i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Monday, October 3, 2011

PERKONGSIAN : PEMAKAIAN PURDAH/NIQAB

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

Bagaimana iman sekalian sahabat2? naik?turun? ade cm graf naik turun ke?? ha..check elok2 yek..capai la Qalamullah, gerakkan bibir mengagungiNya..andai nak berbicara dengan Allah,dirikanlah solat,seandainya ingin jawapan dari Allah,maka bukalah dan bacalah surat cinta dariNya...AL-QURAN...

Baiklah..sebenarnya lama ana nk share sesuatu kpd sahabat2 ana..tetapi ekoran sedikit pergolakkan ati,ana pendamkan sahaja...

tetapi,setelah banyak soalan menerjah:

"zila, mcm mana nak pakai purdah/niqab kalau situasi kita mcm ni??"

"xpe ke kalau kadang kadang jek pakai?"

"saya nak pakai,tapi xkuat lg..."

"macam mana penerimaan keluarga? saya xkuat..."


macam2 soalan yang diajukan kepada ana...sehinggalah pada minggu lalau student ana yang agak stress memikirkan perihal ini meminta sokongan dari ana...

dan di sini,ana kongsikan kepada sahabat2 atau student2 ana yang ingin berniqab,tetapi tidak pasti atau apa sahaja perasaan yang bermain di hati...




ana sangat suka blog ini..banyak ilmu yang ana dapat dari blog Insyirah Solehah ..semoga mendapat manfaat...

---------------------------

Bismillahirrahmanirrahim.

Beberapa muslimah bertanya perihal niqab (purdah) kepada ana melalui e-mail dan juga mesej di dalam facebook. Mahu menulis balasan pada setiap yang bertanya, panjang lebar. Maka, ana usahakan untuk berkongsi di dalam blog sebagai salah satu usaha kecil menjawab sebahagian pertanyaan mereka. Janganlah anggap apa yang bakal dinukilkan ini sebagai muktamat sebaliknya pintu perbincangan sentiasa terbuka.

Permasalahan niqab ini sudah dibahaskan terlebih dahulu oleh para ulama' dan ini hanyalah perkara furu' (cabang) di dalam agama, maka usahlah terus menerima parkongsian ini sebagai muktamat kerana ana bukanlah ahli dalam agama yang merujuk kepada semua pandangan ulama' sebaliknya ini adalah 'homework' ana sebelum dan selepas memakai niqab yang pastinya terlalu banyak kekurangan dari sisi pandang yang ana ambil dari kefahaman yang disampaikan oleh ulama'. Ana juga banyak meminta pandangan dari muslimat yang memakai niqab, pendapat dan pandangan mereka mengenai niqab ana usahakan untuk rangkumkan di dalam post ini. Biiznillah.

Aurat wanita yang disepakati oleh ulama' adalah seluruh tubuh badan wanita kecuali muka dan tapak tangan, hanya sebilangan (minoriti) ulama' sahaja yang menetapkan bahawa muka dan tapak tangan wanita adalah aurat yang wajib untuk ditutup di hadapan ajnabi (lelaki asing - bukan mahram, atau dalam erti kata lain lelaki yang halal untuk dikahwini).

"Benarkah wanita yang berniqab di dunia ini, di akhirat kelak di saat manusia lain menunggu untuk melihat wajah Allah, Allah datang kepada wanita berniqab?"

Mereka mengatakan ini adalah hadith, ana ingin jelaskan di sini ana tidak pernah berjumpa dengan hadith sebegini dan setelah meminta penjelasan dari zauji beliau mengatakan ia adalah hadith rekaan (hadith palsu) semata-mata. Sangat mudah untuk 'mengenal pasti' hadith palsu antara cirinya ialah "buat perkara kecil dapat manfaat besar sangat, tak logik." Sekiranya hadith ini adalah sohih, maka tidak akan berlaku perselisihan di kalangan ulama'.

Jadi, apabila memakai niqab janganlah kerana merasa Allah akan berjumpa dengan muslimah yang berniqab di dunia. Allah, siapalah kita di pandangan Allah untuk mengharapkan sesuatu yang terlalu besar tersebut meskipun kita sangat mengidamkan perkara tersebut. Kembalikan niat untuk melakukan sesuatu bagi mendapatkan keredhaan Allah semata-mata.

