i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Monday, August 8, 2011

BETOL KE XBOLEH MASUK MASJID???KOMPEM??



as salam...
hehe..tajuknya mcm ganas jek kan..huhu..takut plak ana bila membaca..(ye ke tkut??huhu)
tp bukan apa..cuma nak menarik minat kalian membaca..(ha..tertarik x??huhu..)

baiklah..entry kali ini adalah berkenaan dgn WANITA HAID yang mana tidak dibenarkan masuk ke masjid..

mesti pernah dgr persoalan2 berbunyi begini:
----------------------------------------


SITUASI 1:

"aik?xkn xleh masuk masjid?? kalau perempuan nak menikah,tiba2 dtg bulan..xkn nk batal nikah kat masjid??"

SITUASI 2:
"ye ke xboleh..dulu2 ustaz ckp boleh jek..yela..zaman dulu mana ada pelapik/pad/modes (malu plak..huhu) nak pakai mcm zaman skang kn? boleh la..asalkan x menitik kan darahnya kn.kn..."


SITUASI 3:
"tapi...aritu saya tgk tv..ade ustazah 2 kata boleh..ha..mana 1 nk dengo ni??argghhh...pening2..." (ni agak over yek...huhu)

---------------------------------------

baiklah...

Firman Allah Taala bermaksud:
Janganlah kamu mendekati solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu perkatakan dan berjunub melainkan melintas sahaja sehinggalah kamu mandi janabah.
(Suran an-Nisa: ayat 43).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Aku tidak menghalalkan masjid bagi orang yang haid dan berjunub.
(Riwayat Abu Daud).


------------------------------------------

nampak??jelas kn di situ bahawa wanita yg di dalam haid/ orang yang berjunub yang belum mandi hadas, TIDAK BOLEH MASUK KE MASJID..Kalau area2 sekitar 2 kalau nak melintas ke boleh...

JAWAPAN SITUASI 1:
bagi hal berkaitan menikah 2,boleh jek kn kalau menikah kat umah..kalau agak2 nk sgt kat masjid kn..biar pengantin lelaki yg akad kat dalam..yg pompuan duk la kat luar gate masjid..bentang tikar kat luar nu...xpon duk atas lori ke hias cntik2...huhu..

JAWAPAN SITUASI 2:
erm..xdenyer nk menitik ke menumpah ke ape yek semua..persoalannya skang ini adalah kita perlu menjaga kesucian rumah Allah...kalau la...rumah anda di masuki oleh seseorang lelaki yg gila yg xmndi setahun??erm..xpon..di masuki org yg dalam keadaan berdarah2,terluka ke kn..dia duduk kt sofa umah anda selamba badak jek..ha..cmne?? (huhu...) 2 ibarat jek..hehe..

JAWAPAN SITUASI 3:
mana arahan yg lebih tinggi dan patut kita ikut??ustazah 2 ke Allah?? erm..mungkin pd pendapat kalian kena ikut jumhur ulama' kn?tp..rata2/majoriti ulama' pon ckp HARAM hukumnya..so..jgn ikut deh...ikut yg Nabi pesan sebelum baginda wafat iaitu "“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. "

~wallahua'lam...sama2 mendapat manfaat...

Sunday, August 7, 2011

Baik Ulama, Baik Umara, Baiklah Ummah

ehem2!! ASSALAMMUALAIKUM.. ^_^
ALHAMDULILLAH utk segala nikmat pada hari ni dan sebelum2nya...

baiklah..kita go through kpd topik atas nu:

BAIK ULAMA,BAIK UMARA,BAIKLAH UMMAH~

ha..apakah maksud ULAMA??

ULAMA' adalah seseornang yg memiliki ilmu agama yang tinggi dan mengamalkannya..dan tugas ulama' ini adalah membimbing umat Islam..contohnya Tok Kenali..ha..mesti kenal kn??

