i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Sunday, September 14, 2014

Jatuh

Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah..minda sedikit segar dengan adanya cuti sekolah,
dan dengan izin Allah, jari pn berjalan untuk update blog..hehe..
nak kata indah tu, biasa jela sbb impian nak g pondok lagi belum kesampaian,
Insya-Allah, plan lain akan dibina, dgn izin Allah..mudah-mudahan tubuh bergerak patuh d jalan Redha, bukan jalan Murka..Astaghfirullah...

Ok. Rujuk pada tajuk pasal "JATUH". Ni bukan jatuh beskal ke, jatuh katil sbb dreaming prince charming ke apa ek. Ia lebih kompleks mengenai masalah hati. Luka luaran boleh recover balik ltk ubat biasa-biasa je, ni kalau dah masuk bab hati...em..mmg payah. Lagi-lagi la ianya sinonim sgt dgn kaum "hawa" ni. Kalau dah nangis tu, sometimes kita sendiri heran, "apesal aku ni duk nangis memanjang ni??' dan kalau dah ketawa tu memang x hengat kan...Allahurabbi...kembali balik pd Allah...

Allah bagi suka, Allah bagi duka tu mesti ada sebab.
Allah bagi apa sahaja, mesti ada sebab,
kena sentiasa ingat.
Dan Allah takkan beri kita ujian, kesakitan kalau ianya x setimpal dengan kemampuan kita,
percayalah.
sekali kau terjatuh, kau bangun, 
dan barangkali ko akan terjatuh lagi, ko sabar,
hidup memang banyak kali terjatuh,sebab bumi ni sfera,
kadang kala ko ada kat atas, kadang kadang kat bawah, normal.

jangan putus asa. sebab apa? Meh nak bisik... (sebab Allah sentiasa ada)

xperlu hairan seandainya tiada bahu empuk untuk kita landingkan kepala meringankan beban kita, tapi percayalah, lantai di bawah begitu luas untuk kita benamkan wajah mengadu sujud kepada Yang Esa....

Assalammualaikum...

x

Monday, February 10, 2014

LELAH TERTAWA

~BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM~
~ASSALAMMUALAIKUM~

Lama xmenulis. Alhamdulillah diberi peluang mencoret sedikit, lalu mengalirlah airmata sambil berdendangan lagu2 syahdu aku...
itulah aku. Orangnya tampak selalu gembira, selalu tertawa. Sekelilingku sering dijamu dengan teletah kelakarku....Entah.....
kadangkala rasa menyesal juga menjadi seseorang yang kuat melawak. Hal yang dekat dengan identiti diri. Gen2 lawak seolah dah sebati. Rasanya, untuk orang macam aku, duduk la ceruk rumah, ceruk tempat, terasing, tempat belajar macam pondok, mengaji kitab selalu, mmg sesuai utk kurangkan gelak..Allahurabbi....Astaghfirullah Al Azim...

Seandainya disuruh memilih antara ketawa dan menangis seharian, aku memilih untuk terus menangis kerana terlalu banyak, terlebih cukup ketawa yang aku hemburkan. Lelah tertawa.......

:ASTAGHFIRULLAH AL AZIM....ASTAGHFIRULLAH AL AZIM...ASTAGHFIRULLAH AL AZIM:
:AKU PASTI MATI. BELUM TENTU SYURGA UNTUKKU DENGAN AMALANKU YANG BARANGKALI AKAN DICAMPAK KEMBALI KE WAJAHKU......ALLLAH...................:


Friday, December 6, 2013

MISTERI PERSAHABATAN DI JALAN ALLAH

Alhamdulillah....hanya Allah yang berkuasa akan sesuatu, sedangkan kami sang pendosa ini sendiri tidak tahu atas asbab sebagaimana utk diperjelas kami dipertemukan semula. LILLAHI TAALA...asbabnya HANYA ALLAH.....ALHAMDULILLAH..... 