"Apakah hukum memakai niqab?"

Hanya sebilangan minoriti ulama' sahaja mewajibkan wanita memakai niqab bersandarkan kepada dalil "Wanita adalah aurat"

Ia tidak berlaku secara mutlak. Kerana tidak mungkin seseorang boleh menampakkan
auratnya di dalam solat. Bagi mereka yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah majoriti ulama (jumhur).

Hadith diatas, yang berbunyi.

"Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaitan memperindahkannya."

Hadith ini tidak boleh diertikan secara mutlak. Ini kerana ada kaedah yang berbunyi :

"Dalil umum yang mengandungi banyak cabang hukum, dimana cabang-cabang hukum itu tidak boleh diamalkan berdasarkan dalil umum tersebut, maka kita tidak boleh berhujah dengan dalil umum tersebut untuk menentukan cabang-cabang hukum tadi."

Misalnya : Orang-orang yang menganggap bahawa bid'ah-bid'ah itu baik adalah berdasarkan dalil yang sifatnya umum. Contoh : Di negeri-negeri Islam seperti Mesir, Syria, Jordan dan lain-lain… ramai orang yang membaca selawat ketika memulai azan. Mereka melakukan ini berdasarkan dalil yang sangat umum iaitu firman Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." [Al-Ahzaab : 56]

Dan dalil-dalil lain yang menjelaskan keutamaan selawat kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam yang merupakan dalil-dalil umum (yang tidak boleh dijadikan hujjah dalam azan yang menggunakan selawat, kerana ia memerlukan dalil khusus, wallahu a'lam.)

Mewajibkan wanita menutup wajah. Berdasarkan hadith : "Wanita adalah aurat", adalah sama dengan keadaan di atas. Ini kerana wanita (sahabiyah) ketika melaksanakan solat mereka umumnya membuka wajah. Demikian pula ketika mereka pulang dari masjid, sebahagian mereka menutupi wajah, dan sebahagian yang lain masih membuka wajah.

Oleh yang demikian hadith diatas (wanita adalah aurat), tidak termasuk wajah dan tapak tangan. Prinsip ini tidak pernah bertentangan dengan praktik orang-orang salaf (para sahabat).

"Adakah para wanita (sahabiyah) memakai niqab?"

Hadith Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua tapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Kitab Al-Mushannaf.

Pendapat ini bukanlah hal yang baru. Para ulama dari kalangan Salafussoleh dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lain mengatakan bahawa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.

Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.

"Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan."

Memang kaedah ini bukan bid'ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syariat. Sedangkan orang yang pertama menerima syariat adalah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Kemudian orang-orang yang menerima syariat ini daripada beliau adalah para sahabat. Para sahabat tentu sudah memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu usul feqh seperti di atas.

Di dalam kitab Hijaab Al-Mar'aatul Muslimah yang dikarang oleh Syeikh Nasiruddin Albani mengenai kisah seorang wanita Khats'amiyyah yang dipandang oleh Fadhl bin 'Abbas ketika Fadhl sedang dibonceng oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, wanita itupun melihat Fadhl. Dia adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik. Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ketika itu memalingkan wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.

Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, boleh baginya membuka wajah sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram. Syeikh telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah tahallul awal.

"Dan seandainya wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan?!"

Syeikh berpandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syariat dan dari segi tabiat manusia.

Oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 30]

Maksudnya daripada (memandang) wanita.

Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 31]

Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.

Kedua ayat diatas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki.

Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya). Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah.

Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, Si Pembuat syariat dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua jenis menusia (lelaki dan perempuan) untuk menundukkan pandangan masing-masing.

Secara Umumnya :

Syeikh di dalam kitabnya mengatakan beliau tidak pasti di kalangan sahabat ada yang mewajibkan wanita memakai niqab. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syariat. Tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.

Oleh kerana itu Syeikh telah membuat satu bab khusus di dalam kitab Hijabul Mar'aatul Muslimah, untuk membantah orang yang menganggap bahawa menutup wajah wanita adalah bid'ah. Beliau telah jelaskan bahawa hal ini (menutup wajah) adalah lebih utama bagi wanita.

