Abbas Syafi merengus geram. Tin minuman yang tersadai di bahu jalan disepaknya. Melayang masuk ke dalam semak. Dia geram bercampur marah. Tangan kanannya mengurut-ngurut dadanya yang bidang sedang kakinya melangkah laju. Dia mahu segera tiba.
Dari kejauhan, dia ternampak kelibat sahabat karibnya, Adhlan Nafis. Dia sedang duduk di tepi padang. Di tangannya ialah senaskah al-Quran. Abbas masih marah menjadi sedikit sejuk memandang wajah khusyuk sahabatnya yang sedang menikmati keindahan ayat- ayat Allah.
Dia mampir, dan mengambil tempat di atas rumput segar dan menghijau, di sebelah Adhlan. Angin petang cukup memberikan sejuta macam kenikmatan dan ketenangan. Tapi bagi Abbas, nyaman angin petang itu belum cukup lagi untuk memeberikan rasa nyaman dalam hatinya yang bengkak sedari tadi.
Salam dihulur. Sunnah sebuah pertemuan.
Adhlan menghabiskan bacaannya dalam surah An-Nisa'. Kemudian kepalanya dipaling memandang mata Abbas. Wajah sahabatnya itu tampak tegang, cukup untuk membuatkan Adhlan rasa seakan menanggung rasa yang sama. Dia terpanggil untuk menenangkan sahabatnya.
"Kenapa ni Abbas? Macam tengah marah je? Ada orang curi selipar ko ke?",tanya Adhlan sambil berseloroh. Dia mengukir senyuman,lebar lagi manis.
Abbas tersenyum nipis."Taklah Lan..aku tengah geram sangat-sangat ni".
"Geram kenapa?,"tanya Adhlan. Riak wajahnya tenang, membayangkan sifatnya.
Abbas mengetap bibir. Marah benar pemuda itu. "Aku menyampah betul tengok perempuan-perempuan yang melaram tak tentu pasal ni!," luahnya tanpa segan,.
Abbas dan Adhlan bukannya orang lain. Mereka bersahabat sejak lahir. Bersekolah kebangsaan bersama-sama. Bahkan ke sekolah agama juga mereka bersama. Persahabatan mereka bukan sesuatu yang biasa, kerana ia diwarisi daripada keakraban keluarga yang beragama.
Adhlan tergelak kecil mendengar luahan Abbas, terkejut juga kerana langsung di tidak terfikir bahawa sahabatnya itu akan melenting pasal ini. Tangan kirinya diletakkan di bahu sahabat yang dihormati itu.
"Biasalah Abbas..mereka tidak faham agama..kita berdoalah supaya satu hari nanti mereka beroleh hidayah dan taufik untuk bertudung", Adhlan memujuk dengan suara yang lembut. Seketika pandangan mata mereka bertembung. Adhlan senyum memujuk.
"Erm...ya...Tapi Lan..aku bukan marah sebab dieorang buka aurat. Yang itu aku kasihan,tapi aku marah dengan orang yang pakai tudung ni", suaranya sedikit keras.
Dahi Adhlan berkerut-kerut. Dia terkejut bercampur aneh. "Maksud kau? Marah dengan orang yang sudah bertudung?"
Abbas mengangguk." Perintah Allah kepada wanita ialah menutup aurat dengan maksud menyembunyikan kecantikan dan perhiasan. Betul?
Adhlan mengangguk."Surah An-Nur ayat 31 kan?"
"Betul!" Tapi kau tengok apa yang berlaku sekarang. Perempuan memang bertudung tapi mereka menghiaskan tudung mereka pula! Setahu aku, di malaysia ini, hampir semua umat Islam mazhab Syafie. Mazhab Syafie sepakat mengatakan bahawa aurat bagi wanita ialah semua kecuali tapak tangan dan muka sahaja. Kaki pun aurat dan perlu pakai stokin", sambung Abbas penuh semangat. Berkobar-kobar, persis sebilangan ahli politik sedang menabur janji menjelang pilihanraya.
Adhlan emngangguk-angguk. Dia menunggu sahabatnya menghabiskan bicaranya.
"Konsep aurat itu ternyata belum benar-benar kita faham. Ramai anak gadis memakai tudung. Bahkan ada yang bertudung dengan sempurna. Tudung tidak jarang dan dilabuhkan serta menutup dada. Mereka juga tidak pakai baju ketat dan singkat, apatah lagi short sleeve atau leggings. Bagi kebanyakan orang, mereka sudah berpakaian seorang muslim, tetapi sebenarnya belum lagi", suaranya seudah semakin diperlahankan. Di hujung- hujung ada nada kekesalan dan kesedihan. Abbas sedih!
Adhlan pula semakin teruja untuk mendengar hujah sahabatnya itu. Al-Quran yang dibacanya tadi diletakkan dalam dakapannya. Kemas. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia seakan-akan meragui pendirian sahabatnya. Baginya, sudah bertudung tidak memakai pakaian yang ketat dan menjauhi pakaian yang jarang, apa lagi yang tidak kena?