UMARA pulak ape ek??sape tau??

ha...UMARA ni adalah pemimpin..seseorang yang berkuasa memimpin..erm...leh diibaratkn sebagai Raja,Sultan,Perdana Menteri..ha..2 la umara..

UMMAH pulak??

UMMAH pula ialah kita semua la..org yg dipimpin..iaitu masyarakat..

erm..agak2 terfikir x kenapa ana post pasal ni??
sebab pertama adalah ana tertarik dengan Topik di dalam majalan SOLUSI edisi baru ni...MENARIK...menurut pembacaan ana di dalam solusi ni..tertulis di situ bahawa:

Dunia ialah kepala segala kejahatan.

"Imam al-Ghazali telah mengingatkan bahawa seseorang tidak akan dapat menjadi hamba Allah dengan sebenarnya jika masih mencintai dunia. Di dalam al-Quran pula, Allah ada berfirman yang bermaksud " Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan." (Surah al-An'am 6:32)

jadinyer..dua kesinambungan itu tadi iaitu:

UMARA yg memiliki harta dan kuasa. Manakala Ulama' pula memiliki ilmu agama dan kekuatan jiwa. Jika semua kekuatan ini digabungkan utk Islam, tentu ia akan menjadi satu medan atau kuasa besar yang mampu membangkitkan UMMAH..


Zaman kita ni skrg ni..sgt jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan zaman kegemilangan Islam terdahulu..dulu kita ada Maharaja Najashi, Khalifah Umar Abdul Aziz dan ramai lagi..kalau UMARA ni terlebih salah guna kuasa..ha..jadi la mcm golongan UMARA yg bersultan di mata,bertuhan di hati seperti Firaun,Namrud dan lain2..Nauzubillah..erm..telah ada teladan yg baik..tetapi ikutan itu tiada pada masa kini..ALLAHURABBI...

ha..cuma ana mcm solute la dgn Sultan Kelantan..ana suka tgk baginda..cara baginda..dekat dgn rakyat dan low profile..dan baru2 ni,ada pulak buat majlis khatam beramai2 bersama2 pemuda Kelantan kat Istana..Masyallah..hebat kn? sepatutnya kena ada majlis2 sebegini kat semua negeri.. baru lah UMMAH semakin membangun dgn ISLAM..kn? Insya'Allah...


(DI MANAKAH MUJAHID2 SEBEGINI KINI??)

erm..
zaman yg serba maju kini telah menyebabkan ana terasa sgt sedih dgn ummah kini..ana adalah seorang guru praktikal..dan ALLAH telah tunjukkan pelbagai jenis ragam pelajar di sekolah..memang ianya sangat kecil dan tidak menyeluruh..tetapi,itu pun telah mencerminkn keruntuhan akhlak dan agama dalam kalangan masyarakat hari ini..tp xpela..sedikit dugaan buat ana utk terus berdakwah.. mudah2an Allah memberikan kita semua ilham dalam membentuk dan menegur UMMAH..Insya'Allah...

*ana bukan pengubah..ana hanya penyampai..Allah adalah Pemilik Segala-galanya.. Hanya padaNya hamba berserah....

AS SALAM....

Friday, August 5, 2011

Rapuhnya Hati ini...Tabahlah Hawa....


Bismillahirrahmannirrahim...
Assalammualaikum sahabat ana sekalian..
Alhamdulillah ana diizinkan Allah untuk terus mencoret..
selesai pada pagi ini ana mengajar walaupun agak terlewat ke kelas disebabkan hal tertentu..

Baiklah...
ana ingin bercerita mengenai hati...

KENAPA DENGAN HATI??

Manusia itu memiliki hati dan perasaan manusiawi...
dan tentu sahaja perasaan yg lazim disebut adalah CINTA,KASIH,SAYANG...

