i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Friday, April 15, 2011

ZiKRuLLaH...


Dari Abu Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w katanya: "Barangsiapa yang duduk di suatu tempat duduk dan ia tidak berzikir kepada Allah Ta'la dalam duduknya itu,maka atas orang itu ada kekurangan dari Allah dan barangsiapa yang berbaring di suatu tempat pembaringan dan ia tidak berzikir kepada Allah Ta'ala dalam berbaringnya itu,maka atas orang itu ada kekurangan dari Allah." (Riwayat Abu Dawud dengan isnad hasan)

Dari Abu Said Al Khudri r.a katanya: Nabi saw bersabda: Di hari kiamat kelak Allah berfirman: Pada hari ini penduduk Mahsyar akan mengetahui, siapakah orang-orang yang diberi kemuliaan? Tanya para sahabat : Wahai Rasulullah,siapakah mereka?Sabda beliau: Mereka adalah orang orang yang suka berzikir di masjid-masjid (Riwayat Ahmad, Al Baihaqi dan Ibnu Hibban)

amalan berzikir adalah amalan yang sangat mudah. Dengan berzikir,Allah telah menjanjikan pelbagai ganjaran yang mungkin kita tidak dapat nampak secara nyata di dunia,akan tetapi...ganjarannya di akhirat..SUBHANALLAH...xkan ada satu pun perkara yang sia-sia yang kita lakukan seandainya ianya diletakkan teguh kerana ALLAH TAALA..

Rasulallah bersabda bermaksud: "Apabila kamu melewati taman syurga, hendaklah kamu ikut sama menikmatinya. Sahabat bertanya, Apakah taman syurga, wahai Rasulallah??Ujar baginda saw: ialah majlis zikir. (Hadis Riwayat Tirmizi dan Ahmad)

kadang kala,manusia akan cepat stress dengan sesuatu pekerjaan..so,apa kata basahkan lidah dengan berzikir..pejamkan mata dan tetapkan niat bahawasanya kita berzikir adalah kerana kita mengingati Allah dan sungguh sangat amat cinta akan ALLAH SWT..ALLAHURABBI..

Firman Allah bermaksud: "(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah,tenang tenteram hati manusia. Orang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya."(Surah al-Ra'd,ayat 28-29)

dengan berzikir juga, kita mampu membina benteng dan perisai daripada pengaruh syaitan. Allah berfirman maksudnya:

"Bahawasanya yang bertaqwa apabila mereka disentuh sesuatu imbasan hasutan oleh syaitan,lantas mereka ingt kepada Allah (zikir) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)" (Surah al-A'raf,ayat 201)

ALLAH..jika hendak dihitung ganjaran dan himahnya? SUBHANALLAH..Hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI..amalan berzikir ini sangat mudah,tidak memerlukan wang dan kerahan tenaga segaga mana pun..mudah..di mana sahaja kita boleh berzikir..dan dengan berzikir,ini menandakan iman itu sentiasa ada dan kita sentiasa mengingati ALLAH YANG SATU..

~PENAWAR HATI ADALAH DENGAN ZIKRULLAH~

No comments:

Post a Comment