i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Wednesday, April 6, 2011

kekasih yang SATU


assalammualikum semua (^_^)
alhamdulillah..dapatlah saya menge"post" entry bru utk hari ni..
xberapa sihat hari ni..tp xpe..dugaan ALLAH itu adalah setimpal dgn kemampuan hambaNYA..
alhamdulillah...

baiklah..apa agak2 saya nk cite hari ni??
ha...nk share cerita semalam..
ada seorang sahabat bercerita tentang indahnya CINTA..
kepada siapa??
TENTU SEKALI KEPADA KEKASIH AGUNG..
yang mana kita tidak perlukan kredit untuk "call" DIA..
yang mana kita tidak perlukan internet untuk "on9" dgn DIA
direct..5x sehari DIA akan "call"..
MAHA PENYAYANG..
MAHA ADIL..
MAHA INDAH..

dan tentu sekali
KITA SEMUA MEMILIKI KEKASIH YANG SAMA
SATU
iaitu ALLAH~♥

MAHA PENYAYANG...(^_^)
alhmdulillah..
lagi penyayang dari seorang ibu kepada anaknya..

kadang2..seorang ibu pun leh jual anak dan mcm2..
tapi tidak ALLAH..

erm..ada banyak kisah yang membuktikan PENYAYANGNYA ALLAH..

-------------------------------------------

kisah ini diceritakan oleh seorang sahabat kpd saya:

ceritanya ringkas,tapi BERMAKNA...erm..kan kita semua tahu yang firaun ini adalah manusia yang jahat kan?mengaku diri sebagai TUHAN dan mcm2..TAPI..

"ADA PERISTIWA DI MANA SEMASA FIRAUN INI MENEMUI AJALNYA...DIA TELAH DITENGGELAMKAN DALAM LAUT. SEMASA LAUT TERBELAH KEPADA DUA, DIA TELAH MEMINTA AMPUN KEPADA ALLAH DAN MEMINTA ALLAH MENYELAMATKANNYA. LALU, ALLAH TELAH MENDENGAR RINTIHAN HAMBANYA ITU DAN INGIN MENYELAMATKAN FIRAUN. AKAN TETAPI, MALAIKAT TELAH MENYUMBAT MULUT FIRAUN DENGAN TANAH LIAT SUPAYA FIRAUN TIDAK DAPAT BERCAKAP. SEISI ALAM TIDAK MENERIMA FIRAUN."

erm..leh imagine x betapa ALLAH INI MAHA PENYAYANG..MAHA PENGAMPUN? DIA tidak akan mensia2kn rintihan hambaNYA..kerana DIA MAHA MENDENGAR..MAHA MELIHAT..SUBHANALLAH...

ha..ada lg 1 cerita lagi..pasal seorang YAHUDI..kisahnya begini...

"ada seorang YAHUDI yang sedang menyembah berhala. dia sembah berhala dan ala2 berzikir la..sedang dia "berzikir","berzikir" puyer "berzikir" lama2 dia mengantuk..kemudian zikir yg menyebut "nama berhala" tersebut (xingt apa) telah tersasar dan dia telah menyebut nama ALLAH yang lebih kurang sama dengan "zikir" dia 2 sebanyak 3x. Lalu ALLAH MENJAWAB PANGGILAN YAHUDI tersebut..kemudian, malaikat pun bertanya kepada ALLAH "kenapa KAU menyahut orang yang ingkar kepadaMU?" Allah menjawab "Kalau AKU tidak menjawab panggilan tersebut, maka aku adalah sama seperti berhala yang disembah"..

erm..SEE?? KENAPA PERLU DIRAGUI SIFAT2 ALLAH?KENAPA PERLU MENGELUH SEANDAINYA DOA TIDAK DIMAKBULKAN??KENAPA PERLU DITANGISI SEANDAINYA SECARA TIBA2 NIKMAT 2 ALLAH TARIK BALIK??KENAPA?? TEPUK DADA..TANYALAH IMAN..... wallahua'lam..


"

Monday, April 4, 2011

LA TAHZAN..ALLAH SENTIASA ADA..


ALLAH...
SAAT MENAIP ENTRY INI..SAYA MEMANG SEDANG BERSEDIH..
AQEEF DANNY ASYRAF DIMASUKKAN KE WAD...
DUGAANMU..
NAMUN KU REDHA YA RABB..
DARI KEJAUHAN KU TITIPKAN DOA BUAT ASYRAF..
SEMOGA SEMANGAT KHALIFAH KECIL ITU SEKUAT NAMANYA..
AMIN...