(Penang 26711-1/12/13)

:YA ALLAH, WALAU KADANG KALA BULAN ITU TERKADANG TERSELINDUNG DI SEBALIK AWAN, KU YAKIN ENGKAULAH PEMILIKNYA, ENGKAULAH BERKUASA KE ATASNYA, JAGALAH DIA YA ALLAH, SELINDUNGILAH AIB2 NYA, TIMBULKANLAH EHSAN KEPADA YANG LAIN UTK MENJAGA AIB2 DAN KELEMAHANNYA YA ALLAH..ALLAHUMMA AMIN....:

Tuesday, April 23, 2013

Assalammualaikum Cik Bulan.....

http://www.youtube.com/watch?v=4QNycNb_Ktg
(baca sambil dgr irama ini yek)

assalammualaikum Cik Bulan...
Hari ni, ketika sedang sibuk dengan urusan menggubal soalan peperiksaan,Alhamdulillah dengan izin Allah, saya terasa untuk menulis untuk awak...

Ketika ini, saya berharap saya dapat bersama duduk berdua dengan awak seperti dulu...

em..ingt x...bilamana awak berada di pangku saya, (walaupun berat kepada awak), saya gigih memangku, saya dengarkan awak Qalam SuciNya bersama terjemahan kepada awak....

em..sungguh terasa benar ingin meletakkan kepala saya yang berat ini di bahu awak sepertimana dahulunya...
entah kenapa, tetapi hati terasa sangat rindu.....
berjalan, berpimpin tangan, sederap irama langkah mengejar tiupan demi tiupan indahnya angin ciptaan Tuhan...

kalau ada angin, mesti awak panggil saya..."awk! sini ada angin!!"
dan saya mula meluru ke arah yang awak cakapkan.....
em...mungkin kita dah xdekat macam dulu dari segi jarak, tetapi roh dan hati ini sentiasa ada untuk awak Insya-Allah....
Sebahagian hati ini sememangnya untuk awak Insya-Allah....
saya sangat bersyukur memiliki hati untuk mencintai dan menyayangi awak lillahi taala....

saya harap awak baik-baik di sana kerana saya yakin Allah sentiasa ada untuk awak bilamana awak memerlukan di setiap masa, di setiap detik waktuNya dengan caranya adalah awak sebenar-benarnya yakin bahawa Dia Maha Mendengar setiap permintaan, Maha Mengetahui setiap guris hati, setiap saat pertarungan kita dengan dugaan-dugaanNya...

em...saya mintak maaf kerana agak sibuk...semuanya kerana amanah......

"uhibbuki fillah"


Wednesday, December 19, 2012

Ya Allah


"Ya Allah, perbaikkanlah bagiku agamaku yang mana ia merupakan pengikat urusanku, perbaikkanlah bagiku duniaku yang mana ia merupakan kehidupanku. Perbaikkanlah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku. Jadikanlah hidup bertambah bagiku pada setiap kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kerehatan bagiku daripada setiap keburukan."
(Doa Rasulullah s.a.w; riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

Thursday, August 23, 2012

mengkhuatiri diri


Terlalu banyak hal yang aku khuatirkan..
Khuatir andai tingkahku melanggar hukum yang ditetapkan Tuhan..
Aku khuatir akan menyakiti Tuhanku sehingga Dia tidak mahu melihatku dan berpaling dari memandangku..

Maka..akan dari mana untukku mendapatkan Redha dan Rahmat andai bukan dariNya?

Ya Rabb..terlalu banyak dosaku dan maha sedikit amalanku....

" astaghfirullah al azim "

|| dengan ilmu akal akan hidup, dengan iman nafsu menjadi mati ||

Tuesday, August 21, 2012

memadamkan dosa itu bukan mudah...


kebodohan dan kejahilan dahulu diusahakan untuk dibuang jauh. kamu kan mengerti kenapa kamu tidak layak untuk sesiapa. bukan kerana orang lain tidak layak untukmu, tetapi kerana kelakuan bodoh kamu dahulu membuatkan kamu jauh ke belakang dan hanya menanti waktu untuk sebuah pertemuan dengan Tuhan...

