i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Thursday, April 28, 2011

Hak Seorang Isteri


~BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM DAN ASSALAMMUALAIKUM W.B.T~

alhamdulillah..ade entry baru dey..(^_^)

tadi dalam phone ade cakap pasal suami isteri..
la ni tibe2 cam nak kaji jek kan..mana la tau ade sape2 yang nak kawen ke ade niat nak kawen ke kan..ha..jgn main2 ek..kne tau bab2 munakahad ni..penting sgt2~!! <~nmpk x tanda seru?ha...baca dey...(^_~)

------------------------------

Menurut istilah hak ialah sesuatu yang dapat dipunyai atau dikuasai, baik yang berupa benda mahupun yang berupa wewenang dan kewajipan ialah sesuatu yang perlu diberikan, baik yang berupa benda mahupun yang berupa perbuatan.(syafii.1995.273) Firman Allah s.w.t :


Ertinya: “dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana” (al-baqarah:228)

HAK-HAK ISTERI

1- HAK MENDAPAT MAHAR

Mahar adalah suatu pemberian wajib dari suami kepada isterinya dengan sebab berkahwin. Ia merupakan hak mutlak isteri. Tidak boleh diambil sesuka hati oleh suami melainkan dengan keredhaan dan izin isterinya. Suami juga boleh berhutang mahar dengan isteri tetapi perlu dilunaskan sebagaimana orang yang berhutang. Banyak sedikitnya mahar itu bergantung kepada kerelaan atau kemahuan isteri. Firman Allah:

Ertinya: “berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita yang kamu kahwini sebagai pemberian penuh kerelaan, kemudian jika mereka menyerahkan kepadamu sebahagian dari maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik akibatnya” (an-Nisa’:4)

Di dalam hadith Nabi s.a.w ade menerangkan barangan yang boleh dijadikan mahar seperti duit, cincin,kasut,pakaian,makanan atau bahan,memerdekakan hamba dan....yg paling saya rasa bermakna adalah MENGHAFAL AL-QURAN...barakah taw..

~AKU NIKAHI KAMU DENGAN AL QURAN SEBAGAI MAHAR...wah..cam best...hihi..

2. NAFKAH- ZAHIR & BATIN

NAFKAH ZAHIR

Sudah menjadi ketetapan agama bahawa suami wajib memberikan belanja untuk makan,minum dan tempat tinggal isteri sesuai dengan kemampuannya. Firman Allah s.w.t:

Ertinya:” hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya”.(al-Talaq:7)

Ertinya: dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: “saya datang kepada Rasulullah s.a.w lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami? Sabdanya: “berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R Abu Dawud)

Ayat-ayat dan hadith di atas menjelaskan bahawa setiap suami bertanggungjawab memberi makanan, pakaian kepada isterinya sesuai dengan kemampuannya. Suami tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya lebih buruk daripada apa yang dimakan dan dipakai suaminya. Begitu juga kadar makan dan pakai yang menjadi hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya. Di dalam hal ini isteri tidak boleh meminta sesuatu yang di luar kemampuan suaminya. Akan tetapi sekiranya suami mampu memberikannya lebih tetapi tidak diberikan maka dalam situasi ini isteri dibenarkan mengambil harta suaminya seperti sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: “dari aisyah r.a berkata: sesungguhnya Hindun datang kepada rasulullah lalu berkata: “wahai Rasulullah< Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untukku dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya”. Lalu Baginda bersabda: “ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar”. (H.R Bukhary dan Muslim)

Hadith ini menegaskan bahawa islam membenarkan bagi isteri mengambil harta suaminya sekadar untuk keperluan dirinya dan anak-anak, jika suaminya mempunyai harta yang cukup tetapi tidak memberikan haknya mengikut kemampuannya. Jika suami yang bakhil di cela oleh agama dan dibenarkan bagi isterinya mengambil tambahan dari harta suaminya tanpa pengetahuannya, maka lebih berdosalah lagi suami yang tidak memberi nafkah isterinya. Sudah tentu perbuatan itu tela melanggari hak isteri yang telah ditetapkan oleh syariat islam. Isteri boleh memberi peringatan terhadap suami yang mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah samada mahu memberi belanja atau menceraikannya.