LA TAHZAN...
SYUKUR KERANA ALLAH TELAH MEMBERIKAN KESEMPATAN KEPADAKU UTK HADIR KE MAJLIS ILMU TADI..ALHAMDULILLAH..
JADI..MARILAH KITA BERKONGSI..
APA SAYA DAPAT,SAYA AKAN CUBA SAMPAIKAN..
SEMOGA PEMBACA2 ENTRY TURUT SAMA BERMUHASABAH DAN MENGAMBIL SESUATU DARI ILMU INI...


Ustaz Habib "LA TAHZAN"

Mukaddimah majlis tadi dimulakan dgn al-fatihah...so..pmbaca entry ni pon kne baca al-fatihah jugak utk mndpt kberkatan..insyallah...baiklah..tadi,ustaz ckp..syurga ni ada banyak dan bertingkat2..dan nikmat 2 pon berbeza2 mengikut tingkat2 syurga..tinggal pilih jek nak yang mana.,tingkat paling rendah,tengah atau paling atas sekali..ha..nk mana??pilih cepat?? hehe.. mne boleh main pilih2...sbb..kita sbg hamba di bumi ini perlulah menjadi ISLAM YANG BEKERJA UNTUK ALLAH..segalanya hanya kerana ALLAH..kena banyakkan amal...contoh, mcm kita nak beli kereta..kalau nk kereta murah n kecil..belilah kancil...tapi agak2 mana lagi hebat?kancil ke mecedez?? ha...kalau nk mercedez,kne bekerja kuat n carik duit banyak2..baru leh beli mercedez kn..ha..cm2 la..kalau nk syurga paling atas,kne bekerja kuat utk dptkn pahala...

sekarang..kita akan masuk bhgian pertama sub dlm topik LA TAHZAN iaitu:

MERENUNG DAN BERSYUKUR

Erm...kadang2,kita tersilap mentafsir antara MERENUNG dan TERMENUNG...mmg saya akui,ramai yg lebih byk termenung dr merenung..ok,saya amik 1 situasi ek..seorang fulan ni sedang menunggu sahabat dia di bustop..lama ni die tggu..lalu..die pon termenung..ha..bila dh termenung ni,maka dtg lah syaitan mula menghasut..."si fulanah 2 mungkir janji! jahat! kejam! penat tggu lama dh ni!! panas.." ha..mcm2..2 namanye termenung..iaitu sesuatu yg sia2... ok..kita menuju ke arah maksud MERENUNG pulak...APA MAKSUD MERENUNG? MERENUNG ni bermaksud, kita merenung nikmat2 ALLAH..semasa tggu si fulanah 2..si fulan pon merenung langit...tanah..pokok2...ALLAH..SUNGGUH BESAR CIPTAAN ALLAH..TIADA YANG KURANG...MASYALLAH...nikmat ALLAH itu terlalu banyak..nikmat ALLAH itu tidak dapat dihitung, jika dihitung, ianya terlalu banyak...

dan Nabi Muhammad pernah bersabda,

"nikmat itu BOLEH DIRASA APABILA IANYA SUDAH TIADA"

(erm..betol)...dan Nabi Muhammad juga pernah bersabda

"ada 2 nikmat yang ada pada umatku, tapi mereka lupa iaitu NIKMAT SIHAT dan NIKMAT MASA LAPANG..

jadinya..maka, di padang MASYHAR nanti..soalan yg akan diajukan adalah "BAGAIMANAKAH ENGKAU MENGHABISKAN MASA LAPANGMU??" ALLAHU RABBI..MAHA DAHSYAT SIKSAAN DI SANA NANTI....

NIKMAT MASA LAPANG:

Dan kata2 hikmah yang ustaz ada ckp tadi adalah:

"Ramai orang yang muda mati ketika muda, tapi mati ketika tua"

empat kali kalau xsilap ustaz dok ulang perkataan ni..erm..mmg agak susah nk fhm..so..biar saya explain yek...maksud baris ayat tersebut adalah...

"kebanyakan orang muda2 ni semasa muda2 dah mati...umur muda,tapi ati 2 dh tua...hati mereka gelap..telah mati..terlalu ikutkan perasaan..panas baran..mcm2..kalau nk bergaduh,dia akan bergaduh..kalau nak berbunuh,dia akan berbunuh..ha..cm2 la maksudnya..."