Ya..ianya benar...
rasa cinta itu tentu sahaja ada di dalam hati setiap manusia..
begitu juga dengan ana..seorang wanita yg sgt kecil,kerdil di dunia..
Seberapa rapuhnya hati ana,hanya Allah yg tahu...

kadang kala,bila bersama dengan org yg ana SUKA..
ana sengaja bersikap acuh tidak acuh melayannya...
ana sengaja bersikap agak kasar dengannya..
bertindak agak NORMAL di hadapannya seolah-olah tiada apa yg ada di hati ana..
bila ditanya KENAPA?
ana cuma kata..."XDE APA2..ANA OK JEK..."
"DAH BIASA DAH..."

Kata2 CINTA begitu mahal utk diungkapkan..
Biarlah ana berkata di dalam hati ana dan biarlah Allah yg tahu ati ana..
Kadang kala,bila ana terasa nk "msg" dia..ana akan taip msg tersebut...
tp..JARANG SEKALI ANA TEKAN BUTANG "SEND"...
ana akan padam kembali...
mengambil wudhuk,mengaji atau solat...
biarlah curahan hati ini lebih didengar dan diketahui oleh Allah..

ana juga tahu yg mungkin bukan dia pemilik hati ini..
Bila Allah mentakdirkan sesuatu buatnya..maka itulah yang TERBAIK...
Bila dia gembira,ana juga turut gembira di atas kegembiraannya..
di setiap doa ana,ana akan doakan yg terbaik utknya...
Mudah2an Allah perkenankan...
Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segenap hati hamba2Nya...SUBHANALLAH...

ATI WANITA ITU SANGAT RAPUH..

ianya tipis ibarat tisu..
ditiup angin ianya terbang...
dibasahi air ianya akan basah...


KENAPA WANITA ITU SANGAT SENSITIF??

ianya sudah memang begitu...

--------------------------------

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci manakala wanita sebaliknya.

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati..dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang..

sumber:http://adminskss.blogspot.com/2011/03/hawa-dijadikan-ketika-adam-as-tidur.html


------------------------
panjang artikel ana hari ini...
maaf seandainya terlihat kecacatan hati ana..
Semoga Allah melindungi hati ana...

AS SALAM...

*maaf..ana xtahu kenapa ana xleh bubuh link kt sini..xtahu apa problemnya..jd kalau nk tahu psl artikel kt dlm ni..boleh rujuk laman web tersebut yek..sama2 mndpt mnfaat...Fi Amanillah...

Thursday, August 4, 2011

KERANA ALLAH..



as salam...apa khabar imanmu sekalian??
Alhamdulillah..berkat Agungnya redha dan izin Allah,ana masih mampu bernafas pada hari ini..
erm...(tgh sedut udara ni..huhu) ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..
arini kn..mcm biasa la..ana merempit ke sekolah..huhu..
ana mulakan perjalanan dgn doa dan sepanjang atas motor 2 ana membaca 10x Al-Fatihah (sebab selepas solat,ketika doa 2 ana x baca al-Fatihah 7x seperti biasa..sebab dh lewat nk ke sekolah)
kemudian..ana teruskan membaca KALIMAH AGUNG MEMUJINYA:



SubhanAllahi Wabihamdihi, SubhanAllahil Azim

dan ALHAMDULILLAH...kerana dh lewat kn..dan kerana AGUNGNYA ALLAH...Perjalanan ana ke sekolah sgt2 mudah..ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...nk tau x mudah mcm mne??^_^

biasanya perjalanan ke sekolah mengambil masa lebih kurang 20mt (kelajuan biasa)..kalau rempit sikit dlm 15mt la (up sket 60-80km/1j) tp arini ana bwk 60km/1j jek..dlm masa kurang 15mt ana dh smpai sekolah..ALLAHUAKBAR...nk tau x kenapa laju jek sampai??

hehe..kerana ALLAH..

biasanya jalan akan agak jem..tp arini dgn kuasa ALLAH, .clean jek jalan..dh mcm jalan 2 ana puyer..huhu...HEBAT KAN ALLAH?? ALHAMDULILLAH...SUBHANALLAH...

percaya x??erm..kena PERCAYA taw!! sebab...

