DAHULU DIRI INI BUKANLAH SEPERTI HARI INI..
TAPI JIWA INI SEJAK DAHULU SEMEMANGNYA TELAH SEBATI DENGAN ISLAM..
IMPIAN MENJADI MUSLIMAH SEJATI SEPERTI KINI BUKANLAH SESUCI HARIINI..
AKAN TETAPI,SEMAKIN KU DEKATI ISLAM..
SEMAKIN HATIKU KUKUH MENGGAPAI IMPIAN MENCARI REDHA ILLAHI..
IMPIAN..
BEGITU BANYAK IMPIAN YANG KU INGIN GAPAI..
TAMAKNYA AKU INGIN MERAIH CINTA DARI RABB YANG SATU
SERINGKALI BERSOLAT AKU BERMOHON KEPADANYA AGAR DITETAPKAN IMAN
KERANA AKU SAMA SEKALI TIDAK INGIN NIKMAT INI DITARIK KEMBALI OLEH ILLAHI..
MUSLIMAH SEJATI?
TENTU SEKALI..ITULAH IMPIAN SEJATI PEMILIK CINTA ILLAHI..
MUSLIMAH SEJATI YANG DICARI
KERANA KU INGINKAN PENDAMPING ILLAHI YANG JUGA SEPERTIKU..
SETARAF DENGANKU KERANA AKU INGINKAN PENDAMPING YANG MAMPU MEMBIMBINGKU..
YANG MEMAHAMI KEHENDAKKU MENGGAPAI CINTA ALLAH BERSAMA-SAMA DENGANNYA..
KEINGINAN..
BERSOLAT JEMAAH BERSAMANYA..
KU INGINKAN DIA TETAP BERDIRI DI HADAPAN MENJADI IMAMKU DAN ANAK-ANAKKU NANTI..
INGIN SEKALI BERJAGA TATKALA TUHAN MENYERU AGAK KU BENTANGKAN SEJADAH DI KALA SEPERTIGA MALAM..
KU INGIN BERJAGA MENEMUI ALLAH BERSAMA-SAMANYA..
KU INGIN SEKALI BERBANGKIT DISAMPINGNYA DAN MENGEJUTKAN SELEMBUTNYA TIKA LENA MULA MENGUASAI DIRINYA..
BIAR SUSAH MENGEJUTKANNYA KERANA ITULAH TUGASKU DI SAMPINGNYA..
MUNGKIN AKULAH BIDADARINYA DI DUNIA..
DAN TUGASKU ADALAH SENTIASA MENGINGATINYA..
UNTUK APA KAMI DISATUKAN JIKA AKU TIDAK MAMPU BERDIRI DI SAMPINGNYA MERAIH RINDU DAN CINTA KEPADA TUHAN YANG SATU?
WAHAI ZAUJ KU NANTI..
TOLONGLAH..BINALAH IMANMU SEBELUM KAMU MENEMUIKU..
JANGANLAH KAU TERLALU GOYAH DAN LEKA DENGAN DUNIA..
AKU YAKIN DENGAN KEGIGIHAN DIRIMU..
AKU SENTIASA YAKIN AKAN KETEGASAN YANG ADA DALAM DIRIMU..
KERANA ITU KAU TERCIPTA BUATKU..
RASA CINTA ITU ALLAH YANG BERI..
DAN KERANA ITU KINI AKU BERHARAP SEBELUM KITA DISATUKAN, KITA MAMPU MEMUPUK KECINTAAN YANG TINGGI TERHADAP ALLAH..
KEKASIH TERULUNG DAN HANYA SATU TIADA PENGGANTI..
KELEMAHAN INI MUNGKIN DARIKU..
TETAPI KEHEBATAN DAN KEMANISAN YANG KITA MILIKI SEMUANYA DATANG DARI YA RABB YANG SATU..
~aku ingin menjadi pendampingmu di dunia mahupun di syurga..layakkah aku??~
No comments:
Post a Comment