Menurut Imam Syafie kadar nafkah makanan yang wajib itu adalah mengikut keadaan suami. Maka jika suami itu orang kaya, nafkah isteri yang diwajibkan ialah dua cupak makanan setiap hari, suami yang miskin satu cupak dan suami yang sederhana satu cupak setengah.(Wahbah Zuhayliy.1985.798)

NAFKAH BATIN

Ertinya: isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat becucuk tanammu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang beriman. (al-Baqarah:223)

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka dengan sebaik-baiknya....”

Dalam Islam isteri boleh menolak hajat atau keinginan suaminya untuk bersetubuh dengan syarat ia mestilah dalam keadaan darurat atau keuzuran seperti semasa haid, nifas, sedang dalam ihram dan sebagainya. Bagaimanapun pengertian mengenai darurat dan keuzuran bukan setakat itu, banyak lagi perkara lain yang perlu difahami setiap suami. Misalnya jika isteri mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan isteri tidak berupaya melayan kehendak seks suami, ia juga ditakrifkan sebagai darurat. Begitu juga jika isteri berada dalam keletihan yang amat sangat, penolakan berkenaan dirujuk kepada isteri yang dalam tertekan, runsing, mengantuk yang teramat sangat dan keletihan yang amat sangat sehingga meyebabkan isteri berkenaan tidak berkeupayaan melayani kehendak seks suaminya dengan baik, ia juga dibolehkan. Lebih-lebih lagi bagi isteri yang bekerja, tujuannya untuk membantu suaminya sendiri dalam soal kewangan.

Akan tetapi isteri perlu faham, jika mereka menolak hajat suaminya, ia mestilah ditolak dengan cara yang baik dan mestilah dijelaskan dengan sejelas dan sebaiknya sebab-sebab itu kepada suaminya, sehingga suaminya boleh memahami dan bertolak ansur dengannya.

Terdapat juga sesetengah suami yang sanggup menggunakan kekerasan atau paksaan ke atas isterinya untuk melakukan hubungan jenis demi memuaskan nafsunya sendiri dengan menafikan terus hak isteri , walaupun isteri berada dalam keadaan tidak bersedia dan sudah pun menolak hajatnya dengan baik. Dalam keadaan seperti ini, jika suami tidak memahaminya, isteri boleh membawanya ke mahkamah dan mahkamah pasti akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Namun begitu pangertian nafkah batin bukanlah berkisar perlakuan seksual semata-mata. Seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah batin, selain seks berkongsi masalah, mendengar luahan isteri, berbual dan bermesra serta mendidik ajaran agama terhadap isteri juga termasuk dalam definisi nafkah batin.

3- KOMUNIKASI YANG BAIK

Membina komunikasi yang baik sesama suami isteri adalah dituntut di dalam Islam. Suami harus berlaku adil kepada isteri, dan isteri juga haruslah berlaku adil terhadap suami. Komunikasi yang baik terhadap isteri termasuklah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. Ini bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yanglembut dan mudah terguris hatinya. Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadith Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w:

dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut jelas menerangkan cara komunikasi yang berkesan terhadap wanita.Perlakuan kasar kepada isteri mencakupi ucapan yang menyakitkan atau tindakan yang menyakitkan fizikalnya. Bentuk tindakan yang menyakitkan perasaan isteri misalnya mencari-cari kesilapan isteri, mengkhianati isteri, menganggu ketenangan isteri malam hari misalnya dengan pulang lewat malam dari berpoya-poya atau bermain atau bersembang-sembang di luar hanya memenuhi seleranya sendiri tanpa memerhatikan kepentingan isteri. Tindakan seperti ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w, sabda Baginda:


Ertinya: dari Jabir: Nabi s.a.w melarang suami mengetuk pintu keluarganya pada malam hari, melarang berkhianat kepada mereka atau mencari-cari kesalahan mereka. (H.R Muslim)

Seorang suami yang baik akan sentiasa menghormati dan melayani isteri dengan baik dan bersabar dengan tingkah laku isterinya yang mungkin tidak disukainya. Firman Allah:

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

Jika suami tidak menyenangi salah satu sifat isterinya hal tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk berlaku kasar kepada isterinya, bahkan suami hendaklah berpandangan adil dengan melihat sifat-sifat isterinya yang disenangi sehingga dapat mendorong dirinya untuk tidak berlaku kasar dalam menghadapi perangai isterinya.