Pada pendapat Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata:

"Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat."

Menutup muka kerana timbulnya fitnah

Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.

Imam Kauthari r.a. berkata:

"Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah."

"Saya nak pakai niqab tapi ibubapa tak benarkan, apakah saya boleh memakai niqab tanpa pengetahuan ibubapa saya?"

Sekali lagi dijelaskan bahawa memakai niqab bukanlah wajib tetapi lebih baik (mulia) untuk wanita, manakala mentaati kedua ibubapa adalah wajib bagi seorang anak perempuan sebelum berkahwin. Maka, menurut kehendak ibubapa untuk tidak berniqab adalah lebih baik kepada wanita yang belum berkahwin ini adalah kerana kita perlu mendahulukan perkara yang wajib berbanding yang sunat. Sekiranya tiada keperluan untuk keluar dari tempat tinggal, maka tidak perlu untuk keluar di khalayak ramai. Ini adalah lebih baik dan selamat untuk wanita.

"Saya memakai niqab tetapi tidak semua tempat membolehkan saya memakai niqab. Contohnya di tempat kerja atau sekolah, sama sekali tidak membenarkan saya memakai niqab. Saya teringin untuk istiqamah berniqab tetapi keadaan tidak membenarkan saya melakukan demikian."

Secara umumnya tidak timbul isu 'istiqamah atau tidak' dalam memakai niqab kerana permasalahan mengenai sesuatu hukum boleh berubah mengikut keadaan kepada wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Satu situasi, seorang muslimah boleh berubah menjadi wajib memakai niqab sekiranya memiliki rupa paras yang menarik perhatian lelaki dan boleh jadi situasi yang lain seorang wanita hanya sunat memakai niqab untuk mengikuti sunnah para isteri Rasulullah.

Kesimpulan: Ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat dikalangan ulama'.

Seorang kakak yang sangat ana hormati dalam pendapatnya menerangkan bahawa niqab bukan sekadar menghijab wajah dari pandangan lelaki tetapi niqab juga adalah sebagai benteng untuk menjauhkan diri dari maksiat, apabila menutup mulut ia adalah satu nasihat kepada diri sendiri untuk menghindari mengumpat, mencela dan menggunakan perkataan yang tidak sopan. Seorang muslimat lainnya menjadikan niqab sebagai satu motivasi untuk sentiasa menjaga solat, tidak melewat-lewatkan solat lantaran imej muslimah yang dibawanya telah merubah peribadinya ke arah yang lebih baik. Masya Allah :)

"Bagaimana kamu makan di khalayak ramai?"

Terpulang kepada jenis niqab yang dipakai. Ada muslimah yang berniqab sentiasa membawa niqab simpanan di dalam tas tangan, sekiranya makan makanan yang berkuah (seperti laksa, tomyam dsb) dan niqabnya kotor maka mudah untuk menukar niqab. Ada yang selesa makan di tempat yang tersorok dari pandangan umum, maka mudah untuknya membuka niqab di hadapan keluarga semasa makan di luar.

Niqab juga berbeza, ada yang memakai niqab butang atau jarum peniti di luar tudung maka apabila makan mudah untuk membuka niqab di tempat tersorok. Ada muslimah yang memakai niqab bergetah, maka hanya turunkan niqab di bawah dagu untuk makan di tempat tersorok. Sebahagian lagi memakai niqab hitam (seperti arab) yang diikat di belakang kepala, maka, mereka akan menyelaknya dari bawah niqab dan makan seperti biasa :)

Sangat terharu dengan kata-kata seorang kakak.

"Alangkah indahnya andai daulah islamiyyah tertegak, tidaklah orang yang berniqab kelihatan pelik."

Indahnya ummat Islam itu bukan kerana dia adalah seorang Muslim tetapi yang mengindahkan ummat Islam adalah pelaksanaan syariat Islam di dalam kehidupannya.

Wallahua'lam.


Transformasi diri,
Insyirah Soleha.

-----------------------------------



..:: SEMOGA TERUS KUAT ::..

Sunday, October 2, 2011

Alhamdulillah..Rezeki Allah..



Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

apa khabar iman sahabat2 ana sekalian?? semoga sentiasa tetap dan lurus di jalanNya..Amin..

Pertama sekali, setinggi2 kesyukuran ana panjatkan ke hadrat ILLAHI di atas kurniaanNya...

ALLAHUAKBAR...x tergambar keadaan semalam di umah di mana Allah menunjukkan ana KebesaranNya..

ana sangat malu sehingga menitis air mata ana..tidak tergambar apa perasaan ana ketika itu...

Allah..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH...

Rezeki yang Allah berikan begitu luas kn...kadang kala kita terasa sangat sulit,tetapi berkat kesabaran dan keredhaan yang dititipkan olehNya...hanya beberapa minit sahaja Allah memberikan nikmat...

ALHAMDULILLAH...

inilah nikmat dan juga ujian dari Allah...

semoga ana terus kukuh di jalanNya...


Mahfum Firman Allah (Saba’:24)

Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah: "Allah", dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.


..:: ALHAMDULILLAH ::..

Kenapa aku berdakwah

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

ana x kn berceloteh panjang..sekadar renungan bersama..

ana ambil artikel ini dari blog bayyinat ..

blog ini merupakan antara blog yg ana paling suka baca sebab byk sgt info kita boleh dpt dr setiap coretan penulis..semoga terus bertinta di jalan Allah..

teruskan membaca...



-----------------------------------

'Layakkah saya berdakwah?', tanya seorang rakan kepada saya.

'Kenapa tanya soalan begini?'

'Erm. Saya ni jahat, selalu buat dosa. Ilmu agama saya cetek. Amal soleh saya sedikit. Saya tak layak'

Oh. Nampaknya kamu sudah salah faham....

Dakwah: Mengapa ia perlu?
Mengapa kita dituntut untuk berdakwah?

'Kerana Allah suruh'.

'Tapi, mengapa Allah suruh?'

Senyap.

'Ayuh. Jawablah, mengapa Allah suruh kita berdakwah?'

Sepi.

'Maaf, saya tidak tahu...'

Ya, tak ramai dalam kalangan 'orang dakwah' faham mengapa dakwah ini difardukan kepada kita. Banyak sebab sebenarnya! Jika kita ada usaha untuk 'menggali' maksud ayat-ayat al-Quran, pasti kita akan faham mengapa Allah menyuruh kita berdakwah.

Sebab Satu: Kerana Allah mahu menjadikan kita insan beriman.

Apa maksud iman?
Iman ialah meyakini kekuasaan Allah dengan hati, mengakui dengan lidah dan membuktikan dengan amalan. Siapakah manusia yang paling beriman diatas dunia ini?

Rasulallah s.a.w, Abu Bakar r.a, Umar r.a, Usman r.a, Ali r.a, para sahabat dan seterusnya generasi-generasi selepas mereka.

Bagaimana mereka mendapat iman?
Jawapannya satu, iaitu kerana mereka berdakwah. Rasulallah ialah seorang manusia. Dan setiap manusia, belajar. Rasulallah juga belajar. Siapa guru Baginda?

Allah.

Apa yang Allah ajar?

Wahyu.

Maka, kita perlu kembali kepada wahyu...

Perasan atau tidak, dalam banyak tempat di dalam al-Quran, Allah memulakan firman-Nya dengan perkataan 'Qul' yang bermaksud 'katakanlah'. Ini yang Allah ajar kepada Rasulallah- 'Cakaplah, beritahulah dan sampaikanlah wahyu'.

Inilah dia dakwah. Kita bercakap tentang perintah-perintah Allah. Kita beritahu tentang larangan-larangan Allah. Dan kita sampaikan berita-berita dari Allah. Dan inilah yang dilaksanakan oleh Rasulallah, dan diteruskan oleh para sahabat serta generasi selepas mereka.

Apa yang mereka dapat dengan 'bercakap?'
Mereka mendapat keimanan. Mereka dapat keyakinan, dan mereka mendapat perasaan 'dekat' dengan Allah. Beritahu saya, siapakah dalam kalangan sahabat Rasulallah yang tidak berdakwah? Tiada. Semuanya berdakwah.

