i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Thursday, July 14, 2011

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH



as salam semua ^^,
lama x update blog..
setelah di"kerah" oleh "seseorang" makanya ana pon "terpaksa" la meng"update"~
hehe..xdela..lama sebenarnya nk menaip kt blog ni..cuma agak bz sket kn..
ha..t ana update pasal satu program haji yg ana pergi aritu yek..
arini,kita bercerita pasal "KASIH SAYANG KERANA ALLAH"~ (^_^)
cite sal kasih sayang ni mmg nk senyum jek..KENAPAKAH?hihi...
baiklah..lets go trough to the story about "KASIH SAYANG"

------------------------------------------------------------

ada satu kisah yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sendiri. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda s.a.w bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di kampung yang lain.
Maka Allah s.w.t menghantar malaikat ke jalan yang dilalui untuk memerhatikan lelaki itu.
Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu,malaikat bertanya "Ke manakah kamu ingin pergi?'
Jawab lelaki itu jujur :" Aku ingin bertemu sahabatku di kampung ini."
Malaikat bertanya lagi :" Adakah bagi kamu apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?" Lelaki itu menjawab :"Tidak.Aku menziarahinya kerana aku menyayanginya kerana Allah."
Berkata malaikat : " Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah juga menyayanginmu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerana-Nya. (Riwayat Muslim).

-----------------------------------------------------------

orang yang ikhlas bersahabat kerana ALlah tidak menaruh apa-apa kepentingan peribadi daripada hunungan persahabatan yang terbina..bukan harta,pangkat,populariti,"ensem" kecantikan yg d lihat..tetapi..ukhwah itu terbina kerana tulus menyayangi dan mencintai seseorang kerana Allah..mudah2an Allah mempermudahkan segala ukhwah antara ana dan "sahabat2" ana~(^_^)

*asik tersenyum jek post ni..berat nanang...

sumber:majalah solusi edisi 33

No comments:

Post a Comment