i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Sunday, April 17, 2011

Ya Allah,aku jatuh cinta!


Kini, genap setahun perhubungan mereka.Dahulu,panggilan kak Liza dan Amir menjadi pengikat hubungan. Semakin hari mereka semakin akrab dari panggilan awak saya seterusnya semakin intim kepada abang dan sayang. Entah kenapa mereka boleh bersama. Liza termenung seketika. Kadang kala timbul di hatinya untuk berhenti mencintai Amir. Bukan kerana perbezaan umur di antara mereka, tetapi sering kali Liza terkenang cinta kepada Ya Rabb Yang Esa. Liza sentiasa berfikir, "akan ke manakah cinta aku bersama dia?adakah dia akan melamarku?" mengeluh Liza di dalam hati. Sering kali juga Liza berkata kepada Amir "boleh tak kalau kita berhenti macam ni? syg tak pasti hubungan ini akan ke mana dan syg takut seandainya cinta ini semakin banyak, syg akan hanyut dengan cinta.", jelas Liza. "syg..janganlah mcm ni.Abg syg syg dan abg nak terus macam ni..Nanti dulu yek syg..jangan fikir bukan-bukan yek.." balas Amir. Liza hanya mengiyakan kata- kata Amir dan berharap Amir diberi petunjuk Allah dan merasai sebagaimana yang di rasa.

Satu malam,di kala semua insan sedang lena berbaring di katil empuk mereka, Liza bangkit bermunajat kepada ILLAHI menunaikan solat hajat 12 rakaat,senjata paling mustajab seorang mukmin. Berlabuhnya dahi ke atas sejadah suci, Liza bermohon kepada Ya Rabb," Ya Allah,Kau ampuni dosaku, dosa kedua ibu bapaku,dosa keluargaku,dosa guru-guruku,dosa sahabat-sahabatky dan dosa sekalian umatMu yang memohon ampun kepadaMu Ya Allah.. Ya Allah,sesungguhnya aku lemah Ya Allah. Aku memohon petunjuk dan pertolongan dariMu Ya Allah. Kau tunjukkanlah kepadaku bahawa tiada yang sia-sia hubungan antara aku dan Muhammad Adam Amir bin Muhammad dan Kau berilah petunjuk kepadaNya secara nyata atau tersembunyi Ya Allah. Seandainya benar kini dia adalah untukku dan mampu membimbingku, Kau berilah dia petunjuk untuk membimbingku ke jalan yang Kau redhai Ya Allah..Bantulah diriku Ya Allah..Bantulah..."tersedu di dalam sujud,tidak tahu berapa banyak tumpahan airmata ketika itu. Liza hanya mampu menangis dan berharap sehingga lena dia tertidur di atas sejadah yang membawanya menemui Tuhannya ketika itu.

Awal pagi, Liza dikejutkan dengan deringan telefon dari Amir. "sayang..dah bangun solat ke belum?" tanya Amir. "Belum..erm..sayang pergi solat dahulu yek.." balas Liza. Ganggang diletak. Begitulah rutin harian mereka. Akan tetapi keadaan agak sedikit pelik pada pagi itu kerana pada kebiasannya,Liza yang akan mengejutkan Amir dari lena. Akan tetapi pada pagi itu,suara Amir juga agak suram dan menongkah kebiasaan mengejutkan Liza. Liza meneruskan solat subuhnya. Selesai bersolat, seperti kebiasaanya dia akan membuka komputer ribanya dan membuka talian Yahoo Messenger, penghubung cara komunikasi Liza dan Amir selain menggunakan telefon bimbit. Amir memulakan perbualan melalui laman sesawang itu. "syg,semalam abg mimpi takut." kata Amir."Mimpi ape?" tanya Liza. Kali ini, Liza akan membiarkan Amir bercerita kerana Amir paling pantang bila Liza menyampuk apabila Amir bercerita. Lalu Amir memulakan cerita mimpinya. "abg mimpi seorang tua berjubah putih menemui abg. Orang tua itu berkata yang abg sepatutnya memmpin orang lain menemui cinta Allah,bukan terus leka dengan cinta dunia." jelas Amir. Amir menambah, "kemudian lelaki tua itu mengarahkan Amir berubah dan seandainya Amir tidak berbuat demikian, lelaki tua itu akan menolak Amir ke dalam gaung yang dipenuhi dengan api yang sedang membara. Lalu Amir ditolak ke dalam gaungan yang marak dengan api tersebut. Tersentak Amir dari tidur. Lantas dia bergerak menunaikan solat taubat dan bertahajjut kepada Allah dan mulai detik itu, Amir menasihati Liza agar mereka sama-sama berubah mencari jalan yang diredhai Allah.

Menitis airmata Liza mendengar kisah mimpi Amir itu."Ya Allah,Kau tunjukkan kekuasaanMu Ya Allah.Alhamdulillah.Ya Allah,syukur kepadaMu Ya Allah. Lantas Liza sujud syukur menandakan kegembiraannya di atas perubahan yang ditunjukkan Amir. Liza tekad,"aku akan berubah demi Allah," detik Liza di dalam hati. Setelah itu, lama Liza tidak menghubungi Amir. Liza dahulu yang dikenali bukanlah Liza itu lagi. Dia mula mendekatkan dirinya kepada Allah. Dia mula mencari dan menagih kasih dari Tuhan Yang Satu. Surau menjadi taman syurga dunia baginya. Di sana jua menjadi tempatnya mengadu kasih,memohon diampunkan dosa. Terus-terusan Liza menangis. Kadang kala dia tidak sedar linangan airmata dan esak tangisnya diperhatikan sahabat sesurau. Liza tidak mampu menahan hatinya."Hanya Allah. Hanya Allah kini," detik hatinya. Sejak itu, Amir masih menghubungi Liza, akan tetapi Liza melayaninya acuh tidak acuh, tidak seperti dahulu yang mesra dan penuh gelak ketawa. Liza tidak mahu hati dan kecintaan kepada Allah diganggu dengan cinta yang lain selainNya.