Maka, jelas bahawa kita perlu bercakap tentang keesaan Allah, supaya ia hadir dalam diri kita.

Sebab Dua : Kerana Allah mahu menguji kita.
Allah paling hebat. Tiada keraguan tentang fakta itu. Tapi, Allah sengaja tidak jadikan semua manusia ini islam. Mengapa? Bukankah Allah berkuasa untuk melakukan sedemikian?

Ya, Allah mampu mengislamkan semua manusia di muka bumi ini. Tapi Allah tidak buat begitu. Mesti ada sebab.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"-al ankabut ayat 2.

Allah mahu uji kita. Dan inilah tanda Allah sangat adil. Ya, Allah adil. Dia beri kita ujian. Dan Allah juga sediakan ganjaran, habuan bahkan, denda juga. Sesiapa yang lulus ujian, maka dia dibalas syurga dan siapa gagal, maka dia akan dibalas dengan neraka. Theory wise, senang. Tapi praktikal, belum tentu...

Tanggungjawab berdakwah juga ialah satu bentuk ujian kepada kita. It is a must.

Sebab Tiga: Keselamatan.
Satu analogi. Kita berada dalam satu kapal yang besar. Kapal mewah 2 tingkat. Kita berada di tingkat atas. Di tingkat bawah, ada beberapa orang manusia 'nakal' yang sedang berusaha menebuk lubang pada kapal itu. Alasan mereka, mereka mahu membuat lubang di dasar kapal kerana mahu memasang jala dari dasar kapal. Logiknya, lebih dalam, lebih banyak ikan. Kita yang berada di tingkat atas tahu bahawa jika mereka membuat lubang juga, kapal ini akan karam. Lalu, apa tindakan kita untuk 'menjawab' alasan mereka yang jahil itu?

Adakah kita akan membiarkan, lalu kita turut sama karam.

Atau, adakah kita akan katakan 'Stop! Jangan buat' kepada mereka?

Inilah dakwah. Kita memberitahu kesan-kesan perbuatan salah mereka. At the end, bukan setakat mereka yang selamat, kita juga akan selamat.

Sebab Empat: Cinta
Satu lagi analogi. Kita ada satu ekar kebun. Disebelah kebun kita, ada satu ekar lagi kebun milik orang lain. Kebun kita ini baik. Kita potong semak samun dan kita bagi ia lapang. Tapi kebun jiran kita tidak. Kebunnya penuh dengan semak samun. Bahkan pasti, ada hidupan berbisa seperti ular di kebunnya. Kebun kita tidak ada ular, tapi kebunnya ada ular. Satu hari, ular yang mendiami semak samun itu masuk ke dalam kebun kita. Boleh bayangkan apa terjadi?

Ya. Kita akan dipatuk ular.

Lihatlah sendiri. Kita tidak boleh menjadi baik sorang-sorang. Tidak boleh. Sebaliknya, kita juga perlu ajak 'jiran' kita untuk 'membersihkan kebunnya bersama-sama'. Kesannya jelas, supaya jika datang musibah atas sebab maksiat yang berleluasa, musibah itu akan menimpa semua, bukan sekadar pelakunya. Jangan ingat kita baik, kita selamat. Belum tentu..kerana yang pasti, orang baik pasti tidak mahu jadi baik seorang-seorang, dia pasti mahukan semua orang jadi baik juga- Dakwah!


Sebab Lima: Kerana Islam menjaga.

Dahulu, ketika virus H1N1 sedang menular, semua orang dituntut untuk memakai topeng. Sesiapa yang terkena jangkitan wabak ini pula, akan dikuarantin. Mengapa? kerana kita tahu bahaya nya virus ini.

Virus H1N1 ini kita boleh ibaratkan sebagai dosa. Dosa, sifatnya ialah ia akan merosakkan diri kita, dan juga diri orang lain. Maka, orang yang berdosa ialah orang yang 'memberi ancaman' kepada kita. Mari kita merenung sebentar. Apakah dosa yang memberi manfaat kepada kita?

mencuri? membunuh? mengumpat? mengeji? membuka aurat? berzina? arak? judi?