Dalam hal ini eloklah kita menghayati sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri: “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.” Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya. Berkata lelaki tersebut: “wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin. Maka Umar al-Khattab memjawab: “wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku. Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”. (Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178).

Terdapat juga suami yang melakukan kekasaran kepada isteri secara fizikal misalnya memukul isteri. Memukul isteri dibenarkan selama pukulan itu bersifat pengajaran dan tidak menimbulkan rasa sakit yang membahayakan diri isteri. Hal ini disebutkan di dalam hadith berikut:


Ertinya:” ...dan janganlah kamu pukul mereka dan menghina mereka”

Kerana itu walaupun suami bermaksud memberi pengajaran kepada isteri namun dia tetap bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan keamanan isteri. Hal ini disebut di dalam firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 19:

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

Dalam hal ini jika suami gagal berkomunikasi dengan baik terhadap isteri hingga membawa kepada masalah yang besar, isteri boleh menasihati dan mengingatkan suami akan hak tersebut. Jika suami enggan berubah isteri boleh meminta bantuan daripada orang tengah untuk menasihati suami agar tidak berkasar dengan isteri. Jika tidak berhasil isteri dapat mengadukan masalahnya ke mahkamah syariah untuk mengambil tindakan tertentu kepada suaminya agar tidak mengulangi kekasarannya terhadap isteri. Dalam hal ini isteri haruslah celik agama dengan memahami dan menghayati segala hak yang telah diberikan Islam kepadanya untuk menjamin maruah wanita Islam.


4- HAK MENDAPAT BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR

Isteri berhak menerima bimbingan dari suami dan tunjuk ajar serta nasihat darinya samada dari sudut pendidikan agama, pergaulan sesama saudara baik dari sebelah isteri mahupun suami, dengan jiran tetangga,cara berpakaian, cara mengawal emosi dan sebagainya. Suami juga berhak mengajar isteri cara mendidik anak dengan betul malah isteri dan anak-anak berhak mendapat contoh akhlak yang terpuji dari suaminya sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w:

Ertinya:” Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka janganlah menyakiti jiran tetangganya, dan hendaklah kamu berpesan tentang berbuat baik terhadap perempuan kerana sesungguhnyaperempuan ini dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, sebengkok-bengkok tulang rusuk itu yang atasnya, sekiranya engkau cuba membetulkannya ia akan patah dan jika sekiranya engkau membiarkannya dia akan terus bengkok, oleh itu maka hendaklah engkau sentiasa berpesan tentang berbuat baik kepada perempuan”.

Ertinya:Rasulullah s.a.w bersabda:”setiap orang di antaramu adalah pemimpin dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, seorang imam adalah pemimpin atas umatnya,dan dia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya.....(HR Ahmad, Abu Dawud dan Tirmizi)

Begitu juga suami wajib memelihara isterinya dari segala perkara yang boleh mencemarkan kehormatannya dan menjauhkannya dari perbincangan yang tidak baik. Begitu juga dalam mendisiplinkan isteri, suami berhak mendidik dan memberi tunjuk ajar yang baik kepada isteri.
Dalam sebuah hadith lain, sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Lelaki terbaik di antara kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteri

