dilakukan), bid'ah mustahabbah(bid'ah yang dianjurkan utk dilakukan), bid'ah makruhah (bid'ah yang makruh dilakukan), bid'ah muharramah (bid'ah yg haram dilakukan dan bid'ah mubahah(bid'ah yg boleh dilakukan)..


akan tetapi,apa yang penting dalam masalah beribadat, harus melengkapi 2 hal iaitu:

-Niat semata2 kerana Allah
-mutaba'ah iaitu beribadat dengan mengikut cara yang diajar oleh Al-Quran dan Rasulullah SAW.

wallahua'lam bissawab..

*Alhamdulillah..sgt seronok masuk kelas Pemikiran Islam..Ustaz pon asik kenakan ana jek dlm kelas..pernah ustaz melihat ana dgn berkata "zaman Rasulullah xde air dutch lady, adakah itu bid'ah??" ^_^

ustaz memiliki janggut yang nipis,kerana kecintaannya kepada Rasulullah..tenang melihatnya, indah mendengar kata2 ilmu darinya...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Ibrahim di atas kesudiannya menerima ana sebagai pelajarnya, walaupun secara "haram"..huhu.. ^_^

::Alhamdulillah Ya Allah::

No comments:

Post a Comment