Inilah dia islam. Dalam islam, apa-apa saja perkara yang memberi mudharat adalah haram, kerana islam menjaga 5 aspek kehidupan. Islam menjaga akal kita. Kerana itu, arak haram. Islam menjaga harta kita. Kerana itu, judi haram. Islam menjaga keturunan kita. Kerana itu jugalah zina diharamkan. Islam juga menjaga diri kita. Kerana itu jugalah Islam melarang kita dari mencederakan diri dengan sengaja seperti ritual agama-agama lain. Dan paling utama, islam menjaga akidah kita. Kerana itu kita dilarang syirik dan khurafat.

Mahu selamat di dunia dan diakhirat?
-Tinggalkan dosa.
-Tinggalkan maksiat.

Dan, ajak manusia dia sekeliling kita untuk meninggalkan dosa serta maksiat bersama-sama kita.

Sebab Enam- Lombong pahala.
Kita banyak dosa. Siapa mahu mengaku bahawa diri dia tidak punya dosa? Dosa dan pahala silih berganti. Jadi, bagaimana mahu menambah pahala?

Pahala adalah seumpama duit. Namun, ia tidak laku untuk membeli apapun kecuali syurga. Hanya syurga sahaja yang mampu 'dibeli' dengan pahala. Dan disisi Allah, atas sebab adilnya Allah, Dia sediakan satu tempat kita menimbang, al mizan.

Disana, kita akan dikira dengan penuh teliti dan adil. Malangnya, nyata dosa kita lebih berat berbanding pahala. Maka, terkulat-kulat kita disitu tercari-cari pahala. Ada kah?

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun" -Riwayat Muslim

Sebab Tujuh: Memudahkan amal.
Apakah dakwah yang paling kerap kita dengar? Ya.azan. 'Hayya ala solaah'- mari bersolat. Itu dakwah yang istimewa. Kerana itu, syariat nya hanya 5 kali sehari. Orang yang nak menyeru, pasti akan datang dahulu kepada apa yang diserunya.

Contoh lain. Jika seorang ibu mahu mengejutkan anaknya untuk bangun awal pagi untuk ke sekolah, si ibu harus terlebih dahulu bangun 30 minit lebih awal dari si anak.

Kerana itulah orang yang buat dakwah, mereka lebih mudah untuk beramal kerana ada 2 force yang push mereka, iaitu 'ini perintah Allah' dan juga 'aku ajak orang, aku kena buat lah'. Sekarang, tahulah kita sebab apa kita susah nak beramal, iaitu kerana kita telah meninggalkan dakwah.


Kesimpulan

Dakwah itu seumpama ubat sakit kronik. Kita boleh memilih untuk makan atau tidak, tapi kita sedia maklum akan kesan jika kita tidak makan ubat.

Saya baru jawab persoalan tentang "sebab" dan saya belum menyentuh bab "aku bukan baik untuk berdakwah". Apapun, semoga dengan kehadiran artikel ini, kita menjadi lebih bersyukur kerana diberi mulut dan diberi pancaindera. Moga-moga kita dapat gunakan mereka untuk berdakwah.

Ingat, dakwah ialah untuk mendapat iman, bukan untuk mendapat habuan dunia...

InsyaAllah, masih ada manfaat pada artikel-artikel ini...

------------------------


Hebat kan ciptaan Allah? Allahuakbar...Allah menghantarkan ribuan tentera utk berjuang di jalanNya..antara tentera yang berjuang adalah pendakwah2 melalui tulisan/ blog ni..syabas saudari iqbal kerana menunjukkn keperibadian yang selari dengan setiap tintanya...Alhamdulillah...

Baiklah,untuk menjadi pendakwah bukanlah mudah..pelbagai perspektif dinilai oleh orang lain pada diri kita..so,setiap masa kne perbaiki diri...ana juga ada mlkukan ksilapan,jd dgn melihat dan terus2an mncari ilmu, semoga Allah melindungi ati ana dari suozon yang terlalu, dari perkara2 mazmumah...


..:: masih memperbaiki diri..seandainya ada silap ana,harap ditegur ::..

Saturday, October 1, 2011

..::Denyut kaSIH dAIe ::..: Saat Penjaga Arasy Lupa Dengan Bacaan Tasbih dan T...