Abbas melemparkan pandangannya jauh ke hujung padang. Ada sekawan sedang meragut rumput. Lembu-lembu milik orang kampung, jika dibiarkan bebas melata. Sesekali tangannya dinaikkan ke kepalanya bagi membetulkan rambut yang melayang-layang ditiup angin permai, senja-senja begini.
"Lan..wanita itu makhluk yang cantik, kan? Soalan yang bersifat agak provokasi diaju kepada temannya.
Adhlan tidak segera menjawab. Dia dapat mengesan ada sesuatu yang tersirat. "Ya..sangat cantik. Bahkan segala-gala yang ada pada wanita dari hujung rambut hingga kaki ialah satu kecantikan. Tiada tara. Aku pernah melihat dokumentari wanita-wanita di negara Arab. Di sana peraturan berpakaian ketat. Bahkan, sesetangah tempat mewajibkan wanita mereka berjubah labuh dan berpurdah. Apa yang ditayangkan dalam dokumentari itu ialah seorang wanita yang telah mencantikkan kakinya. Dia mewarnakan kuku, dan memakai kasut tumit tinggi. Dan wanita itu telah berjaya memikat seorang lelaki asing bukan Islam hanya kerana itu. Lihat..betapa dengan hanya mencantikkan kaki, dia berjaya menggoda seorang lelaki," Adhlan pula bercerita. Bersungguh-sungguh.
Abbas tersenyum sinis. "See...kalau dengan kaki lelaki boleh tergoda, inikan pula muka. Aku sebenarnya sudah lama memendam rasa sedih. Hendak ditegur secara terus, aku bimbang teguran aku ditolak mentah-mentah. Kawan-kawan perempuan aku di Facebook. Aku anggarkan hampir semua meletakkan gambar mereka sebagai profile picture mereka. Mereka tidak tahu bahwa ketika itu mereka sudah meletakkan sesuatu yang menarik perhatian lelaki. Ah! Lelaki macam aku! kadang- kadang tu...aku macam tak sedar bahawa aku sedang menatap gambar profile mereka. Lantas aky beristighfar memohon ampun kepada Allah kerana memandang hak milik orang lain. Wanita tak sedar, bahawa kecantikan mereka hanya untuk tatapan suami mereka. Kerana itu, mereka selamba meletakkan gambar mereka dengan senyuman yang meleret sampai telinga. Bahkan, sengaja dicomel-comelkan pula muka dan gayanya. Tak sedarkah bahawa itu salah. Ia satu kecurangan kepada bakal-bakal suami mereka. Alih-alih kita yang lelaki ini juga yang tergoda. Kalau beriman, alhamdulillah tidak terkesan,tapi kalau lelaki yang ada niat jahat, silap-silap mereka print gambar-gambar tu...".kkata Abbas panjang lebar. Dia berhenti mengambil nafas. Dadanya berombak-ombak. Dia agak beremosi petang itu.
Adhlan yang sekadar menjadi pendengar setia duduk mematu. Dia memikir-mikir kembali kata-kata sahabatnya itu. Ada benarnya.
"Habis tu, takkanlah perempuan tak boleh letak gambar di Facebook kot?," tanyanya. Dia teringat akan adik perempuannya. Arwa Nasuha yang baru tingkatan 3. Adik perempuannya juga ada meletakkan gambar mereka sekeluarga di Facebook. Kalau ia tidak boleh, dia sebagai seorang abang perlu tegur.
Abaas tersenyum tawar. Dia merasakan sahabatnya sengaja mahu mengujinya. Ah,masakan Adhlan tidak tahu kerana dia lebih arif dalam agama.
"Boleh.Setiap perkara yang bukan ibadah itu harus, kecuali ada dalil yang mengharamkan. Itu kaedah feqah. Dalil yang mengharamkan ialah menarik perhatian lelaki. Jadi kalau nak letak gambar silakan. Tapi pastikan gambar itu diambil beramai-ramai. Bukan si gadis seorang diri dengan senyum yang lebar sepuluh inci. Juga bukan dengan posing-posing yang sengaja di "mautkan". Bahkan lebih layak jika gambarnya hanya sebesar duit syiling 10 sen. Ini tidak. Kebanyakan orang, gambar mukanya sahaja sudah penuh ruang. Tidak termasuk posing pipi yang ditembamkan atau mata yang dikenyitkan. Ah,macam sengaja mahu menarik peluang lelaki memandang. Paling penting, niat mereka memasukkan gambar itu untuk apa? Sekadar suka-suka?Atau sekadar mahu jika orang tahu rupa kita? Iya..at least kalau orang tahu rupa kita, jika kita masuk hospital akan ada orang yang nak tegur kita...".suaranya sedikit mendatar. Matanya segera dialihkan kepada Adhlan yang sedang duduk berlunjur kaki ke utara. Sahabatnya itu senyum. Nampak lesung pipitnya di belah kanan.
"Ya.Aku setuju yang itu. Maknyanya dalam Facebook pun kita perlu menjaga perhubungan. Tapi aku semacam tidak setuju sedikit. Bukankah para lelaki disuruh untuk merendahkan pandangan kita?", tanya Adhlan dengan wajah yang berseri-seri.