"memadam dosa bukan seperti memadam tulisan pada helaian kertas, memadamkan ingatan bukan seperti menelan sebiji durian lalu dilupakan kesakitan, memadamkan malu bukan seperti memejamkan mata menanti malam berganti siang....."

||ASTAGHFIRULLAH AL AZIM||

TARBIAH: tragedi 21 Ogos

Assalammualaikum w.b.t.. =)
Alhamdulillah..sesudah ditarbiah oleh Allah dengan Ujian kecil..
Alang-alang dah lewat berjaga di balai polis, ana pon diberi peluang untuk update blog..hehe..baru jek pesan kat post sebelum ni kan suh berhati2.. =)

Alhamdulillah..banyak pengajaran yang kita boleh dapat daripada Ujian Allah ini.. Subhanallah Alhamdulillah Allahu akbar..

Apa-apa pun, mudah2an kita semua TABAH di dalam mngharungi setiap Ujian..jangan merungut2, jangan terlebih2 mengadu domba, ingt...INNALLAHA MA'ANA.. =)


(KEADAAN KERETA ABG ANA YANG SUDAH JADI BEGINI..HEHE..BANYAK UJIAN DIA RAYA2 NI..TP ALHAMDULILLAH..SETELAH DIUSAP2 DADANYA,DIA SEMAKIN TENANG MENERIMA..)

::SETIAP UJIAN DAN COBAAN ADANYA TALI PENGIKAT CINTA DENGAN TUHAN::

Monday, August 20, 2012

:: TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM ::


p/s: asiff..terburu-buru update..dan asif juga lama x update..mudah2an amalan-amalan kita diterima olehNya..Allahumma Amin..mohon maaf di atas khilaf ana kpd kalian sama ada ana knl atau tidak kalian,tetapi barangkali ana juga ada melakukan ksilapan..doakan slmt prjalannan kami nak beli brg2 raya lps ni..hehe..dah raya baru beli...Hati2 beraya yek semua shbt2..JAGA SEMUANYA yek.. =)

assalammualaikum...

Wednesday, August 8, 2012

TANGISAN TAUBAT....

:: SYAIR IMAM SYAFIE ::

Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

Bilamana keras hatiku & terasa sempit perjalananku
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
KurniaanMu & keampunanMu adalah merupakan rahmat & kemuliaan

Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah & nikmat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon

Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang

Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini
Namun (ku tahu) keampunanMu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia


"YA ALLAH..
DOSAKU TERLALU BANYAK,
MELEBIHI BUIH-BUIH DI LAUTAN,
MERENTASI BARAT KE TIMUR, UTARA KE SELATAN,
MELANGKAUI LALUAN SEMPADAN DUNIAMU..

AMPUNI AKU YA ALLAH..
TERIMALAH TAUBATKU YA ALLAH..
HAMBA HINA LAGI BERDOSA MENGHARAPKAN BELAS EHSAN DARIMU.....

ASTAGHFIRULLAH AL AZIM......."

|| AKU TIDAK MAHU MEMINTA LEBIH MELAINKAN KEAMPUNANMU YA RABB ||



KEDUDUKAN IFTIRASY


.Sama-sama perbaiki solat kita.

Monday, August 6, 2012

Doa mendapati malam Lailatul Qadar

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t.
Selawat dan salam ke ats junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, shbat2 baginda dan salam sejahtera ke ats sekalian muslimin dan muslimat, mukminin wa mukminat..semoga sntiasa d bwh lembayung rhmat Allah s.w.t..Allahumma Amin..

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:


” Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu malam “

Saturday, August 4, 2012

semampunya kita..

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w, keluarga baginda, para sahabat baginda.. (Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wa sallam)

kenapa tajuk ana "semampunya kita?"