DUNIA INI ADALAH MILIK ALLAH..BILA ALLAH BERKEHENDAKKAN SESUATU..MAKA DGN KUASANYA SAHAJA IANYA AKAN BERLAKU.."KUN FAYAKUN"~


SUBHANALLAH...^_^

Tuesday, August 2, 2011

Pekerja Buruh??amboiii~^_^~

Bismillahirrahmannirrahim..assalammualaikum semua sahabat ana..

arini,ramai guru-guru di sekolah bertanya tentang KES kami MENGECAT SEKOLAH..
GEMPAK kan?hihihi.. (gempak sgt nih...perkara yg bukan semua guru nk buat kn..hehe)

actually, pihak sekolah mahukan kami memberi sedikit sumbangan la sbg ingatan buat sekolah kami SMK DATO ONN..Tapi..2 la..last minit kn..tenaga kami diperlukan utk mengecat..maka...inilah kerja kami~JENG3!!!

GENG MENGECAT SEKOLAH~~


pada awalnya ana ni mmg jenis redha jek..
tp bila dh ada kata2 dr pelbagai pihak,mula la penyakit ati dtg...
ASTAGHFIRULLAH ALAZIM...tapi apa2 pon ALHAMDULILLAH!!
ALLAH ITU SENTIASA ADA~

yg pnting KENA JAUHI PENYAKIT ATI!!
t korg semua jd guru prktikal,kena sentiasa redha dan patuh stp perintah selagi ianya tidak melanggar hukum2 syarak...SEMOGA BERJAYA!! (^_^)

~~GAMBAR-GAMBAR~UPLOAD-UPLOAD~~






(geng guru praktikal..meriah mereka ni..hihi)


(antara pelajar yg dtg menceriakan hari kami..huhu)

Ha..ni jela rasanya bukti2 kami sebagai PEKERJA BURUH yek..ramai sgt nk tgk..maka,ana post la...

as salam..selamat beribadah~(^_^)

Monday, August 1, 2011

SELAMAT BERPUASA!!! (^_^)

ASSALAMMUALAIKUM!! (^_^)
macam terlewat ke nk wish "SELAMAT BERPUASA"??
hehe..selagi ada Ramadhan kn..so,xdela lewat sgt kn..

mcm mne ibadat kalian di bulan ini?
puasa x??ha...jgn xpuasa yek kerana...

Umat Islam telah ijmak (bersepakat) atau sekata atas wajibnya puasa Ramadhan lantaran ia merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan telah termaklum kewajipannya dalam agama. Mengingkari kefarduannya adalah kafir dan terkeluar daripada Islam..

(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat Dato' Ismail Kamus,Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid)


dan paling penting SURUHAN ALLAH..Maka,laksanakan suruhan Allah sebenar2nya...
dan lakukanlah ibadah sebaiknya pada bulan ini seolah-olah ia merupakan Ramadhan terakhir buat kita semua..

byk sgt ibadah yg boleh kita lakukan pada bulan Ramadhan ini..REBUTLAH PELUANG ini yek kawan-kawan!!

lastly...video hasil kerja sepupu ana..pelakon semua sepupu sepapat ana..SAKSIKANLAH..huhu...




*ambil mesej pd video ni yek..bukan sekadar mengkritik..SELAMAT BERPUASA!!(^_^)

Ada Apa Dengan Cinta..


as salam..Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk melayari 1 Ramadhan pada tahun ini..Alhamdulillah..syukur ana panjatkan kepada Ya Rabbi..Selamat Berpuasa yek semua..

erm..berbalik kepada tajuk entry "Ada Apa Dengan Cinta"..

pelik x tiba2 ana nk mengepost entry cmni??

eh..xpelik ek??huhu..

yela..lumrah atau fitrah kn cinta itu diciptakan..

ana terbaca 1 komen FB dr sahabat ana yg d dlm proses utk berhijrah mcm ana juga..

mencari cinta Ya Rabbi~SUBHANALLAH...


