i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Wednesday, April 13, 2011

secebis luahan perasaan....


assalammualaikum awak..
hehe..(^_^)
hepi arini
sebab....

saya dh buat sesuatu arini yang menggembirakan saya...
dan masa tengah buat something 2 memang sungguh2 saya menangis..
yela..menangis mengenangkan dosa dan berserah hanya kepada DIA KEKASIH YANG SATU..

then..nak tau x apa jadik?

KEKASIH saya tunjukkan sesuatu yang menggembirakan saya...
DIA bagi saya something masa saya menangis..
saya xtahu la sama ada ianya kebetulan atau apa..
tapi saya yakin yang DIA menenangkan saya..

dgn cara ape??
erm..ntah la,masa saya ngis tadi petang, tiba2 kn..
ada 1 tisu tiba2 jek ada kt peha saya..
saya terkjut jugak la sebab setahu saya, saya xde sentuh pun beg saya
dan saya cukup perasan yang kat lantai ke mana2 tempat berdekatan 2 memang xde tisu..

tup2 saya tengok ada tisu dekat peha saya..
saya ambil tisu tu dan lap airmata saya..
ALLAH..
hanya ALLAH saya berserah..
dan saya sangat tahu segala yang baik kini adalah dari DIA..

------------------------------------

CUMA..
saya sangat2 berharap ALLAH membantu seseorang untuk mencari kembali siapa diri dia..
kenapa lately dia jd mcm 2..
atau mungkin saya akan cuba jauhkn diri dari dia untuk memberi ruang kepada dia mencari apa sebenarnya yang dia ingin cari dalam hidup ni..
saya hanya seorang hamba yang sangat lemah..
jika diukur ilmu yang terdidik di dalam diri dia,jauh...
ilmu saya cukup jauh..
saya masih baru dan tidak berupaya menegur kerana kelemahan yang ada dalam diri saya..
terkadang saya menangis kerana lemahnya saya kerana tidak mampu membantu..
dan terkadang juga saya sangat tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk terus membantu..
saya sifatkan ianya datang dari kelemahan saya..
kerana gagal membawa dia bersama menuju ke jalanNYA..

TAPI WALAU MACAM MANA PUN..
doa saya xkn putus untuk dia..
bukan hanya dia,keluarga sudah tentu terutama..
dan...
sahabat terdekat saya yang kini mulai terasa..

-----------------------------

SAHABAT..
benar..saya mulai sibuk dgn urusan saya mengejar cintaNYA..
terkadang saya terkeliru memilih mana yang terutama..
tapi saya kukuhkan hati memilih DIA..
lalu sahabat2 terdekat mulai terasa..

wahai sahabat..
aku menjadi begini bukan sesuatu yang sia2..
seandainya riak yang kau rasakan..
maaf aku hulurkan..
aku bukanlah ustazah..
dan aku bukanlah ahli agama terkemuka..
aku hanyalah aku..
insan kecil yang mulai melangkah mencari iman untuk diisi..
aku cuba mengajak kau bersama..
tapi kau mencuihkan muka dan aku faham benar maksudnya...
maaf..
sehingga bila2..silaturrahim kita xkn pernah akan terputus..
selagi mana aku mampu berkata2,mendengar dan bergerak..
aku akan cuba memupuk islam dalam hatimu..
dan maaf andai ianya membosankan bagi kau..
kerana aku sungguh khuatir..

---------------------------------------

"kalian adalah keluarga dan sahabatku,pabila aku bergerak menjalankan kewajiban sebagai seorang khalifah yang BEKERJA untuk ALLAH,segeralah kalian bangkit mengikutiku..kerana jalan yang aku pilih bukanlah jalan yang sia2..inilah jalan yang sebenar kerana apabila kita sentiasa menyibukkan diri dengan hal keduniaan dan melupakan akhirat,aku sangat khuatir dunia itu tidak dapat menyelamatkan kalian di akhirat kelak...."

WALLAHUA'LAM
SEGALA ILMU ITU DITUNTUT HANYA KERANA ALLAH,RASUL DAN UMAT..

~selamat berjuang~







No comments:

Post a Comment