Baiklah..hari ini ana membaca berita yang memaparkan kehidupan di Burma iaitu puak kecil Rohingya yang dibunuh secara kejam, diperlakukan secara zalim oleh sekelompok puak besar beragama Buddha. Nauzubillah. Astaghfirullah Al Azim. Sejujurnya ana tidak sanggup melihat. Namun apakah usaha ana bagi membantu mereka? Terasa amat sedih. Mereka berlari ke Bangladesh sebagai pelarian, khuatir ditangkap dan macam-macam. Namun negara kita masih belum membuat apa-apa tindakan bagi membantu mereka? Bukankah Malaysia merupakan negara ISLAM? Adakah salah untuk kita membantu palarian-pelarian ini dan memberi pelepasan kepada mereka untuk terus hidup? Jujur...ana sangat kesal...Namun, apakan daya..Iman setipis bawang, malah lebih tipis dari itu ini hanya mampu berdoa kepada Rabb. Terkenang akan pembelajaran Kitab Asar iaitu Kitab Hadith yang berbunyi begini:

Sabda Rasulullah s.a.w:

telah aku pohonkan akan Tuhanku 3 perkara,tetapi diberinya kepadaku 2 dan ditegahNya akan aku seperkara: Aku pohon kepada Tuhanku bahawa umatku iu tidak dibinasakan dengan kemarau, maka permohonanku itu dikabulkan. Dan aku pohon akan Tuhanku bahawa umatku itu tidak dibinasakan dengan tenggelam, maka dikabulkan juga. Dan aku pohon akan Tuhanku bahawa tidak disegerakan berbunuh-bunuhan sesama mereka, maka ditegahkannya akanku.


(Riwayat Al Bukhari dan Muslim bin Abi Waqas)


(Qunut Nazilah)

Dengan itu sahabat-sahabat, marilah kita bersedekah, mengamalkan sifat pemurah dengan usaha ini iaitu berdoa. Ianya nampak kecil namun doa merupakan senjata paling kuat wahai sahabat. Yakinlah Allah sebagai Penolong..

Astaghfirullah Al Azim..lihatlah...kita masih ketawa riang, sedangkan mereka? Kita diuji dengan kesakitan melibatkan masalah hati yang diada-adakan sendiri, tetapi mereka?? Muhasabah kembali....sedekahkanlah semampunya kita. Doakan juga buat umat ISLAM di Syria, Somalia dan lain-lain.



|| wallahua'lam bissawab ||



Thursday, August 2, 2012

Bukan Mudah Jadi Ibu..

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

Selawat dan salam kepada junjungan mulia Muhammad bin Abdullah, yakni Rasulullah s.a.w. Doakan untuk saudara-saudara kita semua, mudah-mudahan kita semua ditempatkan dalam kalangan penghuni SyurgaNya. Insya-Allah. Amin..

Baiklah, entry kali ni adalah bertujuan untuk kita berfikir sejenak. Allah menciptakan semua yang ada sama ada kita nampak atau tidak adalah sebagai guru kita. Alam mengajar kita banyak hal. Awan yang lembut membuktikan sifat Allah yang Maha Lembut, mendidik kita menjadi seperti awan yang tinggi sukar dicapai dan digugat hanya dengan izin Allah. Sifatnya yang lembut mengajar kita menjadi seorang yang lemah lembut, sentiasa memberi lindungan daripada teriknya Mentari Petang. Subhanallah. Indah kan ciptaan Tuhan?

Begitu juga dengan kanak-kanak. Mereka banyak mengajar kita sebenarnya yang dewasa.

(aqeef danny asyraf beberapa bulan)

Alhamdulillah, di beri kesempatan dan dengan izin Allah, Dia mengaturkan agar sepanjang bulan Ramadhan ini, ana perlu menjaga anak buah ana, Aqeef Danny Asyraf sementara mama dan yang lain berada di Subang, bagi menjaga suami tercintanya yang diduga dengan sakit di sana.

Sepanjang 2 minggu menjadi ibu ni, memang banyak ana belajar. Syukur Alhamdulillah. Mendidik diri agar tersenyum, bersabar, kurangkan marah, kurangkan ego, kurangkan macam-macam la sifat2 buruk dan pentingnya, Allah mendidik dengan caraNya. Buat kita sentiasa muhasabah, menjadikan kita lebih lengkap Insya-Allah.

Oleh kerana kita nak anak kita membesar menjadi terbaik, (Insya-Allah), jadi kita xkan tunjuk yang tidak baik kepada dia. Jadi bila solat pun dia akan terhegeh2 la kat kita. Kita solat,dia pn nk solat. Alhamdulillah. Cuma aqeef ni memang xnk berenggang dengan ana. Dengan mak ana dan adik beradik lain pn dia xnk, cuma time nak berjalan jela dia ikut.