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t...

ana sangat suka blog ukhti hidayah ni..bait2 kata2 hikmah disusun indah pada setiap entry2 beliau..

ana sangat terkesan dengan entry beliau..dan yang terbaru ni,setelah membacanya, ana seolah2 merasai kesedihan pada setiap perjalanan cerita...

syukran ukhti hidayah di atas perkongsian...

...::: Jatuh Cinta Denganmu Ya Rasulullah:::...

..::Denyut kaSIH dAIe ::..: Saat Penjaga Arasy Lupa Dengan Bacaan Tasbih dan T...:                                                               ~Bismillahirahmanirahiim~      ~ merinduimu setiap waktu wahai kekasihku~   ا...

rindu dengan ustaz des



Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t

sekadar perkongsian sedikit perasaan ati ni...

tadi baru jek tgk video ceramah Ustaz Azhar Idrus kt UIA..

ALLAH..terasa rindu sgt..xtahu la nape..teringat2 mimpi ana bertemu dgn ustaz bersama dgn seseorang (dirahsiakan)...

tak tergambar mcm mne perasaan mse 2 leh mimpi ustaz...Allahurabbi...

tetibe plak leh rasa jeles + sedih sebab tgk orang ramai dpt jumpe ustaz n gelak dgo ceramah ustaz..ana ni..bile la nk dpt (belum ade rezeki lg..)

ana jugak ade la komen kt bwh video 2 kt pengerusi RPA 2 "bila nak jemput ustaz datang upsi" huhu...

betul2 la nk sgt dengar secara live ceramah Ustaz Azhar Idrus ni...

Semoga diperkenankn...Amin...

As salam...

Keberanian dalam kebenaran

Umar bin Khathab r.a Amirul Mukminin, pelindung rakyat itu setelah dilantik sebagai khalifah, beliau berpidato:

"Barangsiapa di antara kalian yang melihat kebengkokan pada diriku, maka hendaklah ia meluruskannya."

Berdiri seseorang menanggapi pertanyaannya dengan mengatakan, "Demi Allah, sekiranya kami mendapati kebengkokan pada dirimu nescaya kami akan meluruskannya dengan mata pedang kami."

Bergembiralah Umar dan berkata, "Saya bersyukur kepada Allah bahawa ada di tengah umat ini orang yang akan meluruskan Umar dengan pedangnya."



----------------------------------------

sekadar renungan bersama...sebagai seseorang yang dilantik sebagai pemimpin, waima pemimpin di kelas sekalipun, berbesar hatilah dengan kritikan dan pandangan orang- orang di bawah...bersyukurlah kerana orang itu mungkin akan menjadi penyelamat baginya di akhirat...

wallahua'lam bissawab...

.: AMANAH :.

ade orang rindu kita tu...

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t...

hihi..mula2 nk senyum dulu...^_______^
aish..tetiba kenangan menggamit kembali....

"cikgu!! nape cikgu suka sgt senyum? aish..comel la 2...

(senyum jek)..."senyum kan 1 sedekah,lgpon cikgu xsuka marah2..t kalau cikgu marah kang cikgu akan menangis..(smbung senyum lg..)


hihi..mmg cmni la...mmg trkenal dgn cikgu yg suka sgt senyum..suka mnyakat student2 ana ni..n ckgu yg cepat touching..huhu..

arini dpt msg dr student2..(ingt jugak kt cikgu ni yek..hihi

ade la request suh bubuh gambaq ana sepanjang "perjalanan kt upsi"..ok ke x,sihat ke x..mmg byk depa ni tye..

memandangkan ana dh jnji..so...ana akan letak la gambar sekeping buat santapan student2..hihi..

JENG3!!!



ha..ni la gambaq masa "berjalan kt area upsi"..hihi..

ni jek cikgu mampu bg..hihi...

dan pesanan ringkas utk pelajar2 ana..

# Jagalah Hati
(ni pesanan utk cikgu sekali la..sbb masalah ati byk ni..hihi..sama2 la kita menjaga hati...)



^___________________________^

.:: Ya Allah..peliharalah pelajar2ku ::.