NIKMAT SIHAT

"DIA telah memberikan nikmat-nikmatNYA dengan sempurna kepada kalian sama ada zahir atau batin

-surah al-luqman-

saya jelaskan yek..di sini..ayat ini bermaksud yang ALLAH telah turunkan pelbagai jenis nikmat..sgt sempurna..sama ada yg zahir atau batin..ha..apa itu zahir?apa itu batin??

ok..CONTOH:

A ini ada nikmat ZAHIR iaitu kekayaan,gaji yang tinggi, PHD..mcm2...tp..agak2 dia dpt x nikmat BATIN?KETENANGAN?? erm..fikir2kan lah...

seterusnya berbeza dgn si B..dia pula mendapat nikmat BATIN...KEAMANAN,KETENANGAN, KHUSYUK DLM SOLAT...tapi nikmat batin 2 dia xdpt mcm si A dpt..duduk rumah pondok, bekerja sawah...tapi, dia bersyukur...maka, ALLAH berikan dia ganjaran..iaitu NIKMAT...

erm..pernah x korang bersyukur dgn setiap nikmat yang kita ada?? nikmat tgn?kaki??dari hujung rambut smpai ke kaki...ALLAH..setiap satu itu adalah nikmat...

"adakah kau rasa berjalan dengan dua kaki itu adalah sesuatu yang biasa?? padahal masih ada ramai yang tiada kedua2 belah kaki.."

"adakah engkau rasa berdiri dengan betis itu adalah mudah?? sedangkah masih ramai manusia yang kehilangan kedua2 belah betisnya.."

see?? kdg2 kita terlupa..kita rasa,yg kita adalah manusia yg paling dhaif sekali..sedangkan ada ramai lagi yang lagi dhaif dari kita...dan Saidina Ali telah berpesan:

"Jangan ditangisi duniamu yang hilang kerana ALLAH lebih mengetahui mana yang lebih baik untuk hambaNYA"

Tersenyum mendengar bait kata2 ini...lalu ku katakan di dlm hati...LA TAHZAN..seandainya ALLAH menginginkan DIA sebagai pendampingmu..ALLAH akan tunjukkan...Jika bukan,maka...akan ada seseorang yg lebih baik untukku...begitu juga hal2 lain..akan ada hikmah di setiap satu kejadian..wallahua'lam..

oh yek..buat jejaka2 ensem di luar sana...ada info nih...erm..bila di padang masyhar nanti,anda adalah dlm kalangan orang pertama akan ditanya di akhirat nanti iaitu:

"apakah yang engkau lakukan di dunia??adakah engkau menggunakan wajah ensemmu utk melakukan maksiat??"

Jika hendak dibandingkan dengan NABI YUSUF, BAGINDA ADALAH MANUSIA YANG PALING ENSEM DI DUNIA..BAGINDA HANYA SEORANG KHADAM,TAPI TETAP MENJAGA "KEENSEMAN" NYA ITU KE ARAH YANG DIREDHAI ALLAH...

WALLAHUA'LAM..

..SAMA2 LA KITA MEMPERBAIKI DIRI..

LA TAHZAN..INNALLAHA MA'NA

~JGN BERSEDIH..SESUNGGUHNYA ALLAH ADA BERSAMA2 KITA~

~AS SALAM~

Sunday, April 3, 2011

LA TAHZAN KERANA CINTA...


sedang aku mencari sesuatu untuk memuhasabah diri..

aku menjumpai sesuatu yang berguna untuk diriku..

aku tahu..diri ini sangat lemah kerana CINTA kepada seseorang..

aku juga tahu bezaku dgn seseorang...jauh sama sekali..

dia mungkin memilih "dia"..dan aku redha..

sejak semalam aku memikirkan ini..

CINTA ini..duniawi..

aku juga sedar ianya hanya akan merapuhkan iman yang sedang ku bangunkan..

dan aku tersangat sedar yang CINTA ini...erm..ntah...akan ke mana...

mengenangkan diri yang begini..aku hanya tersenyum, berkata dgn diriku..

"sedarkah engkau siapa yang engkau cintai?dan sedarkah engkau siapakah engkau?

ALLAH..aku sungguh sedar...aku hanya mahukan CINTAMU YA RABB kini..

bantulah aku YA ALLAH..

Bimbinglah hatiku YA ALLAH..

IZINKAN KAKIKU TERUS BERJALAN KE RUMAHMU..

