i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Tuesday, April 19, 2011

Kenapa kita diuji?


Allah swt berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 286 bermaksud:



"Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"



daripada ayat tersebut, ketahuilah bahawa Allah swt tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita..Allah sungguh sayang akan hambaNYA..ujian Dia kepada kita ini hanyalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan dugaan yang Rasulallah perlu jalani dahulu..tetapi Rasulallah tetap sabar...dan..



"ketahuilah bahawasanya pertolongan Allah itu sangat dekat dengan kita selagi kita berpegang pada Agama dan Bersabar dengan segala ujian" (Al-Baqarah: 214)



dalam kita diuji oleh Allah,kadang kala kita menangis,tidak tahan dengan ujian yang diberi..sedangkan itu baru sedikit...Allah..terimalah setiap satu ujian dan dugaan yang Allah hadirkan..kerana setiap satunya memiliki banyak hikmah yang kita sendiri tidak tahu..dan antara hikmah kita diuji adalah :





  • untuk membersihkan dan memilih yang mana orang mukmin sejati dan yang mana orang2 munafik.



  • untuk mengangkat darjat dan menghapuskan dosa



  • untuk menguji sejauh mana ketaatan dan kesabaran hambaNya



  • untuk membentuk dan mendidik keperibdian mnusi sehingga menjadi umat yang berbudi tinggi




  • dan juga..sebagai latihan supaya manusia itu biasa menerima pelbagai ujian..dan dengan yang demikian,akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendirian~ISTIQAMAH~


    ----------------------------------------------------------------------------------------

"Aku meminta kepada Allah swt setangkai bunga segar, namun Allah berikan aku kaktus berduri. Aku meminta rama-rama,diberiNya aku seekor ulat.Aku kecewa dan sedih,tapi tetap sabar. Namun tidak lama kemudian,kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik. Rupanya begini cara Allah mengasihi dan mendidik hambaNya"


*sehingga hari ini saya masih ingt seorang sahabat mengingatkan saya tentang dugaan dalam berubah..katanya, dalam proses kita berubah, Allah akan hadirkan banyak dugaan untuk kita..mula-mula Allah akan uji kita dengan diberikan kita pujian yang melambung tinggi dari orang ramai, kemudian, Allah uji kita dengan tidak senang hati/iri hati/cacian dari orang lain terhadap kita..kemudian kesenangan dan seterusnya kesusahan..wallahua'lam..dan yang paling penting..Allah Maha Mengetahui...teruslah bersabar akan ujian yang Allah hadirkan buat kita dan untuk kuat...istighfar dan sentiasa menyebut namaNya.....sama2 mendapat manfaat.....

Monday, April 18, 2011

sedikit luahan....


~assalammualaikum~

Alhamdulillah..dengan izin Allah,saya dah berada di kampung sekarang ni dan syukur dipemudahkan segalanya..keluarga pon xde nak halang ke ape ke dan mereka terima perubahan diri ini..Alhmdulillah..keluarga jualah yg membantu..syukur kepada ALLAH..cuma,saya berharap keluarga saya juga akan berusaha mencari redha Allah..semoga Allah menitipkan rahmat kepada mereka..AMIN...

ALHAMDULILLAH..bila kita ikhlas kerana Allah,Allah akan permudahkan untuk kita..tapi..kita kena ingt..untuk melakukan sesuatu perubahan,akan ada banyak dugaan yang hadir..ianya bukanlah tanda Allah membenci kita,tetapi..ia adalah tanda Allah sangatttttt sayangkan kita..kerana apa?? kerana..Allah uji kita..hati kita..sekuat mana hati kita untuk berubah..

dan nak share jugak la bagi sesiapa yang nak berubah..bukan tudung labuh yang dinilai..tetapi hati kita..Allah akan nilai hati kita..tapi..bukan bermaksud hati baik,tapi xpakai tudung atau pakai tudung singkat2??oh..bukan yek..erm..bila kita mula berubah...1st sekali,kita akan bersihkan hati..wallahua'lam sebersih mana..yg penting kita berusaha dan HANYA ALLAH YANG TAHU SEBERSIH MANA DAN SEIKHLAS mana kita membawa perubahan ini...kadang2 kala,mungkin kita mampu berkata HANYA KERANA ALLAH kita berubah,tapi..kita kena INGAT..sedikit jek rasa riak..sedikit jek kata2 yang menunjukkan riak..ianya akan memakan iman kita...takut..takut sangat..dan apabila kita letakkan Allah di atas...kita akan melakukan sesuatu yg disukaiNYA..kemudian..insyallah...kita mula berpakaian menutup aurat yang ditntut agama dan mencuba berperangai dan membaiki akhlak seindah suruhan agama..

