i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Monday, April 11, 2011

solat dhuha..

Rasulullah saw bersabda bermaksud:
"siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampunkan dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu seluas lautan."


Rasulullah saw bersabda lagi:
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Daripada Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad :
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan 'Dhuha'.maka jika kamu datang hari khiamat kelak,serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? inilah pintu kamu,silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah."
(At-Tabran)

----------------------

camne?ade x solat dhuha untuk hari ni?minggu ni?ok la..bulan ni?? or tahun ni?? alhamdulillah..tapi...seelok2nya..jadikan ia sebagai satu kekerapan, biarlah jumlah rakaat itu hanya sekadar 2, tapi ianya dilakukan dengan kerap..mudah jek kn? dilakukan selepas waktu matahari naik sehingga matahari tergelincir (8-12tghri gitu la)..xsusah pon solat ni..sangat mudah mcm solat sunat yang biasa..tapi..kalau lagi bagus, buatlah sebanyak 12 rakaat..sekejap jek..xpenat pon..lg la dapat "present" dr ALLAH t kat akhirat taw..(^_^) iaitu istana daripada emas di syurga...

Daripada Anas Malik, sabda Rasulullah saw: " Barang sesiapa solat dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat istana daripada emas di syurga"
(riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

camne?masih xmo buat lg ke?erm..xpe..perlahan2 yek..nampak cm.."ala..solat sunat jek kn..." tapi...di akhirat nanti, solat sunat ni la yang akan topup balik mana2 kurangnya solat 5 waktu kita 2..selain dhuha,ada banyak sangat solat2 sunat..cuma terpulang pada diri kita nak buat atau tidak..kadang2 kita rasa ianya terlampau simple, tapi as we know..ISLAM ADALAH AGAMA YANG MUDAH kn..ALHAMDULILLAH kerana masih lagi berdiri sebagai seorang yang beragama ISLAM..dan tentu sekali tujuan kita di dunia adalah??? BEKERJA UNTUK ALLAH...


Renung2kan dan Selamat Beramal!! (^_^)


No comments:

Post a Comment