Tapi..bila tgh on the way nk berubah 2, dia merasa sgt sukar utk melupakan cintanya kpd seseorg..iaitu KEKASIH HATINYA...2 la dugaan paling berat padanya sebab terdapat gangguan di situ d dlm proses dia mencari cinta Allah..so..cmne yek??

erm..ana tiada sebarang penyelesaian d dlm masalah ini..tetapi sekadar perkongsian...
yela..ana juga pernah merasai cinta dan dlm proses berhijrah 2,mmg kita di dalam 1 jalan yg mana Allah hadirkn byk sgt dugaan supaya kita ni kukuh dan istiqamah dgn keputusan kita..

tp..Alhamdulillah kerana semasa ana nk berhijrah 2,ana ni mcm d buang feeling nk bercinta dgn "orang itu"..nk jumpa dia pon ana xnk sebenarnya..sebab ana tahu kelemahan ana dan kelemahan "dia"..rasa cinta dan sayang itu hanya Allah yg tahu...Subhanallah..Allah Maha Tahu akan segala hal..nk lari mana pon xleh..nk sembunyikan rasa ni,Allah....xperlu la yek..sebab mcm mne kita sembunyikan apa yg ada d dlm ati kita,Allah tetap tahu...Hebat kn Allah? ALLAHUAKBAR~

Tapi...sentiasa ingat!! kita sememangnya tidak mampu menolak rasa cinta..tetapi kita PERLU KAWAL rasa itu.. D dlm setiap solat,sentiasalah berdoa agar dikuatkan hati utk terus berdiri di jalan Allah..jgn pernah goyah..perbanyakkan solat sunat,mengaji,berzikir..dan paling penting REDHA dgn setiap apa yg telah tercatat di Luth Mahfuz~

apa sahaja yg Allah tetapkan,pasti akan terjadi...Seandainya benar dia tercipta buat kita,Allah akan dekatkan hati kita dgn caraNya..seandainya bukan..berdoalah agar Allah memberikan ketenangan dgn setiap ketentuanNya...wallahua'lam..

dan ana terbaca ayat yg sungguh indah pd ana menerangkan sejumlah besar ati ana terhadap seseorang :

Imam al-Qurtubi menyebutkan bahawa malaikat bertanya Nabi Adam: “Adakah engkau mencintai Hawa?” Nabi Adam menjawab: “Ya.” Kemudian malaikat bertanya pula kepada Hawa: “Adakah engkau mencintai Adam?” Dia menjawab: “Tidak.” Sedangkan perasaan cinta di dalam hatinya terhadap Nabi Adam adalah berkali ganda lebih besar berbanding cinta Adam terhadapnya. .

see?? xpe..kita simpan ati kita ni dulu yek wahai Hawa..smpai masa nanti,kalau jodoh dh ada depan mata..ha..luahkanlah...kerana sememangnya fitrah wanita adalah menjadi penenang buat sang Adam... SUBHANALLAH~(^_^)


"Rasa cinta itu biarlah Allah yang tahu sebanyak manakah ia..di dalam setiap doa,tatkala rindu menerpa,redakan kerinduan itu dgn bacaan Agungnya Al-Fatihah..biarlah rindu itu Allah titipkan buatnya..ianya lumrah seandainya rindu hadir secara tiba2..menangislah kerana takut kehilangan cinta Allah..jgn pernah cinta makhluk melebihi batasan hati..jagalah ia..kawallah ia dgn iman..Allah sebaik-baik penolong..wallahualam.."



Ya Allah. Jika aku bukanlah sebahagian dari tulang rusuknya maka janganlah biarkan ku rindukan kehadirannya. Janganlah biarkan kulabuhkan hatiku di hatinya. Kikislah pesonanya dari pelupuk mata. Dan usirlah dia dari relung hati ini.


CARILAH CINTA ALLAH,NESCAYA KAMU AKAN MENEMUI CINTA
PENCINTANYA


(entry pasal puasa t ana post yek..tgh crik ilham..huhu)