Pada petang yang cukup indah,Liza dan teman-teman bersiar-siar mencari udara segar sekeliling kota. Terlihat kelibat seorang jejaka. "Amir! Ya Allah! Selamatkan aku dari kerapuhan hati dan kelemahan iman Ya Allah." Amir semakin emndekati lalu berkata "cantik syg pakai mcm ni. Tudung labuh.Abang suka.." kata Amir tulus. Liza hanya mampu berpaling dan tersenyum beredar meninggalkan Amir. Amir tersenyum melihat telatah mawar berduri memperlihatkan sifat malunya, Marliza Maisara binti Mahmud. Terdetik di hatinya," wanita ini yang ku cari.." Lalu Amir beredar menuju ke surau untuk menunaikan solat jemaah seperti kebiasannya.

Pada malam itu, pihak surau telah mengadakan sedikit ceramah. Tajuk yang sangat menarik sehingga menarik minat Liza dan Amir untuk sama-sama mengimarahkan surau pada malam itu. "Ya Allah! Aku jatuh cinta!" Cukup tepat ditujukan untuk mereka berdua. Tajuk yang bakal membawa kisah berbeza kepada mereka berdua. Tirai di antara muslimin dan muslimah dibuka. Liza dan Amir terkejut kerana masing-masing berada di surau bagi mendengar ceramah yang sama. Liza menjaga tingkah lakunya. Mula mengalihkan kedudukan badannya dan berselindung di sebalik sahabatnya dari terlihat oleh Amir. "Ya Allah, janganlah aku menjadi asbab imanya berkurangan Ya Allah," doa Liza.

Ceramahnya sungguh indah. Kata-kata ustaz begitu menusuk ke jiwa Amir dan Liza. Mereka tertunduk tatkala kata-kata ustaz kena tepat dengan situasi mereka berdua, "selalu SMS, CALL siang malam. Tiada kemanisan. Kemanisan itu adalah hubungan selepas kahwin." jelas ustaz. Pelbagai ilmu mengenai cinta benar-benar difahami oleh Amir dan Liza kini.

Selesai pulang dari taman syurga dunia, lama mereka berdua bermuhasabah. Tidak tahu siapa yang sepatutnya memulakan perbincangan bagi mengatasi masalah cinta mereka. Liza mula menaip kata-kata indah menjaga hati si teruna dan berharap si teruna faham benar apa yang diperkatakan ustaz ketika ceramah itu tadi. Liza lebih dewasa dan matang,lalu bait kata-kata dikarang indah:


"abg..abg dah faham kan apa ustaz tu cakap? syg yakin abg dan syg sangat faham akan erti cinta..syg mnyayangi abg kerana Allah dan syg xmahu kita berdua atau syg menyebabkan abg trglong dlm golongan syirik cinta dan kita berdua dimasukkan ke neraka..syg sgt takut dengan azab Allah..Jadi,syg harap kita berdua mampu berpuasa syahwat sehingga satu saat Allah pertemukan kita berdua..biarlah kini kita berdua berusaha untuk menggapai cinta Allah..abg pupuklah iman dalam diri abang dan syg akan cuba menjadi terbaik di sisi Allah..apa pun takdir jodoh di kemudian hari nanti.syg letakkan ia kepada Allah..dan hati syg kini ada pada Allah dan Allah jua yang akan menyatakan apa isi hati syg kepada abg..Seandainya bukan syg yang diciptakan untuk abg,akan ada insan lain yang setaraf dengan abg..as salam..semoga cinta ini sentiasa di bawah redha Illahi.." panjang Liza menaip..

"Amin..Amin Ya Rabbal Alamin..Semoga kita berjumpa lagi." balas Amir. Tidak panjang yang dibalas Amir. Tapi hati Liza kini tenang. Allah yang memberikan ketenangan ini kepadanya. "Alhamdulillah Ya Allah..Kau ciptakan hari ini untuk kami bermuhasabah dan mencari cinta sebenar-benarnya iaitu cinta kepadaMu.."

dengan tenang Liza menaip "Selamat berjihad di jalan Allah.." begitu juga balasan dari Amir "Semoga menjadi muslimah sejati pilihan Allah.." Terhenti. Setakat itu perhubungan mereka. Mereka berdua tekad untuk menghentikan hubungan yang lagha ini. Tuhan yang mereka cari kerana mereka yakin dengan mencari cinta kepada Allah,Allah jua yang akan mengurniakan cinta di dalam hati mereka dan semua kemanisan itu ingin dinikmati setelah akad menemui mereka berdua..


"Ya Allah,aku sungguh mencintaiMu Ya Allah. Jauhiku dari cinta duniawi dan cinta-cinta yang boleh membunuhku dan melupaiMu. Aku sungguh benar takut akan azabMu dan aku sangat takut seandainya aku menyebabkan seseorang dimasukkan ke dalam neraka yang menjadi tempat tercampaknya hamba-hambaMu yang ingkar..Ya Allah,aku yakin Ya Allah..dengan mencintaiMu,aku akan menemui pencintaMu yang juga mendambakan cinta kepadaMu agar terpelihara kasih suci kami sehingga ke syurga. Ya Allah,seandainya diciptakan Adam/Hawa buatku di dunia,aku bermohon kau jadikanlah aku bidadari/bidadaranya di syurga..Amin..Ya Rabbal Alamin..HANYA DENGAN ALLAH AKU BERMOHON...


No comments:

Post a Comment