tetapi..bila kita berubah..jangan pulak kita lupakan keluarga,sahabat semua??ajaklah mereka bersama..dengan cara apa??berhikmah...jangan marah2 melulu..jangan menjeling seandainya mereka tidak mengikut apa yang kita buat..jangan...tetapi bijaksana..mungkin seandainya mereka tidak boleh ditegur secara kata2..ubah mereka dengan senyuman..contoh "eh,awak nk ikut saya x g surau??" kemudian mber pon ckp.."erm..xpela..ade hal.." kita just senyum jek..tp jgn senyum sinis..tenangkn hati dan positifkan minda bahwa kawan 2 benar2 ade hal..kemudian di setiap doa..berdoalah untuk mereka sama..jangan terlalu tamak dan berdoa untuk diri sndiri..kerana di akhirat,kita juga akan ditarik disoal mengenai hal berkaitan orang yang kita kenali...oleh itu,ISLAM menyuruh kita saling INGAT MENGINGATI..(^_^)

erm..masalah cinta?? erm..dahulu,kita pernah menyintai seseorang..bila berubah,bagaimana ingin melupai dia dan tetapkan hati dengan Allah..? (^^,) wahai sahabat..hal ini juga berlaku dalam diri saya..cinta itu fitrah..segala rasa yang kita rasa kini adalah milik Allah..akan tetapi..ada caranya..tak mengapa..selalu berckp di dalam hati.."tak mengapa..Allah ada..Dia sangat tahu akan sesuatu yg kita sendiri tak tahu.." Allah..

erm..bila kita merasai cinta..mesti kita nak sebut nama dia,kita nak selalu berada di sampingnya,kita nak kalau boleh dia jek..kan?? so..how about zikir?? saya akui saya selalu teringatkan seseorag..tetapi,saya cuba atasi..Allah pemilik hati saya..jadi,Allah tahu yang saya mesti boleh atasi rasa itu..sebab..bila hati kita dh ada pada Allah..kenapa x kita sebut nama Allah?kenapa x kita selalu berada di RumahNYA?? kenapa tak kita always ingt yang ALLAH sangat tahu hati kita dan sangat tahu setiap inci yang berlaku di dunia..bukanlah hal yang kejam sekiranya saya meninggalkan seseorang kerana Allah..ianya ada tujuannya..kerana,saya tidak mahu imannya rapuh..sebab saya juga tahu kelemahan dia..seorang lelaki,kelemahannya adalah wanita..sebab itulah,saya sungguh takut saya bukanlah madu buatnya..tetapi racun...ALLAHURABBI..saya berharap di dalam kejauhan,dia akan sentiasa menguatkan dirinya dan setulusnya berusaha menjadi mujahid yang Allah sayangi..saya tahu Allah menyayangi hambaNYA..dan saya berharap dia sentiasa mencari redha Allah..saya tahu juga serba sedikit tentang dia dan bagaimana dia orangnya..dan tentu sekali Allah MAHA MENGETAHUI akan dia..bersabarlah..dan berusahalah..ALLAH ITU SENTIASA ADA...

dan buat sesiapa sahaja yang ingin berubah..seringkali saya mendengar mereka mengeluh dan berkata "tolonglah doakan saya,saya nak berubah..tapi hidayah 2 xde.." ALLAH...hidayah itu ada wahai sayang..tetapi...ianya bukanlah dinanti..kita menyesal kita begini?kita mengakui kesilapan kita??ai..xkn itu jek sayang....cubalah..berusahalah dekatkan diri dengan Allah..DIA MAH MENDENGAR..bukan pada saya atau pada manusia kita meminta diubah..tetapi pada Allah..saya tidak mampu mengabulkan doa kalian..kerana saya juga meminta dariNYA..kerana DIA sentiasa ada....

~YA ALLAH,TETAPKANKU DALAM ISLAM~

seksaan api neraka


Bismillahirrahmannirrahim...

kita teruskan kepada entry kita ek iaitu berkenaan dgn API NERAKA..

saya pernah dengar yang "manusia itu takut akan kematian,tetapi mereka tidak takut akan azabnya api neraka.."

Yazid Arraqqasyi dri Anas bin Malik ra berata:"Jibril datang kepada Rasulallah pada saat yang bukan pada kebiasannaya.Dalam keadaan yang berubah mukanya,maka ditanya oleh Nabi Muhammad saw:" Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawab Jibril: "Ya Muhammad,aku datang kepadamu pada saat di mana Allah menyuruh supaya dikobarkan api neraka,maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka itu benar,siksa kubur itu benar,siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu Rasulallah bersabda:"Ya Jibril,jelaskan kepadaku sifat neraka jahannam." Jawabnya:"Ya,ketika Allah menjadikan jahannam maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah,kemudian 1000 tahun sehingga putih,kemudian 1000 tahun sehingga hitam,maka ia hitam gelap tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak,andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak,andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,andaikan satu pergelangan dari rantau yang disebut Allah dalam l-Quran itu diletakkan di atas bukit,nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke-7. Demi Allah yang mengutuskanmu dengan hak,andaikan seorang di hujung barat tersiksa nescaya akan terbakar orang yang di hujung timur kerana panasnya,neraka itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan api neraka itu ada mempunyai 7 pintu,tiap-tiap pintu ada bahagian tertentu dari orang lelaki dan perempuan."

