i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Wednesday, April 13, 2011

Kasyaf



assalammualikum w.b.t
semalam, ada seorang sahabat banyak bercerita pasal kasyaf..
kalian tahu x apa itu kasyaf?
baiklah..

Kasyaf adalah salah satu kelebihan yang Allah berikan kepada hamba-hambaNYA yang dikasihiNYA. Bagi wali Allah ini,semamangnya telah dijanjikan Allah sebagaimana dalam sebuah hadis qudsi:

Allah berfirman yang bermaksud : Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat sehingga AKU Cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka"

dan terdapat kata-kata Rasulullah bermaksud:

"Jika kamu tahu apa yg aku tahu nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis".


dan kasyaf ini terdapat beberapa bahagian iaitu:

1)Kasyaf Mata

Mata yang dapat melihat alam seni-seni atau mawara-ul-maddah atau alam di luar kebendaan (ghaib). Mata mampu melihat perkara ghaib seperti jin,malaikat dan syaitan. Kasyaf ini yang telah menjadikan manusia seperti Saiyidina Umar R.a nampak apa yang sedang berlaku kepada tentera-tenteranya. Kelebihan seperti ini penting kerana ianya dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.

2)Kasyaf Telinga

Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar sesuatu yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada jin yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu kadang kala membawa berita yang negatif. Tujuan kasyaf telinga ini kerana ALLAH hendak menghiburkan orang yang mendapatkannya. Kalau berita itu berita gembira, maka ia akan menggembirakannya. Sebaliknya jika berita itu berita duka, ia juga merupakan berita gembira baginya kerana dia akan tahu tentang sesuatu itu terlebih dahulu dan boleh bersiap menghadapi ujian itu atau boleh mengelak daripada bahaya tersebut.

3)Kasyaf Mulut

Kasyaf mulut pula bererti seseorang itu diberikan kelebihan seperti lidahnya masin seperti doanya mudah dikabulkan atau apa sahaja yang disebut sama ada jangka pendek atau panjang. Begitu juga dalam memberikan kuliah,nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya. Ianya akan mudah diterima masyarakat dan boleh merubah hati orang yang mendengar. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Kelebihan seperti ini biasanya diberikan kepada pemimpin.

4) Kasyaf Akal

Kasyaf akal bermaksud,seseorang itu mendapat seni- seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca dan menelaah. Dinamakan juga sebagai ilham atau ilmu laduni. Agr tidak terkeliru,bagi mendapatkan ilmu laduni, seseorang itu perlulah terlebih dahulu mempelajari ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.

5)Kasyaf Hati

Kasyaf hati ini juga disebut sebagai firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang lain dan kebiasannya ianya diperolehi kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana ALLAH hanya mengurniakannya kepada pemimpin2 yang soleh dan sangat sabar menghadapi sebarang ujian meskipun ianya sangat berat sekalipun. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah bererti memudahkan kita memahami sesuatu. Termasuklah juga rasa hati untuk dapat membaca diri seseorang. dan Rasulallah berkata " Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah". Apa yang dimaksudkan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatkan kasyaf ini dapat memimpin diri dan orang lain. Jika tidak,dia tidak layak menjadi pemimpin dan seandainya terus memimpin,dia akan memimpin dengan lebih merosakkan dari kebaikan.

SUBHANALLAH..jadi,seandainya ada dalam kalangan anda memiliki kasyaf, gunakanlah ia sebaik mungkin..jangan sesekali membalikkan kelebihan yang Allah beri..didiklah ummah dan mengajak mereka ke arah kebaikan..wallahua'lam..Yang Baik datang dari Allah dan ,kelemahan itu adalah dari saya sendiri....

No comments:

Post a Comment