Kalau ana nak drive, kena bawak dia. Bahaya jugak la kalau suh ana drive sebab aqeef akan duk kat pangku sambil ana drive, bawak motor ke, main laptop ke memang kejenya nak memangku jek. Jadi kadang-kadang tengah masak memang duk dukung dia la. Dia pun bukan jenis pasif sangat. Kuat bergerak, aktif sangat, dan sangat pantang nampak binatang, lagi-lagi kucing. Dia kejar la kucing tu sampai dapat. Kalau x di layan, habis dia bebel kat kucing tu, xtau apa dia bebel. Kesian. Sebab xde kawan kan kat sini. kesian Aqeef. Lagi 1 habit dia suka main air. Pantang leka jek dah basah kuyup dah. Khuatirnya bukan basah, takut jatuh jek kat bilik air tu.

memang banyak belajar bersabar. Dulu ana pernah ejek along sebab kalau dia marah anak dia, dia nangis. Jadi bila kita jaga budak dan bila ana termarah aqeef, ana pun nangis jugak la. Allahurabbi. Rasa menyesal sangat bila dah marah sebab dia kanak-kanak dan xtahu lagi apa-apa. Jadi kita yang dah matang dan boleh berfikir dengan baik perlu banyak sabar dan memahami mereka. Alhamdulillah.

Dan memang rutin harian main dengan dia jek sampai kadang-kadang sampai nak gastrik sebab xlalu nak makan bila dah penat. Bangkit sahur, siapkan susu dia, mandikan dia jam 7pg macam tu, tengok TV sama2, mengaji sama-sama walaupun dia sibuk nak tutup Quran kita, tapi xpe. Bila puasa ni lagi-lagi la ujiannya. Time terawih pun kami jemaah di rumah adik beradik perempuan dengan mak la. Jadi aqeef ni memang akan duk melendet kat ana. Kadang-kadang ana xdapat ikut jemaah sebab jaga aqeef dan biarkan jemaah lain tenang dalam beribadat. Alhamdulillah. Allah nak uji sebenarnya. Allah buat kita berfikir untuk banyakkan ibadat zaman bujang ni, nanti dah nikah, susah sangat nak beribadat dengan tenang macam bujang-bujang dulu. Tapi pahala sebagai isteri,malah ibu lebih-lebih tinggi. Jadi, kena prepare jadi seorang yang solehah, barulah kita boleh menjadi penyejuk di mata,penawar di hati. Insya-Allah.

Mudah-mudahan. Insya-Allah. Ana tidak berharap akan hal begitu sekarang ini. Yang lebih utama adalah Allah. Apa sahaja yang Allah tetapkan itu adalah terbaik, namun kita ni hamba yang hina, banyak dosa. Jadi ana tidak berfikir untuk bernikah lagi buat masa ni dan lebih menjurus ke arah persiapan untuk kematian. Sesuatu yang pasti. Jadi akhirat dikejar dahulu, hal dunia, kalau Allah nak beri, Insya-Allah kita terima. Kalau xde, Alhamdulillah, Allah pelihara kita. Insya-Allah..

Ha..melalut dah. Apa-apa pun, ana sedang memperbaiki diri dan seringkali berusaha untuk melawat dan turut serta dalam aktiviti yang melibatkan kanak-kanak dan OKU kerana di situ akan lagi banyak mendidik kita. Ana terfikir akan kata-kata seorang sahabat yang mana dahulu dia pernah berpesan agar ana menjadi seorang yang sentiasa redha kerana boleh jadi satu hari nanti ana diuji mendapat anak yang kurang upaya, maka ana perlu redha. Jaga dan didik anak ana sebaiknya. Insya-Allah. Banyak ana belajar, cuma manusia ini banyak kali lalai dan lupa. Astaghfirullah Al Azim..

Alhamdulillah Ya Allah, Jazakillah Khairan kaseeran kepada sekalian alam yang membantu Allah dalam memperbaiki diri. Fi Amanillah. Redha Allah Insya-Allah.