HADIRKAN HATIKU DI SETIAP SOLAT MENEMUIMU YA ALLAH...

MOHON DENGAN SANGAT.........


HAWA..

andai enkgau masih remaja,jadilah anak yg soleh buat kedua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yg meringankan beban suamimu,andai engkau masih ibu didiklah anakmu sehingga tidak gentar memperjuangkan ad din Allah..

HAWA..

andai engkau belum berkahwin jgn kau risau jodohmu,ingatlah HAWA janji Tuhan kita,wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik.jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yg bukan muhrim krn aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirnya senyuman maka tercetus salam dan sekaligus disusuli dgn pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yg menguasai diri..

HAWA..

lelaki yg baik tidak melihat paras rupa,lelaki yg soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yg warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya,serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.tetapi lelaki yg baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan yg penting pegangan agamanya..

lelaki yg baik juga tidak menginginkan pertemuan dgn wanita yg bukan muhrimnya krn dia takut memberi kesempatan kpd syaitan utk menggodanya.lelaki yg warak juga tidak mahu bermain cinta krn dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..

OLEH ITU HAWA..

jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu.andai ditakdirkan tiada cinta daripada ADAM untukmu,cukup hanya cinta ALLAH memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,biarlh hanya cinta daripada kedua IBU BAPAmu yg memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,cukuplah sekadar cinta ADIK BERADIK serta KELUARGA yg membahagiakanmu..

HAWA..

cintailah ALLAH dikala susah dan senang krn kau akan memperoleh cinta daripada insan yg juga menyintai ALLAH..cintailah kedua IBU BAPAmu krn kau akan memperoleh keredhaan ALLAH.cintailah KELUARGAmu krn kau tak akan jumpa cinta yg bahagia selain dari cinta keluarga....


~LA TAHZAN..INNALLAHA MA'NA~

La TaHZaN..INNALLAHA MAANA....


LA TAHZAN..JANGAN BERSEDIH..
INNALLAHA MAANA...SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA..

BERSEDIH...
AWALNYA AKU SEDANG BERSEDIH..
MUHASABAH DIRI..
TAPI..DISANGKA BERUBAH MENJADI SESEORANG YANG LAIN..
ALLAH..SALAHNYA AKU..
BENAR..SALAH AKU YA ALLAH...
KERANA AKU BANYAK BERDIAM TIDAK MENGHIRAU INSAN SEKELILING..
PERMAINAN MIMIK MUKA YANG BERDUKA..
KATA2 YANG MUNGKIN MENGGURIS HATI INSAN YANG LAIN..
DAN PELBAGAI KESALAHAN YANG AKU LAKUKAN SEMALAM..
ALLAH..BERDOSANYA AKU..
MAAF..SEBENAR2NYA MAAF WAHAI KALIAN..
SESUNGGUHNYA AKU INSAN YANG LEMAH..
MENCARI KESEIMBANGAN HATI..
MENEROKA SEGENAP JIWA MENENANGKAN DIRI..

ALLAH...
*
**
***
****
***
**
*

SETELAH SAMPAI KE KOLEJ TERCINTA..
INGIN SAJA AKU BERLARI KE RUMAH ALLAH..
MERINTIH KEDUKAAN HATI..
MEREMPUH SEGENAP SUDUT HATI..
HANYA ALLAH..
HANYA DIA MAHA MENGETAHUI...
KERANA INSAN LAIN TIDAK MENGERTI...

NAMUN,KERANA AKU KHUATIR ANDAINYA AKU MELANGKAH KE SANA..AKAN ADA YANG BERKATA2...
AKU JAUHI FITNAH...
AKU PULANG DAN BERSUJUD KERANA ALLAH..

SUBUH..
ALLAH MENUNJUKKAN SESUATU PADAKU HARI INI..
SELESAI BERSOLAT DI SURAU..
SETELAH MENYERAHKAN KEDUKAAN KEPADA YA RABB..
MENCERITAKAN KEGUSARAN HATI..
AKU PULANG..


TERLIHAT SEKEPING KERTAS DI PAPAN TANGGAKU..

"LA TAHZAN..JANGAN BERSEDIH.."

AKU TERSENYUM..
ALLAH MENYAYANGIKU....
ALLAH...
ALLAH...
ALLAH...
KAU TUNJUKKAN SESUATU KEPADAKU...
IANYA KELIHATAN KECIL..TAPI SUNGGUH BESAR PADAKU...
ALHAMDULILLAH...

SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA...