Nabi Muhammad s.a.w bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah-rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setangahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh kali ganda, maka digiring kesana musuh-musuh Allah s.w.t. sehingga bila telah sampai kepintunya disambut oleh malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu dimasukkan kedalam mulut mereka hingga tembus kepantat, dan diikat tangan kirinya kelehernya, sedang tangan kanannya dimasukkan dalam dada dan tembus kebahunya, dan tiap-tiap manusia itu digandeng dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sambil dipukul oleh para malaikat dengan pukul besi, tiap mereka ingin keluar kerana sangat risau, maka ditanamkan kedalamnya."

Nabi Muhammad s.a.w bertanya lagi: "Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?" Jawabnya: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafiq, orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mujizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Firaun sedang namanya Alhawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang-orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat iblis laknatullah dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang-orang kristian (Nasara) bernama Sa'ie."

Kemudian Jibril diam segan pada Nabi Muhammad s.a.w sehingga Nabi Muhammad s.a.w bertanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?" Jawab Jibril: "Didalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka Nabi Muhammad s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan Jibril itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi Muhammad s.a.w dipangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk neraka?" Jawab Jibril: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w menangis, Jibril juga menangis, kemudian Nabi Muhammad s.a.w masuk kedalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian masuk kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah s.w.t., dan pada hari ketiga datang Abu Bakar r.a. kerumah Nabi Muhammad s.a.w mengucapkan: "Assalamu'alaikum yang ahla baiti rahmah. apakah dapat bertemu kepada Nabi Muhammad s.a.w?" Maka tidak ada yang menjawabnya, sehingga ia menepi untuk menangis, kemudian Umar datang dan berkata: "Assalamu'alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Rasulullah s.a.w?" Dan ketika tidak mendapat jawapan dia pun menepi dan menangis, kemudian datang Salman Alfarisi dan berdiri dimuka pintu sambil mengucapkan: "Assalamu'alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Junjunganku Rasulullah s.a.w.?" Dan ketika tidak mendapat jawapan, dia menangis sehingga jatuh dan bangun, sehingga sampai kerumah Fatimah r.a. dan dimuka pintunya ia mengucapkan: "Assalamu'alaikum hai puteri Rasulullah s.a.w."Kebetulan pada masa itu Ali r.a. tiada dirumah, lalu bertanya: "Hai puteri Rasulullah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah beberapa hari tidak keluar kecuali untuk sembahyang dan tidak berkata apa-apa kepada orang dan juga tidak mengizinkan orang-orang bertemu dengannya." Maka segeralah Fatimah memakai baju yang panjang dan pergi sehingga apabila beliau sampai kedepan muka pintu rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam sambil berkata: "Saya Fatimah, ya Rasulullah." Sedang Rasulullah s.a.w. bersujud sambil menangis, lalu Rasulullah s.a.w. mengangkat kepalanya dan bertanya: "Mengapakah kesayanganku?" Apabila pintu dibuka maka masuklah Fatimah kedalam rumah Rasulullah s.a.w. dan ketika melihat Rasulullah s.a.w. menangislah ia kerana melihat Rasulullah s.a.w. pucat dan sembam muka kerana banyak menangis dan sangat sedih, lalu ia bertanya: "Ya Rasulullah, apakah yang menimpamu?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Jibril datang kepadaku dan menerangkan sifat-sifat neraka jahannam dan menerangkankan bahawa bahagian yang paling atas dari semua tingkat neraka jahannam itu adalah untuk umatku yang berbuat dosa-dosa besar, maka itulah yang menyebabkan aku menangis dan berduka cita." Fatimah bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana caranya masuk?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Diiring oleh Malaikat keneraka, tanpa dihitamkan muka juga tidak biru mata mereka dan tidak ditutup mulut mereka dan tidak digandingkan dengan syaitan, bahkan tidak dibelenggu atau dirantai." Ditanya Fatimah lagi: "Lalu bagaimana cara Malaikat menuntun mereka?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Adapun kaum lelaki ditarik janggutnya sedangkan yang perempuan ditarik rambutnya, maka beberapa banyak dari orang-orang tua dari ummatku yang mengeluh ketika diseret keneraka: Alangkah tua dan lemahku, demikian juga yang muda mengeluh: Wahai kemudaanku dan bagus rupaku, sedang wanita mengeluh: Wahai alangkah maluku sehingga dibawa Malaikat Malik., dan ketika telah dilihat oleh Malaikat Malik lalu bertanya: "Siapakah mereka itu, maka tidak pernah saya dapatkan orang yang akan tersiksa seperti orang-orang ibi, muka mereka tidak hitam, matanya tidak biru, mulut mereka juga tidak tertutup dan tidak juga diikat bersama syaitannya, dan tidak dibelenggu atau dirantai leher mereka? Jawab Malaikat: "Demikianlah kami diperintahkan membawa orang-orang ini kepadamu sedemikian rupa." Lalu ditanya oleh Malaikat Malik: "Siapakah wahai orang-orang yang celaka?"