Ertinya: “hai orang-orang yang beriman jagalah dirimu dan keluargamu dari seksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang keras yang tidak menderhakai Allah atas perintah-Nyadan selalu taat pada apa yang diperintahkan kepada mereka” (at-Tahrim:6)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa suami bertanggungjawab menjaga ahli keluarganya termasuk isteri dari segala macam perbuatan dosa ataupun syirik. Ia juga menegaskan hak isteri untuk dijauhkan dari perbuatan dosa dan maksiat. Jika isteri nyata telah melakukan perbuatan dosa maka wajblah suami mengambil tindakan. Namun begitu terdapat juga suami yang mengajak isterinya melakukan dosa dan maksiat, maka suami ini telah derhaka terhadap isterinya dan terhadap Allah kerana tidak menjalankan tugasnya untuk mendidik dan menjauhkan isteri dari perbuatan dosa.

5- HAK BEKERJA

Bekerja merupakan suatu yang telah disyariatkan islam untuk memenuhi keperluan hidup seharian seperti makan, minum, pakai, tempat tinggal dan untuk memberi nafkah bagi orang yang dibawah tanggungannya. Dalam konteks wanita bekerja menurut islam, hukum asal baginya adalah tidak perlu keluar untuk bekerja, ini adalah kerana nafkahnya akan ditanggung oleh suami bagi yang telah berumahtangga, manakala yang tidak berkahwin akan ditanggung oleh bapa atau wali dibawahnya1. Ini merupakan satu anugerah besar yang diberikan dalam Islam untuk kaum wanita dimana mereka tidak perlu bersusah payah, bertungkus lumus memcari rezki untuk orang lain. Akan tetapi di sana terdapat beberapa situasi yang membenarkan wanita untuk keluar bekerja, antaranya jika keadaan terdesak yang memerlukan mereka keluar sepertimana yang berlaku ke atas kedua anak perempuan Nabi Allah syuaib a.s. Firman Allah:

Ertinya: “dan tatkala ia sampai di sumber air negeri madya ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan ternaknya, dan ia menjumpai di belakang orang banyak itu dua orang wanita yang sedang menghambat ternakannya. Musa berkata: “apakah maksudmu dengan berbuat begit?”kedua wanita itu menjawab: “kami tidak dapat meminumkan ternakan kami sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan ternaknya sedangkan bapa kami adalah orang tua yang lanjut umurnya”. Maka Musa memberi minnum ternak itu untuk menolong mereka berdua, kemudian dia kembali di tempat yang teduh lalu berdoa: “ya Ttuhankusesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan padaku”. (al-Qasas: 23-24)

Menurut Imam al-Alusi di dalam tafsirnya, ayat berikut menjelaskan bahawa Nabi Syu’aib telah mengizinkan kedua anak perempuannya keluar dari rumah untuk memberi minuman pada ternakan mereka memandangkan keadaan bapa mereka dalam keuzuran dan atas sebab daruratlah Nabi Syu’aib mengizinkannya.(al-Aluusi.59-60)

Begitu juga dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengenai Asma’ binti Abu Bakar yang membantu suaminya, Zubair bin Awwam dalam menguruskan segala kerja suaminya seperti mengurus kudanya, menumbuk biji-bijian untuk dimasak, dan membawa biji-bijian di atas kepalanya dari kebun yang terletak jauh dari rumahnya. Jika dinilai kisah Asmak binti Abu Bakar ini dimana beliau membawa hasil tanaman jauh dari rumahnya dan perlakuan beliau dilihat sendiri oleh Rasulullah s.a.w dan baginda tidak berkata apa-apa bukti menunjukkan keharusan wanita keluar untuk bekerja. Di dalam hal ini Zubair ketika itu sedang sibuk berjihad untuk mengembangkan syiar Islam dan beliau tidak mampu mengupah pembantu untuk melakukan kerjanya. Dan dari satu sudut dapat dilihat bahawa Asmak walaupun bekerja dia tidak pernah mengabaikan urusan-urusan rumahtangga seperti yang diriwayatkan oleh Muslim didalam hadis yang sama. Dan di dalam hal ini juga zubair telah memberi keizinan kepada isterinya untuk keluar bekerja.