~LA TAHZAN~






Friday, April 1, 2011

Siti Khadijah...


saidatina khadijah r.a

tertarik dgn kisah2 saidatina khadijah..ingin sekali diri ini menjadi seperti beliau..seorang muslimah sejati..namanya agung disebut2 manusia sehingga kini..walaupun beliau telah wafat, Nabi Muhammad sering merindui Siti Khadijah...ALLAH...mampukah aku menjadi seorang isteri yang menjadi sayap kiri kepada suamiku nanti? mampukah aku menampilkan diri seindah peribadi Saidatina Khadijah? dan adakah "imamku" nanti seromantisnya RASULALLAH yang sering merindui Siti Khadijah walaupun Siti Khadijah telah wafat? ALLAH..terlalu jauh diri ini jika hendak dibandingkan dengan peribadi agung Siti Khadijah...tapi..hasratku adalah untuk menjadi zaujah solehah bagi zaujku nanti..INSYALLAH..TARGET!! ^_^

Erm..teruja sangat dengan SITI KHADIJAH..sangat mengagumi beliau..mana tidaknya, Siti Khadijah merupakan seorang wanita yang berakhlak baik. Malah isteri yang sangat disayangi oleh Rasulallah..ALLAH..INDAHNYA DISAYANGI SEORANG ZAUJ YANG SEJATI...

Siti Khadijah merupakan orang pertama memeluk Islam tanpa banyak berdebat, bahkan beliau telah membenarkan, menghibur, dan membela Rasullallah SAW di saat semua orang mendustakan dan memulaukan baginda.. (saya pun nk jadi mcm ni..zaujku yang soleh, bila kamu tidak memiliki ramai kenalan, dan ramai membencimu..aku adalah temanmu..dan akulah yang akan membela dan menghiburkan kamu....INSYALLAH)

Khadijah juga telah mengorbankan seluruh hidupnya, jiwa dan hartanya untuk kepentingan dakwah di jalan ALLAH. Beliau rela melepaskan kedudukannya yang terhormat di kalangan bangsanya. beliau seorang yang sangat tenang dalam membuat keputusan dan tidak terburu- buru. Sedangkan penduduk negerinya telah menganggap Nabi Muhammad sebagai orang yang telah merosakkan tradisi luhur bangsanya. tapi..Siti Khadijah ini sangat mulia pekertinya dan sanggup berkorban demi agama yang tercinta. (erm..kena tenang dan tidak terburu2 dalam membuat keputusan..nampak mcm mudah kn?tp agak difficult..so..kne try harder utk menggapai matlamat~SITI KHADIJAH IDOLAKU~

diriwayatkan juga dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Rasulallah hampir tidak pernah ke luar rumah menyebut-nyebut kebaikan tentang Khadijah dan memujinya setiap hari sehingga aku menjadi cemburu maka aku berkata, "Bukankah ia seorang wanita tua yang ALLAH gantikannya dengan yang lebih baik untuk engkau? "Maka beliau marah smpai berkerut dahinya kemudian bersabda, "Tidak.Demi ALLAH, ALLAH tidak memberiku ganti yang lebih baik darinya. Sungguh ia telah beriman di saat manusia menjauhiku, dan dengannya ALLAH mengurniakan anak padaku tidak dengan wanita (isteri) lain." Aisyah berkata,"Maka aku berjanji untuk tidak menjelek2kannya selama2nya."

SUBHANALLAH..indah kan peribadi Siti Khadijah? sedangkan Nabi sangat sungguh mencintai beliau...ALLAH..ingin sekali menjadi begitu..mampukah?insyallah..akan aku usahakan..diri ini benar ingin berperibadi indah seperti Khadijah yang menghiburkan, menjaga dan menenangkan Rasulallah...diri ini sungguh ingin menjadi seorang zaujah solehah buat zaujku yang soleh..berusaha menjadi penghibur buat zaujku...membelainya di saat zaujku gusar akan sesuatu.. menemani zaujku di saat tiadanya teman di sekeliling..dan berjalan seiring menjadi sayap kiri buat zaujku mengikuti jalan yang diredhai ALLAH..INSYALLAH...

*memotivasikan diri dengan kisah2 teladan pejuang2 ISLAM...^_^


dugaan sakit



ALLAHUAKBAR..
dugaan..
dugaan sakit hadir..

