i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Thursday, September 22, 2011

Pagi Yang Gelap~

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

Camne iman ari ini? bertambah baik atau smkin merosot?? erm..check balik yek sndiri..adili di mahkamah hati2 kalian yup..andai bertambah,Alhamdulillah..andai berkurang ,maka penuhilah ia kembali..

baiklah..siapa kt sini suka sangat solat subuh berjemaah?? xkisah la kt umh ke,kt surau ke,masjid ke..cuba senyum?? hehe..ramai yg senyum ea..Alhamdulillah..mesti ramai pembaca2 kt blog ni yg rajin solat subuh jemaah kn? Alhamdulillah..Kekuatan itu hanya ada pd Allah..maka,bersyukurlah kita semua diberikan kekuatan untuk terus menunaikan solat secara berjemaah...



em..ok2! xmo melalut2..cuma nk bg point2 penting tentang kelebihan solat subuh berjemaah...ha..nmpk x tajuk 2?? PAGI YANG GELAP...maknanya SUBUH la..sebab pd kita ni,subuh 2 dh pagi/ siang dh..tp still gelap lg..kn.kn..hihi..

----------------------------------------

Point 1:

Waktu yang diagungkan Allah

Firman Allah bermakud:
"Dan dirikanlah pula solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh malaikat." (Surah al-Isra' 17:78)

sebab 2 la Rasulullah memanjangkan bacaan surah ketika solat Subuh,kerana ianya disaksikan oleh para malaikat..

Point 2:

Pahala beribadat satu malam penuh



Rasulullah telah bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah telah solat separuh malam. Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah solat malam satu malam penuh." (Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibn Hibban)

Point 3:

Berada dalam Perlindungan Allah





Diriwayatkan oleh Jundab bin Sufyan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan (perlindungan) Allah. Maka jangan cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka (Riwayat Muslim)

Point 4:

Allah turun ke langit Bumi


Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Allah akan turun ke langit bumi pada setiap malam. Ketika malam tinggal sepertiga yang terakhir, Dia berkata :"Mana hambaKu yang berdoa?Mana hambaKu yang meminta kepadaKu, untuk aku penuhi permintaannya?Mana hambaKu yang beristighfar, untuk AKu ampuni dosanya??" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Point 5:

Pahala seperti mengerjakan Haji dan Umrah yang sempurna,sempurna, sempurna




Seterusnya bersambung sehingga subuh dan selepasnya. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh secara jemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit, kemudian solat dua rakaat, maka baginya pahala seperti haji dan umrah." Rasulullah s.a.w menambah lagi yang bermaksud : "(Haji dan umrah yang ditunaikan) dengan sempurna, dengan sempurna, dengan sempurna." (Riwayat al-Tirmizi)

Point 6:

Mendapat Cahaya pada Hari Kiamat


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Berikanlah khabar gembira kepada orang yang banyak berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

*Maksud "dalam kegelapan" dalam hadis adalah solat Isyak dan solat Subuh, dan maksud "menuju masjid" adalah menuju solat jemaah yang di masjid.

Point 7:

Dapat melihat Wajah Allah


Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah yang berkata dengan maksudnya :" Kami sedang bersama Rasulullah s.a.w ketika melihat bulan purnama. Beliau berkata: "Sungguh, kalian akan melihat Rabb kalian sebagaimana kalian melihat bulan yang tidak terhalang dalam melihatnya. Apabila kalian mampu,jangan kalian menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari (Subuh) dan solat sebelum terbenam matahari (Asar), maka lakukanlah."

Point 8:

Seksaan yang Pedih bagi yang meninggalkannya




Diriwayatkan daripada Samurah bin Jundab, Rasulullah s.a.w telah bersabda dan menceritakan tentang mimpinya yang bermaksud :"Sesungguhnya telah datang kepadaku malam tadi dua tetamu (Jibril dan Mikail). Kedua-duanya diutuskan kepadaku dan berkata :"Berangkatlah", lalu aku pergi bersama mereka. Kami mendatangi orang yang sedang tidur dan yang lainnya berdiri tegak di atasnya dengan membawa batu. Lalu tiba-tiba melepaskan batunya tepat pada kepalanya sehingga hancur luluh kepalanya. Batu itu telah meleburkannya."

"Kemudian dia mengambilnya kembali dan dia mengulangi apabila kepalanya pulih, sebagaimana awalnya. Kemudian dia akan kembali, lalu melakukan sebagaimana yang dia lakukan pada kali pertama. Rasulullah s.a.w berkata kepada kedua-duanya:"Subhanallah! Apa ini? "Merka berdua berkata: "Lanjutkan perjalanan,lanjutkan perjalanan...""

"Setelah melanjutkan perjalanan,kedua-dua malaikat tadi berulah memberi penjelasan dengan berkata :"Orang pertama yang kamu datangi tadi; memecahkan kepalanya dengan batu ialah orang yang membawa al-Quran namun mencampakkannya dengan begitu sahaja, dan tidur pada saat solat wajib."(Riwayat al-Bukhari)

Point 9:

Kesempatan untuk mengerjakan Solat Sunat Fajar


"Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya." (Riwayat Abu Daud,Muslim dan al-Nasa'i)

Point Last:

Saat Terbaik untuk mendapatkan Ilmu dan Tarbiah (Pendidikan)


Pada awal pagi, fikiran kita masih lagi bersih, perasaan masih tenteram dan jiwa masih stabil. Inilah waktu yang biasa dipilih Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan ilmu dan bertarbiah. Rasulullah juga menasihati para jemaah dengan kata-kata yang indah setelah selesai mengimami solat Subuh. Setelah itu, Rasulullah akan memperkenalkan tetamu yang baru datang, bertanya khabar tentang sahabat atau terus menziarahi sahabat-sahabat yang sakit.

-------------------------------------------

Jadi,bangun awal pagi,kena mulakan semngat baru..kalau start ari dengan senyuman, kata-kata yang baik, fikiran yang indah-indah..so..INDAHLAH hari kita..tp kalau bangkit awal pagi jek dah marah-marah,tensen...Allah..cmne??orng tengok pon sakit kepala kn?

dengan itu, pesanan ana...bangkitlah awal,bersiap untuk ke masjid, surau dengan meletakkan hati itu semata2 kerana Allah..banyak sangat kelebihan2 yg ana dan sahabat2 x brpe nk tahu kn?tp ari ni,dh tau dh sedikit..tp mesti ade bnyak lg kelebihan2nya..x caya??meh test jom!! hehe..



Renung2kn dan Selamat Beramal!!

as salam...

No comments:

Post a Comment