Assalammualaikum w.b.t
(semoga menjadi anak yang soleh Insya-Allah)

p/s: Bukan Mudah Menjadi Ibu..Tidak sama seperti menjaga kanak-kanak di sekolah..


Wednesday, August 1, 2012

Alhamdulillah


Alhamdulillah.. ^_^ setiap yang kita minta, Allah akan tunjukkan dan beri jawapan. Maka, berlapang dadalah kita dengan petunjuk yang Allah beri. Mengapa perlu ditentang? Mengapa perlu bersedih? Alhamdulillah. Tiada kesedihan, tiada kekusutan, malahan lebih tenang dengan takdirNya. Bila Allah menggerakkan kita kepada sesuatu Petunjuk, maka bersegeralah, jangan bertangguh.. Alhamdulillah.. ^_^

Tuesday, July 31, 2012

Bolehkah mendoakan yang buruk kepada orang yang menyakiti kita?

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

Sebelum kalimah lain disusun, marilah sama-sama kita mendoakan yang lain-lain semuanya agar tergolong dalam golongan yang soleh/solehah dan mudah2an kita adalah umat yang akan bersama-sama Rasulullah di SyurgaNya.Allahumma Amin..

Baiklah, seringkali kita melihat/ mendengar kisah mengenai sahabat-sahabat atau kisah terdahulu yang mana adanya orang yang disakiti/dizalimi oleh yang lain sehingga dia berdoa yang macam-macam agar orang yang menyakitinya itu dibalas dan diazab oleh Allah dengan keras. Nauzubillah. Mudah-mudahan ana harap sahabat-sahabat ana bukan tergolong dalam golongan yang sedemikian yang mana sering mendoakan yang buruk kepada orang lain.

Hal ini kerana ulama' bersependapat bahawa orang-orang yang mendoakan keburukan orang lain walaupun orang itu telah melakukan kejahatan kepada dirinya, maka dia termasuk dalam golongan orang yang telah membuat maksiat. Nauzubillah...

Pendapat ini dikuatkan dengan Firman Allah yang bermaksud:

"Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa."

(surah Al Isra ayat 11)


Astaghfirullah Al Azim. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang tergesa-gesa wahai sahabat. Setiap apa yang telah berlaku adalah apa yang telah Allah tetapkan. Kehidupan ini adalah pilihan, maka andai yang buruk dipilih, maka buruklah yang kalian akan dapat sama ada cash Allah beri di dunia, atau Allah akan balas di sana.

Andai kata seseorang telah mengambil hak kamu, maka itu adalah rezekinya,bukan rezeki kamu. Maka tekadkan pada hati kalian bahawa "barangkali ini bukan rezeki aku, maka redhakanlah aku Ya Allah.Mudah-mudahan yang lebih baik akan diperolehi." Dan andaikata seseorang telah diambil oleh orang lain menurut kamu, maka ketahuilah Perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Maka itu adalah kemenangan buatmu. Mengapa berduka? Ambillah pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim ketika anaknya Nabi Ismail disuruh Allah untuk disembelih. Ambil peringatan dari Allah melalui kisah tersebut.

seterusnya doakan kepada yang menyakiti kamu dengan doa yang baik. Mudah-mudahan Allah mengkurniakannya Taufiq yakni kekuatan dan Hidayah iaitu PetunjukNya. Insya-Allah.

Jadilah manusia yang sering memaafkan, berlapang dada dengan kesakitan/ musibah/ ujian Allah. Berbaik sangka dengan manusia yang menyakiti kamu kerana itu juga menandakan kamu berprasangka baik kepada Allah. Seandainya kamu terasa kehilangan/ kesakitan yang amat di atas perbuatan yang lain terlampau-lampau sehingga merosakkan perasaan kamu, maka rujuk kembali solatmu. perbaikilah. kerana pada solat itu barangkali ada silapnya, maka sama-sama diperbetulkan. dan rujuk kembali makanan bagi hati-hati kita, di situlah RAJA, andai buruk PEMERINTAHNYA, maka terumbang ambinglah RAKYATNYA.