Dalam lain riwayat dikatakan ketika mereka diiring oleh Malaikat Malik selalu memanggil: "Wa Muhammad." tetapi setelah melihat muka Malaikat Malik lupa akan nama Rasulullah s.a.w. kerana hebatnya Malaikat Malik, lalu ditanya: "Siapakah kamu?" Jawab mereka: "Kami ummat yang dituruni Al-Quran dan kami telah puasa bulan Ramadhan." Lalu Malaikat Malik berkata: "Al-Quran tidak diturunkan kecuali kepada ummat Rasulullah s.a.w.." Maka ketika itu mereka menjerit: "Kami ummat Nabi Muhammad s.a.w" Maka Malaikat Malik bertanya: "Tidakkah telah ada larangan dalam Al-Quran dari ma'siyat terhadap Allah subha nahu ta'ala." Dan ketika berada ditepi neraka jahannam dan diserahkan kepada Malaikat Zabaniyah, mereka berkata: "Ya Malik, diizinkan saya akan menangis." Maka diizinkan, lalu mereka menangis sampai habis airmata, kemudian menangis lagi dengan darah, sehingga Malaikat Malik berkata: "Alangkah baiknya menangis ini andaikata terjadi didunia kerana takut kepada Allah s.w.t., nescaya kamu tidak akan disentuh oleh api neraka pada hari ini, lalu Malaikat Malik berkata kepada Malaikat Zabaniyah: "Lemparkan mereka kedalam neraka." dan bila telah dilempar mereka serentak menjerit: "La illaha illallah." maka surutlah api neraka, Malaikat Malik berkata: "Hai api, sambarlah mereka." Jawab api: "Bagaimana aku menyambar mereka, padahal mereka menyebut La illaha illallah." Malaikat Malik berkata: "Demikianlah perintah Tuhan Rabbul arsy." maka ditangkaplah mereka oleh api, ada yang hanya sampai tapak kaki, ada yang sampai kelutut, ada yang sampai kemuka. Malaikat Malik berkata: "jangan membakar muka mereka kerana kerana mereka telah lama sujud kepada Allah s.w.t., juga jangan membakar hati mereka kerana mereka telah haus pada bulan Ramadhan." Maka tinggal dalam neraka beberapa lama sambil menyebut: "Ya Arhamar Rahimin, Ya Hannan, Ya Mannan." Kemudian bila telah selesai hukuman mereka, maka Allah s.w.t.memanggil Jibril dan bertanya: "Ya Jibril, bagaimanakah keadaan orang-orang yang maksiat dari ummat Nabi Muhammad s.a.w?" Jawab Jibril: "Ya Tuhan, Engkau lebih mengetahui." Lalu diperintahkan: "Pergilah kau lihatkan keadaan mereka." Maka pergilah Jibril a.s. kepada Malaikat Malik yang sedang duduk diatas mimbar ditengah-tengah jahannam. Ketika Malaikat Malik melihat Jibril segera ia bangun hormat dan berkata: "Ya Jibril, mengapakah kau datang kesini?" Jawab Jibril: "Bagaimanakah keadaan rombongan yang maksit dari ummat Rasulullah s.a.w.?" Jawab Malaikat Malik: "Sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka telah terbakar badan dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih berkilauan iman."Jibril berkata: "Bukalah tutup mereka supaya saya dapat melhat mereka." Maka Malaikat Malik menyuruh Malaikat Zabaniyah membuka tutup mereka dan ketika mereka melihat Jibril mereka mengerti bahawa ini bukan Malaikat yang menyiksa manusia, lalu mereka bertanya: "Siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu?" Jawab Malaikat Malik: "Itu Jibril yang biasa membawa wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w." Ketika mereka mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w. maka serentaklah mereka menjerit: "Ya Jibril, sampaikan salam kami kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengannya serta sampaikan keadaan kami kepadanya." Maka kembalilah Jibril menghadap kepada Allah s.w.t. lalu ditanya: "Bagaimana kamu melihat ummat Muhammad?" Jawab Jilril: "Ya Tuhan, alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka." Lalu Allah s.w.t. bertanya lagi: "Apakah mereka minta apa-apa kepadamu?" Jawab Jibril: "Ya, mereka minta disampaikan salam mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan diberitakan kepadanya keadaan mereka." Maka Allah s.w.t. menyuruh Jibril menyampaikan semua pesanan itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tinggal dalam khemah dari permata yang putih, mempunyai empat ribu buah pintu dan tiap-tiap pintu terdapat dua daun pintu dari emas, maka berkata Jibril: Ya Muhammad, saya datang kepadamu dari rombongan orang-orang yang derhaka dari ummatmu yang masih tersiksa dalam neraka, mereka menyampaikan salam kepadamu dan mengeluh bahawa keadaan mereka sangat jelek dan sangat sempit tempat mereka." Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w. kebawah arsy dan bersujud dan memuji Allah s.w.t. dengan ucapan yang tidak pernah diucapkan oleh seorang makhlukpun sehingga Allah s.w.t. menyuruh Nabi Muhammad s.a.w.: "Angkatlah kepalamu dan mintalah nescaya akan diberikan, dan ajukan syafa'atmu pasti akan diterima." Maka Nabi Muhammad s.a.w. berkata: "Ya Tuhan, orang-orang yang durhaka dari ummatku telah terlaksana pada mereka hukumMu dan balasanMu, maka terimalah syafa'atku." Allah s.w.t. berfirman: "Aku terima syafa'atmu terhadap mereka, maka pergilah keneraka dan keluarkan daripadanya orang yang pernah mengucap Laa ilaha illallah." Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w. keneraka dan ketika dilihat oleh Malaiakt Malik, maka segera ia bangkit hormat lalu ditanya: "Hai Malik, bagaimanakah keadaan ummatku yang durhaka?" Jawab Malaikat Malik: "Alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka." Maka diperintahkan membuka pintu dan angkat tutupnya, maka apabila orang-orang didalam neraka itu melihat Nabi Muhammad s.a.w. maka mereka menjerit serentak: "Ya Nabi Muhammad s.a.w., api neraka telah membakar kulit kami." Maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu dibawa mereka kesungai dimuka pintu syurga yang bernama Nahrulhayawan, dan disana mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda yang gagah, elok, cerah matanya sedangkan wajah mereka bagaikan bulan dan tertulis didahi mereka Aljahanamiyun atau orang-orang jahannam yang telah dibebaskan oleh Allah s.w.t.. Dari neraka kemudiannya mereka masuk kesyurga, maka apabila orang-orang neraka itu melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata: "Aduh, sekiranya kami dahulu Islam tentu kami dapat keluar dari neraka."

