i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Tuesday, November 29, 2011

DOA KETIKA SUSAH



Wahai Dunia, jangan ditambah kesulitanku dengan urusanmu,
Wahai Manusia, jangan ditambah bebanan fikiranku dengan memikirkan kehidupanmu yang tiada kaitannya dengan akhiratku...


::YA ALLAH..KAU PERMUDAHKANLAH::

Monday, November 28, 2011

DIALOG ALLAH DAN HAMBANYA MENERUSI AL-FATIHAH



::KU RASAI KASIH SAYANGMU YA RABBI::

Jodoh dan Takdir






mood setelah dengar ceramah Ustaz Dusuki Pengajian Pondok II..

*sepatutnya,time nk belajar tu la kawen...sbb masa 2 proses tarbiah akan berlaku..n dgn adanya pasangan,ia akan mnghalang seseorang dr melakukan maksiat sekaligus mmberi semangat~!!...wallahua'lam bissawab (ana pn terlena dgr ustaz bg ceramah sbb keje shif lewat mlm smlmnyer..huhu)



::Seandainya Allah tidak mentakdirkan itu,maka tidak akan ditemukan aku dan dirimu, dan jika tiada pertemuan itu,maka tiadalah jodoh itu buatku melainkan di syurgaMu::

Saturday, November 26, 2011

Beruntungnya kamu wahai para Shuhada...



Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al wahn. Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

------------------



Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim...
HambaMu ini adalah selemah-lemah dan sehina-hina makhluk Ya Rabb...
Sesungguhnya diri ini selemah-lemahnya tidak mampu berjuang di medan perang sepertimana yang lain yang diizinkanMu..

Ya Allah...
Seandainya tubuhku berguna untuk dijadikan sebagai fungsi jihad di jalanMu,
Maka Kau redhakanlah aku...Kau permudahkanlah Ya Allah...
Biarlah matiku berguna untuk agamaMu..
dan biarlah ganjaran itu,Engkau yang pertimbangkan...
Siapalah aku untuk meminta-minta selain kepadaMu..
dan besar apakah aku jika hendak memohon sesuatu yang terlalu besar di mata hamba-hambaMu...

....kecintaanMu sebagai nadiku....

Thursday, November 24, 2011

Wahai Anak Adam



"Allah Maha Kuasa berkata:

'Wahai anak Adam,

selagi kamu menyeru kepadaKu dan berharap hanya kepada-Ku, Aku akan mengampunkan kamu atas apa yang telah kamu lakukan, dan Aku tidak akan keberatan,

Wahai anak Adam,

Seandainya dosa-dosa kamu telah mencapai awan sekalipun dan kamu kemudian meminta ampun kepada Ku, Aku akan mengampuni kamu.

Wahai anak Adam,

Seandainya kamu datang kepadaKu dengan dosa yang hampir sama besar seperti bumi dan kemudian kamu menghadap kepadaKu, tidak menyekutukan Aku,Nescaya Aku akan memberi keampunan kepadamu hampir sama besar seperti itu (bumi)

Thursday, November 17, 2011

wudhuk sempurna



Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t
Maaf,lama x menjengah dan berkongsi ilmu..
Kalau nak diberikan sebab,manusia itu akan menyatakan pelbagai alasan..
Jadinyer,kelapangan dalam kesibukkan ini ana kongsikan sedikit ilmu baru yg ana baru dpt..
sama ada sahabat2 telah tahu atau tidak, sama2 kita amalkan..Insya'Allah...

---------------------

antara syarat sah solat adalah BERWUDHUK..
Kalau nak dating punyalah mandi bagai lelama kn..siap pakai clorox bagi bersih..^^,

ha,ni..belajar cara mengambil wudhuk dengan sempurna..
nk bertemu KEKASIH TERAGUNG nih..xpayah nk pakai clorox ke ajax fabuloso..
cuma pakai air sahaja.. air yg suci lagi menyucikan..

Insya'Allah..
sama2 mendapat manfaat ^^,

Friday, November 4, 2011

kenapa ek?



SOALAN dan JAWAPAN:

"kenapa ek susah sangat nak bubuh gambar kt FB & Blog 2 dgn jelas?"

"Sebab belum mintak izin suami lg.."

"dah kawin ke??"

"eh..xla..xkawin lg..jd xde la suami lg..then, xleh la nk mintak izin..t pas kawin baru nk mintak izin..."

^_^


::SEDANGKAH RABIATUL ADAWIYAH, FATIMAH AZ ZAHRAH ITU BEGITU MENJAGA, DAN TENTU MEREKA KE SYURGA..INIKAN PULA DIRIKU::

:;TARBIAH DIRI::


Selamat Hari Raya Aidiladha





# Puasanya jgn lupa ^^,
# Iftar..janji tetap janji..
# Sampaikan salam ana dgn lafaz "Assalammualaikum w.b.t kpd keluarga sahabat2 sekalian..
# Bertemu dan berpisah kerana Allah..

::FI AMANILLAH::