Abbas terdiam. Dia terperangkap dengan soalan itu.Otaknya ligat berfikir.
"Lan..maaf...aku tak tahu..Erm,apa kau pula yang cerita,aku dengar.."suara Abbas perlahan antara dengar atau tidak. Di pucuk pokok rambutan, dua pasang burung murai menyanyi riang saling bersahutan.
Adhlan tersenyum penuh makna,. Hatinya sebenarnya kurang setuju dengan kenyataan sahabatnya yang berbaur seakan-akan menyalahkan wanita sepenuhnya.
"Dalam surah An-Nur ayat 30, Allah memerintahkan orang beriman merendahkan pandangan. Kalau kau perasan, perintah merendahkan pandangan itu turun sebelum perintah menyuruh wanita berjilbab. Perintah wanita disuruh turut merendahkan pandangan dan melabuhkan jilbab hingga dada turun pada ayat 31, selepas itu."
"Kejap..jilbab itu tudung ke??,Abbas menyampuk.
Adhlan ketawa kecil.Rupa-rupanya sahabatnya itu tidak tahu maksud jilbab. Tapi tadi bukan main berapi dia bercakap. Dia mengangguk sebagai jawapan persoalan Abbas Syafi.
"Maka,kalau kita nak salahkan perempuan 100%, macam tak betul pula. Lelaki terlebih dahulu perlu merendahkan pandangan, tapi aku akui, kita punya nafsu dan keinginan syahwat yang berkali-kali ganda lebih berbanding mereka,para gadis. Kerana itu, kita susah nak kawal mata..", sambung Adhlan lagi.
Abbas mengiya-iyakan kata-kata sahabatnya itu. "Ya,betul itu sahabat. Aku teringat kata-kata Ustaz Mujib masa kita form 4 dulu. Kita dilarang memandang wanita tanpa tujuan, walaupun wanita itu sudah menutup aurat. Waktu itu semua orang dalam kelas pelik. Aku angkat tangan, aku tanya dekat Ustaz kenapa tidak boleh? Kita bukan pandang aurat mereka?Kau masih ingat jawapan Ustaz Mujib?", tanya Abbas. Wajahnya ceria bercampur terjua kerana mengenangkan zaman persekolahan dahulu. Lebih manis, dia dan Adhlan duduk bersebelahanl. Maknanya kenangan itu milik mereka bersama. Ah! Hebat sungguh ukhwah mereka.
Adhlan tersenyum manis. Wajahnya juga bertukar ceria."Iya..Masakan aku lupa..Ustaz kata,dari mata turun ke hati.Zina bermula daripada berkenal-kenalan. Berkenal-kenalan pula bermula dengan pandang-memandang. Jadi pandangan ialah permulaan",
Abbas mengangguk."ustaz Mujib juga bercerita tentang sahabat Rasulallah s.a.w yang bernama Fadhl Bin Abbas r.a. Masa itu dia sedang bersama dengan Rasulallah. Tiba-tiba lalu sekumpulan jemaah haji wanita.Fadh bin Abbas pun mengerling melihat mereka tetapi Rasulallah menolak mukanya daripada memandang-mandang jemaah muslimah itu.See...betapa pentingnya lelaki menjaga pandangan, hingga wanita yang menutup aurat dengan sempurna pun tidak boleh kita tengok dengan sengaja..", wajah Abbas muram saat menuturkan kata-kata ini. Dia tunduk memandang batu-batu kerikil halus di tanah. Dia bermuhasabah. Yang pasti,dia seringkali melanggar perintah ini. Seringkali matanya yang dua itu meliar memandang tanpa ha.
Adhlan juga sama. Dia melepaskan nafasnya. Berat dan lambat. Dengan suara yang agak mendatar, dia menyambung, "Erm..dalam hadis pun ada disebut bahawa pandangan mata itu salah satu daripada panahan-panahan syaitan. Bahkan, dalam satu hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulallah berkata..sekiranya kita mengalihkan pandangan daripada melihat kecantikan wanita, Dia akan beri kita kemanisan ibadah. Subhanallah...", Adhlan menginsafkan diri.
Abbas yang galak menempelak kaum hawa tertunduk kesal. Manik-manik bergenang-genang di tubir matanya.
"Terima kasih kawan kerana berkongsi. Terima kasih kerana saling mengingatkan..", tangannya dilarikan ke atas bahu Adhlan. Sebuah senyuman terukir indah di bibirnya. Dia bersyukur kerana memiliki sahabat sebaik Adhlan. Nikmat memiliki sahabat yang baik itu sebenarnya bukan nikmat yang kecil!
Adhlan turut senyum lebar. "Terima kasih juga atas segala perkongsian ini."
Beburung yang berterbangan di atas pucuk pepohon rendang itu menyanyi ceria,tumpang gembira dengan ukhwah fillah ini.
*hasil ikhsan http://iqbalsyarie.blogspot.com/2011/01/kasih-buat-nisa.html
~muhasabah untuk diri sendiri juga~
No comments:
Post a Comment