Allah s.w.t. berfirman: "Rubama yawaddul ladzina kafaruu lau kanu muslimin." (Yang bermaksud) "Pada suatu saat kelak orang-orang kafir ingin andaikan mereka menjadi orang Muslim."

-----------------------------------

DOA DIJAUHKAN DARIPADA API NERAKA

DOA 1

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka" "Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun" menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka" "Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun"

(A-li 'Imran : 191/192)

DOA 2

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا . إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan""Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk"

(Al-Furqaan : 65-66)

Sunday, April 17, 2011

Zaujku..



DAHULU DIRI INI BUKANLAH SEPERTI HARI INI..
TAPI JIWA INI SEJAK DAHULU SEMEMANGNYA TELAH SEBATI DENGAN ISLAM..
IMPIAN MENJADI MUSLIMAH SEJATI SEPERTI KINI BUKANLAH SESUCI HARIINI..
AKAN TETAPI,SEMAKIN KU DEKATI ISLAM..
SEMAKIN HATIKU KUKUH MENGGAPAI IMPIAN MENCARI REDHA ILLAHI..

IMPIAN..
BEGITU BANYAK IMPIAN YANG KU INGIN GAPAI..
TAMAKNYA AKU INGIN MERAIH CINTA DARI RABB YANG SATU
SERINGKALI BERSOLAT AKU BERMOHON KEPADANYA AGAR DITETAPKAN IMAN
KERANA AKU SAMA SEKALI TIDAK INGIN NIKMAT INI DITARIK KEMBALI OLEH ILLAHI..

MUSLIMAH SEJATI?
TENTU SEKALI..ITULAH IMPIAN SEJATI PEMILIK CINTA ILLAHI..
MUSLIMAH SEJATI YANG DICARI
KERANA KU INGINKAN PENDAMPING ILLAHI YANG JUGA SEPERTIKU..
SETARAF DENGANKU KERANA AKU INGINKAN PENDAMPING YANG MAMPU MEMBIMBINGKU..
YANG MEMAHAMI KEHENDAKKU MENGGAPAI CINTA ALLAH BERSAMA-SAMA DENGANNYA..

KEINGINAN..
BERSOLAT JEMAAH BERSAMANYA..
KU INGINKAN DIA TETAP BERDIRI DI HADAPAN MENJADI IMAMKU DAN ANAK-ANAKKU NANTI..
INGIN SEKALI BERJAGA TATKALA TUHAN MENYERU AGAK KU BENTANGKAN SEJADAH DI KALA SEPERTIGA MALAM..
KU INGIN BERJAGA MENEMUI ALLAH BERSAMA-SAMANYA..
KU INGIN SEKALI BERBANGKIT DISAMPINGNYA DAN MENGEJUTKAN SELEMBUTNYA TIKA LENA MULA MENGUASAI DIRINYA..
BIAR SUSAH MENGEJUTKANNYA KERANA ITULAH TUGASKU DI SAMPINGNYA..
MUNGKIN AKULAH BIDADARINYA DI DUNIA..
DAN TUGASKU ADALAH SENTIASA MENGINGATINYA..
UNTUK APA KAMI DISATUKAN JIKA AKU TIDAK MAMPU BERDIRI DI SAMPINGNYA MERAIH RINDU DAN CINTA KEPADA TUHAN YANG SATU?

WAHAI ZAUJ KU NANTI..
TOLONGLAH..BINALAH IMANMU SEBELUM KAMU MENEMUIKU..
JANGANLAH KAU TERLALU GOYAH DAN LEKA DENGAN DUNIA..
AKU YAKIN DENGAN KEGIGIHAN DIRIMU..
AKU SENTIASA YAKIN AKAN KETEGASAN YANG ADA DALAM DIRIMU..
KERANA ITU KAU TERCIPTA BUATKU..
RASA CINTA ITU ALLAH YANG BERI..
DAN KERANA ITU KINI AKU BERHARAP SEBELUM KITA DISATUKAN, KITA MAMPU MEMUPUK KECINTAAN YANG TINGGI TERHADAP ALLAH..
KEKASIH TERULUNG DAN HANYA SATU TIADA PENGGANTI..

