i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Wednesday, October 26, 2011

Teladan : Sultan Rendah Diri




TUMPAT- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihandan alam sekitar.Baginda yang mengenakan baju T,seluar track serta bertopi kelihatan selesa bersama lebih 1000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama hampir 2jam di Pantai Sri Tujoh di sini.

Majlis yang bermula pada jam 10.30pagi di dadakan disitu kerana Pantai Sri Tujoh adalah antara destinasi tumpuan orang ramai dan pelancong."Beta dapati masjid tidak dibersihkan,tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman," titah baginda kepada pemberita selepas majlis anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu berakhir.

Program itu adalah yang pertama seumpamanya diadakan dengan matlamat merapatkan hubungan mesra antara institusi diraja dengan rakyat jelata.


إِنَّ التَّوَاضُعَ مِنْ خِصَالِ الْمُتَّقِي * وَبِهِ التَّقِيُّ إِلىَ الْمَعَـالِي يَرْتَقِي

Sesungguhnya rendah hati adalah salah satu ciri orang yang bertakwa
Dengannya, orang yang bertakwa mencapai derajat kemuliaan

-----------------------

Bukan mengagungkan makhlukNya, tetapi kagum di atas kerendahan hati yang dimiliknya pada zaman yang serba moden dan melalaikan ini lebih2 lagi la beliau adalah seorang pemimpin..Subhanallah.. Maha Suci Allah yang memberikan sifat rendah diri kepada orang2 yang dikehendakiNya...

::TARBIAH DIRI::

No comments:

Post a Comment