Dalam menongkah arus kehidupan di era ini yang serba kompleks serta menuntut kepada banyak tuntutan kehidupan yang segalanya perlu dibayar dengan wang ringgit. Oleh yang demikian kerjasama antara suami isteri amatlah digalakkan demi menjamin kehidupan yang berkualiti. Kerjasama isteri dalam menjana ekonomi rumahtangga demi membantu suami merupakan lumrah kehidupan masa kini. Dan ia merupakan suatu desakan hidup memandangkan taraf kehidupan pada masa kini yang semakin meningkat, dengan urusan persekolahan anak-anak, hutang rumah, kereta dan segala macam lagi bil-bil yang perlu dilunaskan menuntut isteri keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami. Akan tetapi, suami hendaklah mendapat persetujuan dari pihak isteri untuk membantunya.

Daripada pembincangan di atas jelas menunjukkan bahawa dalam situasi tersebut diharuskan wanita keluar bekerja asal sahaja mereka dapat mematuhi peraturan-peraturan berikut:

1- situasi yang mendesak wanita keluar bekerja
2- niat untuk mendapatkan rezki yang halal dan mendapat keredhaan Allah
3- mendapat keizinan suami atau wali
4- Janganlah pekerjaan atau tugasnya itu mengabaikan kewajipan-kewajipan lain yang tidak boleh diabaikan seperti kewajipan terhadap suami dan ank-anaknya yang merupakan kewajipan pertama dan tugas utamanya.
5- pekerjaan itu tidak bertentangan dengan syarak.
6- Menutup aurat dan memenuhi adab wanita muslimah ketika keluar rumah, dalam berpakaian, berjalan, berbicara, dan melakukan gerak-geri
7- Mengimbangi antara tugas di rumah dan di tempat kerja

Setelah membicarakan hak bekerja bagi isteri dan keharusannya untuk keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami, maka tidak wajarlah bagi suami melimpahkahkan tanggungjawabnya kepada isteri seperti tidak mahu lagi memikul beban keluarga baik dalam urusan memimpin mahupun membelanjai keluarga. Ia menjadikan suami lelaki yang tidak bertanggungjawab, dengan menyuruh isterinya bekerja mencari nafkah, mengurus pendidikan anak, mengatur rumahtangga sekaligus juga melayani dirinya. Suami sebegini telah melanggar ketetapan yang telah digariskan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah s.a.w pernah menyampaikan peringatan bahawa satu kaum, termasuk di dalamnya suami, tidak akan memperoleh kejayaan bila menjadikan wanita, termasuk di dalamnya isteri sebagai pemimpin. Sabda Rasulullah s.a.w:


Dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”suatu kaum tidak akan beruntung kerana mereka menyerahkan urusan-urusan mereka kepada wanita”. (H.R Bukhary, Tarmizi dan Nasa’i)

Jika seorang isteri yang suaminya membebaninya untuk memimpin rumahtangga dan memikul tanggungjawab mencari nafkah bagi keluarganya hendaklah mengambil langkah-langkah berikut, antaranya mengingatkan dan menasihatisuaminya agar menyedari fungsinya sebagai pemimpin dan pencari nafkah bagi keluarganya, jika tidak minta bantuan orang ketiga untuk menasihatinya akan tanggungjawabnya memimpin dan memikul beban keluarga, jika tidak berjaya minta bantuan mahkamah syariah untuk menasihatinya dan jalan yang terakhir jika suami tidak mengendahkannya adalah dengan memohon cerai yang dipandang sebagai jalan terakhir dan terbaik untuk dirinya dan anak-anak.