KELEMAHAN INI MUNGKIN DARIKU..
TETAPI KEHEBATAN DAN KEMANISAN YANG KITA MILIKI SEMUANYA DATANG DARI YA RABB YANG SATU..

~aku ingin menjadi pendampingmu di dunia mahupun di syurga..layakkah aku??~

Ya Allah,aku jatuh cinta!


Kini, genap setahun perhubungan mereka.Dahulu,panggilan kak Liza dan Amir menjadi pengikat hubungan. Semakin hari mereka semakin akrab dari panggilan awak saya seterusnya semakin intim kepada abang dan sayang. Entah kenapa mereka boleh bersama. Liza termenung seketika. Kadang kala timbul di hatinya untuk berhenti mencintai Amir. Bukan kerana perbezaan umur di antara mereka, tetapi sering kali Liza terkenang cinta kepada Ya Rabb Yang Esa. Liza sentiasa berfikir, "akan ke manakah cinta aku bersama dia?adakah dia akan melamarku?" mengeluh Liza di dalam hati. Sering kali juga Liza berkata kepada Amir "boleh tak kalau kita berhenti macam ni? syg tak pasti hubungan ini akan ke mana dan syg takut seandainya cinta ini semakin banyak, syg akan hanyut dengan cinta.", jelas Liza. "syg..janganlah mcm ni.Abg syg syg dan abg nak terus macam ni..Nanti dulu yek syg..jangan fikir bukan-bukan yek.." balas Amir. Liza hanya mengiyakan kata- kata Amir dan berharap Amir diberi petunjuk Allah dan merasai sebagaimana yang di rasa.

Satu malam,di kala semua insan sedang lena berbaring di katil empuk mereka, Liza bangkit bermunajat kepada ILLAHI menunaikan solat hajat 12 rakaat,senjata paling mustajab seorang mukmin. Berlabuhnya dahi ke atas sejadah suci, Liza bermohon kepada Ya Rabb," Ya Allah,Kau ampuni dosaku, dosa kedua ibu bapaku,dosa keluargaku,dosa guru-guruku,dosa sahabat-sahabatky dan dosa sekalian umatMu yang memohon ampun kepadaMu Ya Allah.. Ya Allah,sesungguhnya aku lemah Ya Allah. Aku memohon petunjuk dan pertolongan dariMu Ya Allah. Kau tunjukkanlah kepadaku bahawa tiada yang sia-sia hubungan antara aku dan Muhammad Adam Amir bin Muhammad dan Kau berilah petunjuk kepadaNya secara nyata atau tersembunyi Ya Allah. Seandainya benar kini dia adalah untukku dan mampu membimbingku, Kau berilah dia petunjuk untuk membimbingku ke jalan yang Kau redhai Ya Allah..Bantulah diriku Ya Allah..Bantulah..."tersedu di dalam sujud,tidak tahu berapa banyak tumpahan airmata ketika itu. Liza hanya mampu menangis dan berharap sehingga lena dia tertidur di atas sejadah yang membawanya menemui Tuhannya ketika itu.

Awal pagi, Liza dikejutkan dengan deringan telefon dari Amir. "sayang..dah bangun solat ke belum?" tanya Amir. "Belum..erm..sayang pergi solat dahulu yek.." balas Liza. Ganggang diletak. Begitulah rutin harian mereka. Akan tetapi keadaan agak sedikit pelik pada pagi itu kerana pada kebiasannya,Liza yang akan mengejutkan Amir dari lena. Akan tetapi pada pagi itu,suara Amir juga agak suram dan menongkah kebiasaan mengejutkan Liza. Liza meneruskan solat subuhnya. Selesai bersolat, seperti kebiasaanya dia akan membuka komputer ribanya dan membuka talian Yahoo Messenger, penghubung cara komunikasi Liza dan Amir selain menggunakan telefon bimbit. Amir memulakan perbualan melalui laman sesawang itu. "syg,semalam abg mimpi takut." kata Amir."Mimpi ape?" tanya Liza. Kali ini, Liza akan membiarkan Amir bercerita kerana Amir paling pantang bila Liza menyampuk apabila Amir bercerita. Lalu Amir memulakan cerita mimpinya. "abg mimpi seorang tua berjubah putih menemui abg. Orang tua itu berkata yang abg sepatutnya memmpin orang lain menemui cinta Allah,bukan terus leka dengan cinta dunia." jelas Amir. Amir menambah, "kemudian lelaki tua itu mengarahkan Amir berubah dan seandainya Amir tidak berbuat demikian, lelaki tua itu akan menolak Amir ke dalam gaung yang dipenuhi dengan api yang sedang membara. Lalu Amir ditolak ke dalam gaungan yang marak dengan api tersebut. Tersentak Amir dari tidur. Lantas dia bergerak menunaikan solat taubat dan bertahajjut kepada Allah dan mulai detik itu, Amir menasihati Liza agar mereka sama-sama berubah mencari jalan yang diredhai Allah.