WALLAHUA'LAM BISSAWAB.

Sumber: Tanyalah Ustaz TV9.


ALHAMDULILLAH YA ALLAH.

-RAMADHAN KAREEM-

Saturday, July 28, 2012

Bersentuhan dengan pelajar/ kanak-kanak khas

Soalan: Boleh atau tidak sentuh/ salam pelajar/ kanak-kanak khas?

Jawapan:

Kategori Khas ini banyak jenis pelajarnya. Guru khas ini sama seperti doktor. Jadi, dibolehkan untuk menyentuh pelajarnya kerana kalau tidak disentuh, bagaimana ingin diajar. Pelajar khas ini ada yang tidak berakal, kurang dan ada juga yang berakal seperti kanak-kanak, buta dan pekak.

Akidah mesti kemas. Bila bersama Mat Rock, Mat Rempit, Mat Gian, Mat Gitar dll, maka sertai mereka. Tapi kena ingat. AQIDAH MESTI SENTIASA KEMAS. Niat untuk ajak mereka kepada Allah.

Ini adalah antara jawapannya. Ada banyak, tapi ini antaranya la. yang pasti dibolehkan bagi tujuan mendidik kanak-kanak khas ini. Apa yang ana sering lihat, ada guru terutamanya yang menolak tangannya ketika pelajar khas ingin bersalam dengan mereka sehingga mereka kadang kala mencebik muka/buat hal/ mengamuk dsb. Pelajar/ kanak-kanak khas ini adalah golongan yang cukup istimewa. perlukan belaian, perhatian, dididik secara lebih, tumpuan yang sangat banyak kerana mereka sangat "suci", tidak mumaiz (tidak dapat membezakan yang mana betul yang mana tidak). Bagi yang sangat-sangat menjaga dan khuatir, kalian bolehlah memakai sarung tangan ketika mengajar.

Ada juga segelintir pelajar/ kanak-kanak khas ini yang bernafsu sebenarnya. Jadi, kena berikan didikan dan perhatian agama yang lebih kepada mereka. Mereka terlalu dibiarkan dan terabai. Mereka sememangnya tidak dapat membezakan yang mana betul atau tidak. Tetapi, mengikut jenis sindrom yang dialami.

WALLAHUA'LAM BISSAWAB.


(Alhamdulillah diberi peluang untuk turut serta bersama pelajar Maktab Batu Pahat d PDK Parit Raja. Bersama Arissa yang seronok main kat PDK. Nasib baik dia x takut, habis setengah balang keropok dia mkn masa sesi melawat kanak-kanak khas yang telah lama tidak bersekolah. Alhamdulillah. Kena pergi lagi Insya-Allah.)

FASTABIQUL KHAIRAAT- BERLUMBA LUMBA KE ARAH KEBAIKAN

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..


Alhamdulillah d ats setiap nikmatMu Ya Rabb..

Pertama sekali, ana ingin memohon maaf d atas ke"ghaib"an FB ana..Banyak asbabnya..tapi tu la..kalau boleh,ana memang xnk explain apa-apa mengenai keghaibannya kerana biarlah ana luahkan kepada Rabb sahaja. Ianya tidak ada kaitan dengan makhluk lain walau kuman sekalipun..tp diri ana sndiri.

Ana sanggup mengorbankan puluhan hal dunia kerana akhirat. Cukup kn alasan tu?

Insya-Allah..cukup la alasan itu kepada manusia, selebihnya hanya diluah kepada Allah. Insya-Allah,kalau ada FB pn,ianya akan lebih kpd page dakwah tanpa nama ana, tanpa sifat-sifat ana yg trcermin,dan lebih tersembunyi..kenapa? WALLAHUA'LAM BISSAWAB..

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Fastabiqul Khairaat ya sahabati.. =)

perkongsian: perbezaan AKHLAK BAIK dan SIFAT BAIK adalah:

-Akhlak baik itu adalah perbuatan baik yang kita lakukan tanpa memikirkan apa kesannya.cth, kita lihat orang kemalangan, kita terus berhentikan kereta dan tolong. Tidak berfikir sama ada ada orang lain yang akan tolong orang tu.