6- HAK BERSUARA

Kebebasan bersuara bermaksud seseorang mumpunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya dalam apa jua perkara samada umum atau khusus dan samada pendapat itu bersesuaian atau bertentangan dengan pendapat umum (abdul kareem zaydan.1997.210)

Di dalam sesebuah institusi rumahtangga suami isteri mempunyai hak untuk mengutarakan apa jua pendapat yang dapat membina dan menjamin kerukunan dan kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Hak isteri bersuara menyatakan haknya juga dibenarkan di dalam islam lebih-lebih lagi jikalau haknya tidak ditunaikan oleh suami. Sekiranya isteri bersuara untuk mendapatkan haknya yang telah diingkari oleh suami, tidaklah wajar bagi suami mengatakan bahawa isterinya telah menderhakainya sedangkan si isteri sedang memperjuangkan haknya yang telah diabaikan oleh suami. Akan tetapi dalam keadaan ini isteri haruslah pandai memainkan peranannya supaya apa yang akan disuarakannya itu dapat disampaikan dengan cara yang bijak dan berhikmah.

Di dalam al-Quran jelas menerangkan kepada kita bahawa wanita mempunyai hak untuk bersuara menyatakan hak-haknya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-mujadalah ayat 1:

Ayat ini diturunkan kepada Khaulah binti Tha’labah yang datang mengadu kepada Rasulullah perihal suaminya yang telah menziharkannya sedangkan beliau telah menghabiskan seluruh hayatnya untuk suami dan melahirkan anak-anak untuknya serta telah menhabiskan hartanya untuk suami sehingga Allah sendiri menjawab pertanyaannya dalam ayat ini tentang hukum zihar2. Ini menunjukkan wanita mempunyai hak bersuara supaya dapat memastikan haknya tidak dicerobohi sesuka hati dari pihak suami.

Terdapat juga hadith yang menegaskan bahawa isteri mempunyai hak bersuara untuk mempertahankan haknya. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhary tentang seorang hamba wanita, Barirah yang telah dibeli oleh Aisyah r.a dan kemudiannya dimerdekakan oleh Aishah r.a, sedangkan Barirah mempunyai suami, Mugith yang juga hamba ketika itu. Menurut hukum islam jika seorang hamba wanitayang berkahwin ketika menjadi hamba, wanita ini boleh memilih sama ada untuk terus kekal menjadi isteri kepada suaminya yang masih lagi ataupun berpisah. Dalam kisah ini suami Barirah menangis teresak-esak ketika Barirah memilih untuk berpisah daripadanya, peristiwa ini disaksikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri hingga timbul perasaan simpati kepada nasib Mugith yang amat menyintai isterinya, sedangkan isterinya tidak. Raasulullah berkata kepada Abbas: “wahai Abbas, tidakkah engkau berasa simpati dengan cintanya Mugith kepada isterinya, sedangkan isterinya amat membencinya?”. Maka Rasulullah s.a.w bertanya kepada Barirah: “kalaulah engkau menarik balik kata-katamu tadi dan menerima kembali suamimu”. Jawab Barirah:”ya Rasulullah adakah Engkau menyuruhku berbuat demikian?” Jawab Rasulullah: “Aku Cuma memberi pendapat”. Jawab Barirah:”aku tidak mahu menarik balik kataku tadi (tidak mahu kembali kepada suaminya).

Jelaslah di dalam hadith ini bahawa isteri mempunyai hak untuk bersuara atau memberi pendapat dan di dalam hal ini Rasulullah s.a.w tidak mengingkari keputusan yang dibuat oleh Barirah. Begitu juga dengan kisah Umar al-Khattab yang sedang berkhutbah di atas mimbar memberitahu agar mahar untuk para isteri tidak boleh lebih daripada 400 dirham, lalu ditegur oleh seorang wanita mengenai perkara tersebut dan Umar meminta maaf atas kesilapannya itu. (abdul kareem zaydan.1997.218)

Yang demikian ini jelas menunjukkan Islam telah memberi hak terhadap isteri atau wanita untuk mengeluarkan pendapat selagimana ianya tidak menyalahi syarak.

7- HAK TERHADAP HARTA ISTERI

Sudah menjadi amalan masyarakat kita hari ini menganggap harta isteri adalah harta suami dan boleh digunakan oleh suami sebagaimana harta suami yang digunakan oleh isteri. Malahan terdapat segelintir suami yang sanggup memaksa isteri bekerja dan mengambil wang gaji isteri tanpa keizinannya. Ini merupakan suatu amalan yang buruk dan melanggar hak seorang isteri di mana di dalam islam harta isteri merupakan harta khususnya yang tidak boleh digunakan sesuka hati oleh suami melainkan sesudah mendapat keizinannya dan isteri redha menyerahkan hartanya kepada suami. Jika tidak harta itu adalah hak mutlak isteri yang tidak boleh diganggu gugat.