Menitis airmata Liza mendengar kisah mimpi Amir itu."Ya Allah,Kau tunjukkan kekuasaanMu Ya Allah.Alhamdulillah.Ya Allah,syukur kepadaMu Ya Allah. Lantas Liza sujud syukur menandakan kegembiraannya di atas perubahan yang ditunjukkan Amir. Liza tekad,"aku akan berubah demi Allah," detik Liza di dalam hati. Setelah itu, lama Liza tidak menghubungi Amir. Liza dahulu yang dikenali bukanlah Liza itu lagi. Dia mula mendekatkan dirinya kepada Allah. Dia mula mencari dan menagih kasih dari Tuhan Yang Satu. Surau menjadi taman syurga dunia baginya. Di sana jua menjadi tempatnya mengadu kasih,memohon diampunkan dosa. Terus-terusan Liza menangis. Kadang kala dia tidak sedar linangan airmata dan esak tangisnya diperhatikan sahabat sesurau. Liza tidak mampu menahan hatinya."Hanya Allah. Hanya Allah kini," detik hatinya. Sejak itu, Amir masih menghubungi Liza, akan tetapi Liza melayaninya acuh tidak acuh, tidak seperti dahulu yang mesra dan penuh gelak ketawa. Liza tidak mahu hati dan kecintaan kepada Allah diganggu dengan cinta yang lain selainNya.

Pada petang yang cukup indah,Liza dan teman-teman bersiar-siar mencari udara segar sekeliling kota. Terlihat kelibat seorang jejaka. "Amir! Ya Allah! Selamatkan aku dari kerapuhan hati dan kelemahan iman Ya Allah." Amir semakin emndekati lalu berkata "cantik syg pakai mcm ni. Tudung labuh.Abang suka.." kata Amir tulus. Liza hanya mampu berpaling dan tersenyum beredar meninggalkan Amir. Amir tersenyum melihat telatah mawar berduri memperlihatkan sifat malunya, Marliza Maisara binti Mahmud. Terdetik di hatinya," wanita ini yang ku cari.." Lalu Amir beredar menuju ke surau untuk menunaikan solat jemaah seperti kebiasannya.

Pada malam itu, pihak surau telah mengadakan sedikit ceramah. Tajuk yang sangat menarik sehingga menarik minat Liza dan Amir untuk sama-sama mengimarahkan surau pada malam itu. "Ya Allah! Aku jatuh cinta!" Cukup tepat ditujukan untuk mereka berdua. Tajuk yang bakal membawa kisah berbeza kepada mereka berdua. Tirai di antara muslimin dan muslimah dibuka. Liza dan Amir terkejut kerana masing-masing berada di surau bagi mendengar ceramah yang sama. Liza menjaga tingkah lakunya. Mula mengalihkan kedudukan badannya dan berselindung di sebalik sahabatnya dari terlihat oleh Amir. "Ya Allah, janganlah aku menjadi asbab imanya berkurangan Ya Allah," doa Liza.

Ceramahnya sungguh indah. Kata-kata ustaz begitu menusuk ke jiwa Amir dan Liza. Mereka tertunduk tatkala kata-kata ustaz kena tepat dengan situasi mereka berdua, "selalu SMS, CALL siang malam. Tiada kemanisan. Kemanisan itu adalah hubungan selepas kahwin." jelas ustaz. Pelbagai ilmu mengenai cinta benar-benar difahami oleh Amir dan Liza kini.

Selesai pulang dari taman syurga dunia, lama mereka berdua bermuhasabah. Tidak tahu siapa yang sepatutnya memulakan perbincangan bagi mengatasi masalah cinta mereka. Liza mula menaip kata-kata indah menjaga hati si teruna dan berharap si teruna faham benar apa yang diperkatakan ustaz ketika ceramah itu tadi. Liza lebih dewasa dan matang,lalu bait kata-kata dikarang indah:


"abg..abg dah faham kan apa ustaz tu cakap? syg yakin abg dan syg sangat faham akan erti cinta..syg mnyayangi abg kerana Allah dan syg xmahu kita berdua atau syg menyebabkan abg trglong dlm golongan syirik cinta dan kita berdua dimasukkan ke neraka..syg sgt takut dengan azab Allah..Jadi,syg harap kita berdua mampu berpuasa syahwat sehingga satu saat Allah pertemukan kita berdua..biarlah kini kita berdua berusaha untuk menggapai cinta Allah..abg pupuklah iman dalam diri abang dan syg akan cuba menjadi terbaik di sisi Allah..apa pun takdir jodoh di kemudian hari nanti.syg letakkan ia kepada Allah..dan hati syg kini ada pada Allah dan Allah jua yang akan menyatakan apa isi hati syg kepada abg..Seandainya bukan syg yang diciptakan untuk abg,akan ada insan lain yang setaraf dengan abg..as salam..semoga cinta ini sentiasa di bawah redha Illahi.." panjang Liza menaip..