-Kelakuan baik itu hanya terlihat apabila seseorang itu masih lagi berfikir-fikir sama ada nak buat sesuatu yang baik atau tidak. cth, kita lihat kemalangan tadi,kita fikir "nak berhenti ke x? "ada orang tolong ke x ek?" "kalau tolong nanti dan ramai pulak orang tolong"..


yang mana pilihan kita?

WALLAHUA'LAM BISSAWAB//HIASI DIRI DENGAN AKHLAK RASULULLAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT//ASIF DARI ANA UTK HAL HAL YANG MENJADI ASBABNYA DOSA KEPADA SESIAPA PUN// JAZAKILLAH KPD SAHABAT ANA CIK BULAN, JANGAN BERSEDIH KHUATIR HILANG AIR DALAM BADAN, KANG KURUS SANGAT KANG NANTI// INSYA-ALLAH KITA AKAN BERTEMU LAGI DI DUNIA ATAU D AKHIRAT// REDHA ALLAH YANG UTAMA//

Tuesday, July 17, 2012

PERBUATAN TERAKHIR ADALAH WARISAN PERBUATAN TERDAHULU



Ibnu Rajab Rahimahullah berkata:

"Secara global, perbuatan terakhir adalah warisan perbuatan terdahulu. Semua itu telah tersebut dalam kitab terdahulu. Dari sini boleh diketahui, rasa takut para salaf bertambah besar terhadap Su'ul Khatimah. Di antara mereka ada yang cemas kerana mengingat perbuatan yang lalu. Ada juga yang berpendapat bahawa hati orang-orang yang baik bergantung kepada perbuatan terakhirnya. Mereka mengatakan, "Dengan perbuatan apa kita akan ditutup?" Sedang hati orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah bergantung kepada perbuatan-perbuatan terdahulu, "Perbuatan apa yang telah dilakukan untuk diri kita?"

Sebahagian salaf berkata, "Tiada yang membuat mata ini menangis selain kerana perbuatan yang terdahulu." Sufyan berkata kepada sebahagian orang soleh, "Apakah ilmu Allah tentang dirimu yang membuatmu menangis?" Orang itu menjawab, "Dia meninggalkanku tidak berbahagia selamanya."

Sufyan Ats-Tsauri sangat gelisah dengan perbuatan terdahulu dan perbuatan yang menutup kehidupannya, dia menangis dan berkata, "Aku takut kalau aku dicatat dalam induk kitab sebagai orang yang sengsara." Dia menangis dan berkata, "Aku takut jikalau keimanan dicabut ketika kematian menghampiriku."

Malik bin Dinar mengerjakan solat sepanjang malam sambil memegang janggutnya dan berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengetahui penghuni syurga dari penghuni neraka, maka di antara dua tempat ini manakah tempat Malik?"

Oleh sebab itulah para sahabat dan orang-orang sesudahnya dari salafus-shalih takut melakukan kemunafiqan, dan kian hari kekhuatiran dan kesedihan mereka semakin bertambah. Seorang mukmin sangat tekut dari melakukan kemunafiqan kecil dan takut kemunafiqan itu akan menang pada saat akhir hidupnya sehingga mengalihkannya kepada kemunafiqan yang besar. WALLAHUA'LAM BISSAWAB.

|| semoga sama-sama dapat mengambil iktibar. ana dan juga sahabat-sahabat sekalian. Ana sangat takut dan khuatir akankah dosa-dosa ana diampunkan? adakah pengakhiran ini khusnul khatimah atau su'ul khatimah? Nauzubillah..ana sangat rindu untuk berlari ke arahNya, melihat wajahNya, bertemu Rasulullah, berkumpul dengan para sahabat, salafus shalih. Namun adakah selayaknya diri ini melakukan hal yang demikian? Bagaimana dengan perhitungan? Kitab Amalan dan sebagainya? Keluarga? Sanak saudara? Akankah bertemu semula di sana atau sebaliknya? Astaghfirullah Al Azim. ||