"Tidaklah orang muslim ditimpa cubaan berupaya panyakit atau lainnya, melainkan ALLAH menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya."
(HR.Bukhari Muslim)

sejak kebelakangan ini banyak sakit yang hadir..
ALHAMDULILLAH..
sungguh aku jauhi keluhan..
kerana sedar yang ianya berlaku bagi menggugurkan dosa2 yang lalu..
ALLAH..
TERIMA KASIH YA ALLAH
AKU REDHA..

aku berharap segala dosaku terhapus YA RABBI sebelum ajal menjemputku..
akan tersirat banyak hikmah yang ALLAH hadirkan utk setiap yang berlaku..
ALHAMDULILLAH..

ALHAMDULILLAH juga ku panjatkan kepada YA RABBI..
secara perlahan2 diri ini mula memikirkan makanan yang elok untuk tubuh badan..
KERANA~AMANAH~
AMANAH KEPADA DIRI
INSYALLAH..

dan banyak perkara yang diri ini fikirkan dlm melakukan sesuatu..
perlu berakhlak tinggi..
perlu merendah diri..
melakukan perbuatan baik dan menjaga adab walau di tempat tiada orang sekalipun..
perlu latih lidah utk mengucapkan salam kpd sahabat2,memulakan sesuatu dgn BISMILLAH, zikrullah, selawat..
terima teguran dgn senyuman..
elakkan berbahas sesuatu yg tidak perlu..
menegur dan berkata2 dgn kata2 yg elok di dengar..
erm..byk lg nk ubah..
ALLAH..
INSYALLAH..
KUATKANLAH HATIKU INI YA RABB



SELAWAT


assalammualaikum semua..
selamat pagi^_^
ALHAMDULILLAH..
indah kan hari ni..
JUMAAT..PENGHULU SEGALA HARI..
jadi..dh selawat belum utk hari ni?
ha..perbanyakkan berselawat yek semua kerana..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa , "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S telah berkata kepadaku : Berkata Jibril a.s : "Wahai RASULULLAH, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap2 hari sebanyak 10x,maka akan saya bimbing tgnnya dan bawa dia melintas titian seperti kilat memyambar."
Berkata Mikail a.s pula: "Mereka yg berselawat ke ats kamu akan aku beri minum dr telagamu."
Berkata pula Israfil a.s: " Mereka yg berselawat kpdmu akan aku sujud kpd ALLAH dan tidak akan mengangkat kepalaku sehingga ALLAH mengampuninya."
Malaikat Izrail a.s pula berkata: "Bagi mereka yg berselawat ke atas kamu, akan aku cabut ruh mereka dgn selembut2nya spt aku mncabut roh para nabi."

ha..cmne?
xnk ke lalu di titian as-sirat 2 dgn mudah?
xnk ke merasai nikmat telaga RASULULLAH di syurga?
xnk ke malaikat Izrail mmbantu kita memohon keampunan di atas dosa2 yg kita lakukan?
dan....xnk ke meninggalkan dunia dgn mudah?

SUBHANALLAH
tidak susah kan utk berselawat??
mudah sgt..n hikmahnya sgt2 besar..
^_^

kita selalu menyanyi kn?
mcm2 lagu kdg2 dengar kuar dr mulut insan2 sekeliling..
ada mcm2..mngikut minat msing2..
dulu pon selalu sgt mnyanyi..
pantang mood bergalih sedikit, mula nk mnyanyi..
kdg2 sehingga leka mnyanyi melebihi batas2 yg ditetapkan..
ASTAGHFIRULLAHALAZIM..
AMPUNI DOSA2 KU YA ALLAH..

erm..apa kata kita nynyi lagu raihan selawat 2?
selawat smbil berirama..smbil kepala goyang2 sekali..(hehe)
xsalah pon..asalkan ianya ikhlas..
sesuatu perkara yg kita lakukan biarlah ikhlas kerana ALLAH..
biarkan ianya sedikit stp hari..tetapi dilakukan dgn kerap..
mula2 mungkin sikit,tp t bila dh biasa n seronok ianya akan mnjadi sgt banyak..
betol!! xcaya??xcaya meh ikut saya selawat meh!! ^_^

selawat yg ringkas dan mudah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

ha..utk pngetahuan semua jugak..
selawat ni ada bnyak..yg pnjg ada,yg pndek pon ada..
setakat ini,saya letak yg pendek sahaja bg memudahkan kalian berselawat..
INSYALLAH..
sama2 mndapat manfaat
WALLAHAUA'LAM

~JUMAAT YG INDAH KERANA ALLAH~