"Amin..Amin Ya Rabbal Alamin..Semoga kita berjumpa lagi." balas Amir. Tidak panjang yang dibalas Amir. Tapi hati Liza kini tenang. Allah yang memberikan ketenangan ini kepadanya. "Alhamdulillah Ya Allah..Kau ciptakan hari ini untuk kami bermuhasabah dan mencari cinta sebenar-benarnya iaitu cinta kepadaMu.."

dengan tenang Liza menaip "Selamat berjihad di jalan Allah.." begitu juga balasan dari Amir "Semoga menjadi muslimah sejati pilihan Allah.." Terhenti. Setakat itu perhubungan mereka. Mereka berdua tekad untuk menghentikan hubungan yang lagha ini. Tuhan yang mereka cari kerana mereka yakin dengan mencari cinta kepada Allah,Allah jua yang akan mengurniakan cinta di dalam hati mereka dan semua kemanisan itu ingin dinikmati setelah akad menemui mereka berdua..


"Ya Allah,aku sungguh mencintaiMu Ya Allah. Jauhiku dari cinta duniawi dan cinta-cinta yang boleh membunuhku dan melupaiMu. Aku sungguh benar takut akan azabMu dan aku sangat takut seandainya aku menyebabkan seseorang dimasukkan ke dalam neraka yang menjadi tempat tercampaknya hamba-hambaMu yang ingkar..Ya Allah,aku yakin Ya Allah..dengan mencintaiMu,aku akan menemui pencintaMu yang juga mendambakan cinta kepadaMu agar terpelihara kasih suci kami sehingga ke syurga. Ya Allah,seandainya diciptakan Adam/Hawa buatku di dunia,aku bermohon kau jadikanlah aku bidadari/bidadaranya di syurga..Amin..Ya Rabbal Alamin..HANYA DENGAN ALLAH AKU BERMOHON...


Friday, April 15, 2011

ZiKRuLLaH...


Dari Abu Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w katanya: "Barangsiapa yang duduk di suatu tempat duduk dan ia tidak berzikir kepada Allah Ta'la dalam duduknya itu,maka atas orang itu ada kekurangan dari Allah dan barangsiapa yang berbaring di suatu tempat pembaringan dan ia tidak berzikir kepada Allah Ta'ala dalam berbaringnya itu,maka atas orang itu ada kekurangan dari Allah." (Riwayat Abu Dawud dengan isnad hasan)

Dari Abu Said Al Khudri r.a katanya: Nabi saw bersabda: Di hari kiamat kelak Allah berfirman: Pada hari ini penduduk Mahsyar akan mengetahui, siapakah orang-orang yang diberi kemuliaan? Tanya para sahabat : Wahai Rasulullah,siapakah mereka?Sabda beliau: Mereka adalah orang orang yang suka berzikir di masjid-masjid (Riwayat Ahmad, Al Baihaqi dan Ibnu Hibban)

amalan berzikir adalah amalan yang sangat mudah. Dengan berzikir,Allah telah menjanjikan pelbagai ganjaran yang mungkin kita tidak dapat nampak secara nyata di dunia,akan tetapi...ganjarannya di akhirat..SUBHANALLAH...xkan ada satu pun perkara yang sia-sia yang kita lakukan seandainya ianya diletakkan teguh kerana ALLAH TAALA..

Rasulallah bersabda bermaksud: "Apabila kamu melewati taman syurga, hendaklah kamu ikut sama menikmatinya. Sahabat bertanya, Apakah taman syurga, wahai Rasulallah??Ujar baginda saw: ialah majlis zikir. (Hadis Riwayat Tirmizi dan Ahmad)

kadang kala,manusia akan cepat stress dengan sesuatu pekerjaan..so,apa kata basahkan lidah dengan berzikir..pejamkan mata dan tetapkan niat bahawasanya kita berzikir adalah kerana kita mengingati Allah dan sungguh sangat amat cinta akan ALLAH SWT..ALLAHURABBI..

Firman Allah bermaksud: "(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah,tenang tenteram hati manusia. Orang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya."(Surah al-Ra'd,ayat 28-29)

dengan berzikir juga, kita mampu membina benteng dan perisai daripada pengaruh syaitan. Allah berfirman maksudnya:

"Bahawasanya yang bertaqwa apabila mereka disentuh sesuatu imbasan hasutan oleh syaitan,lantas mereka ingt kepada Allah (zikir) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)" (Surah al-A'raf,ayat 201)

ALLAH..jika hendak dihitung ganjaran dan himahnya? SUBHANALLAH..Hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI..amalan berzikir ini sangat mudah,tidak memerlukan wang dan kerahan tenaga segaga mana pun..mudah..di mana sahaja kita boleh berzikir..dan dengan berzikir,ini menandakan iman itu sentiasa ada dan kita sentiasa mengingati ALLAH YANG SATU..

~PENAWAR HATI ADALAH DENGAN ZIKRULLAH~

Thursday, April 14, 2011

coretan hariku...

bismillahirrahmannirrahim..
erm..sharing sedikit feeling hari ni..
alhamdulillah..
semuanya baik2 sahaja..
dan bernafasnya saya pada hari ini adalah kerana Allah semata2..

cume..erm..nk kne cite ke?
erm..xperlulah yek..

saya cuma berharap agar Allah redakan rasa yang terbuku di hati saya
dan semoga apa pun yang berlaku di kemudian hari, saya tetap redha dan sentiasa sabar..
INSYALLAH..

~YA ALLAH..TUNJUKKAN AKU JALANNYA~