Menurut Yusuf al-Qardawi tidak halal bagi suami menyusahkan isterinya dan memperlakukannya dengan buruk agar si isteri menebus dirinya dengan mengembalikan harta yang telah diberikan kepadanya seluruhnya atau sebahagiannya sedangkan isteri tidak melakukan perbuatan keji yang nyata. (qardawi.2000.249)

Ini jelas dinyatakan di dalam firman Allah:

“janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata” (surah an-nisa’:19)

Bagi suami yang tidak suka kepada isterinya dan ada hasrat menikah dengan wanita lain, maka diharamkan baginya mengambil kembali apa yang tela diberikannya kepada isterinya. Firman Allah:

“dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikit pun....” (surah an-nisa’:20-21)

8- HAK TERHADAP HARTA SEPENCARIAN

Harta sepencarian menurut bahasa ialah harta benda yang diperolehi daripada usaha suami isteri (kamus dewan.2002.443). Aset yang diperoleh oleh suami isteri dalam masa perkahwinan melalui usaha bersama mereka, adalah sinonim dengan “harta sepencarian” dan tidak melibatkan aset isteri yang diperolehi dari usaha tunggalnya sendiri atau harta pusaka yang diwarisinya. “Harta sepencarian” telah ditafsirkan oleh Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) sebagai “harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’.(Akta undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.)

Pembahagian harta sepencarian sebenarnya mempunyai hubungkait dengan adat yang seringkali dihubungkan dengan kelaziman masyarakat Melayu. Amalan ini berlaku kerana menghormati usaha pemilikan harta yang diperoleh secara bersama dalam tempoh perkahwinan. Walaupun pada kebiasaannya tidak timbul soalan mengenai pembahagian harta jika perkahwinan mereka tidak bermasalah, namun dalam keadaan tertentu, misalnya apabila berlaku perceraian atau suami ingin atau telah berpoligami, akan timbul desakan daripada pihak isteri untuk menuntut haknya kerana dia telah memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memperolehi harta itu.

Islam mengiktiraf bahawa adat yang tidak bercanggah dengan hukum Syara’, baik secara khusus atau umum, adalah menjadi salah satu sumber hukum Syara’.Sesuatu adat itu boleh diterima apabila sudah menjadi kelaziman. Kaedah fiqh yang menjadi sandaran dalam hal ini ialah “al-Aa’dah Muhakkamah” yang ertinya sesuatu adat adalah menjadi hukum. Walaupun harta sepencarian tidak secara khusus dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh, namun, ia boleh diterima sebagai suatu adat bagi pasangan Melayu Islam yang bersama-sama berusaha untuk memperoleh harta, baik dalam rumah atau di luar rumah. Harta yang diperoleh dari usaha bersama itu akan menjadi harta bersama. Adat ini telah diterimapakai, diamalkan dan dijadikan asas kepada prinsip harta sepencarian yang dimasukkan ke dalam Undang-Undang Keluarga Islam yang diamalkan di negara kita sekarang ini.

Undang-undang Keluarga Islam memberikuasa kepada Mahkamah untuk membahagikan harta sepencarian ini antara suami dan isteri apabila tuntutan dibuat di Mahkamah.Sumbangan secara tidak langsung oleh isteri seperti sumbangan ke arah kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga diambilkira sebagai sumbangan untuk memperolehi harta sepencarian. Penyertaan isteri dalam kerja-kerja suaminya walaupun secara tidak langsung seperti hanya mengiringi suami dalam perjalanan untuk menjalankan perniagaan hendaklah dianggap sebagai sumbangannya dalam perolehan harta kerana penyertaan isteri itu memberi kedamaian dan ketenteraman kepada suami sehingga berjaya dalam pekerjaannya. Oleh itu apa-apa aset/harta sama ada harta alih atau harta tak alih yang diperolehi semasa perkahwinan adalah menjadi harta sepencarian. Sumbangan tidak langsung ini telah diiktiraf oleh hukum Syara’. Dalam ayat 228 surah al-Baqarah, Allah berfirman:



yang bermaksud: ”... Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang hukum Syara’).....
”.

Dari kenyataan di atas jelas bahawa dalam suatu tuntutan harta sepencarian, sumbangan satu pihak hanya timbul jika suami sahaja yang berkerja mendapatkan harta tersebut manakala pihak isteri berada di rumah untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Dalam keadaan ini isteri dianggap sebagai memberi sumbangan secara tidak langsung dan sumbangan itu diakui oleh Syara’. Jika isteri bekerja dan memperoleh harta sedangkan suami tidak bekerja tetapi mendakwa bahawa beliau telah memberi sumbangan secara tidak langsung dengan menjaga keluarga seperti menghantar isteri ke tempat kerja dan menjaga anak-anak di rumah, maka tuntutan suami untuk mendapatkan bahagiannya daripada harta tersebut tidak diiktiraf oleh hukum Syara’. Ini adalah kerana tanggungjawab sebenar mencari rezeki dan mencari harta untuk kebahagian rumahtangga adalah terletak pada suami.

------------------

fuh...penat ek...byk jugak kne belajar pasal kawen ni..aiyoo...hihi...
jadinyer..encik2 suami oiii (hik3..malu2~!!) study dey..exam2 gop..tapi kalau nak kawen kne gok study kawen ni..tok ley main kawen jo (betol ke tibai bhsa kelate ni??huhu..berat nanag la..)
apa2 pon..xmo ganaih (ganas) gan isteri ok..AMARAN!! XLEH PUKUL ISTERI..BERKASIH SAYANG yek..guna komunikasi yg betul..erm..byk lg..tp dh baca kan?so..kne praktikkan yek..ikut apa yang Allah suruh dan jauhkan apa yang Allah larang..mudah kn??so..kne la kuat lawan syaitan 2..

------------------

IMPIAN INDAH AKADKU

1. Muliakan wali dulu...dan kalau boleh,nak kenal family dia dulu..xkenal dia xpe..yg pnting kena ngam dgn family dia expecially ibu bapanya..sbb itulah harta yang saya juga kena jaga setelah berkahwin..kn? t leh main masak2 gan mak mertua..hihi..
2. Maharku~senaskah al-quran..erm..kalau guna ayat Quran pon dah cukup..tapi nak kne hafal banyak sikit dey..banyak surah lagi bagus..(^_~)
3. kalau boleh la..xmo mewah2 sangat..just bersederhana sahaja..sebab..kemeriahan itu bersama keluarga dah memadai..kan?
4. xmo la hantaran2 ni..tgk org skrg smpai 9 balas 11, 11 balas 13..oww..byk sgt..kalau boleh,1 balas 3 boleh x?hihihi..jimat2!!
5. nak pakai baju warna kelabu atau putih masa nikah/tunang..(ecececeh..hihi..impian jek...xpe kan?huhu)
6. nak seorang suami yang lemah lembut dlm bercakap,tapi tegas!! yeah!! tp xmo panas baran taw..nk marah ada tempatnya,xmo t isteri gan anak2 jd mangsa..oww..berat nanag 2..bahaya..parok2..huhu..
7. TERIMA SEADANYA...
8. DUNIA DAN AKHIRATKU BERSAMAMU.....

oh!! lupa nak mention!! SAYA NAK YANG SOLEH YEK~(^_^)

erm..tapi kan..ni impian..tp xtau jadik ko dop..sebab..keluarga pon ade perancangan mereka sendiri..jadi..kalau nak jadi suami saya la kn..kne bijak..ha..sape bijak angkat tgn yek!! ha..awk ke??ade berani ke??hehe..AS SALAM....

No comments:

Post a Comment